Sabtu, Mac 12, 2022

Tafsir nota 0011(0208)

Tafsir nota 0011(0208)

Haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah dan hendaklah kamu membawa bekal (dengan secukupnya), kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah); dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal. [197]. 
Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kumia dari Tuhanmu.³³³ Apabila kamu bertolak turun dari 'Arafah (menuju ke Muzdalifah), maka berzikirlah

_________________
Kerana perdebatan itu walaupun berlaku dengan niat yang baik. biasanya membawa kepada perbalahan.

 
³³³ dengan berniaga dan lain-lain ketika mengerjakan Haji, selagi kamu tidak mengabaikan mana-mana kerja hajimu, Limpah kurnia dari Tuhanmu yang dikatakan tidak salah kamu mencarinya itu walaupun tidak tersebut dengan terang di sini, namun berdasarkan beberapa firman Allah yang lain dapat diketahui bahawa ia adalah keuntungan hasil perniagaan dan muamalah yang lain. Antaranya
Al-Muzzammil 73:20
إِنَّ رَبَّكَ يَعْلَمُ أَنَّكَ تَقُومُ أَدْنَىٰ مِن ثُلُثَىِ ٱلَّيْلِ وَنِصْفَهُۥ وَثُلُثَهُۥ وَطَآئِفَةٌ مِّنَ ٱلَّذِينَ مَعَكَۚ وَٱللَّهُ يُقَدِّرُ ٱلَّيْلَ وَٱلنَّهَارَۚ عَلِمَ أَن لَّن تُحْصُوهُ فَتَابَ عَلَيْكُمْۖ فَٱقْرَءُوا۟ مَا تَيَسَّرَ مِنَ ٱلْقُرْءَانِۚ عَلِمَ أَن سَيَكُونُ مِنكُم مَّرْضَىٰۙ وَءَاخَرُونَ يَضْرِبُونَ فِى ٱلْأَرْضِ يَبْتَغُونَ مِن فَضْلِ ٱللَّهِۙ وَءَاخَرُونَ يُقَٰتِلُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِۖ فَٱقْرَءُوا۟ مَا تَيَسَّرَ مِنْهُۚ وَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَقْرِضُوا۟ ٱللَّهَ قَرْضًا حَسَنًاۚ وَمَا تُقَدِّمُوا۟ لِأَنفُسِكُم مِّنْ خَيْرٍ تَجِدُوهُ عِندَ ٱللَّهِ هُوَ خَيْرًا وَأَعْظَمَ أَجْرًاۚ وَٱسْتَغْفِرُوا۟ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌۢ 

Bermaksud: Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajjud) selama kurang dari satu pertiga malam, dan selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya; dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. la mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, maka Dia memberi keringanan kepadamu; oleh itu bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al-Quran (dalam sembahyang). la juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit; dan [yang lainnya orang-orang yang berjalan di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah] ; dan yang lainnya Iagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela ugamaNya). Maka bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al-Quran; dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat; dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas). Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk dirimu, tentulah kamu akan mendapat balasannya disisi Allah, sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan amay besar pahalanya. Dan

208

Tiada ulasan:

Catat Ulasan