Kecacatan('Ilal)hadis sesi 018(0065)10
(1) Ingatan dan keteguhan ilmu (الفظ والإتقان), iaitu ingat hadits-hadits yang didengar dan diterima daripada guru serta menyimpannya dengan baik dan kemas.
(2) Cermat dan teliti (التثبت) ketika mendengar hadits dan menyampaikan hadits. Semakin baik keadaan perawi dalam dua perkara tersebut, semakin tinggilah pula kedudukan dan darjatnya.
Tetapi itu bukanlah bererti perawi-perawi yang tinggi kedudukannya itu tidak pernah tersalah dan tidak mungkin tersalah. Tidak ada siapa pun yang terpelihara daripada tersalah dan terlupa. Biar bagaimana cermat sekalipun tokoh-tokoh hadits itu dan biar bagaimana kuat sekalipun ingatan mereka, namun mereka juga manusia. Sebagai manusia mereka tidak terlepas daripada tersalah dan tersilap. Mereka juga boleh terlupa.
Kata Ibnu Ma'in, "Aku tidak hairan kenapa seseorang muhaddits tersalah meriwayatkan hadits. Yang aku hairan ialah bagaimana orang yang meriwayatkan hadits itu meriwayatkannya dengan tepat dan betul." Kata Ibnu al-Mubarak, "Siapa terpelihara daripada waham?" Saiyyidina 'Aaishah telah mengaitkan beberapa orang sahabat dengan waham dalam periwayatan mereka. Ada 'ulama' yang bahkan telah menulis secara khusus berkenaan dengan kritikan Saiyyidatna 'Aaishah terhadap beberapa orang sahabat.
Oleh kerana itu tidak dapat tidak, mestilah diterima ada berlaku sedikit kesilapan dan kesalahan dalam riwayat sesetengah perawi yang hebat dan cermat bagaimana sekalipun. Kesilapan kecil yang berlaku kepada mereka seharusnya dima'atkan, memandangkan begitu banyak riwayat mereka yang tidak salah.
Imam Tirmidzi mengemukakan 16 contoh perawi hebat seperti itu. Kata beliau:
قال أبو عيسى......حفظهم
Bermaksud: Kata Abu 'Isa, "Ahli Ilmu (perawi-perawi hadits) hanya berbeza (kedudukan mereka) dengan sebab ingatan, itqaan dan tatsabbut ketika mendengar
65
Tiada ulasan:
Catat Ulasan