Jumaat, Mac 11, 2022

K999.Soalan: Sudah lebih dua tahun ibu saya meninggal dunia. Namun sampai hari ini saya rasa belum boleh move on. Masih rasa sedih, tak boleh terima, terdengar-dengar suara dia. Saya jadi tiada semangat nak teruskan hidup. Macam mana nak buat?

K999.Soalan: Sudah lebih dua tahun ibu saya meninggal dunia. Namun sampai hari ini saya rasa belum boleh move on. Masih rasa sedih, tak boleh terima, terdengar-dengar suara dia. Saya jadi tiada semangat nak teruskan hidup. Macam mana nak buat?

Jawapan:
Org yang alami grieving berpanjangan ni selalunya ada benda dia masih tak letgo. Contohnya rasa bersalah, marah, terkilan Dan sebagainya. 

Jadi kena cari jalan untuk bantu capai fasa acceptance atau redha. 

Kalau dlm terapi, ada 4 fasa yang perlu dillaui (four task of mourners) atau ringkasnya T.E.A.R. 

1) Fasa pertama ialah dengan meluahkan. Sbb bila dia kumpul dalam hati dia akan cipta internal guilt dialogue yang berpanjangan, akhirnya menyekat acceptance tu. 

2) Fasa kedua ialah memproses emosi tu. Kalau sedih, marah etc - belajar nak buat apa dengan emosi tu. Supaya diterjemah dengan cara yg positif. Nak menangis ke nak menulis ke etc apa-apa yang berkesan. 

3) Fasa seterusnya ialah cipta maksud baru dari kehilangan itu. Contoh makna baru: Dia pergi utk Allah kurangkan derita di dunia. Etc. Bahasa mudahnya cari hikmah. 

4) Fasa akhir ialah bina identiti baru (tanpa arwah di sisi), maknanya adapt dengan hidup tanpa arwah. Let go barang2, susun rutin hidup baru, belajar hidup tanpa sokongan arwah. 

Dalam buku saya Aku Nabi Isa (2013) ada satu bab khas tentang topik ni (Mahu Sekali ke Liang Lahad). Saya ada selitkan kisah Abu Dan Ummi Salamah dalam menghadapi ujian kematian anak sebagai pengajaran. 

 Dr Rozanizam Zakaria 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan