Khamis, April 28, 2022

Jami ' tirmizi kitab bersuci sesi 104(320-330)s17/4/22

Jami ' tirmizi kitab bersuci sesi 104(320-330)s17/4/22
17/4/22

Jami ' tirmizi kitab bersuci sesi 103(320-330)s17a
٥٥-( قال) حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ مُحَمَّدٍ الزَّعْفَرَانِيُّ (قال) حَدَّثَنَا عَفَّانُ بْنُ مُسْلِم( قال) حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ( قال) حَدَّثَنَا حُمَيْدٌ وَقَتَادَةُ وَثَابِتٌ عَنْ أَنَسٍ أَنَّ نَاسًا مِنْ عُرَيْنَةَ قَدِمُوا الْمَدِينَةَ فَاجْتَوَوْهَا فَبَعَثَهُمْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي إِبِلِ الصَّدَقَةِ وَقَالَ اشْرَبُوا مِنْ أَلْبَانِهَا وَأَبْوَالِهَا فَقَتَلُوا رَاعِيَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَاسْتَاقُوا الْإِبِلَ وَارْتَدُّوا عَنْ الْإِسْلَامِ فَأُتِيَ بِهِمُْ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَطَعَ أَيْدِيَهُمْ وَأَرْجُلَهُمْ مِنْ خِلَافٍ وَسَمَرَ أَعْيُنَهُمْ وَأَلْقَاهُمْ بِالْحَرَّةِ قَالَ أَنَسٌ فَكُنْتُ أَرَى أَحَدَهُمْ يَكُدُّ الْأَرْضَ بِفِيهِ حَتَّى مَاتُوا وَرُبَّمَا قَالَ حَمَّادٌ يَكْدُمُ الْأَرْضَ بِفِيهِ حَتَّى مَاتُوا قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ وَقَدْ رُوِيَ مِنْ غَيْرِ وَجْهٍ عَنْ أَنَسٍ وَهُوَ قَوْلُ أَكْثَرِ أَهْلِ الْعِلْمِ قَالُوا لَا بَأْسَ بِبَوْلِ مَا يُؤْكَلُ لَحْمُهُ

72- Al-Hasan bin Muhammad az-Za`farāni meriwayatkan kepada kami, katanya: `Affān bin Muslim meriwayatkan kepada kami, katanya: Ĥammād bin Salamah meriwayatkan kepada kami, katanya: Ĥumaid, Qatādah dan Tsabit meriwayatkan kepada kami 
👉 (Imam Tirmizi dengan sanadnya meriwayatkan) daripada 
Anas, beliau berkata: “Beberapa orang dari puak `Urainah⁶⁵¹ datang ke Madinah, lalu mereka tidak suka berada di Madinah.⁶⁵² Maka Rasulullah s.a.w. pun mengirim mereka ke (tempat) unta zakat. Beliau s.a.w. bersabda: “Minumlah kamu susu dan air kencingnya.”⁶⁵³  Lalu mereka membunuh
penggembala⁶⁵⁴  Rasulullah s.a.w. dan menggiring (menghalau atau membawa lari) unta-unta berkenaan serta murtad.⁶⁵⁵ Kemudian (setelah ditangkap) mereka dihadapkan kepada Nabi s.a.w., beliau memotong tangan dan kaki mereka secara bersilang, mata mereka (pula) dicelak dgn besi panas (paku besar yg dipanaskan dgn api)⁶⁵⁶  dan mereka dibuang ke Ĥarrah.”⁶⁵⁷ Anas berkata: “Aku Melihat salah seorang dari mereka jatuh tersungkur hingga pasir masuk ke dalam mulutnya, lalu mereka mati.” Kadang-kadang Ĥammād berkata: “Ia menggigit tanah dengan mulutnya, sehingga mereka semua mati.”⁶⁵⁸
 
Abu `Isa berkata: “Ini adalah hadits hasan shahih.⁶⁵⁹ Ia telah diriwayatkan daripada Anas bukan hanya melalui satu saluran riwayat sahaja. Itu adalah pendapat kebanyakan ahli ilmu, mereka mengatakan: “Tidak mengapa dengan
air kencing binatang yang boleh(halal) dimakan dagingnya.”⁶⁶⁰



_______________________
-sudah bincang  dan ada lagi yang perlu dibincangkan lagi
- hadits inilah menyebabkan berlakunya khilaf.
-ada kata tak boleh
- ada kata boleh najis dijadikan ubat.
-masalah pertama khilaf pendapat meminum air kencing unta.
- masalah kedua, bolehkah berubat dengan benda- benda haram.iaitu ada najis.ini belum bincang.
-masalah  ketiga , hukum terhadap orang yang membunuh manusia.dalam hadits ini nampak teruk sangat  yang diharam oleh hadits yang lain yang dipanggil muslah. Begitukah cara bunuh dalam Islam?

-beberapa nota perlu diingat terlebih dahulu.
-beliau s.a.w. bersabda: “Minumlah kamu susu dan air kencingnya.”⁶⁵³ sebahagiannya telah bincang.

-berpakat membunuh satu orang kena bunuh semua.
-lihat nota ⁶⁵⁴

sambungan pada hari 17/4/22 Tirmizi baca
⁶⁵⁴ Nama penggembala Rasulullah s.a.w. ini menurut riwayat at-Thabaraani yang agak kuat sanadnya ialah Yasār. Yasār adalah hamba Rasulullah s.a.w. Sesetengah `ulama’ pula berkata, penggembala Rasulullah s.a.w. itu adalah anak Abu Dzarr al-Ghifāri r.a. Berdasarkan riwayat al-Bukhari dan Muslim hanya seorang sahaja penggembala disebutkan. 

Berdasarkan riwayat Abu `Awānah di dalam Mustakhrajnyaª
dan at-Thaĥāwi di dalam Syarĥ Musykilil Aatsāªª  pula tersebut dua orang penggembala sebenarnya, tetapi yang terbunuh hanya seorang sahaja. 

ª ini nama jenis kitab, kitab hadits ada banyak jenis. Ada berbagai jenis kitab. Mustakhrajnya ini mesti kena ada
 asasnya, kitab lain yang mempunyai sanad lain. Tetapi kitab 
Mustakhraj ini yang berasas kitab sahih muslim , ini bermakna hadits2 dalam sahih muslim itu ada didalamnya. Cuma saluran riwayatnya berlainan begitu juga dengan sanadnya.
Yakni hadits2 didalam Mustakhraj berdasar kitab tertentu tetapi sanad dan salurannya ada tidak sama dengan kitab tertentu itu.
Kelainan boleh jadi sedikit atau banyak. Yang pasti tidak betul2 seperti kitab asalnya.
Faedahnya menguatkan lagi kitab asalnya kerana kitab asal itu tidak hanya mempunyai saluran  riwayat itu sahaja tetapi  ada lagi yang lainnya.
Lagi hebat  orang buat Mustakhrajnya lagi lagi kuatlah Mustakhrajnya seperti Abu Awanah seorang tokoh hadits.
Kalu  Mustadhrajnya Al-Hakim  juga jenis kitab hadits yang sanadnya atau perawi2nya sama dengan kitab tertentu.
Perawi2nya itu ada dalam kitab tertentu  misalnya Mustakhrajnya ala sahihin,ini asas bagi kitab ini ialah bukhari dan muslim yakni perawi2 bukhari dan muslim itu  mereka kumpul pula hadits mereka yang lain yang tidak ada didalam bukhari dan muslim sedang mereka perawi bukhari dan muslim. Bermakna perawi2 itulah yang menyebabkan kitab Bukhari jadi lebih atau istimewa. Kiranya   apabila sesaorang pengarang   kitab hadits itu buat kitab Mustakhraj, bermakna dia nak cerita perawi2 itu tidak hanya meriwayatkan apa yang ada didalam bukhari muslim sahaja. Banyak lagi hadits2 mereka yang lain yang tidak di masukan oleh bukhari muslim dalam kitab mereka. Seolah2 ada banyak lagi hadits2 yang menepati syarat bukhari dan muslim. Kira2 tinggilah hadits2 itu. Sejauh mana kebenarannya, perlulah ditengok pula.  Bgmnpun pada dasarnya itulah maksudnya Mustakhraj.
Selain itu ada kitab yang bernama Ajzak atau  juzuk dan lain2 lagi kitab imam bukhari. Kitab ini mengumpul mengenai perkara tertentu sahaja. Misalnya kitab bukhari yang mengumpulkan hadits2 yang menyebutkan tentang mengangkat2 tangan dalam solat ketika mana.contoh ketika takbiratulihram,ketika nak rukuk, ketika bangun dari rukuk dan ada lagi tempat lain. Tak kira sahaih atau tidak. Setakat mana yang ada dikumpulkan didalam itu.
Ada juga kitab hadits yang mengumpulkan hadits tentang bacaan makmun dalam solat berjemaah. Bagaimana makmun nak baca dibelakang imam terutamanya ummulkitab mesti bacakah atau tidak. Kitab ini dipanggil kitab Ajzak.
Ada juga jenis  kitab Musnad. Cara susunnya mengikut darjat kedudukan perawi, kalu dikalangan sahabat , riwayat Abu bakar yang mula2 sekali, kemudian riwayat Umar , kemudian Usman .
Jadi kita kena faham bila sebut Mustakhraj , itu apa?


ªª ialah atsar yang musykil atau  mengelirukan atau jenis kitab yang bertentangan. Termasuk atsar sahabat yang nampak bertentangan, jadi dia hurai khusus yg  berkenaan yang musykil itu. imam tahawi ada tulis 2 kitab.

Yang seorang lagi sempat melarikan diri dalam keadaan menangis ketakutan dan luka-luka. Dialah yang menceritakan tentang kawannya yang telah dibunuh oleh mereka. 

- ada yang Allah beritahu melalui mukjizat.
- bukan semua diberitahu oleh Allah melalui mukjizat
-ini kawan atau sahabat yang tidak sempat dibunuh.
- berdasarkan kesaksian dia lah dilaksanakan hukuman.
-berhubungan dengan satu peristiwa ke baca banyak hadits , jgn baca hanya satu hadits untuk gambaran yang lengkap.

Di bawah ini dikemukakan bahagian yang berkenaan daripada hadits Abu `Awānah dan at-Thaĥāwi yang berpunca daripada riwayat Mu`āwiah bin Qurrah daripada Anas itu: 
minit 31
فَخَرَجُوا أحَدَ الرَّاعِيَيْنِ، وَذَهَبُوا بِالإِبِلِ، قَالَ وَجَاءَ الْآخِرُ وَقَدْ جُرِحَ، فَقَالَ: قَدْ قَتَلُوا صَاحِبِي وَذَهَبُوا بِالْإِبِلِ
Bermaksud: “Maka pergilah mereka (ke kawasan penternakan unta-unta), lalu mereka membunuh salah seorang daripada dua orang penggembala (unta), dan melarikan unta-unta. Kata perawi (Anas): “Yang seorang lagi (yang tidak terbunuh,kemudiannya) datang dalam keadaan luka-luka. Dia berkata: “Mereka telah membunuh kawanku dan telah melarikan unta-unta.”

-ada pengembala unta umum yakni unta zakat dan ada juga pengembala Rasullah saw sendiri.
- jadi ada lebih daei satu dari pengemgala itu.
- tetapi pengembala yang mati seorang.

Di dalam riwayat-riwayat Bukhari tiada khilaf tentang yang terbunuh adalah penggembala Rasulullah s.a.w.

⁶⁵⁵ Mungkin sekali mereka sebenarnya adalah orang-orang munafiq (puak urainah dan ukil)  mereka tidak boleh tinggal diMadinah . Dikira Islamnya yang zahir walaupun mereka bukan sahabat lagi. Dalil bukan Islam terikat dengan hukum Islam ). Mereka dari awal lagi berpura-pura memeluk agama Islam dan berbai`ah dengan Rasulullah s.a.w.


Saleh Mokhtar(Ampang selangor)baca

⁶⁵⁶ Hukuman yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w. ini bersesuaian dengan ayat muĥārabahªªª  di dalam al-Qur’an di mana Allah berfirman:

ªªª kes yang melakukan  jenayah pembunuhan atau pemberontakan terhadap Allah dan Rasul serta mengambil harta benda dan  murtad juga.
- kenapa mereka dibuat begitu atas balasan perbuatan yang telah mereka lakukan 


328____________________

Al-Ma'idah 5:33
إِنَّمَا جَزَٰٓؤُا۟ ٱلَّذِينَ يُحَارِبُونَ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ وَيَسْعَوْنَ فِى ٱلْأَرْضِ فَسَادًا أَن يُقَتَّلُوٓا۟ أَوْ يُصَلَّبُوٓا۟ أَوْ تُقَطَّعَ أَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُم مِّنْ خِلَٰفٍ أَوْ يُنفَوْا۟ مِنَ ٱلْأَرْضِۚ ذَٰلِكَ لَهُمْ خِزْىٌ فِى ٱلدُّنْيَاۖ وَلَهُمْ فِى ٱلْءَاخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ 
Bermaksud: Sesungguhnya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dihukum bunuh, atau dipalang (disalib), atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bersilang, atau dibuang negeri. Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar. (al-Mā’idah:33).

-hukuman Rasullah saw  adalah berdasarkan ayat ini yakni ayat muharabah dari perkataan يُحَارِبُونَ dalam ayat ini.

Hukuman ini juga sesuai dengan firman Allah berikut:
 Al-Ma'idah 5:45
وَكَتَبْنَا عَلَيْهِمْ فِيهَآ أَنَّ ٱلنَّفْسَ بِٱلنَّفْسِ وَٱلْعَيْنَ بِٱلْعَيْنِ وَٱلْأَنفَ بِٱلْأَنفِ وَٱلْأُذُنَ بِٱلْأُذُنِ وَٱلسِّنَّ بِٱلسِّنِّ وَٱلْجُرُوحَ قِصَاصٌۚ فَمَن تَصَدَّقَ بِهِۦ فَهُوَ كَفَّارَةٌ لَّهُۥۚ وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّٰلِمُونَ 
Bermaksud: Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan 
hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka (juga) hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak 
membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (al-Mā’idah:45).

- ini dipanggil ayat qisas dari perkataan قِصَاصٌۚ yang ada dalam ayat ini.
- yang hidup yang tinggal oleh simati dipanggil waliyulmaktul
- waliyulmaktul diberi kuasa untuk membalas.
Al-Isra' 17:33
وَلَا تَقْتُلُوا۟ ٱلنَّفْسَ ٱلَّتِى حَرَّمَ ٱللَّهُ إِلَّا بِٱلْحَقِّۗ وَمَن قُتِلَ مَظْلُومًا فَقَدْ جَعَلْنَا لِوَلِيِّهِۦ سُلْطَٰنًا فَلَا يُسْرِف فِّى ٱلْقَتْلِۖ إِنَّهُۥ كَانَ مَنصُورًا 
Dan janganlah kamu membunuh orang yang diharamkan Allah (membunuhnya), kecuali dengan suatu (alasan) yang benar. Dan barang siapa dibunuh secara zhalim, maka sungguh, Kami telah memberi kekuasaan membalas kepada walinya, tetapi janganlah walinya itu melampaui batas dalam pembunuhan. Sesungguhnya dia adalah orang yang mendapat pertolongan.

Al-Ma'idah 5:45
 فَمَن تَصَدَّقَ بِهِۦ فَهُوَ كَفَّارَةٌ لَّهُۥۚ وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّٰلِمُونَ 
Bermaksud:  Tetapi sesiapa yang melepaskan hak 
membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (al-Mā’idah:45).

-melepaskan hak membalasnya= memaafkan
Atau ayat lain
 فَمَنْ عُفِىَ لَهُۥ مِنْ أَخِيهِ شَىْءٌ فَٱتِّبَاعٌۢ بِٱلْمَعْرُوفِ وَأَدَآءٌ إِلَيْهِ بِإِحْسَٰنٍۗ


Al-Baqarah 2:178
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلْقِصَاصُ فِى ٱلْقَتْلَىۖ ٱلْحُرُّ بِٱلْحُرِّ وَٱلْعَبْدُ بِٱلْعَبْدِ وَٱلْأُنثَىٰ بِٱلْأُنثَىٰۚ 👈فَمَنْ عُفِىَ لَهُۥ مِنْ أَخِيهِ شَىْءٌ فَٱتِّبَاعٌۢ بِٱلْمَعْرُوفِ وَأَدَآءٌ إِلَيْهِ بِإِحْسَٰنٍۗ ذَٰلِكَ تَخْفِيفٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَرَحْمَةٌۗ فَمَنِ ٱعْتَدَىٰ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَلَهُۥ عَذَابٌ أَلِيمٌ 
Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu (melaksanakan) qisas berkenaan dengan orang yang dibunuh. Orang merdeka dengan orang merdeka, hamba sahaya dengan hamba sahaya, perempuan dengan perempuan. 👉Tetapi barangsiapa memperoleh maaf dari saudaranya, hendaklah dia mengikutinya dengan baik, dan membayar diat (tebusan) kepadanya dengan baik (pula). Yang demikian itu adalah keringanan dan rahmat dari Tuhanmu. Barangsiapa melampaui batas setelah itu, maka ia akan mendapat azab yang sangat pedih.
Minit48

- kena bayar diat...cara bayar bermacam-macam.
- boleh maaf pula..hak hamba
-bagi hukum hudud tidak boleh sebab hak Allah
- hukum qisas hak hamba.
- ramai yang tak tahu hukum ini sebab tak belajar dan hukum pula tidak berjalan.
- ugama tinggal hanya solat,puasa, padahal itu pun bukan nya banyak.
-keistimewaan  quran adalah  merangkumi semua
- seperti qurtubi buat buku hukum hakam walau ayatnya tidaklah banyak tetapi panjang lebar  perbincangannya dan banyak jilid, menyebabkan kita boleh nampak kehebatan alquran.
- dapat keampunan dan bayaran diat bukan sia- sia tetapi Allah beri keampunan atau penebus dosa disamping duit diat.
- bunuh sengaja atau tidak berbeza juga hukumnya.
Siapa yang kena bayar?
Minit 52
-perjalanan hukum dinegara kita terhad kepada nikah kahwin ibadat
- sudut jenayah dan muamalat  masih tidak lengkap.
- kedaulatan undang-undang Islam tidak ada lagi
- pembunuhan yang tidak sengaja..memerdekakan hamba yang perlu dibayar oleh keluarga pembunuh.
Jika sengaja, pembunuh itu sendiri kena bayar.
Ada juga separa .
Ini menyebabkan kekuatan  hubungan keluarga.
- supaya keluarga ambil berat  terhadap ahli2 keluarganya.
-hukum Islam sendiri mengukuhkan keluarga masing-masing.

Hadits ke-73 selepas ini menjelaskan kenapa Rasulullah telah menghukum supaya mata mereka dicelak dengan besi panas. Sebabnya ialah kerana mereka telah berbuat 
begitu terhadap penggembala Nabi s.a.w. sebelum membunuhnya. 

Inilah salah satu landasan hukum yang dipakai oleh segolongan `ulama’ berhubung dengan hukum balasan yang setimpal (القصاص بالمثل )ªªªªª dalam kes jenayah. 


ªªªªª hukum balasan yang setimpal dipakai oleh Malik, Syafie dan Ahmad hadits ini. Abu Hanifah,  qisas telah mansukh maka hanya bunuh sahaja. 
Nabi saw larang  Muslah iaitu  menyiksa sebelum diibunuh. Hukum dijalankan dengan ihsan. Ihsan dengan cara sebaik2nya. Bunuh dengan qitlah (masdar nauie) atau cara bunuh yang sebaik2nya . Cara paling baik dengan memancung. Kerana pancung paling  tidak menyiksa tapi mengerunkan orang melihat. Supaya mereka yang tengok akan takut. Dihukum depan ramai orang. Kepada yang hendak tengok. Bukan wajib tengok cuma boleh jika nak tengok. Cara mematikan binatang pun kena ihsan yaitu dengan cara sembelih .
Bagi Abu Hanifah, susahnya nak betul2 sama bila qisas.

Ayat فَمَنِ ٱعْتَدَىٰ عَلَيْكُمْ فَٱعْتَدُوا۟ عَلَيْهِ بِمِثْلِ مَا ٱعْتَدَىٰ عَلَيْكُمْۚ
barangsiapa menyerang kamu, maka seranglah dia setimpal dengan serangannya terhadap kamu.

Ini asas qisas.
Jika lebih dah tak sama.
Penumbuk budak tidak sama penumbuk Juara dunia Muhamad Ali.
Bayar gantirugi lebih baik bila tak sama.
Minit 1jam 17minit

Al-Baqarah 2:194
ٱلشَّهْرُ ٱلْحَرَامُ بِٱلشَّهْرِ ٱلْحَرَامِ وَٱلْحُرُمَٰتُ قِصَاصٌۚ فَمَنِ ٱعْتَدَىٰ عَلَيْكُمْ فَٱعْتَدُوا۟ عَلَيْهِ بِمِثْلِ مَا ٱعْتَدَىٰ عَلَيْكُمْۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلْمُتَّقِينَ 
Bulan haram dengan bulan haram, dan (terhadap) sesuatu yang dihormati berlaku (hukum) qisas. Oleh sebab itu barangsiapa menyerang kamu, maka seranglah dia setimpal dengan serangannya terhadap kamu. Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah beserta orang-orang yang bertakwa.

-hukuman mumasalah jika kesalahan kaum nabi lut adalah dilarang.

Ash-Shura 42:40
وَجَزَٰٓؤُا۟ سَيِّئَةٍ سَيِّئَةٌ مِّثْلُهَاۖ فَمَنْ عَفَا وَأَصْلَحَ فَأَجْرُهُۥ عَلَى ٱللَّهِۚ إِنَّهُۥ لَا يُحِبُّ ٱلظَّٰلِمِينَ 
Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang setimpal, tetapi barangsiapa memaafkan dan berbuat baik (kepada orang yang berbuat jahat) maka pahalanya dari Allah. Sungguh, Dia tidak menyukai orang-orang zhalim.

-Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang setimpal,وَجَزَٰٓؤُا۟ سَيِّئَةٍ سَيِّئَةٌ مِّثْلُهَاۖ
-ini susah nak dapat.
-tetapi barangsiapa memaafkan dan berbuat baik (kepada orang yang berbuat jahat) maka pahalanya dari Allah. Sungguh, Dia tidak menyukai orang-orang zhalim.
- dlm mana2 ayat ada perkataan مِّثْلُهَاۖ

Ash-Shura 42:41
وَلَمَنِ ٱنتَصَرَ بَعْدَ ظُلْمِهِۦ فَأُو۟لَٰٓئِكَ مَا عَلَيْهِم مِّن سَبِيلٍ 
Tetapi orang-orang yang membela diri setelah dilakukan kezhaliman terhadapnya, tidak ada alasan untuk menyalahkan mereka.

-ini asas hukum qisas dalam Islam.
- Abu Hanifah kata nabi melakukan hukuman ini adalah secara siasah sebab bukan untuk serupa .bgmn pun telah mansukh katanya.
Minit 1jam 31 


⁶⁵⁷ Kawasan bumi yang berkerikil dan terdapat batu-batu hitam yang besar-besar. Di sebelah utara dan selatan Madinah memang terdapat agak luas kawasan bumi seperti itu.


Abdul basir baca
⁶⁵⁸ Antara pengajaran, pedoman, panduan dan hukum-hakam yang dapat disimpulkan daripada hadits ini ialah:
(1) Hadits ini menunjukkan ada rombongan dari luar datang mengunjungi Nabi s.a.w.di Madinah. Nabi s.a.w. pula melayan mereka dengan baik. Makanan, minuman dan 
lain-lain keperluan mereka disediakan semasa di Madinah. 

(2) Di antara yang datang ada yang terus memeluk agama Islam dan ada juga yang tidak terus memeluk agama Islam. Rombongan puak `Urainah dan `Ukl yang tersebut 
di dalam hadits ini memeluk agama Islam setelah sampai di Madinah, tetapi kemudiannya mereka murtad.

329

(3) Segolongan besar `ulama’ telah menjadikan hadits ini sebagai hujah mereka tentang tidak najisnya air kencing binatang yang halal dimakan. Demikian juga tahinya. 

(4) Berubat dan merawat penyakit tertentu dengan susu dan air kencing unta memang disyariatkan melalui hadits ini dengan kesepakatan `ulama’. 

(5) Disyariatkan pembalasan yang setimpal 
(الْمُمَاثَلَة فِي القِصَاص)
dalam banyak kes jenayah. Dan ia tidak termasuk dalam “mutslah” yang dilarang Nabi s.a.w. di dalam hadits-haditsnya. 

(6) Disyariatkan membunuh beberapa orang yang terlibat dalam pembunuhan seseorang manusia. Sama ada mereka membunuhnya secara curi atau secara terbuka.

(7) Ubat-ubat yang suci dan tidak najis seeloknya diberikan kepada pesakit. Ubat-ubat  daripada bahan yang najis atau haram hanya diberikan dalam keadaan dharurat dan terdesak sahaja.

(8) Menghukum orang-orang yang melakukan kerosakan di muka bumi, termasuk membunuhnya jika mereka terlibat dalam pembunuhan merupakan tanggungjawab pihak berkuasa negara.

(9) Keharusan membelanjakan atau menggunakan hak umum seperti harta zakat dan lain-lain untuk orang-orang yang berhak menerimanya. 

(10) Orang-orang yang tidak biasa dengan cuaca sesuatu tempat biasanya terdedah kepada bermacam-macam penyakit.

⁶⁵⁹ Selain Tirmidzi, ia diriwayatkan juga oleh Bukhari, Muslim, Ahmad, Abu Daud, an-Nasā’i, Ibnu Majah, al-Bazzaar, Ibnu Abi Syaibah, Abu Ya`la, Ibnu Hibbaan dan 
lain-lain. 

⁶⁶⁰ Daripada kata-kata Tirmidzi ini dapat difahami bahawa majoriti ahli ilmu di kalangan Salaf berpendapat air kencing dan tahi binatang yang halal dimakan tidak najis. Dan beliau juga cenderung kepada pendapat itu. Kerana itulah Imam Tirmidzi tidak mengemukakan langsung dalil dan hujah golongan yang mengatakan ia najis.

-kita kena sedar imam tirmizi ulamak mutaqodimin.
Sedang hafiz ibnu hajar majoriti tak sama dengan imam tirmizi.

330


Tiada ulasan:

Catat Ulasan