Ahad, Mac 06, 2022

K999.ME TIME?

K999.ME TIME?
Ramai antara kita pada zaman ini tercari-cari ruang untuk bersendirian. Bukan bertujuan untuk melarikan diri dari tanggungjawab sedia ada tetapi lebih kepada ruang untuk bertenang dan kembali melaksanakan apa yang perlu dilakukan. 

Kita semua tahu kita perlukannya tetapi pada masa yang sama kita tak tahu bagaimana mahu melakukannya. Ramai juga yang mengakui begitu susahnya untuk ber’me time’ kerana kekangan masa dan kesibukan seolah-olahnya ‘me time’ itu sendiri adalah agak menyusahkan dan rumit

Namun begitu, berdasarkan pengalaman saya bersama pesakit, saya mendapati ada begitu banyak salah faham/kesalahan berkaitan ‘me time’ yang menyebabkan ianya tidak bermanfaat pada individu tersebut. Saya senaraikan di bawah cara yang lebih baik untuk panduan anda semua:
1. Konsep utama ‘me time’ ialah ‘to be with silent’: Bersendirian dengan diri anda sendiri dan apa sahaja yang ada dalam lingkungan deria anda pada ketika itu. 
2. Ia tidak sepatutnya ‘rigid’ kepada masa tertentu, situasi tertentu atau perbuatan tertentu semata. Boleh ubah ikut selesa kita
3. 5 minit pun cukup, 10 minit pun tidak apa, setengah jam pun boleh, sehari dua pun boleh. Ikutlah. 
4. ‘Putuskan’ sementara dengan segala hal dunia. Nikmati detik tersebut sebaiknya
5. OFFLINE!! ‘Me Time’ sambil tengok dan ‘update’ pelbagai status sosial media bukan ‘me time’ namanya. Sebenarnya, zaman sekarang ini kalau boleh offline itu sendiri dah macam satu nikmat hidup yang berlainan dah. Aman damai
6. Jadikan ia rutin dan juga rawak. Waktu makan boleh jadi ‘me time’. Waktu ibadah adalah ‘me time’. Waktu menung juga ‘me time’. Ber’me time’ dengan perkara biasa yang kita memang buat hari-hari lebih mudah berbanding mencari benda baru
7. Tidak perlu tunggu stress baru mahu cari masa untuk diri sendiri. Masa untuk diri sendiri ini penting untuk kita berefleksi, muhasabah, kerehatan jiwa dan minda. Kalau sudah muka stress baru nak mencari ‘me time’, saya yakin ia akan menambah stress sahaja
8. ‘Me time’ ini sifatnya ringan dan longgar, jangan beratkan dan susahkan

Ok. Setakat itu sahaja. Dah boleh mula dah kalau mahu cuba-cuba ‘me time’.
Dr Rozanizam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan