Jumaat, Februari 25, 2022

K999.Apa nak buat bila anak tunjuk perilaku bermasalah? (oppositional behaviour)

K999.Apa nak buat bila anak tunjuk perilaku bermasalah? (oppositional behaviour)

Ada remaja/kanak-kanak yang dirujuk ke kaunselor/klinik psikiatri kerana tingkahlaku bermasalah.   Digelar - degil, bermasalah, buat perangai, nakal, jahat. Mungkin terlibat dengan masalah disiplin seperti melawan cakap, menipu, mencuri, buli dan sebagainya. 

Antara elemen penting dalam perawatan ialah peranan ibubapa dalam hidup anak ini, untuk membantu perilaku ini untuk berubah. 

Apa yang ibubapa boleh buat? 

1. Kena kawal emosi anda terlebih dahulu. Tak akan selesai masalah jika kita kendalikannya dengan emosi. 
2. Bina semula perhubungan dengan anak. Cuba beli kembali jiwa anak sebagaimana sebelum semua masalah berlaku. Cari jalan untuk berbaik, berbual, spend masa bersama.
3. Cuba fahami apakah pencetus kepada masalah ini? Cuba kaji akar masalah ini. 
4. Fokus kepada 1,2 masalah utama untuk selesaikan. Praktikal dan realistik dengan misi anda untuk mengubah anak. 
5. Di sebalik masalah itu, cuba fokus pada sisi kebaikan anak, puji, beri penghargaan dan galakkan anak untuk teruskan tingkahlaku yang positif. 
6. Develop rutin harian yang lebih teratur untuk anak. 
7. Jika tingkahlaku berkait dengan emosi - bincangkan hal tersebut, raikan emosi mereka, empati dengan apa yang mereka lalui, ajar mereka cara untuk cope dengan problem tersebut.
8. Tetapkan limit dan disiplin. Berterus terang dengan expectation anda. 
9. Beri anak tanggungjawab, alihkan fokus anak pada aktiviti yang lebih bermakna. 
10. Konsisten , pastikan semua dewasa yang terlibat dalam 'same page' dan memahami strategi yang di ambil.

Sudah berikhtiar, jangan lupa doa dan bertawakkal agar anak mampu untuk berubah.
Dr Rozanizam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan