Jami ' tirmizi kitab bersuci sesi 101(305-313)
6/2/22
-Nota ke 19
Jami ' tirmizi kitab bersuci sesi (305)
-tajuk dan hadits
- kedua muqadimah, kena tengok muqadimah tirmizi
-susunan kitab syarahan kitab tirmizi
1. Tuhfatul ahwazi.
2.Maarifu sunan anak murid Maulana Anwar Syah Kasymiri.
3.Aaridhotul...
4.Tuhfatul al main..urdu
5.Al kaukabodhu'ri...
- seterusnya sanad hadits
-tajuknya terang dan senang sahaja
Jami ' tirmizi kitab bersuci sesi (305)
٥٣ - بَابُ مَا جَاء فِي التَّشْدِيْدِ فِي الْبَوْل
53 - Bab Peringatan Keras(daripada hadits) Mengenai Air Kencing.⁶²²
٧٠ - حَدَّثَنَا هَنَّادٌ وَقُتَيْبَةُ وَأَبُو كُرَيْبٍ قَالُوا حَدَّثَنَا وَكِيعٌ عَنْ الْأَعْمَشِ قَال سَمِعْتُ مُجَاهِدًا يُحَدِّثُ عَنْ طَاوُسٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّ عَلَى قَبْرَيْنِ فَقَالَ إِنَّهُمَا يُعَذَّبَانِ وَمَا يُعَذَّبَانِ فِي كَبِيرٍ أَمَّا هَذَا فَكَانَ لَا يَسْتَتِرُ مِنْ بَوْلِهِ وَأَمَّا هَذَا فَكَانَ يَمْشِي بِالنَّمِيمَةِ قَالَ أَبُو عِيسَى وَفِي الْبَاب عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ وَأَبِي مُوسَى وَعَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ حَسَنَةَ وَزَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ وَأَبِي بَكْرَةَ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ وَرَوَى مَنْصُورٌ هَذَا الْحَدِيثَ عَنْ مُجَاهِدٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ وَلَمْ يَذْكُرْ فِيهِ عَنْ طَاوُسٍ وَرِوَايَةُ الْأَعْمَشِ أَصَحُّ قَالَ و سَمِعْت أَبَا بَكْرٍ مُحَمَّدَ بْنَ أَبَانَ الْبَلْخِيَّ مُسْتَمْلِي وَكِيعٍ يَقُولُ سَمِعْتُ وَكِيعًا يَقُولُ الْأَعْمَشُ أَحْفَظُ لِإِسْنَادِ إِبْرَاهِيمَ مِنْ مَنْصُورٍ
70 – Hannād, Qutaibah dan Abu Kuraib meriwayatkan kepada kami, kata mereka, Wakī` meriwayatkan kepada kami daripada al-A`masy, katanya: Aku mendengar Mujāhid meriwayatkan daripada Thāwūs⁶²³ daripada Ibni `Abbās,
____________________
⁶²² Dengan bab ke-53 ini Imam Tirmidzi memulakan pula perbincangan tentang permasalahan najis. Ia berterusan hingga bab ke-55. Tiga bab sebelum ini berbicara tentang kesucian air. Dan lapan bab selepas bab ke-55, bermula dari bab ke-56 dikhususkan untuk perkara-perkara yang membatalkan wudhu’.
-pembahagian bab oleh imam tirmizi
Tujuan mengadakan bab ke-53 ini ialah menyatakan keperluan menjaga diri daripada terkena air kencing sendiri, kerana air kencing manusia itu najis menurut kesepakatan
para `ulama’. Sembahyang seseorang dengan memakai kain atau pakaian yang terkena air kencing, demikian juga dalam keadaan mana-mana bahagian tubuhnya
terkena air kencing adalah tidak sah.
Peringatan keras daripada Rasulullah s.a.w. menerusi hadits-haditsnya juga ada untuk orang-orang yang tidak menjaga dirinya daripada terkena air kencing ketika
membuang air kecil.
-ketika buang air besar pun sama
Minit 21
- ini yang diberitahu oleh Nabi saw , jadi ini pegangan .
- sebab itulah kena jaga.
- lurut atau teran dulu . Biar betul2 habis keluar dan tidak ada yang menitis lagi .
Minit 23
- itu perbincangan ringkas tajuknya
Oleh kerana itu, kita hendaklah beristinja’ (membersihkan najis berupa air besar atau air kecil) dengan sebaik-baiknya, dengan melurut sedikit kemaluan setelah selesai
kencing atau meneran sedikit supaya air kencing keluar habis dan tidak menitis lagi setelah dibasuh. Kemudian baru membasuhnya dengan air atau mengesatnya dengan
tisu dan sebagainya.
Pelajar baca Amimnudin
⁶²³ Beliau ialah Thāwūs bin Kaisān al-Yamāni al-Ĥimyari al-Fārisi. Abu `Abdir Raĥmān adalah kuniahnya. Ada juga dikatakan, nama sebenarnya Dzakwān, Thāwūs
itu hanyalah laqabnya (nama gelarannya). Thāwūs perawi faqīh (alim dan bijak) lagi fādhil dari thabaqah (perawi)ke-3.
Minit 32
305
- berbeza dari kitab bukhari
-it mengisyaratkan kepada orang sahabat selain daripada yang dia ambil dari ibnu abbas
-selain dari ibnu abbas diriwayatkan beberapa orang sahabat lain iaitu
Abi Hurairah,⁶²⁹ Abi Musa,⁶³⁰ `Abdir Rahmān bin Ĥasanah,⁶³¹ Zaid bin Tsābit⁶³² dan Abi Bakrah.⁶³³
- 5 orang.
- dan hadits masing2 tidak dikemukakan, kadang2 dikemukakan dan kadang2 isyarat sahaja.
- dengan ini kitab tirmizi jadi ringkas.
- ulamak2 kita buat kitab berasingan nak bincang dan kemukakan hadits setiap sahabat yang diisyaratkan oleh tirmizi dengan katanya wafilbab.
- setiap riwayatnya dicari oleh ulamak2 kita.ini jadi satu bidang pula bagi kitab tirmizi ini.
1 Contoh kitab nuzhatul albab fiqaulin tirmizi wafil bab.ia ada 6 juzuk,3000 muka surat.
Kedua perkara yang kita kena tau..
Selain tengok muqadimah
Hukum tirmizi terhadap hadits
Juga Bincang tentang sanad hadits.saluran mana yang sahih..
Yang mula2 kita nak bincang tentang tajuk dan hadits.
Haditsnya
Imam Tirmizi dengan sanadnya meriwayatkan drp Ibni `Abbās,kata beliau: Nabi s.a.w. melewati dua buah kubur,⁶²⁴ lalu Baginda bersabda: “Kedua-duanya sedang disiksa,⁶²⁵?dan mereka disiksa bukan kerana sesuatu yang besar.⁶²⁶ Yang ini disiksa kerana tidak memelihara diri daripada air kencingnya,⁶²⁷ dan yang satu lagi kerana suka mengacum.”⁶²⁸
Ini teks hadits settakat diatas .
Seterusnya, KOMENTAR IMAM TIRMIZI
Beliau (Abu `Isa juga) berkata: “Ini adalah hadits hasan sahih.”⁶³⁴Manshūr (bin al-Mu`tamir) meriwayatkan hadits ini daripada Mujāhid, daripada Ibni `Abbās, tetapi dia tidak menyebutkan daripada Thāwūs. Hadits riwayat al-A`masy lebih sahih.⁶³⁵
Beliau (Abu `Isa at-Tirmizi selanjutnya) berkata: “Aku mendengar Abu Bakr Muhammad bin Abān al-Balkhi⁶³⁶-orang yang diminta oleh Wakī` supaya menuliskan untuknya- berkata: “Al-A`masy lebih hafal sanad Ibrahim (bin Yazid an-Nakha`i) daripada Manshūr (bin al-Mu`tamir).”⁶³⁷
-tajuk bab tidak sehebat Imam Tirmizi tetapi kita boleh lihat kecenderungan atau mazhab dalam sesuatu perkara. Ini juga boleh dilihat dari komentarnya.
- perkataan فِي الْبَوْل, alif lam menunjukan air kencing manusia sendiri.
- hadits ini menunjuk ada siksa dialam kubur.
-perbincangan utama it daripada nabi saw.
-maknaمَا apa
-makna جَاء yang datang.
-Sanadnya Thauwus belum ada.
Jami ' tirmizi kitab bersuci sesi (306)
kata beliau: Nabi s.a.w. melewati dua buah kubur,⁶²⁴ lalu Baginda bersabda: “Kedua-duanya sedang disiksa,⁶²⁵?dan mereka disiksa bukan kerana sesuatu
_______________________________
Beliau meriwayatkan hadits daripada Abu Ĥurairah, `Aaishah, Ibnu `Abbās, Zaid bin Tsābit dan lain-lain. Mujāhid, Zuhri dan lain-lain pula adalah orang-orang yang
meriwayatkan hadits daripadanya.Thawus sendiri berkata, “Aku sempat menemui 50 orang sahabat.” Ibnu `Abbās
berkata, “Sesungguhnya aku percaya Thāwūs ahli syurga.” Amar bin Dīnār berkata, “Aku tidak melihat orang sepertinya.” Ibnu Ĥibbān pula berkata, “Thāwūs telah
mengerjakan haji sebanyak 40 kali.” Thawus meninggal dunia pada tahun 106 Hijrah.
- biodata ringkasnya.
Thawus bermakna Merak
⁶²⁴ Menurut riwayat Ibnu Majah, Nabi s.a.w. melewati dua buah kubur baharu.
⁶²⁵ Kedua-dua kubur dikatakan disiksa, padahal yang disiksa ialah orang yang berada di dalam kedua-dua kubur itu. Penggunaan bahasa seperti ini sering ditemui bukan
sahaja di dalam hadits tetapi juga di dalam al-Quran.
Ia termasuk salah satu seni bahasa `Arab di bawah qaedah majāz mursal, di mana tempat bagi sesuatu disebutkan, sedangkan yang dimaksud ialah sesuatu yang berada di tempat itu.(من باب إطالق المحل وَإِرَادَةِ الحَال)
-bukan kubur disiksa tetapi penghuni kubur itu
Para `ulama’ berbeda pendapat tentang dua orang yang dikebumikan pada dua kubur berkenaan. Adakah mereka orang Islam atau orang kafir. Ada yang mengatakan
mereka kafir kerana perkuburan itu adalah perkuburan orang-orang kafir. Ada juga yang mengatakan perkuburan itu adalah perkuburan orang-orang Islam, jadi yang
dikebumikan di situ tentulah orang-orang Islam.
Abu Musa al-Madīni yakin dua orang yang disiksa di kubur itu ketika Nabi s.a.w. melewatinya adalah orang kafir. Alasannya ialah satu hadits yang diriwayatkan daripada Jabir menerusi sanad yang di dalamnya ada Ibnu Lahī`ah, seorang perawi dhaif, bahawa Nabi s.a.w. lalu dekat dua kubur Bani an-Najjār. Yang dikebumikan pada dua kubur itu ialah dua orang yang telah mati di zaman Jahiliah. Tiba-tiba Baginda terdengar mereka sedang disiksa kerana air kencing dan kerana mengacum.
Kata Abu Musa, hadits itu walaupun tidak kuat (sanadnya), tetapi ma`nanya betul. Kerana kalau mereka orang Islam, apa ertinya syafa`at Nabi s.a.w. untuk mereka hanya sehingga kering pelepah tamar yang dipacak oleh Baginda pada kuburnya?
-hadits ini tiada nabi saw pacak, riwayat lain ada disebut.
Riwayat ini telah diringkaskan.
Minit 46
Apabila Rasulullah s.a.w. mengetahui mereka sedang disiksa, maka sifat ihsan dan belas kasihan Baginda tetap tidak melepaskan mereka daripada mendapat syafa`at
Baginda. Walaupun syafa`at Baginda berguna kepada mereka hanya untuk selama itu sahaja.
Minit 46
-syafaat nabi saw ada juga untuk orang kafir. Tetapi tidak sembarangan, yakni yg Allah kehendaki.
Kata Ĥāfiz Ibnu Ĥajar, hadits yang dijadikan hujah oleh Abu Musa itu diakui sendiri oleh beliau sebagai dhaif. Imam Aĥmad dengan sanad yang sahih menepati syarat
Muslim juga meriwayatkannya, tetapi tanpa menyebutkan sebab mereka disiksa. Menyebutkan sebab mereka disiksa di dalam hadits itu hanyalah berpunca daripada
kekeliruan Ibnu Lahī`ah. Hadits itu memanglah sesuai dengan hadits Jabir yang panjang yang diriwayatkan
oleh Muslim. Kemungkinan penghuni dua kubur yang tersebut di dalam hadits itu orang kafir memang jelas.
Minit 49
306
Jami ' tirmizi kitab bersuci sesi (307)
yang besar.⁶²⁶ Yang ini disiksa kerana tidak memelihara diri daripada air kencingnya,⁶²⁷ dan yang satu lagi kerana suka mengacum.”⁶²⁸
__________________
Bagaimanapun dua kubur yang tersebut di dalam hadits ke-70 ini berdasarkan pengamatan terhadap saluran-saluran riwayatnya, lebih menunjukkan ia adalah kubur dua orang Islam. Seperti telah disebutkan sebelum ini bahawa berdasarkan riwayat Ibnu Majah dua kubur itu baharu. Dengan itu tidak boleh lagi dikatakan itu kubur
zaman Jahiliah. Apa lagi kalau dilihat kepada hadits Abu Umāmah yang diriwayatkan oleh Aĥmad. Di dalamnya tersebut bahawa Nabi s.a.w. lalu dekat kubur Baqī`, lalu Baginda bertanya, “Siapa kamu kebumikan di sini hari ini?”
Semua itu menunjukkan dua penghuni kubur berkenaan adalah orang Islam. Kerana Baqī` adalah perkuburan orang-orang Islam. Pertanyaan Nabi s.a.w. di dalam hadits
Abu Umāmah itu juga ditujukan kepada orang-orang Islam. Selain itu, penganut masing-masing agamalah yang akan mengebumikan orang-orang yang mati di kalangan mereka.
Hadits Abu Bakrah yang dikemukakan oleh Aĥmad, at-Thabarāni dan lain-lain dengan sanad yang sahih juga menyokong dua kubur yang tersebut di dalam hadits
ke-70 ini adalah kubur orang Islam. Antara yang tersebut di dalamnya ialah:
إِنَّهُمَا لَيُعَذَّبَانِ وَمَا لَيُعَذَّبَانِ فِي كَبِيرٍ، وَبَلَى...وَمَا يُعَذَّبَانِ إِلَّا فِي الْبَوْلِ وَالْغِيبِةِ
Bermaksud: “Sesungguhnya mereka berdua sedang disiksa. Tidaklah mereka disiksa kerana sesuatu yang besar, bahkan (besar)…Tidak mereka disiksa melainkan kerana kencing dan mengumpat.”
- siksa dalam kubur boleh juga sebab lain seperti ambil tanah orang lain.
-peristiwa ini berlaku 2 kali
Kubur orang kafir dan juga kubur orang kafir.
Dan yang ini kubur orang Islam.
Potongan sabda Rasulullah s.a.w. yang terakhir itu “Tidak mereka disiksa melainkan kerana air kencing dan mengumpat” membayangkan penghuni dua kubur itu adalah orang Islam. Kerana orang-orang kafir, di samping disiksa kerana tidak melaksanakan ajaran Islam, mereka juga disiksa kerana kekufuran tanpa ada sebarang perbedaan pendapat `ulama’ dalam perkara ini.
Minit 52
Zul izi nordin baca
⁶²⁶ Maksud sabda Nabi s.a.w. “dan mereka disiksa tidak kerana sesuatu yang besar” ialah sesuatu yang tidak berat dan tidak sukar dilakukan jika mereka mahu, ia bukan
bererti mereka tidak melakukan dosa besar. Bagaimana ia bukan dosa besar kalau kedua mereka disiksa kerananya? Tidak memelihara diri daripada air kencing membawa kepada tidak sah sembahyang.
-salah satu tanda dosa menyebabkan kita disiksa di dalam kubur kerananya.
-tak jaga dari air kencing satu dari dosa besar.
Mengacum pula merupakan punca perbalahan dan pergaduhan yang adakalanya membawa kepada peperangan yang meragut nyawa ribuan manusia.
Di dalam sesetengah riwayat ini (lihat sebagai contohnya riwayat Shaĥīĥ Bukhāri) setelah tersebut وَمَا يُعَذَّبَانِ فِي كَبِيرٍ
(mereka berdua tidak disiksa kerana sesuatu yang besar),
ada tambahan وإنه لكبير selepasnya. Tambahan itu bererti sedangkan ia memang besar. Maksud memang besar di sini ialah dosanya memang besar. Walaupun pada
pandangan mereka perbuatan mereka tidak besar kesalahannya.
307
Jami ' tirmizi kitab bersuci sesi (308)
Para `ulama’ memberikan beberapa pandangan tentang sabda Nabi s.a.w.: mereka berdua tidak disiksa kerana sesuatu yang besar), apa maksudnya dan apa-apa yang ada kaitan dengannya.
Secara ringkas di bawah ini dikemukakan pandangan mereka tentangnya:
(1) Al-`Allamah Abu `Abdil Malik al-Būni berkata, “Setelah Rasulullah s.a.w.bersabdaوَمَا يُعَذَّبَانِ فِي كَبِيرٍ
(mereka berdua tidak disiksa kerana sesuatu yang besar),
Baginda terus mendapat wahyu susulannya iaituبلى وإنه لكبير
( bahkan sesungguhnya ia memang besar). Demikianlah tersebut di dalam Sahih Bukhāri melalui saluran riwayat
Manshūr.
Minit58
- nabi saw sentiasa mendapat wahyu.
- wahyu quran pun kadang2 dapat dengan cara itu juga.
(2) Maksud penafian di dalam sabda Nabi s.a.w. itu ialah sesuatu yang besar seperti dosa kufur, syirik, membunuh orang dan lain-lain. Jelas sekali dua dosa orang yang
disiksa di dalam kuburnya itu tidak termasuk dalam tujuh dosa besar yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. supaya dijauhi. Baginda bersabda:
اجْتَنِبُوا السَّبْعَ الْمُوبِقَاتِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا هُنَّ قَالَ الشِّرْكُ بِاللَّهِ وَالسِّحْرُ وَقَتْلُ النَّفْسِ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ وَأَكْلُ الرِّبَا وَأَكْلُ مَالِ الْيَتِيمِ وَالتَّوَلِّي يَوْمَ الزَّحْفِ وَقَذْفُ الْمُحْصَنَاتِ الْمُؤْمِنَاتِ الْغَافِلَاتِ
Bermaksud: Jauhilah tujuh dosa yang membinasakan. Mereka (para sahabat) bertanya, “Apakah dosa-dosa itu wahai Rasullah?” Jawab Baginda: “Melakukan
syirik terhadap Allah, mengamalkan sihir, membunuh orang yang diharamkan Allah membunuhnya kecuali dengan kebenaran, makan riba, makan harta anak yatim, cabut
lari meninggalkan medan peperangan, dan menuduh perempuan-perempuan mu’mināt yang baik-baik dan terpelihara kesuciannya berzina.
(Hadits riwayat Bukhāri, Muslim).
- maksud tidak termasuk dosa seperti ini.
Dua kesalahan yang menyebabkan mereka berdua disiksa itu pun besar juga tetapi tidaklah sebesar dosa-dosa tersebut tadi.
Inilah pendapat ad-Daudi, Ibnu al-`Arabi dan lain-lain.
(3) Dua dosa yang menyebabkan mereka disiksa itu pada anggapan mereka tidak besar, padahal ia besar.
(4) Dua dosa itu besar tetapi memelihara diri daripadanya tidaklah payah dan sukar sangat. Inilah pendapat al-Khatthābi, al-Baghawi, Ibnu Daqīq al-`Iid dan sekumpulan `ulama’.
(5) Pada pandangan orang-orang yang ditujukan sabda Baginda tersebut, kesalahan dua orang yang disiksa di dalam kubur mereka masing-masing itu tidak besar,
sedangkan ia di sisi Allah adalah besar. Keadaannya seperti apa yang difirmankan Allah di dalam al-Quran:
وَتَحْسَبُونَهُۥ هَيِّنًا وَهُوَ عِندَ ٱللَّهِ عَظِيمٌ
Bermaksud: …dan kamu menyangkanya perkara kecil, pada hal ia di sisi Allah adalah perkara yang besar dosanya. (an-Nūr:15).
An-Nur 24:15
إِذْ تَلَقَّوْنَهُۥ بِأَلْسِنَتِكُمْ وَتَقُولُونَ بِأَفْوَاهِكُم مَّا لَيْسَ لَكُم بِهِۦ عِلْمٌ وَتَحْسَبُونَهُۥ هَيِّنًا وَهُوَ عِندَ ٱللَّهِ عَظِيمٌ
(Ingatlah) ketika kamu menerima (berita bohong) itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit pun, dan kamu menganggapnya remeh, padahal dalam pandangan Allah itu soal besar.
(6) Dosa yang dilakukan oleh dua orang yang disiksa di dalam kubur itu tidaklah besar sangat, tetapi ia menjadi besar apabila dilakukan secara berterusan dan telah
menjadi tabi`at mereka. Buktinya ialah Rasulullah s.a.w. telah menggunakan sīghah fi`il mādhi istimrāri ketika menggambarkan kesalahan mereka dalam sabdanya.فَكَانَ لَا
308
Jami ' tirmizi kitab bersuci sesi (309)
يَسْتَتِرُ
dan فَكَانَ يَمْشِي بِالنَّمِمَة
Sīghah fi`il mādhi istimrāri memanglah pada kebiasaannya
menunjukkan selalu berlaku atau melakukan pada masa yang lalu.
-dah jadi tabiatnya dan bukan dalam keadaan tak sedar
(7) Terkena percikan air kencing itu sendiri sama ada pada kain atau mana-mana bahagian tubuh, bukanlah satu dosa besar. Seseorang boleh saja (harus) melakukan
sesuatu kerja yang tidak memerlukan keadaan suci tanpa berdosa sedikit pun, walaupun kain atau pahanya berlumuran air kencing, darah dan najis-najis lain
seumpamanya. Akan tetapi apabila ia bersembahyang dalam keadaan itu, barulah ada dosa besar.
Kerana sembahyang menghendaki keadaan suci, suci adalah syarat untuk sahnya. Sembahyang dalam keadaan tidak suci bukan sahaja menyebabkan ia tidak sah,
bahkan menyebabkan seseorang yang mengerjakannya berdosa besar.
1jam 7minit
(8) Jika dilihat kepada permulaannya, maka kesalahan mereka tidaklah besar, tetapi jika dilihat kepada kesudahan dan akibatnya, maka ia amatlah besar. Kerana air
kencing yang tidak dipedulikan itu menyebabkan tubuh atau kain yang dipakai menjadi najis. Apabila dalam keadaan najis seseorang bersembahyang, maka
sembahyangnya tidak sah. Dia seperti tidak bersembahyang dan tidak tertunailah kewajiban yang ditanggungnya. Kerana tidak bersembahyanglah sebenarnya menyebabkan mereka berdosa besar dan kerana dosa besarlah mereka disiksa. Demikian juga dengan mengacum. Pada zahirnya tidak kelihatan apa-apa kesannya yang ketara, tetapi jika dilihat kepada akibatnya, maka besar sekali akibatnya. Kerana acumanlah berlaku kebanyakan perbalahan dan pergaduhan. Kemuncaknya adalah peperangan. Apabila berlaku perang banyaklah berlaku pembunuhan dan pertumpahan darah. Kerana membawa kepada perbalahan, pergaduhan, pembunuhan
dan pertumpahan darahlah mengacum menjadi dosa besar.
-satu tak jaga kencing dan satu suka mengancum.
-bila nabi beritahu maka boleh jadi pegangan.
- doakan keampunan sesama Islam samada masih hidup atau telah meninggal.
Hani bc
⁶²⁷ Maksud tidak memelihara diri daripada air kencing ialah tidak menjaganya daripada terkena kain atau seluar yang dipakai atau terkena mana-mana bahagian tubuh, khususnya bahagian paha yang berhampiran dengan kemaluan (tempat keluar air kencing).
⁶²⁸ Maksud mengacum ialah mengadu domba atau memperlagakan seseorang dengan seseorang yang lain atau sesuatu golongan dengan sesuatu golongan yang lain. Membawa percakapan seseorang kepada orang lain dengan cara yang boleh menimbulkan kemarahan dan perbalahan di antara mereka juga termasuk dalam
mengacum.
Inti Sari Hadits
(1) Hadits ini menunjukkan najisnya air kencing manusia. Tiada khilaf di kalangan `ulama’ tentang kenajisan air kencing manusia. Adapun air kencing binatang, maka
masih terdapat khilaf `ulama’ mengenainya.
(2) Kewajiban memelihara diri daripada terkena air kencing sendiri atau air kencing orang lain. Orang yang bermudah-mudah dalam perkara ini telah diseksa di dalam
kuburnya. Itulah yang diceritakan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam hadits ini.
(3) Sikap bermudah-mudah dan tidak ambil peduli terhadap air kencing adalah satu dosa besar. Ia tersebut dengan jelas di dalam hadits riwayat al-Bukhāri. Baginda
bersabda:وإنه لكبير ia adalah dosa besar).
309
Jami ' tirmizi kitab bersuci sesi (310)
(4) Kewajiban menghilangkan najis atau membersihkan diri daripadanya. Sesetengah `ulama’ berpendapat kewajiban itu khusus dengan waktu hendak sembahyang atau
lain-lain ibadat yang disyaratkan suci ketika mengerjakannya.
(5) Mengacum juga merupakan dosa besar. Ia haram berdasarkan nas dan ijma` ummat. Allah berfirman:
Al-Humazah 104:1وَيْلٌ لِّكُلِّ هُمَزَةٍ لُّمَزَةٍ
Bermaksud: Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela, (al-Humazah:1).
Allah juga berfirman
Al-Qalam 68:11 هَمَّازٍ مَّشَّآءٍۭ بِنَمِيمٍ
Bermaksud: Yang suka mencaci, lagi yang suka mengacum (menyebarkan fitnah hasutan untuk memecah belahkan orang ramai), (al-Qalam:11).
Nabi s.a.w. juga bersabda:
لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ قَتَّاتٌ وَفِى لَفْظٍ نَمَّامٌ
Bermaksud: Tidak akan masuk syurga pengacum (dalam satu riwayat lain) pengadu domba.
(Ĥadīts riwyat Bukhāri, Muslim, Aĥmad, Abu Daud, Tirmidzi, Nasā’i dan lain-lain).
- tanda dosa besar disiksa
- diancam tidak masuk syurga juga dosa besar
(6) Hadits ini juga membuktikan adanya azab kubur atau azab di alam Barzakh. Inilah pegangan dan `aqidah Ahlu as-Sunnah Wa al-Jama`ah.
(7) Hadits ini juga menggambarkan salah satu sifat istimewa Rasulullah s.a.w. iaitu sangat bersimpatinya Baginda terhadap umatnya. Apabila mengetahui ada dua orang daripada umatnya sedang disiksa, Beliau dengan segera memberikan syafa`atnya kepada mereka.
(8) Ia juga membuktikan adanya syafa`at Nabi s.a.w. di dunia ini.
(9) Hadits ini juga membuktikan adanya mu`jizat Nabi s.a.w. Allah telah memberitahu dan memperdengarkan kepada Baginda siksaan yang dialami orang yang telah mati dan dikebumikan, sedangkan orang-orang lain yang ada bersamanya tidak mendengar apa-apa dan tidak mengetahui apa-apa pun tentangnya. Inilah yang
dinyatakan oleh Allah di dalam al-Qur’an menerusi firmanNya:
Al-Jinn 72:26
عَٰلِمُ ٱلْغَيْبِ فَلَا يُظْهِرُ عَلَىٰ غَيْبِهِۦٓ أَحَدًا
Al-Jinn 72:27
إِلَّا مَنِ ٱرْتَضَىٰ مِن رَّسُولٍ فَإِنَّهُۥ يَسْلُكُ مِنۢ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِۦ رَصَدًا
Bermaksud: Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun, (26)
Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redaiNya (untuk mengetahui sebahagian dari perkara ghaib yang berkaitan dengan tugasnya; apabila Tuhan hendak melakukan yang demikian), maka Ia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawasnya (sehingga perkara ghaib itu selamat sampai kepada yang berkenaan). (27).
(al-Jinn:26-27).
(10) Kewajiban beristinja’ (membersihkan diri daripada air kecil dan air besar).
310
Perbincangan teks hadits selesai.
Sekarang pergi kepada komentar it.
Jami ' tirmizi kitab bersuci sesi (311)
1jam 19minit
1jam 22minit
Taufik baca (batu pahat johor)
Abu `Isa berkata: “Berhubung dengan bab (perkara) ini ada juga riwayat daripada Abi Hurairah,⁶²⁹ Abi Musa,⁶³⁰ `Abdir Rahmān bin Ĥasanah,⁶³¹ Zaid bin Tsābit⁶³² dan Abi Bakrah.⁶³³ Beliau (Abu `Isa juga) berkata: “Ini adalah hadits hasan sahih.”⁶³⁴Manshūr (bin al-Mu`tamir) meriwayatkan hadits ini daripada Mujāhid, daripada Ibni `Abbās, tetapi dia tidak menyebutkan daripada Thāwūs. Hadits riwayat al-A`masy lebih sahih.⁶³⁵
____________
⁶²⁹ Hadits Abu Hurairah dikemukakan oleh Aĥmad, Ibnu Majah, Ibnu Abi Syaibah, ad-Dāraquthni, al-Ĥākim dan at-Thaĥāwi di dalam Syarĥ Musykil al-Aatsār secara
marfū`dengan lafaz:
أَكْثَرُ عَذَابِ القَبْرِ مِنْ البَوْلِ
Bermaksud: “Kebanyakan azab kubur kerana air kencing.”
Al-Ĥākim berkata, “Hadits ini sahih menurut syarat Bukhāri dan Muslim. Saya tidak mengetahui ada apa-apa `illatnya.” Kata al-Mundziri, “Benar seperti katanya.”
- yang tak sebut maklum kitabnya kecuali Thahawi ada kitab lagi satu
- imam muslim bawa semua hadits.
- imam tirmi hanya tunjukan isyarat
⁶³⁰ Hadits Abu Musa dikemukakan oleh Bukhāri, Muslim, Aĥmad al-Ĥākim dan lain-lain.
⁶³¹ Hadits `Abdur Rahmān bin Ĥasanah dikemukakan oleh Abu Daud, Nasā’i, Aĥmad, Ibnu Majah dan Ibnu Ĥibbān di dalam Shaĥīĥnya.
⁶³² Hadits Zaid bin Tsābit dikemukakan oleh Muslim, Aĥmad, Ibnu Abi Syaibah, at-Thaĥāwi di dalam Musykil al-Aatsār dan at-Thabarāni di dalam al-Mu`jam al-Kabīr.
⁶³³ Hadits Abu Bakrah dikemukakan oleh Aĥmad dan at-Thabarāni di dalam al-Mu`jam al-Ausath. Ma`nanya sama dengan hadits Ibnu `Abbās yang dikemukakan oleh at-Tirmidzi di atas.
- itu yang disebut oleh it.
- mmay tidak kemukakan. Jika nak tengok ada dalam syamela..
- istilah it hasan sahih
1jam 29 minit
- lihat dalam muqadimah.Ms28
(18) Selepas mengemukakan sesuatu hadits Imam Tirmizi
Imam Keputusan. هاذا حاديل مت ار atau هاذا حاديل ررياب atau هاذا حاديل صاحي mengatakan
Tirmizi yang seperti ini tidak menimbulkan sebarang masalah atau kekeliruan. Yang
menimbulkan kekeliruan ialah apabila beliau berkata: رريب حسن صحي حديل هذا atau
29
صاحي ررياب حديل atau ررياب حسان حاديل هاذا dan sebagainya. Apa ertinya semua istilah-
istilah ini? Ia kelihatan semacam bertentangan. Kalau sudah sahih kenapa pula
dikatakan gharib (dha`if)? Bolehkah sesuatu hadits itu sahih dan dalam masa yang
sama ia juga dha`if? Para `ulama’ hadits telah memberi beberapa jawapan untuk
menghilangkan kekeliruan akibat penggunaan istilah yang kelihatan bertentangan itu:
(a) Imam Tirmizi mahu mengisyaratkan bahawa hadits berkenaan ada diriwayatkan
melalui beberapa saluran riwayat. Ada antaranya yang sahih, ada yang hasan dan ada
juga yang gharib atau dha`if. (b) Hadits berkenaan pada pandangan dan penilaian
sesetengah `ulama’ sahih. Pada pandangan dan penilaian sesetengah `ulama’ yang
lain ia hasan. Sementara pada pandangan dan penilaian sesetengah `ulama’ yang lain
pula ia gharib. Ertinya ialah para `ulama’ hadits berbeza pendapat tentang taraf dan
kedudukannya sesuai dengan syarat dan iltizam masing-masing. (c) Imam Tirmizi
mengatakan begitu bukan hanya untuk hadits yang dikemukakan beliau sahaja. Salah
satu daripada hukum yang diberikan itu memang sesuai untuk hadits yang
dikemukakan beliau. Adapun yang dua lagi, ia tidak sesuai dengannya, malah ia
sesuai dengan hadits-hadits sahabat lain yang diisyaratkan oleh beliau dengan kata:
وياالن ياالن عان الباابْ ويا .Ertinya keputusan yang dibuat Tirmizi itu adalah dengan
mengambil kira hadits-hadits lain yang sema`na dengan hadits yang dikemukakan
oleh beliau. (d) Menurut Hafiz al-`Iraqi, kata-kata Tirmizi رريب حسن حديل هذا misalnya
bererti bagi beliau sifat hadits hasan pada hadits yang dikemukakan adalah lebih kuat
daripada sifat hadits gharib atau dha`if. Apabila Imam Tirmizi menyebutkan hasan
sebelum gharib, itu bererti sifat hasanlah yang lebih kuat padanya. Tetapi jika gharib
pula disebut dahulu, maka itu bererti sifat ghariblah yang lebih kuat padanya. Antara
hadits yang boleh diterapkan qaedah yang dikemukakan oleh Hafiz al-`Iraqi ini ialah
hadits marfu` yang diriwayatkan oleh Ibnu `Umar dibawah
َhaditsnya ialah Berikut.
:Maksudnya س
“Semoga Allah merahmati orang yang bersembahyang (sunat) empat raka`at sebelum
(bersembahyang) `Ashar.” Bagi al-`Iraqi sifat hadits gharib pada hadits ini lebih kuat
berbanding sifat hadits hasan. Ini kerana Imam Tirmizi mendahulukan perkataan
gharib daripada perkataan hasan. (Lihat as-Suyuthi- Quut al-Mughtazi j.1 m/s 57, al-
Mubarakfuri- Tuhfatu al-Ahwazi j.2 m/s 417
⁶³⁴ Selain Tirmidzi, Bukhāri, Muslim, Abu Daud, Nasā’i, Ibnu Majah dan lain-lain juga meriwayatkannya.
Irfan baca
⁶³⁵ Maksudnya ialah riwayat A`masy dengan menyebutkan Thāwūs di antara Mujāhid dan Ibnu `Abbās lebih sahih daripada riwayat Manshūr. Di dalam perenggan
berikutnya Imam Tirmidzi menjelaskan kenapa riwayat A`masy lebih sahih daripada riwayat Manshūr.
Tindakan imam Tirmidzi mentarjihkan riwayat A`masy daripada riwayat Manshūr dalam kesahihannya menunjukkan para `ulama’ hadits tidak sentiasa mentarjihkan sanad `aali (sanad yang tinggi) daripada sanad nāzil (sanad yang rendah). Sanad riwayat A`masy menurut istilah hadits dipanggil مزيدا متصل في إلسناد .
Imam Bukhāri di dalam Sahihnya meriwayatkan hadits ini melalui kedua-dua saluran tersebut.Kata Ĥāfiz Ibnu Ĥajar di dalam Fatĥul Bāri, “Perbuatan Bukhāri itu menunjukkan
kedua-duanya sahih bagi beliau. Seharusnya difahami bahawa Mujāhid mula-mula
311
-dalam muqadimah ada riwayat hidup it.
-nabi larang tetapi kenapa dia guna juga nama Isa.
Jami ' tirmizi kitab bersuci sesi (312)
Beliau (Abu `Isa at-Tirmizi selanjutnya) berkata: “Aku mendengar Abu Bakr Muhammad bin Abān al-Balkhi⁶³⁶-orang yang diminta oleh Wakī` supaya menuliskan untuknya- berkata: “Al-A`masy lebih hafal sanad Ibrahim (bin Yazid an-Nakha`i) daripada Manshūr (bin al-Mu`tamir).”⁶³⁷
_____________
telah mendengarnya daripada Thāwūs daripada Ibni `Abbās, kemudian beliau mendengarnya pula daripada Ibnu `Abbās sendiri tanpa perantaraan, atau sebaliknya.
Antara yang menyokong pandangan yang dikemukakan tadi ialah di dalam riwayat yang terdapat Thāwūs ada tambahan yang lebih daripada riwayat beliau sendiri daripada Ibnu `Abbās. Ibnu Ĥibbān dengan jelas mengatakan kedua-dua saluran riwayat itu sahih. Tirmidzi pula berpendapat riwayat A`masy lebih sahih.”
Menurut Maulana al-Mubārakfūri (Muĥammad `Abdur Rahmān bin `Abdir Raĥīm al-Mubārakfūri m.1353H), Bukhāri juga berpendapat seperti Tirmidzi iaitu riwayat A`masy lebih sahih daripada riwayat Manshūr.
Kata Tirmidzi di dalam al-`Ilal, “Aku bertanya Muĥammad (Imam Bukhāri), mana satu daripada dua saluran riwayat itu lebih sahih?” Beliau menjawab riwayat A`masy lebih sahih.”
Adanya riwayat Syu`bah bin al-Ĥajjāj daripada al-A`masy seperti riwayat Manshūr tanpa menyebutkan Thāwūs di antara Mujāhid dan Ibnu `Abbās, menyokong
pandangan golongan `ulama’ yang mengatakan kedua-dua saluran riwayat itu sahih.
⁶³⁶ Muĥammad bin Abān al-Balkhi. Laqabnya (nama gelarannya) ialah Ĥamdawaih.Beliau mustamli (juru tulis sesuatu yang diimla’kan kepadanya) Wakī`, seorang
perawi tsiqah lagi ĥāfizh. Muĥammad bin Abān meriwayatkan hadits daripada Ibnu`Uyainah, Ghundar dan para ``ulama’’ yang segenerasi dengan mereka berdua.
Orang-orang yang meriwayatkan hadits daripadanya pula terdiri daripada tokoh-tokoh seperti Imam Bukhāri, Abu Daud, Tirmidzi, Nasā’i, Ibnu Majah dan lain-lain. Kata
Ibnu Ĥibbān, “Muĥammad bin Abān adalah antara pengumpul dan penulis hadits.” Beliau meninggal dunia pada tahun 144H.
⁶³⁷Sebagai alasan kenapa riwayat A`masy lebih sahih daripada riwayat Manshūr pada pandangan beliau, Imam Tirmidzi mengemukakan kata-kata Abu Bakr Muhammad
bin Abān al-Balkhi bahawa al-A`masy lebih hafal isnād Ibrahim bin Yazid an-Nakha`i daripada Manshūr bin al-Mu`tamir.
Soalnya apa ada kena mengena kata-kata Abu Bakr Muhammad bin Abān al-Balkhi itu dengan da`waan Tirmidzi? A`masy dikatakan lebih hafal isnād Ibrahim bin Yazid an-Nakha`i daripada Manshūr bin al-Mu`tamir. Sedangkan riwayat ke-70 ini tidak diterima oleh A`masy dan Manshūr daripada Ibrahim, sebaliknya daripada Mujāhid.
Abu Bakr Muhammad bin Abān al-Balkhi tidak ada berkata, A`masy juga lebih hafal isnād Mujāhid daripada Manshūr. Beliau hanya berkata, A`masy lebih hafal isnād Ibrahim bin Yazid an-Nakha`i daripada Manshūr bin al-Mu`tamir, itu sahaja.
Apakah dengan berkata begitu bererti A`masy juga lebih hafal isnād Mujāhid dan lain-lain daripada Manshūr? Tentu sekali tidak wajar difahami begitu. Maka nukilan Tirmidzi itu nampaknya tidak relevan dikemukakan di sini, kecualilah jika dikatakan
312
Jami ' tirmizi kitab bersuci sesi 102(313)
313
٥٤ -باب مَا جَاءَ فِي نَضْحِ بَوْلِ الْغُلاَمِ قَبْلَ أَنْ يَطْعَمَ:
باب الأحاديث التى وصلى من النبى الله عليه وسلم في ......
-bincang tajuk...
- belum makan apa-apa...mestilah bayi
- majaz mursal..
- contoh, kitab mmay tunjuk...
...bahasa kiasan
- jika nak bahas secara halus..
- baru lahir sebab asalnya dulu dan orang tua sebab akan jadi nanti.
-rentak rajah dalam syair..
54 - Bab Merenjisi Air Pada Air Kencing Bayi Laki-Laki Sebelum Ia Makan (Makanan Selain Susu Ibu).
٧١ - حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ وَأَحْمَدُ بْنُ مَنِيعٍ قَالَا حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُتْبَةَ عَنْ أُمِّ قَيْسٍ بِنْتِ مِحْصَنٍ قَالَتْ دَخَلْتُ بِابْنٍ لِي عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمْ يَأْكُلْ الطَّعَامَ فَبَالَ عَلَيْهِ فَدَعَا بِمَاءٍ فَرَشَّهُ عَلَيْهِ
قَالَ وَفِي الْبَاب عَنْ عَلِيٍّ وَعَائِشَةَ وَزَيْنَبَ وَلُبَابَةَ بِنْتِ الْحَارِثِ وَهِيَ أُمُّ الْفَضْلِ بْنِ عَبَّاسِ بْنِ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ وَأَبِي السَّمْحِ وَعَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو وَأَبِي لَيْلَى وَابْنِ عَبَّاسٍ
قَالَ أَبُو عِيسَى وَهُوَ قَوْلُ غَيْرِ وَاحِدٍ مِنْ أَهْلِ الْعِلْمِ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالتَّابِعِينَ وَمَنْ بَعْدَهُمْ مِثْلِ أَحْمَدَ وَإِسْحَقَ قَالُوا يُنْضَحُ بَوْلُ الْغُلَامِ وَيُغْسَلُ بَوْلُ الْجَارِيَةِ وَهَذَا مَا لَمْ يَطْعَمَا فَإِذَا طَعِمَا غُسِلَا جَمِيعًا
71 - Qutaibah dan Ahmad bin Manī` meriwayatkan kepada kami, mereka berdua berkata: Sufyan bin `Uyainah meriwayatkan kepada kami daripada az-Zuhri daripada `Ubaidillah bin `Abdillah bin `Utbah daripada Ummi Qais binti Miĥshan,⁶³⁸ kata beliau: “Aku masuk menemui Nabi s.a.w. dengan membawa
_______________
penyalin telah tersalah tulis nama Ibrahim di situ, sebenarnya bukan Ibrahim disebut oleh Abu Bakr Muhammad bin Abān al-Balkhi tetapi Mujāhid.
⁶³⁸ Biodata Ummu Qais Binti Miĥshan Hafiz Ibnu Hajar di dalam Fatĥul Bāri menukilkan kata-kata Ibnu `Abdil Barr bahawa nama sebenar Ummu Qais ialah Judzāmah. As-Suhaili dan Abul Qāsim al-Jauhari pula berkata, nama sebenarnya ialah Aaminah. Ummu Qais adalah adik beradik `Ukāsyah bin Miĥshan al-Asadi. Beliau termasuk
salah seorang wanita yang memeluk agama Islam di Mekah pada peringkat awal (di zaman Nabi s.a.w.). Beliau juga terbilang sebagai salah seorang sahabat wanita Nabi
s.a.w. yang berhijrah ke Madinah di peringkat awal.
Di dalam Sahih Bukhāri dan Sahih Muslim tidak ada haditsnya selain hadits ke-71 ini dan satu lagi hadits di dalam Kitab at-Thib. Kedua-dua haditsnya mengisahkan
tentang anaknya. Boleh dikatakan kebanyakan pengarang kitab-kitab utama hadits mengambil haditsnya. Tetapi haditsnya yang diambil oleh Tirmidzi untuk Kitab
Sunannya hanya satu ini sahaja.
313
Tiada ulasan:
Catat Ulasan