Kecacatan('Ilal)hadis sesi 015(0040)
pendapat sesetengah ahli ilmu dari kalangan Tabi'in dan lain-lain. Lantas aku berkata "Ada hadits Nabi s.a.w. berhubung dengan perkara ini." Ahmad terus mencelah dengan katanya, "Daripada Nabi s,a.w..?" Jawabku. "Ya, Hajjaaj bin Nushair dengan katanya,
meriwayatkan kepada kami, katanya: Al-Mu'aarik bin 'Abbaad meriwayatkan kepada kami daripada 'Abdullah bin Sa'id al-Maqburi daripada ayahnya daripada Abi Hurairah, kata beliau:Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sembahyang Juma'at itu wajib ke atas orang yang sempat pulang ke rumahnya sebelum masuk waktu malam." Ahmad bin Hasan berkata, "Maka marahlah Ahmad bin Hambal kepadaku.
Dan beliau berkata, "Beristighfarlah engkau kepada Tuhanmu! Beristighfarlah engkau kepada Tuhanmu!"
Sebanyak dua kali beliau berkata begitu. Sebabnya Ahmad bertindak demikian ialah kerana beliau tidak membenarkan hadits itu daripada Nabi saw. lantaran lemah isnadnya. Beliau juga tidak mengetahuinya daripada Nabi saw.
Hajaaj bin Nushair dianggap dha'if dalam hadits. 'Abdullah bin Sa'id al-Maqburi pula dikatakan dha' if sangat dalam hadits oleh Yahya bin Sa'id al-Qatthaan.⁶⁸
Perkara Ke-Tujuh:
Perawi-Perawi Yang Haditsnya Tidak Boleh Dijadikan Dalil (Hujah)
قال أبو إعيسى.......يحتج به
Bermaksud: Kata Abu 'Isa at-Tinnidzi r.a., "Semua orang yang diriwayatkan sesuatu hadits daripadanya dari kalangan orang-orang yang tertuduh atau dikatakan dha'if kerana kecuaiannya dan banyak kesilapannya, di samping tidak pula diketahui hadits itu melainkan daripada haditsnya, tidaklah boleh dijadikan hujah.⁶⁹
___________
⁶⁸ Ada dua sebab kenapa Imam Ahmad tidak mahu menerima riwayat yang dikemukakan oleh Ahmad bin al-Hasan ini. Pertama, kerana ia dha'if disebabkan kedha'ifan tiga orang perawinya, iaitu
(1) Hajaaj bin Nushair dan
(2) Al-Mu'aarik bin 'Abbaad dan
(3) 'Abdullah bin Sa'id al-Maqburi. Kedua, Beliau tidak mengetahui ia sebagai hadits Nabi melalui saluran-saluran riwayat lain yang sahih.
⁶⁹Kritikan terhadap perawi-perawi yang menyebabkan mereka tidak diterima dalam istilah hadits disebut الطعن atau الجرح . Perkara الطعنatau itu الجرح berlaku terhadap sepuluh
40
Tiada ulasan:
Catat Ulasan