Ahad, April 03, 2022

Jami' tirmizi tabaqat perawi mengikut Ibnu Hajar

Jami' tirmizi tabaqat perawi mengikut Ibnu Hajar

Klasifikasi Thabaqat Para Perawi Menurut `Ulama’ Rijaal Hadits
Thabaqah 1 = Mereka terdiri daripada para Sahabat Nabi s.a.w. Golongan ini dikecualikan daripada tindakan Jarh dan ta`dil.

Thabaqah ke-2 = Mereka terdiri dari kalangan Tabi`in. Dari sini bermula tindakan Jarh dan ta`dil. Termasuk dalam thabaqah ke-2 ini para Tabi`in besar seperti Sa`id bin 
Musaiyyab, `Urwah bin az-Zubair dan lain-lain.

Thabaqah ke-3 = Mereka terdiri daripada golongan Tabi`in di peringkat tengah seperti Thawus.

Thabaqah ke-4 = Mereka terdiri daripada golongan Tabi`in yang semua riwayatnya  diambil daripada kalangan Tabi`in besar seperti az-Zuhri dan lain-lain.

Thabaqah ke-5 = Mereka terdiri daripada golongan Tabi`in kecil. Golongan ini mungkin sempat melihat atau bertemu seorang dua Sahabat, tetapi mendengar dan menerima riwayat daripada Sahabat dipertikaikan. Kalau ada pun hanya satu atau dua hadits sahaja. Antara perawi yang termasuk dalam golongan ini A`masy, Hisyam bin `Urwah dan lain-lain.

Thabaqah ke-6 = Terdiri daripada Tabi`in yang mengiringi thabaqah Tabi`in ke-5, dan tdk tsabit langsung mereka ada bertemu atau mendengar sesuatu daripada mana-mana Sahabat Nabi s.a.w. Antara perawi yang termasuk dalam thabaqah ini Ibnu Juraij dan lain-lain.

Thabaqah ke-7 = Mereka terdiri daripada Tab`i at-Tabi`in besar, seperti Imam Malik, Sufyan ats-Tsauri dan lain-lain.

Thabaqah ke-8 = Mereka terdiri daripada Tab`i at-Tabi`in peringkat tengah, seperti Sufyan bin `Uyainah, `Amar bin Abi Qais dan lain-lain.

Thabaqah ke-9 = Mereka ialah dari kalangan Tab`i at-Tabi`in kecil, seperti Imam asy-Syafi`e, Abu Daud at-Thayalisi, `Abdur Razzaaq dan lain-lain.

Thabaqah ke-10 = Mereka ialah golongan tertinggi dalam meriwayatkan hadits daripada Tab`i at-Tabi`in dan tidak sempat bertemu dengan Tabi`in. seperti Imam 
Ahmad dan lain-lain.

1.

Thabaqah ke-11 = Mereka terdiri daripada golongan di peringkat tengah dalam meriwayatkan hadits daripada Tab`i at-Tabi`in, seperti az-Zuhli, Imam Bukhari dan 
lain-lain.

Thabaqah ke-12 = Mereka terdiri daripada golongan di peringkat paling bawah dalam meriwayatkan hadits daripada Tab`i at-Tabi`in, seperti Imam Tirmidzi dan 
lain-lain.Tertib thabaqat yang dikemukakan ini adalah berdasarkan apa yang dibentangkan oleh Hafiz Ibnu Hajar di dalam Taqrib at-Tahzibnya.

Bermula dari thabaqah ke-2 hingga thabaqah ke-6 adalah thabaqat para Tabi`in.
Bermula dari thabaqah ke-7 hingga thabaqah ke-9 adalah Tab`i at-Tabi`in.
Thabaqah Atba` Tab`i at-Tabi`in bermula dari thabaqah ke-10 hingga thabaqah ke-12.

Secara ringkas dapatlah dikatakan 
golongan Tabi`in berada dalam lima thabaqah, 
golongan Tab`i at-Tabi`in berada dalam tiga thabaqah dan golongan Atba` Tab`i at-Tabi`in juga berada dalam tiga thabaqah.

Hingga tahun 100 H semua orang dari thabaqah ke-2 telah meninggal dunia (pupus).
Dari tahun 100 H hingga 200 H orang-orang dari kalangan thabaqah ke-2 hingga ke-8 
semuanya telah meninggal dunia (pupus).
Thabaqah ke-9 hingga ke-12 adalah thabaqat yang hidup selepas tahun 200 H.

2.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan