Rabu, Februari 02, 2022

Usul dirayah hadis 0009r-0018r(usul 42)s

Usul dirayah hadis 0009r-0018r(usul 42)s
Minit 56

Usul dirayah hadis 0009r
Usul (42): Hadits-hadits yang memuji dan menyatakan kelebihan kehidupan membujang dan mencela kehidupan berkeluarga dengan beranak pinak semuanya 
karut. Tidak ada satu pun daripadanya sahih.

Di bawah ini dikemukakan beberapa contohnya:

Contoh Pertama:
(1)عن عبد الله بن مسعود قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم إذَا أحب
الله َعْبدا   اقْتَنَاهُ لِنَفسه ولمْ يشغَلهُ بَزْوجة وَلاولَد
Maksudnya: Diriwayatkan daripada Ibnu Mas`ud, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila Allah kasih kepada seseorang hambaNya, Dia akan memilihnya untuk diriNya dan tidak menyibukkannya dengan isteri dan anak.

Rujukan:
Lihat Ibnu al-Jauzi - al-Maudhū`āt j.2 m/s 278, Abu Nu`aim – Ĥilyatul Auliyā’ j.1 m/s 25, as-Suyūthi – al-La’āli’ al-Mashnū`ah – j.2 m/s 180, adz-Dzahabi - Talkhīsh 
al-Maudhū`āt m/s 136, Ibnu `Arrāq al-Kināni - Tanzīh as-Syarī`ah al-Marfū`ah j.2 m/s 210, Muĥammad Thāhir al-Fattani al-Hindi - Tadzkiratu al-Maudhū`āt m/s 194, 
al-Albāni – Silsilatu al-Aĥādīts ad-Dha`īfah Wa al-Maudhū`ah j.7 m/s 270.

Komentar: 
(1) Ĥadīts ini boleh dikatakan terdapat di dalam hampir semua kitab-kitab yang mengumpulkan hadits-hadits maudhu`. Menunjukkan ia disepakati sebagai hadis 
maudhu`.
(2) Abu Nu`aim telah mengemukakannya dengan sanad seperti berikut:
حدثَنَا إبُوغانِم سهل بن إسماعيل الفقيه  الواسطي، ثنا  إْسحاق ْبن وحب ،ثنا عبد الملك بن يزيد، ثناأبو عوانة، عن الأعمش عن أبي وائل، عن عبد الله بن مسعود، قال
Jika dilihat kepada sanad ini, maka ia tidak lebih daripada satu hadits mauquf, ia  terhenti pada Ibnu Mas`ud. Mungkin tergugur daripada penyalin atau pencetak pengangkatan sanad hadits ini sampai kepada Nabi s.a.w.

Justeru sebenarnya ia dikaitkan dengan Rasulullah s.a.w. seperti dapat anda lihat pada sanad yang dikemukakan oleh Ibnu al-Jauzi. Lihat sanadnya di bawah ini:
باب التعزب أنبأنا محمد بن عبد الباقي بن أحمد أنبأنا حمد بن أحمد حدثنا أبو نعيم الحافظ حدثنا أبو غانم سهل بن 
إسماعيل الفقيه حدثنا عبدهللا بن الحسن حدثنا إسحاق ابن وهب العالف حدثنا عبدالملك بن يزيد حدثنا أبو عوانة
عن االعمش عن أبى وائل عن عبدالله بن مسعود قال قال رسول الله صلى هللا عليه وسلم: إذا أحب هللا عبدا اقتناه 
لنفسه ولم يشغله بزوجة وال ولد.
(3) Ibnu al-Jauzi setelah mengemukakan hadits di atas bersama sanadnya meletakkan kesalahan di atas pundak Ishaq bin Wahab. Setelah berkata ia hadits maudhu`, beliau berkata, “Ishaq bin Wahab pendusta besar, seorang perawi matrūk yang banyak meriwayatkan kekarutan.” 

(4) Adz-Dzahabi pula meletakkan kesalahannya di atas pundak `Abdul Malik bin Yazid. Kata beliau di dalam Talkhīsh al-Maudhū`āt m/s 136, “Saya tidak tahu siapa 
`Abdul Malik. Mungkin dialah perekanya.” 

(5) Selain terdapat di dalam sanadnya perawi-perawi hadits maudhu`, kandungan hadits itu sendiri memang bercanggah dengan sekian banyak ayat-ayat al-Qur’ān dan 
hadits-hadits Rasulullah s.a.w. dan Sunnahnya. 

(6) Seolah-olahnya Allah tidak kasih, tidak sayang dan tidak begitu suka kepada orang-orang yang berkeluarga dan beranak pinak. Padahal bagaimana Allah tidak kasih kepada orang-orang yang mensyukuri ni`matnya dengan hidup berkeluarga yang disebut Allah di dalam al-Qur’ān sebagai kurniaanNya?
Allah berfirman:
An-Nahl 16:72
وَٱللَّهُ جَعَلَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَٰجًا وَجَعَلَ لَكُم مِّنْ أَزْوَٰجِكُم بَنِينَ وَحَفَدَةً وَرَزَقَكُم مِّنَ ٱلطَّيِّبَٰتِۚ أَفَبِٱلْبَٰطِلِ يُؤْمِنُونَ وَبِنِعْمَتِ ٱللَّهِ هُمْ يَكْفُرُونَ 
Bermaksud: Dan Allah menjadikan bagi kamu dari jenis kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu anak-anak dan cucu-
cicit, serta dikurniakan kepadamu dari benda yang baik lagi halal; maka patutkah mereka (yang ingkar itu) percaya kepada perkara yang salah (penyembahan berhala 
dan lain-lain), dan mereka kufur pula akan ni`mat Allah? (an-Naĥl:72).

Contoh Kedua:
٢.عن أنس رفعه يأتي على زمان لأن يربي أحدكم جرو كلب خير له من أن يربي ولدا من صلبه
Maksudnya: Diriwayatkan daripada Anas daripada Nabi s.a.w.: “Akan datang kepada manusia suatu zaman di mana ia memelihara anak anjing lebih baik lagi baginya 
daripada memelihara anak kandungnya.”

Rujukan:
Al-Ĥākim – Akhbār Asfahān j.5 m/s 11, al-Ĥākim - al-Mustadrak `Ala as-Shaĥīĥain j.3 m/s 386, ad-Dailami – Musnadu al-Firdaus j.4 m/s 317, Ibnu al-Jauzi – al-Maudhū`āt j.2 m/s 279, as-Suyuthi - La’āli’u al-Mashnu`ah j.2 m/s 151, ar-Raudhu al-Bassām j.5 m/s 132-134, Asy-Syaukāni – al-Fawā’id al-Majmū`ah m/s 134.

Komentar:
(1) Hadits di atas diriwayatkan daripada Anas. Selain daripada Anas ia juga dengan lafaz yang sedikit berbeza telah diriwayatkan secara dusta atas nama Nabi s.a.w.
daripada beberapa orang sahabat Baginda. Mereka yang dilibatkan ialah Ĥudzaifah, Abu Dzar dan Ibnu `Abbaas.

(2) Di dalam sanad hadits yang dida`wa telah diriwayatkan oleh Anas itu terdapat perawi yang meriwayatkannya daripada Anas. Namanya Daud bin `Affān. Kata Ibnu 
Ĥibbān tentang Daud, “Dia berkeliaran di Khurasan. Dia telah mengada-ngadakan hadits atas nama Anas.” Kata Abu Nu`aim, “Daud meriwayatkan satu nuskhah kitab 
mengandungi hadits-hadits maudhu` daripada Anas.” Demikian juga kata al-Ĥākim dan an-Naqqāsh. (Lihat Lisān al-Mīzān j.2 m/s 421).

(3) Di dalam sanad-sanad hadits berkenaan yang diriwayatkan daripada sahabat-sahabat lain juga terdapat perawi-perawi yang sangat bermasalah. Di dalam sanad al-
Ĥākim yang diriwayatkan daripada Abi Dzar sebagai contohnya terdapat Saif bin Miskīn al-Uswāri, seorang perawi dha`if. Dia meriwayatkannya daripada al-Mubārak 
bin Fadhālah. Al-Mubārak bin Fadhālah meriwayatkannya daripada Muntshir bin `Umārah bin Abi Dzar daripada ayahnya daripada datuknya.Al-Mubārak meriwayatkannya secara `an`anah, sedangkan dia seorang mudallis. Di 
situ terdapat kelemahan. Muntshir dan ayahnya pula, kedua-duanya perawi majhūl. Sekali lagi membuatkan hadits itu dha`if.

Menurut ilmu hadits, sesuatu hadits akan dikira sebagai sangat dha`if (جدا ضعيف) apabila ada padanya beberapa orang perawi yang lemah atau ada padanya beberapa 
sebab yang mendha`ifkannya.

Al-Ĥākim yang meriwayatkannya sendiri mengakui bahawa hanya Saif meriwayatkannya. Ertinya Saif bersendirian (tafarrud) dalam meriwayatkannya, sedangkan dia seorang yang dha`if. Abu Dzar seorang sahabat yang sangat terkenal, kenapa anak dan cucunya yang majhūl sahaja meriwayatkan hadits itu daripadanya. Dan kenapa pula orang yang dha`if seperti Saif itu sahaja yang meriwayatkannya daripada cucu Abu Dzar yang
majhūl itu?

(4) Bagaimana di dalam hadits itu dikatakan Nabi s.a.w. bersabda, “Ia memelihara anak anjing lebih baik lagi baginya daripada memelihara anak kandungnya”, 
bukankah sabda Baginda itu boleh mendorong umatnya memelihara anak anjing dan seterusnya bapa atau ibu anjing? Sedangkan Baginda sendiri tidak suka anjing 
dipelihara tanpa sebab-sebab yang mengharuskan.

(5) Bagaimana Rasulullah s.a.w. boleh berkata begitu, sedangkan terdapat hadits `Aaishah yang menyatakan bahawa pernah Jibril a.s. berjanji untuk datang bertemu 
dengan Rasulullah s.a.w. pada suatu masa tertentu. Tiba-tibanya Baginda terasa kedatangannya lambat. Setelah membuka pintu untuk keluar, Baginda mendapati 
Jibril a.s. rupa-rupanya sedang berdiri di luar pintu rumah. Maka Nabi s.a.w. bertanya Jibril a.s.: “Apa yang menghalangmu masuk?” Jawab Jibril:
 إن في البيت كالبا وإنا ندخل بيتا فيه ولا صورة
Bermaksud: Kerana di dalam rumahmu ada anjing. Sesungguhnya kami tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya ada anjing dan patung.”

(6) Bukankah di dalam sekian banyak hadits tersebut bahawa memelihara anjing tanpa tujuan yang dibenarkan Syari`at mengurangkan pahala sebanyak satu qirath atau 
dua qirath - mengikut sesetengah riwayat - setiap hari? Lihat sebagai contoh hadits 
berikut: 
 مَنْ اتخد كَلْبًا إِلَّا كَلْبَ صَيْدٍ أَوْ مَاشِيَةٍ نَقَصَ مِنْ أَجْرِهِ كُلَّ يَوْمٍ قِيرَاطَانِ
Bermaksud: Sesiapa memelihara anjing - kecuali anjing perburuan atau anjing (untuk mengawal) ternakan - berkuranglah (pahala) amalannya setiap hari sebanyak dua qirath. 
(Hadits riwayat Bukhāri, Muslim, Malik, Aĥmad, Ibnu Abi Syaibah, Tirmidzi, Nasā’i dan lain-lain).

Kalau begitu kenapa pula Nabi s.a.w. bersabda, “Ia memelihara anak anjing lebih baik lagi baginya daripada memelihara anak kandungnya”. Adakah dengan memelihara  anak kandung, manusia akan kekurangan pahala amalan kebaikan setiap hari sebanyak tiga qirath atau empat qirath?! 

(7) Memelihara anak sendiri atau anak yatim adalah salah satu amalan yang sangat mulia pada pandangan agama Islam. Ia termasuk salah satu amalan kebaikan yang
menjamin seseorang ke syurga. Memelihara anak-anak khususnya anak-anak  perempuan pula boleh menghindarkan seseorang daripada neraka, tiba-tiba di dalam apa yang dikatakan hadits itu tersebut “memelihara anak anjing lebih baik baginya daripada memelihara anak kandungnya”!
Lihat sebagai buktinya hadits-hadits di bawah ini:
1- Anas bin Malik meriwayatkan, katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:
مَنْ عَالَ جَارِيَتَيْنِ حَتَّى تَبْلُغَا جَاءَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَنَا وَهُوَ وَضَمَّ أَصَابِعَهُ
Bermaksud: Sesiapa menanggung dua orang anak perempuan sehingga mereka baligh, dia datang pada hari kiamat dalam keadaan aku dan dia begini – sambil Baginda merapatkan jari-jarinya. (Hadits riwayat Muslim). 

2- Nabi s.a.w. bersabda:
  مَنْ كَانَ لَهُ ثَلَاثُ بَنَاتٍ فَصَبَرَ عَلَيْهِنَّ وَأَطْعَمَهُنَّ وَسَقَاهُنَّ وَكَسَاهُنَّ مِنْ جِدَتِهِ كُنَّ لَهُ حِجَابًا مِنْ النَّارِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Bermaksud: Sesiapa mempunyai tiga orang anak perempuan, dia sabar menjaganya, dia memberi makan, minum dan pakaian kepadanya dengan duitnya (sendiri), niscaya mereka menjadi pendinding baginya pada hari kiamat nanti daripada neraka. 
(Hadits riwayat Bukhāri di dalam al-Adabu al-Mufrad, Aĥmad, Ibnu Majah, Abu Ya`la, at-Thabarāni di dalam al-Mu`jam al-Kabīr dan Baihaqi di dalam Syu`ab al-Imān).

3- Sahal bin Sa`ad meriwayatkan, katanya, Nabi s.a.w. juga bersabda:
وَأَنَا وَكَافِلُ الْيَتِيمِ فِي الْجَنَّةِ هَكَذَا وَأَشَارَ بِالسَّبَّابَةِ وَالْوُسْطَى
Bermaksud: “Aku dan penjaga anak yatim di dalam syurga begini.” (Kata Sa`ad) sambil Baginda mengisyaratkan dengan jari telunjuk dan jari tengahnya.
(Hadits riwayat Bukhāri, Aĥmad, Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Ĥibbān).

Contoh Ketiga:
(3)عن عائشة قالت: قال رسول ألله صلى ألله عليه وسلم: ما أفلح صاحب عيال قط 
Maksudnya: Diriwayatkan daripada `Aaishah, katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak pernah berjaya sama sekali orang yang berkeluarga (yang mempunyai anak 
pinak).”

Rujukan:
Ibnu `Adi – al-Kāmil j.1 m/s 193, Ibnu al-Jauzi–al-Maudhu`āt j.2 m/s 281, as-Suyuthi - al-La’āli’ al-Mashnū`ah j.2 m/s 153, As-Sakhāwi - al-Maqāshidu al-
Ĥasanah m/s 572, Al-`Ajalūni - Kasyfu al-Khafā’ j.2 m/s 210, Ibnu `Arrāq al-Kināni -Tanzīhu asy-Syarī`ah al-Marfū`ah j.2 m/s 201, al-Albāni – as-Silsilatu ad-Dha`īfah j.3 
m/s 563.

Komentar:
(1) Hadits `Aaishah itu dikemukakan oleh Ibnu al-Jauzi pada العيال صاحب ذم باب dengan rantaian sanad yang panjang seperti di bawah ini:
أنبأنا ابن السمرقندى أنبأنا إسماعيل بن مسعدة أنبأنا حمزة بن يوسف السهمى أنبأنا أبو عبد هللا محمد بن إبراهيم 
الشروطى حدثنا عدى بن عبدهللا بن عدى حدثنا أبو الحسن على بن أحمد بن سيف حدثنا أحمد بن حفص بن عمر 
السعدى حدثنى أحمد بن سلمة الكسائي حدثنا سفيان عن هشام بن عروة عن أبيه عن عائشة قالت: قال رسول هللا 
صلى هللا عليه وسلم: " ما أفلح صاحب عيال قط " 

(2) Setelah mengemukakannya Ibnu al-Jauzi berkata:
هذا حديث باطل عن رسول هللا صلى هللا عليه وسلم ما قاله قط، وأقواله على ضد هذا، وإنما يروى نحو هذا عن 
سفيان.
Bermaksud: “Ini adalah satu hadits yang karut (diriwayatkan) daripada Rasulullah s.a.w. Tidak pernah Baginda bersabda begitu sama sekali. Sabda-sabda Nabi s.a.w.sebaliknya bercanggah dengannya. Hadits seumpama ini hanya diriwayatkan daripada Sufyan.”Kemudian beliau berkata, “Di dalam isnadnya ada Aĥmad bin Salamah.” Ibnu `Adi berkata, “Dia meriwayatkan banyak perkara-perkara karut daripada perawi-perawi 
tsiqāt. Di dalamnya juga ada Aĥmad bin Ĥafsh. Dia meriwayatkan banyak hadits mungkar yang langsung tidak diriwayatkan oleh orang-orang lain.”

(3) Apa yang disebutkan oleh Ibnu al-Jauzi itu diperakui as-Suyuthi di dalam al-La’āli’ al-Mashnū`ah, Ibnu `Arrāq di dalam Tanzih asy-Syari`ah al-Marfū`ah dan orang-orang lain yang menulis buku-buku tentang hadits-hadits maudhu`.

(4) Menerusi saluran riwayat Ibnu `Adi, hadits itu diriwayatkan juga oleh ad-Dailami di dalam Musnad al-Firdaus, daripada Ayyub bin Nūĥ al-Mutthawwi`i, katanya, ayahku meriwayatkan kepadaku, katanya, Muĥammad bin Muĥammad bin `Ajlān meriwayatkan kepadaku daripada Sa`id daripada Abi Hurairah secara marfū`.
Riwayat inilah yang disebut oleh as-Suyuthi di dalam “Dzail al-Aĥādīts al-Maudhū`ah” pada muka surat 175-176. Setelah menyebutnya as-Suyuthi menukilkan kata-kata Ibnu `Adi bahawa hadits itu mungkar. 

(5) Bagaimana boleh diterima Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Tidak pernah berjaya sama sekali orang yang berkeluarga (yang mempunyai anak pinak).” Sedangkan di 
dalam hadits-hadits sahih Baginda bersabda sebaliknya, seperti kata Ibnu al-Jauzi. 
Lihat antaranya hadits berikut:
أَفْضَلُ دِينَارٍ يُنْفِقُهُ الرَّجُلُ دِينَارٌ يُنْفِقُهُ عَلَى عِيَالِهِ وَدِينَارٌ يُنْفِقُهُ الرَّجُلُ عَلَى دَابَّتِهِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ 
Bermaksud: Sebaik-baik duit yang dibelanjakan oleh seseorang itu ialah (1) duit yang dibelanjakannya untuk menanggung ahli keluarganya (anak pinaknya), (2) duit yangdibelanjakan untuk kuda di jalan Allah, dan (3) duit yang dibelanjakannya untuk sahabat-sahabatnya yang berjuang di jalan Allah. 
(Hadits riwayat Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah, Aĥmad dan Bukhāri di dalam al-Adabu al-Mufrad).

Usul dirayah hadis 0017r
Soalnya adakah orang yang mendapat sebaik-baik kelebihan seperti disebut oleh Rasulullah s.a.w. itu tidak mendapat kejayaan? Adakah orang yang mendapatnya 
tidak beruntung? Sebaik-baik duit yang dibelanjakan oleh seseorang mula-mula sekali disebut oleh Rasulullah s.a.w. di dalam hadits di atas, duit yang dibelanjakannya untuk
menanggung ahli keluarganya (anak pinaknya).
Rasulullah s.a.w. juga bersabda:
دِينَارٌ أَنْفَقْتَهُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَدِينَارٌ أَنْفَقْتَهُ فِي رَقَبَةٍ وَدِينَارٌ تَصَدَّقْتَ بِهِ عَلَى مِسْكِينٍ وَدِينَارٌ أَنْفَقْتَهُ عَلَى أَهْلِكَ أَعْظَمُهَا أَجْرًا الَّذِي أَنْفَقْتَهُ عَلَى أَهْلِكَ
Bermaksud: Satu dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah, satu dinar yang engkau belanjakan untuk memerdekakan hamba, satu dinar yang engkau belanjakan kepadaorang miskin, dan satu dinar yang engkau belanjakan kepada ahli keluargamu. Yang 
paling besar pahalanya ialah yang engkau belanjakan kepada ahli keluargamu. 
(Hadits  riwayat Muslim dan Aĥmad).

Lihat betapa besarnya pahala membelanjakan sesuatu kepada anak isteri. Rasulullah s.a.w. sendiri menyebutkan yang paling besar pahalanya ialah yang engkau 
belanjakan kepada anak isterimu. Pahalanya lebih besar lagi daripada pahala membelanjakan duit di jalan Allah, memerdekakan hamba atau membelanjakannya 
kepada orang miskin. Adakah orang yang mendapat pahala sebegitu besar tidak berjaya dan tidak beruntung? Bagaimana seseorang akan dapat membelanjakan sesuatu kepada anak isterinya kalau dia tidak berkeluarga?!

(6) Kelebihan-kelebihan yang tersebut sebelum ini hanya berupa pahala yang akan dapat dikecapi seseorang selepas mati, semasa hidup di dunia lagi berapa ramai 
manusia beruntung, berjaya dan berbangga dengan kejayaan anak-anaknya. Berapa ramai manusia, paling tidak berasa sangat berjaya dan beruntung di hari-hari tuanya 
apabila melihat kejayaan anak cucunya!



Usul dirayah hadis 0018r
Kalau begitu tidak benar sama sekali apa yang dibentangkan pada contoh ketiga itu sebagai sabda Rasulullah s.a.w. Firman Allah atau sabda Rasul tidak pernah bercanggah dan bertentangan di antara satu sama lain. 

(7) Sukar diterima dan difahami kenyataan itu, (Tidak pernah berjaya sama sekali orang yang berkeluarga atau yang mempunyai anak pinak), apa maksud sebenarnya? 
Kejayaan dinafikan secara total, dinafikan sama sekali daripada orang yang berkeluarga atau beranak pinak. 
Jika diandaikan kejayaan yang dinafikan itu ialah kejayaan dunia, jelas sekali tidak benarnya. Alangkah ramai orang yang berkeluarga dan beranak pinak berjaya di dunia 
ini! Atau apa yang dinafikan itu ialah kejayaan dalam kehidupan berumah tangga, juga tidak benar. Alangkah banyaknya rumah tangga yang berjaya dan bahagia di dunia ini.
Kenyataan seperti itu hanya sesuai keluar dari mulut orang yang kecewa dan putus asa dalam kehidupan berumah tangganya. Ia sama sekali tidak sesuai bahkan mustahil 
keluar dari mulut seorang nabi.


18

Tiada ulasan:

Catat Ulasan