Khamis, Mac 31, 2022

Kecacatan('Ilal)hadis sesi 017(0040-0047)7s

Kecacatan('Ilal)hadis sesi 017(0040-0047)7s

[1]Abaan bin Abi 'Ayyaasy
[2]Muhamad bin al-Saa'id alkalbi dan anaknya 
[3]Hisyam bin Muhamad al-kalbi

Perkara Ke-Tujuh:
Perawi-Perawi Yang Haditsnya Tidak Boleh Dijadikan Dalil (Hujah)
قال أبو إعيسى.......يحتج به
Bermaksud: Kata Abu 'Isa at-Tirmidzi r.a., "Semua orang yang diriwayatkan sesuatu hadits daripadanya dari kalangan orang-orang yang tertuduh atau dikatakan dha'if kerana kecuaiannya dan banyak kesilapannya, di samping tidak pula diketahui hadits itu melainkan daripada haditsnya, tidaklah boleh dijadikan hujah.⁶⁹
- semua perawi
-tertuduh berdusta atau menganuti  bid'ah

وقد......كذبه
Bermaksud: Bukan seorang imam telah meriwayatkan (hadits) daripada perawi-perawi dha'if, tetapi mereka menerangkan keadaan perawi-perawi yang lemah itu
kepada orang ramai. Ibrahim bin 'Abdillah bin al-Mundzir al-Baahili meriwayatkan kepada kami, katanya. Ya'la bin 'Ubaid meriwayatkan kepada kami, katanya, kata Sufyan ats-Tsauri: "Jauhilah al-Kalbi(Muhamad bin al-Saa'id dan anaknya Hisyam bin Muhamad al-kalbi),” Maka ada orang berkata kepada beliau,”Kamu sendiri itu bagaimana boleh meriwayatkan daripadanya?' Jawab Sufyan,"Aku dapat membezakan mana yang benar(dari segi makna) dari mana yang dusta.”⁷⁰
- orang yang berdusta bukan 24 jam berdusta atau sama dengan yang tidak berdusta.
- tetapi masih tidak boleh kata semua yang dia riwayatkan maka benar belaka .hanya sebahagian besar sahaja 
-(kata mmay) jgn terpedaya hanya kerana imam besar meriwayatkan sesuatu hadits .
- orang yang baik2 yang lain tiada meriwayatkan sepertinya..juga perlu berhati2

قال.....شيئا
Bermaksud: Muhammad bin Ismail meriwayatkan kepadaku, katanya: Yahya bin Ma'in meriwayatkan kepadaku, katanya: 'Affaan meriwayatkan kepada kami daripada Abi 'Awaanah, katanya: "Apabila Hasan al-Bashri meninggal dunia, aku teringinkan kata-katanya. Maka aku mencarinya daripada murid-murid Hasan. Aku membawanya pergi kepada [1]Abaan bin Abi 'Ayyaasy. Dia terus membaca semuanya dihadapanku sebagai riwayat daripada Hasan. Kerana itu aku tidak menganggap halal meriwayatkan sesuatu daripadanya.⁷¹

قال أبو عيسى......فوقة
Bermaksud: kata Abu 'lsa, "Bukanlah seorang imam telah meriwayatkan hadits daripada Abaan, walaupun kelemahan dan kealpaan yang ada padanya seperti apa yang disebut
oleh Abu Awaanah dan lain-lain itu.⁷² Kerana itu janganlah kamu terpedaya dengan riwayat perawi-perawi tsiqaat (muhadditsin) daripada perawi-perawi dha'if. Justeru dinukilkan daripada Ibnu Sirin bahawa beliau berkata: "Sesungguhnya ada orang meriwayatkan hadits kepadaku. Aku tidak sebaliknya mentohmah perawi di atasnya.⁷⁴

Minit 17
الله......عنهم
Bermaksud: Kata Abu 'Isa, "Ramai orang telah meriwayatkan daripada Ibrahim bahawa 'Abdullah bin Masud berqunut dalam witirnya sebelum ruku'.⁷⁵ Abaan bin Abi 'Ayyaasy pula meriwayatkan daripada Ibrahim an-Nakha'i daripada 'Alqamah daripada 'Abdillah bin Masud bahawa Nabi s.a.w. berqunut dałam witirnya sebelum rukuk. ⁷⁶  Demikianlah Sufyan ats-Tsauri meriwayatkan daripada Abaan bin Abi 'Ayyaasy.⁷⁷  Sesetengah perawi (seperti Yazid bin Zurai') meriwayatkan daripada Abaan bin Abi 'Ayyaasy dengan sanad ini sama seperti ma'na hadits sebelum ini, tetapi dengan tambahan berikut: "Kata 'Abdullah bin Masud, "Ibuku menceritakan kepadaku bahawa sesungguhnya ia telah bermalam di rumah Nabi s.a.w. la melihat Nabi s.a.w berqunut di dalam witirnya sebelum ruku .⁷⁸

Minit 25
Kata Abu 'Isa, Abaan bin Abi 'Ayyaasy walaupun diketahui kuat beribadat, tetapi inilah keadaannya dalam hadits.⁷⁹ Para muhadditsin (sejati) pula adalah orang-orang
yang kuat ingatannya. Ada juga orang, walaupun saleh, tetapi ia tidak dapat memberikan kesaksiannya dengan betul, la tidak ingat betul-betul apa yang hendak
disaksikannya.⁸⁰ Oleh itu orang yang tertuduh berdusta dalam meriwayatkan hadits atau ia seorang yang Ieka dan banyak melakukan kesilapan dalam periwayatan, menurut apa yang dipilih oleh kebanyakan imam-imam hadits ialah riwayatnya tidak boleh diterima. Tidakkah engkau lihat bagaimana 'Abdullah bin al-Mubarak meriwayatkan daripada sekumpulan ahli ilmu (perawi-perawi hadits), tetapi setelah mengetahui keadaan mereka yang sebenarnya, beliau tidak lagi mahu meriwayatkan daripada mereka?
أخبرني......كذب
Bermaksud: (Imam at-Tirmidzi berkata)⁸¹ Musa bin Hizaam meriwayatkan kepadaku, katanya: Aku mendengar Saleh bin 'Abdillah berkata; "Pernah kami berada di samping Abi Muqatil as-Samarqandi.⁸² Dia mula meriwayatkan daripada 'Aun bin Abi Syaddaad hadits-hadits panjang yang diriwayatkan tentang wasiat Luqman dan pembunuhan Said bin Jubair dan cerita-cerita seumpamanya. Maka berkatalah anak saudara Abi Muqatil, "Wahai Pak cik! Janganlah Pak cik berkata, ""Aun meriwayatkan kepada kami. Kerana Pak cik tidak mendengar benda-benda ini (daripadanya)." Abu Muqatil pun berkata, "Wahai anakku! la adalah cerita yang bagus ⁸³

(Kata Imam Tirmidzi lagi) Aku mendengar al-Jaarud berkata, "Pernah kami di samping Abi Mu'aawiah, lalu disebutkan kepadanya hadits Abi Muqatil daripada Sufyan ats-Tsauri daripada al-A'masy daripada Abi Zhabyaan, kata beliau, 'Ali pernah ditanya tentang sarang tebuan. Jawab beliau, "Tidak mengapa denganya. la sama seperti perburuan laut." Maka berkata Abu Mu'aawiah: "Sesungguhnya aku tidak berkata sahabatmu pendusta, tetapi hadits ini dusta."
___________
⁶⁹Kritikan terhadap perawi-perawi yang menyebabkan mereka tidak diterima dalam istilah hadits disebut الطَعَن(tikam/menyebut tidak baik) atau الجَرح(kritikan/yang menyebutkan kekurangan perawi ) .Perkara الطعن atau itu الجرح berlaku terhadap sepuluh perkara. 

Lima daripadanya berkaitan dengan 'Adaalah (العدالة) dan lima lagi berkenaan dengan الضبط. 'Adaalah adalah suatu sifat yang apabila ada pada seseorang, ia akan dianggap sebagai seorang yang baik dan berugama. la terhasil daripada sikap seseorang yang mengelak diri daripada dosa-dosa besar, tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil dan sentiasa menjaga maruah diri. Ad-Dabth (الضَبْط) bererti menjaga dan mengingati dengan baik apa yang diterima daripada guru, sama ada melalui catatan atau hafalan. Dhabth terbahagi kepada dua; ضبط الصدر dan ضبط الكتابة. Mengingati dengan baik apa yang diterima daripada guru dipanggil ضبط الصدر dan mencatit serta menyimpan dengan baik apa yang diterima daripada guru pula dipanggil ضبط الكتابة

**hadits sahih =hadits yang dalam keadaan bersambung- sambung

Minit6
'Adaalah seseorang perawi tercedera (peribadinya) dengan adanya salah satu daripada lima perkara berikut: 
(1) Berdusta(dalam hadits).
(2) Tertuduh berdusta. 
(3) Kefasiqan. 
(4) Keadaan tidak dikenali atau diketahui(jahalah atau majhul)
(5) Terbabit dengan biďah(aqidah/iktiqodi)

Maksud berdusta di sini ialah perawi telah terbukti sengaja berdusta atas nama Nabi s.a.w. Sama ada dengan sengaja mengatakan atau meriwayatkan apa yang tidak dikata atau dibuat oleh Nabi s.a.w. Termasuk dalam maksud berdusta juga mengaitkan sesuatu yang bukan sebenar dengan Rasulullah s.a.w. Riwayat atau hadits pendusta dihukum sebagai maudhu' . 
Minit 9

Maksud tertuduh berdusta ialah perawi yang tidak terbukti dengan jelas telah berdusta dalam meriwayatkan hadits, tetapi terdapat sedikit tanda-tanda yang menimbulkan keraguan ia telah berdusta. Antaranya ialah: 
(1) Ia ada meriwayatkan hadits yang bercanggah dengan qaedah-qaedah syari'at yang diketahui dan diterima oleh semua pihak. 
(2) Perawi terbukti telah berdusta dalam perkara lain selain hadits. Maka timbul keraguan bahawa boleh jadi dia ada berdusta juga dalam hadits. Riwayat perawi yang dikatakan tertuduh berdusta dihukum matruk (tidak diterima riwayatnya).
Minit 38

Maksud kefasiqan ialah suatu sifat yang mendatang pada perawi apabila ia: 
(1) Melakukan dosa besar, sama ada dengan kata-katanya atau dengan perbuatannya. 
(2) Mengucapkan sesuatu ucapan yang membayangkan kekufuran atau membawa kepada kekufuran. 
(3) Suka memaki hamun orang atau 
(4) Melakukan dosa-dosa kecil secara berterusan.

Maksud keadaan tidak dikenali atau diketahui ialah perawi yang tidak diketahui keadaannya, sama ada ia seorang tsiqah atau tidak tsiqah.
Maksud terbabit dengan biďah ialah perawi terbabit dengan biďah i'tiqadi yang menyesatkan. Orang yang terbabit dengan biďah i'tiqadi dianggap sesat atau ahli biďah yang menyeleweng. Demikianlah bid'ah menurut istilah Usul Hadits. Adapun bidăah menurut istilah syari'at, maka ia adalah apa saja perkara baharu yang tidak ada asalnya di dalam alQur'an atau as-Sunnah. Dan ia tidak terdapat di zaman as-Salaf as-Saleh yang diakui Rasulullah s.a.w. sebagai sebaik-baik kurun.
Ini bab 'adalah.

÷÷÷÷÷÷

Dhabth seseorang perawi pula tercedera dengan adanya salah satu daripada lima perkara berikut: 
(1) Kesilapan yang teruk فُحْشُ الغَلَطِ
(2) Terlalu alpa كَثْرَةُ الغَفْلَةُ 
(3) Keliru وَهْمٌ
(4) Menyalahi perawi-perawi yang dipercayai مُخَالَفَةُ الثِّقَاتِ
(5) Ingatan yang teruk سُوْءُ الحِفْظَ

Maksud kesilapan فُحْشُ الغَلَطِ yang teruk ialah perawi banyak sekali melakukan kesilapan yang teruk. Hadits-hadits yang diriwayatkannya banyak mengandungi kesilapan yang teruk. Yang salah lebih banyak daripada yang betul.

Maksud terlalu alpa كَثْرَةُ الغَفْلَةُ ialah perawi terlalu alpa dalam mengingati hadits. Ia juga alpa dalam mencatat hadits. Akibatnya ia tersalah apabila meriwayatkan hadits.

Maksud Waham ialah kesilapan perawi kerana terlupa atau terkeliru. Perawi yang banyak waham ialah perawi yang banyak tersalah akibat terlupa atau terkeliru. Kerana terlupa dan terkeliru perawi mengubah sanad dan matan sesuatu hadits. Hadits mursal atau munqathi' diriwayatkannya secara muttashil. Sepotong ayat yang terdapat di dalam satu hadits dimasukkannya ke dalam hadits yang lain. Menokok tambah hadits sehingga hilang lafaz  asalnya. Menukar perawi dha'if dengan perawi yang kuat dan sebagainya. Hadits yang terdapat waham seseorang perawi dipanggil hadits mu'allal(ada 'ilat didalamnya), iaitu hadits yang mengandungi kecacatan yang tersembunyi.

Maksud menyalahi perawi-perawi yang dipercayai ialah menyalahi mereka dalam 6 bentuk berikut: 
(i)ِمُدْرَجُ الإِسنَاد ( dimasukan katanya misalnya)      
(ii)ِمُدْرَجُ المِتْن(ada tokok tambah dalam matan hadits)
(iii)مَقْلُوب    (terbalik)                   
(iv)مَزِيدُ في مُتَصِلْ الأَسَانِيد(sanad mutasil ada tambahan)
(v)مُضْطَرَب    (tak tetap)
(vi)مُصَحَّف وَمُحِرَّف (baris berubah2 atau rumah perkataan berubah)

Maksud ingatan yang teruk ialah perawi mempunyai ingatan yang teruk. Kerananya ia lebih banyak tersalah dalam periwayatannya. Riwayatnya yang tersalah lebih banyak daripada yang betul atau kalau tidak lebih banyak pun kedua-duanya sama banyak.

⁷⁰ Maksud Sufyan ialah aku mengetahui mana riwayatnya yang sahih dan mana yang tidak sahih. Kerana itu aku dapat memilih riwayat-riwayatnya yang sahih untuk diriwayatkan. Riwayat-riwayatnya yang dha'if pula tidak ku pilih. Adapun orang ramai yang tidak dapat membezakan riwayat-riwayatnya, maka dia hendaklah menjauhinya. 
Jangan sekali-kali terpedaya dengan perawi-perawi dha'if kerana semata-mata imam-imam besar ada meriwayatkan sesuatu daripadanya. Telah diterangkan sebelum ini bahawa riwayat tiga macam perawi dha'if tidak boleh dijadikan hujah dan dalil. Akan tetapi kadang-kadang ditemui juga tokoh-tokoh hadits meriwayatkan hadits daripada perawi-perawi seperti itu. Apakah pendirian mereka terhadap perawi-perawi dha'if perlulah diketahui dan difahami dengan baik.
Sepintas lalu anda mungkin merasakan seolah-olahnya seseorang imam dalam bidang hadits apabila meriwayatkan hadits daripada seseorang perawi yang dha'if dan tidak tsiqah bererti ia telah mengi'tirafnya dan mengangggapnya kuat dan tsiqah. Ketahuilah bahawa terdapat banyak sebab kenapa seseorang imam hadits meriwayatkan hadits daripada perawi dha'if dan tidak tsiqah. 

Di bawah ini dikemukakan sebab-sebabnya:
(1) Riwayat seseorang perawi yang dha'if kadang-kadang sahih pada pandangan tokoh-tokoh hadits tertentu. Kerana itu ia menerimanya dan memasukkannya ke dalam kitabnya. Di dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim pun terdapat hadits-hadits yang dikritik oleh pakar-pakar hadits kerana kedudukan perawinya yang dipertikaikan. Apakah jawapan yang diberikan oleh pensyarah-pensyarah kedua kitab tersebut yang membelanya? Jawapan yang diberikan oleh mereka ialah kerana riwayat-riwayat yang dikemukakan oleh perawi-perawi dha'if itü sahih pada pandangan mereka(pengarangnya).

(2) imam-imam hadits mampu membezakan antara riwayat-riwayat sahih dan dha'if yang dikemukakan oleh perawi-perawi dha'if. Mereka hanya memilih yang sahih sahaja untuk diterima dan diriwayatkan. İnilah sikap Sufyan ats-Tsauri seperti tergambar daripada riwayat yang dikemukakan oleh Timidzi di ataş.

(3) Tujuan meriwayatkan hadits daripada perawi dha'if ialah untuk menyatakan kedha'ifannya. Dengan mengemukakan riwayatnya yang dha'if itulah para pelajar dapat mengetahui sebab-sebab kedha'ifannya. 

(4) Riwayat perawi yang dha'if diterima kerana ada riwayat mutabi'nya (lainnya) atau riwayat syahidnya yang kuat dan sahih.

(5) Riwayat dha'if dikemukakan untuk memperkenalkan perawinya. Jikalau riwayatnya tidak dikemukakan, niscaya tidak adalah peluang untuk memperkenalkan perawi-perawinya.

(6) Riwayat perawi yang dha'if kerana bid'ahnya kadang-kadang dikemukakan bukanlah bertujuan membenarkan fahamannya, sebaliknya kerana ia menyokong fahaman Sunnah yang betul.

(7) Kadang-kadang seseorang perawi dianggap dha'if oleh sesetengah ahli hadits, sedangkan ia pada pandangan sesetengah yang lain tidak dha'if.
- penilaian taraf hadits tidak sama..

(8) Kadang-kadang seorang perawi hanya dianggap dha'if apabila ia meriwayatkan daripada orang tertentu sahaja. Adapun riwayatnya daripada orang-orang lain tidak pula dianggap dha'if.

(9) Sesetengah perawi hanya dianggap dha'if setelah tahun tertentu sahaja. Adapun riwayatnya sebelum tahun tertentu itu, maka tidak pula dianggap dha'if.

(10) Selalu juga riwayat perawi dha'if diketengahkan, semata-mata untuk mendedahkan keganjilannya dan kecenderungan fahamannya.
-nak latih kita, perawi syiah baunya warnanya macam mana.
-contoh hadits 2 ketua pemuda ahli syurga,...bau syiah. Dalam syurga tu ada orang tua?

Bagaimanapun apa yang disebutkan oleh Tirmidzi sebelum ini tetap terpakai, iaitu "Semua orang yang diriwayatkan sesuatu hadits daripadanya dari kalangan orang-orang yang tertuduh atau dikatakan dha'if kerana kecuaiannya dan banyak kesilapannya, di samping tidak pula diketahui hadiis itü melainkan daripada haditsnya, tidaklah boleh dijadikan hujah.

÷÷÷÷÷÷



⁷¹ Maksud kata-kata Abu 'Awaanah ini menurut an-Nawawi ialah Abaan meriwayatkan apa saja atas nama Hasan al-Bashri. Dia meriwayatkannya berdasarkan permintaan orang. Dan dia memang berdusta dalam riwayatnya itu. Menurut Maulana Rasyid Ahmad Gaggohi pula, Abaan kadang-kadang meriwayatkan daripada Hasan sesuatu yang agak sukar diterima ia sabagai kata-kata Hasan. Justeru dustanya jelas sekali. Kerana itulah Abu 'Awaanah tidak menganggap halal meriwayatkan sesuatu daripadanya. Imam Ahmad dan Ibnu Ma'in menganggap Abaan seorang perawi matruk. Waki' pula mengatakan dia perawi munkarul hadits.

⁷² Antara imam dan tokoh yang telah meriwayatkan daripadanya ialah Sufyan ats-Tsauri' Maimar, Yazid bin Harun, Abu Ishaq al-Fazaari dan lain-lain.

⁷³Kerana dia perawi yang tsiqah dan boleh dipercayai.

⁷⁴ Maksudnya ialah aku meragui gurunya atau guru kepada gurunya, kerana ia tidak tsiqah. Berpandukan kata-kata Ibnu Sirin ini dapatlah difahami bahawa adakalanya perawi tsiqah meriwayatkan daripada perawi yang tidak tsiqah kerana maksud dan tujuan tertentu seperti telah disebutkan sebelum ini. Imam Tirmidzi selepas ini menghuraikan bagaimana Abaan menimbukan masalah dalam periwayatannya.

⁷⁵ Riwayat ini adalah mauquf dan munqathi'. la hanya bercerita tentang amalan Ibnu Masud, bukan amalan Nabi s.a.w. la dikatakan munqathi' (terputus) kerana Ibrahim tidak sempat dengan zaman Ibnu Mas'ud. Riwayat ini dikemukakan oleh Imam Muhammad bin al-Hasan di dalam kitabnya yang bernama Kitab al-Aatsaar.

⁷⁶Apa yang dilakukan oleh Abaan dalam riwayatnya ini ialah ia memerfu'kannya. Dikatanya Nabi s.a.w. yang berqunut sebelum rukuk itu. la juga memaushukannya dengan menambahkan 'Alqamah di antara Ibrahim dan 'Abdullah bin Masud. Padahal tidak ada pun perantaraan iłu.

⁷⁷ Riwayat Sufyan ini terdapat di dalam Mushannaf Ibnu Abi Syaibah.

⁷⁸ Hadits ini juga terdapat di dalam Mushannaf Ibnu Abi Syaibah. Kesimpulannya ialah Abaan telah melakukan beberapa perkara apabila meriwayatkan hadits 'Abdullah bin Masud itu. 
Pertamanya ialah dia telah memarfu'kan hadits mauquf. Keduanya ialah dia telah menambahkan hadits ibu Ibnu Masud. Dan 
ketiganya ialah dia telah memaushulkan hadits yang munqathi'. 
Dua perkara terakhir ini bukanlah suatu perkara yang mustahil, tetapi oleh kerana Abaan bersendirian dałam meriwayatkannya begitu dan tidak ada perawi lain yang tsiqah menjadi mutabi înya, maka dia tertuduh dałam periwayatannya.

⁷⁹Kata Ibnu Hibbaan, "Abaan selalu menghadhiri majlis Hasan Bahsri. Apa yang didengarinya daripada Hasan, dikaitkan secara marfu' dengan Anas r.a. Dia melakukan begitu dalam keadaan alpa sehingga kira-kira 1,500 hadits diriwayatkannya dengan cara itu. Padahal kebanyakannya tidak berasas sama sekali.

⁸⁰ Begitulah keadaan perawi-perawi lemah seperti Abaan bin Abi 'Ayyaasy.

⁸¹ Perenggan ini hanya terdapat di dalam nuskhah cetakan Mesir sahaja. la pada asalnya tidak terdapat dalam cetakan India.

⁸² Abu Muqatil adalah seorang perawi yang sangat dha'if, Nama sebenarnya ia!ah Hafsh bin Salm, Dia meriwayatkan daripada Ayyub as-Sakhtiani, 'Ubaidullah bin 'Umar. Ibnu Abi Rawwaad dan 'Aun bin Abi Syaddand banyak sekali riwayat-riwayat munkar. Qutaibah bin Sa'id mengatakan dia seorang perawi yang sangat dha'if. Ibbu Hibbaan berkata, 'Dia meriwayatkan banyak riwiyat munkar yang langsung tidak berasas." Ibnu 'Adi berkata, "Riwayat-riwayatnya tidak boleh dìpercayai." Ibnu Mahdi dan Waki pula mengatakan dia pendusta. Umurnya panjang, Dia telah hidup hingga ke tahun 208 Hijrah.

⁸³ Baginya asalkan cerita bagus, maka bolehlah ia dikaitkan dengan seseorang seperti 'Aun bin Abi Syaddaad dan lain-lain.

-Bid'ah termasuk dosa besar
-konteks dakwah...amalan di masjid...tegur dan tak pergi
Masyarakat dalam kekeliruan.
- sunnah dan bid'ah
- sumber pembinaan masjid
- imam yang buat benda haram.
- perhatikan untuk dibaiki atau boleh cari masjid lain.
- banyak pahala ada syarat2nya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan