Jumaat, April 15, 2022

Kitab ilal 01-15sssP02 3

Kitab ilal 01-15sssP02 3

¹¹ Imam Tirmidzi meriwayatkan 
fiqh Sufyan ats-Tsauri [1]di dalam Jami' atau Sunannya melalui dua saluran sanad.
Di antara beliau dengan ats-Tsauri dalam kedua-dua sanad terdapat dua orang perawi. 

Di dalam sanad pertama terdapat 
Abu Ja'far Muhammad bin Sufyan bin Karamah al-Kufi dan 'Ubaidullah bin Musa. 
-S1: Imam Tirmidzi>>Sufyan ats-Tsauri
1.Abu Ja'far Muhammad bin Sufyan bin Karamah al-Kufi

Siapakah Muhammad bin Sufyan al-Kufi? Beliau adalah seorang perawi tsiqah di sisi 'ulama' Rijaal Hadits, Beliau juga merupakan jurutulis 'Ubaidullah bin Musa. 

Abu Haatim ar-Raazi yang terkenal sebagai seorang yang keras dalam penilaian perawi-perawi hadits berkata, Muhammad bin Sufyan al-Kufi adalah seorang perawi shaduq (satu lafaz ta'dil yang rendah). 
- bertemu kali ke2 perkataan shaduq
- Abu Haatim termasuk yg keras.

Hafiz Ibnu Hajar di dalam at-Taqrib berkata, beliau seorang tsiqah. 

Az-Zahabi pula di dalam Siyar A'laam an-Nubala' menyebut beliau sebagai seorang Imam, Muhaddits lagi Tsiqah. Seorang yg kemas(teguh)

Muhammad bin Sufyan al-Kufi meninggal dunia pada tahun 256H. Imam Bukhari, Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah ada meriwayatkan haditsnya di dalam kitab masing-masing. 
(Lihat al-Jarh Wa at-TaÂdil j.4 m/s 25, Tahzib at-Tahzib j.9 m/s 338, Taqrib at-Tahzib j.2 m/s 190, Siyar A'laam an-Nubala' j.23 m/s 287).

- cerita perawi pertama Tirmizi, Sufyan ats-Tsauri yang sama hebat seperti imam Syafie.
-seumpama orang yang tiada keturunan.
- dalam matan zubak ada disebut Sufyan ats-Tsauri.
- mazhab yang popular pada masa itu.
Minit 20
-tafsir Sufyan ats-Tsauri mulai ada zaman sekarang!
-kitab Ibnu Hazam Azzahiri pun ada usaha sedang dibuat..cuba membawa semula kedalam masyarakat.


¹² Beliau (Ubaidullah bin Musa. )merupakan salah seorang hafiz hadits dan orang yang mula-mula sekali menulis kitab Musnad di Kufah. Dianggap tsiqah oleh imam-imam hadits. 
Kata Abu Haatim tentangnya„ "Dia adalah seorang perawi shaduq dan elok haditsnya.” 
-S1: Imam Tirmidzi>>Sufyan ats-Tsauri:
1.Ubaidullah bin Musa

Az-Zahabi berkata tentangnya, "Seorang hafiz dan seorang yang kemas.” 
minit 28


Kecenderungan beliau kepada fahaman 'Syi'ah tidak menghalang para 'ulama' Sunni daripada mentautsiqkannya. Ini kerana beliau terkenal sebagai seorang yang benar dan amanah dalam periwayatannya.

'Ubaidullah bin Musa[2] dilahirkan sebelum tahun 120 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 213 Hijrah. 

Semua pengarang kitab-kitab utama hadits ada meriwayatkan hadits daripadanya. Kata Hafiz Ibnu Hajar di dalam at-Taqrib, "Tsiqah”. 
(Lihat al-Jarh Wa at-Ta'dil j.2 m/s 334, Tazkiratu al-Huffaazj.l m/s 259, Tahzib at-Tahzibj.7 m/s 50-53, Taqrib at-Tahzibj.l m/s 539-540).


¹³ Ini adalah sanad kedua bagi riwayat Tirmidzi berkenaan dengan pendapat Sufyan ats-Tsauri di dalam Kitab Sunannya. 
Abul Fadhl Maktum bin 'Abbaas at-Tirmidzi[3] menurut az-Zahabi adalah seorang yang tidak dikenali. 
(Lihat Mizan al-ľtidaal j.3 m/s 198). 

-S2:Imam Tirmidzi>>Sufyan ats-Tsauri
1.Abul Fadhl Maktum bin 'Abbaas at-Tirmidzi[3]

Hafiz Ibnu Hajar bagaimanapun di dalam Tahzib at-Tahzib mengemukakan biografinya tanpa menyebutkan apa-apa tajrih (kritikan) tentangnya. Dan di dalam at-Taqrib pula beliau menyebut Abul Fadhl Maktum bin 'Abbaas at-Tirmidzi sebagai perawi maqbul 
(Lihat Tahzib at-Tahzibj.1 m/s 289' Taqrib at-Tahzib j.2 m/s 273). 
Riwayat Timidzi sebagai seorang tokoh hadits daripadanya membuatkan pendapat az-Zahabi tentangnya marjuh (tidak kuat).


¹⁴ Beliau [Muhammad bin Yusuf al-Firyaabi ]merupakan Syeikh di negara Syam. Seorang perawi tsiqah lagi Fadhil. Bukhari berkata tentangnya, "Beliau adalah antara orang yang paling berilmu di zamannya” Muhammad bin Yusuf al-Firyaabi meriwayatkan hadits daripada al-Auzaa'i, ats-Tsauri, Jarir bin Haazim dan ramai lagi tokoh-tokoh yang lain. Beliau lebih diutamakan daripada 'Abdur Razzaaq bin Hammaam dalam meriwayatkan hadits daripada Suryan ats-Tsauri. Meninggal dunia pada tahun 212 Hijrah. Haditsnya berkedudukan tinggi di dalam Kitab sahih. 
(Lihat al-Bukhari at-Tarikh m/s 264, az-Zahabi  Tazkiratu al-HufTaaz j.1 m/s275, Hafiz Ibnu Hajar - Taqrib j2 m/s 221 & Tahzib at-Tahzibj.9 m/s 535-537).


¹⁵ Pendapat Malik dinukilkan oleh Tirmidzi melalui tiga saluran riwayat. 

Saluran pertama ialah yang paling kuat dan paling banyak dinukilkan oleh Tirmidzi, iaitu daripada Ishaq bin Musa al-Anshaari daripada Ma'an bin 'Isa daripada Malik. 

Saluran kedua ialah yang dinukilkan oleh beliau daripada Abu Mush'ab al-Madani sahaja. Abu Mush'ab al-Madani pula menerima secara langsung daripada Malik. 

Saluran ketiga mengandungi dua orang perawi, iaitu Musa bin Hizaam daripada 'Abdullah bin Maslamah al-Qa'nabi daripada Malik.

Tirmidzi>>Malik
S1:Tirmidzi>>Ishaq bin Musa al-Anshaari>>> Ma'an bin 'Isa >> Malik.

S2:Tirmidzi>>  Abu Mush'ab al-Madani>> Malik

S3:Tirmidzi>> Musa bin Hizaam>> 'Abdullah bin Maslamah >>al-Qa'nabi  Malik

¹⁶ Ini adalah saluran pertama Imam Tirmidzi mendapat pandangan dan pendapat Malik, Ishaq bin Musa al-Anshaari. Beliau adalah seorang perawi faqih, hafiz, muhaddits, tsiqah dan mutqin (teguh), salah seorang imam hadits. 
Abu Haatim menyebut beliau dengan penuh sanjungan dan pujian.
An-Nasaa'i mengatakan beliau seorang perawi tsiqah. Ishaq bin Musa al-Anshaari menerima hadits daripada Sufyan bin 'Uyainah, 'Abdus Salam bin Harb dn Ma'an bin 'Isa. 

Antara tokoh hadits yang meriwayatkan hadits daripada beliau pula ialah Muslim, Tirmidzi, Nasaa'i, Ibnu Majah dan lain-lain. Ishaq bin Musa meninggal dunia pada tahun 244 Hijrah. 
(Lihat al-Jarh Wa at-Ta'dil j. I m/s 235, Tazkiratu al-Huffaazj.2 m/s 74-75, Tahzib at-Tahzib j.1 m/s 251, Taqrib at-Tahzib j.1 m/s 61).

¹⁷ Beliau  [Ma'an bin 'Isa] adalah salah seorang imam hadits, seorang perawi tsiqah, tsabt, hafiz dan hujjah. Meriwayatkan hadits daripada Malik dan sekumpulan 'ulama' yang lain. Kata Abu Haatim, "Beliau adalah anak murid Malik yang paling teguh. Pengarang enam kitab utama hadits di kalangan Ahli as-Sunnah meriwayatkan haditsnya. Ibnu Farhun (Ibrahim bin 'Ali bin Muhammad m.799H) di dalam ad-Diibaaj al-Mudzahhabnya berkata, "Ma'an adalah anak tiri Malik. Dialah yang membacakan al-Muwattha' di hadapan Malik untuk dua orang anak Khalifah Harun ar-Rasyid, iaitu al-Amin dan al-Ma'mun. Dialah juga yang menggantikan Malik dalam bidang Fiqh di Madinah. Mendengarnya beliau daripada Malik ada suatu yang ma'ruf di kalangan ulama'. Beliau terkenal sebagai salah seorang anak murid tua Imam Malik, selain terkenal juga kerana lama belajarnya dengan Malik. Ma'an meninggal dunia pada tahun 198 Hijrah. (Lihat Tazkiratu al-Huffaaz j.1 m/s 242-243, Tahzib at-Tahzib j. 10 m/s 252-253).

S2:Tirmidzi>>  Abu Mush'ab al-Madani>> Malik

¹⁸ Ini adalah saluran kedua bagi pendapat Malik. Imam Tirmidzi menerimanya menerusi Abu Mush'ab al-Madani seorang sahaja. Abu Mush'ab ialah Ahmad bin Abi Bakr az-Zuhri al 'Aufi al-Madani, salah seorang tokoh yang kukuh. Beliau adalah mahaguru (syeikh) penduduk Madinah, seorang perawi yang dipercayai dan lama berguru dengan Malik. Selain mendalami fiqh dengan Malik, beliau juga meriwayatkan hadits-hadits daripadanya. Kata Ibnu Farhun tentangnya, "Beliau meriwayatkan Muwattha' dan lain-lain daripada Malik. Mendalami fiqh Malik melalui murid-murid Malik, al-Muhghirah dan Ibnu Dinar. Beliau juga meriwayatkan hadits-hadits daripada ad-Daraawardi dan lain-lain. Abu Mush'ab mempunyai sebuah kitab ringkas tentang pendapat Malik yang masyhur, (ad-Dibaaj al-Mudzahhab m/s 30). Abu Mush'ab dilahirkan pada tahun 150 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 243 Hijrah, Pengarang-pengarang kitab-kitab utama hadits meriwayatkan hadits secara langsung daripada beliau, kecuali an-Nasaa'i. An-Nasaa'i menerima haditsnya dengan perantaraan perawi lain.

S3:Tirmidzi>> Musa bin Hizaam>> 'Abdullah bin Maslamah >>al-Qa'nabi >> Malik

¹⁹ Ini adalah saluran ketiga bagi Imam at-Tirmidzi menerima pendapat Malik. Di antara Tirmidzi dan Malik terdapat dua orang perawi, iaitu Musa bin Hizaam dan 'Abdullah bin Maslamah al-Qa'nabi, Musa bin Himam adalah perawi tsiqah, faqih dan 'abid. Meninggal dunia pada tahun 250 Hijrah. Bukhari, Tirmidzi dan Nasaa'i meriwayatkan haditsnya.

²⁰ 'Abdullah bin Maslamah al-Qa'nabi adalah hafiz besar. Kata Abu Zur'ah tentangnya.
"Tidak ada seorang pun yang aku tulis haditsnya lebih mulia pada pandanganku daripada al-Qa'nabi." 
Kata Abu Haatim. "Beliau tsiqah lagi hujjah, Tidak pernah aku melihat orang yang lebih khusyu' daripadanya." 
Ibnu Farhun menukilkan kata-kata beliau, "Aku terus belajar dengan Malik dan tidak meninggalkannya selama dua puluh tahun, sehingga akhirnya aku membaca al-Muwattha' di hadapannya,"
Dinukilkan daripada Ibnu Ma'in bahawa beliau berkata tentang 'Abdullah bin Maslåmah al-Qa'nabi, "Orang yang paling kemas dalam meriwayatkan hadits Malik ialah Abdullah bin Maslamah dan Ma'an." 
Pada ketika yang Iain pula Ibnu Ma'in berkata, "Orang yang paling kemas antara mereka ialah Abdullah bin Maslamah." Beliau meninggal dunia pada tahun 321 Hijrah. Beliau terbilang salah seorang perawi utama Bashrah. Haditsnya diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmidzi dan an-Nasaa'i. 
(Lihat ad-Diibaaj al-Mudzahhab 131-132, al-Jarh Wa at-Ta'dil j.2 m/s 181, Tazkiratu al-Huffaaz j.1 m/s 281, Tahzib at-Tahzib j.2 m/s 31-32, Taqrib at-Tahzib j. 1 m/s 451),

Kesimpulannya ialah semua saluran nukilan fiqh dan pandangan-pandangan Imam Malik oleh at-Tirmidzi kuat dan sahih serta boleh dijadikan hujah dan pegangan, Dengan itu terbuktilah kesahihan nukilan beliau daripada Malik.

²¹ Imam Tirmidzi mengatakan, pendapat Ibnu al-Mubarak sampai kepadanya melalui riwayat Ahmad bin  'Abdah al-Aamuli, Beliau menerima pendapat dan pandangan Jbnu al-Mubarak melaIui 5 saluran berikut:
(a) Abu Wahab Muhammad bin Muzahim, beliau pula menerima daripada Ibnu al-Mubarak, ²²¹
(b) 'Ali bin al-Hasan daripada Ibnu al-Mubarak.³²¹
(c) 'Abdaan daripada Sufyan bin Abdil Malik daripada Ibnu al-Mubarak,⁴²¹
(d) Wahab bin Zam'ah daripada Fadhaalah an-Nasawi daripada lbnu al-Mubarak,⁵²¹
(e) Hibbaan bin Musa daripada Ibnu al-Mubarak,⁶²¹
Kata Tirmidzi seterusnya, selain mereka yang tersebut ini, banyak lagi nama-nama Iain yang turut meriwayatkan pendapat dan pandangan 'Abdillah bin al-Mubarak.

Imam Tirmidzi>> Ahmad bin  'Abdah al-Aamuli>>Ibnu al-Mubarak

Menerusi Ahmad bin 'Abdah al-Aamuli, Tirmidzi telah menukilkan sekian banyak pendapat dan pandangan 'Abdillah bin al-Mubarak. Ahmad bin 'Abdah bahkan telah menyusun sebuah buku berasingan (juzu') mengandungi pendapat-pendapat Ibnu al-Mubarak melalui saluran- saluran riwayat tersebut tadi.

Terlebih dahulu marilah kita berkenalan dengan Ahmad bin 'Abdah, kemudian dengan guru-guru beliau yang tersebut di dalam saluran-saluran riwayat yang dikemukakan tadi:

Ahmad bin 'Abdah al-Aamuli memakai kuniah Abu Ja'far, Beliau berasal dari Aamul, Jaihun . Beliau sebagaimana kata Hafiz Ibnu Hajar adalah seorang perawi shaduq thabaqah ke-11 , (Lihat Tahzib at-Tahzib j.1 m/s 59, Taqrib at-Tahzibj.l m/s 21)

S1:Tirmizi>> Abu Wahab Muhammad bin Muzahim>> Ibnu al-Mubarak,


Di dalam saluran pertama riwayat Ahmad bin 'Abdah terdapat nama Muhammad bin Muzahim.(a²¹) Beliau dikuniahkan dengan Abi Wahab, Di dalam cetakan Bulaq Mesir, tersebut kuniah Ibnu Wahab. Itu adalah akibat kesilapan cetak. Kuniah beliau sebenarnya ialah Abu Wahab.

Menurut az-Zahabi dan Hafiz Ibnu Hajar, Ahmad bin 'Abdah adalah seorang perawi shaduq daripada thabaqah ke-10. Ibnu Hibbaan menyenaraikan namanya sebagai salah seorang perawi tsiqah dan beliau dikatakan telah meninggal dunia pada tahun 209 Hijrah. Walaupun as-Sulaimani mempertikaikan ta'dil Ibnu Hibbaan terhadapnya, namun dengan adanya sekian banyak ta'dil daripada pihak imam-imam Rijaal Hadits, di samping tidak ada pula mereka mentajrihkannya menunjukkan lemahnya kritikan as-Sulaimani itu. 
(Lihat Mizan al-Itidal j.4 m/s 34, Tahzib at-Tahzib j.9 m/s 438, Taqrib at-Tahzib j.2 m/s 206).

S2:Tirmizi>> Ali bin al-Hasan bin Syaqiq bin Dinar al-Abdi>> Ibnu al-Mubarak,:

Di dalam saluran kedua riwayat Ahmad bin 'Abdah terdapat nama 'Ali bin al-Hasan bin Syaqiq bin Dinar al-Abdi.(b²¹) Beliau adalah muhaddits Marw. Seorang perawi tsiqah lagi hafiz.

Kata Ibnu Ma'in, "Aku tidak mengetahui ada sesiapa datang kepada kami dari Khurasan yang lebih mulia daripadanya."

'Ali bin al-Hasan adalah seorang yang sangat alim tentang ilmu Ibnu al-Mubarak. 

Beliau mendengar sebanyak empat belas kali buku-buku karangan Ibnu alMubarak daripada Ibnu al-Mubarak sendiri.

Kerana itu beliau dianggap orang yang lebih ingat tentang ilmu Ibnu al-Mubarak berbanding orang-orang lain. '

Ali bin al-Hasan meninggal dunia pada tahun 215 Hijrah." Pengarang kitab-kitab utama hadits semuanya meriwayatkan hadits daripada beliau. 
(Lihat Tazkiratu al-Huffaaz j. I m/s 271, Tahzib atTahzibj.5 m/s 3 13-314).


S3:Tirmizi>> Ahmad bin 'Abdah>> Sufyan bin 'Abdil Malik>>  Ibnu al-Mubarak,:


Di dalam saluran ketiga riwayat Ahmad bin 'Abdah(c²¹) terdapat dua perantara di antara beliau dan Ibnu al-Mubarak. Pertama 'Abdaan dan kedua Sufyan bin 'Abdil Malik.

Abdaan ialah 'Abdullah bin 'Utsman bin Jabalah al-'Ataki al-Azdi. Beliau perawi tsiqah lagi hafiz. 

Para imam hadits mentautsiqkannya, mereka juga sangat memujinya. Kata al-Haakim, "'Abdaan adalah imam Ahlul Hadits di negerinya. 'Abdullah bin Thahir melantiknya sebagai hakim di Jauzajan, tetapi beliau membuat helah untuk tidak memegang jawatan itu." 'Abdaan meninggal dunia pada tahun 210 Hijrah. Haditsnya diambil oleh al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, at-Tirmidzi dan an-Nasaa'i.

Suf'yan bin 'Abdil Malik pula adalah perawi tsiqah lagi hafiz. Beliau terbilang salah seorang murid utama 'Abdullah bin al-Mubarak. Ibnu Hibbaan memasukkannya ke dalam senarai perawi-perawi tsiqaatnya. Meninggal dunia sebelum tahun dua ratus Hijrah. Abu Daud, Nasaa'i dan Tirmidzi meriwayatkan haditsnya. Dapat disimpulkan bahawa saluran ini adalah sahih. 
(Lihat Tahzib at-Tahzib j.4 m/s 116, Taqrib at-Tahzib j.1 m/s 311).

S4:Tirmizi>> Hibbaan bin Musa  bin Sawwaar as-Sulami al-Bashri>>  Ibnu al-Mubarak,:

Di dalam saluran keempat riwayat Ahmad bin 'Abdah al-Aamuli terdapat perawi bernama Hibbaan bin Musa(e²¹). Saluran riwayat ini lebih tinggi lagi daripada saluran sebelumnya. Hibbaan bin Musa bin Sawwaar as-Sulami al-Bashri adalah seorang hafiz, imam dan hujjah menurut az-Zahabi. 

Hafiz Ibnu Hajar mengatakan beliau perawi tsiqah. 
Ibnu Hibbaan juga menyenaraikan beliau sebagai perawi tsiqah. 

Hibbaan bin Musa meninggal dunia pada tahun 233 Hijrah, Haditsnya terdapat di dalam enam kitab utama hadits. (Lihat Siyar ACIaam an-Nubalaa' j.21 m/s 8, Tahzib at-Tahzib j.2 m/s 174, Taqrib at-Tahzib j.1 m/s 147).

S5:Tirmizi>> Wahab bin Zam'ah>> Fadhalah an-Nasawi>> Ibnu al-Mubarak,:

Di dalam saluran ke-lima riwayat Ahmad bin 'Abdah al-Aamuli terdapat dua perantara di antara beliau dan Ibnu al-Mubarak. 
Pertama Wahab bin Zam'ah(d²¹) dan 
kedua Fadhalah an-Nasawi.
Wahab bin Zam'ah tsiqah. 
Nasaa'i mentautsiqkannya. 

Ibnu Hibbaan juga menyebut beliau sebagai perawi tsiqah. Kata Hafiz Ibnu Hajar, Bukhari meriwayatkan haditsnya di dalam"Juz'ul Qiraa'ah Khalf ai-lmam". 
Tirmidzi dan Nasaa'i juga meriwayatkan haditsnya dengan perantaraan perawi-perawi lain, 
(Lihat Tahzib at-Tahzibj, 11 m/s 163).

Fadhalah an-Nasawi ialah Fadhalah bin Ibrahim at-Taimi an-Nasaa'i al-Marwazi. 
An-Nasaa'i mentautsiqkannya. 
Beliau seorang hafiz, dhabith dan berpengetahuan tentang bahasa dan sya'ir. Terbilang salah seorang murid utama Ibnu al-Mubarak. Tirmidzi meriwayatkan haditsnya. 
(Lihat Tahzib at-Tahzib j.8 m/s 267, Taqrib at-Tahzib j.2 m/s 109).
Kesimpulannya ialah semua saluran riwayat Tirmidzi dalam mengemukakan pendapat Ibnu al-Mubarak adalah kuat dan boleh dijadikan hujah. Pendapat Ibnu al-Mubarak yang dikemukakan oleh at-Tirmidzi di dalam Sunannya boleh dibuat pegangan dan dipertanggungjawabkan.


S1:Tirmizi>> Abu Wahab Muhammad bin Muzahim>> Ibnu al-Mubarak,

S2:Tirmizi>> Ali bin al-Hasan bin Syaqiq bin Dinar al-Abdi>> Ibnu al-Mubarak,:

S3:Tirmizi>> Ahmad bin 'Abdah>> Sufyan bin 'Abdil Malik>>  Ibnu al-Mubarak,:

S4:Tirmizi>> Hibbaan bin Musa  bin Sawwaar as-Sulami al-Bashri>>  Ibnu al-Mubarak,:

S5:Tirmizi>> Wahab bin Zam'ah>> Fadhalah an-Nasawi>> Ibnu al-Mubarak,:

🎄💦💤💥
~~~
Saluran Tirmizi >>>>Sufyan ats-Tsauri
Sanad pertama 
1.Abu Ja'far Muhammad bin Sufyan bin Karamah al-Kufi¹¹
2.'Ubaidullah bin Musa¹²
Sanad ke 2
1.Abul Fadhl  Maktum bin Abbaas at-Tirmidzi ¹³
2.Muhammad bin Yusuf al-Firyaabi¹⁴

S1: Imam Tirmidzi>>1.Abu Ja'far Muhammad bin Sufyan bin Karamah al-Kufi>> Sufyan ats-Tsauri
S1: Imam Tirmidzi>>2.Ubaidullah bin Musa>> Sufyan ats-Tsauri:
S2:Imam Tirmidzi>>Abul Fadhl Maktum bin 'Abbaas at-Tirmidzi>>Muhammad bin Yusuf al-Firyaabi>>Sufyan ats-Tsauri


~~~~~

Saluran Tirmizi>>>>>>Malik
Saluran pertama 
1.Ishaq bin Musa al-Anshaari ¹⁶
2.Ma'an bin  'Isa al-Qazzaaz¹⁷
Saluran kedua 
Abu Mush'ab al-Madani pula menerima secara langsung daripada Malik
1.Abu Mush'ab al-Madani¹⁸
Saluran ketiga
1.Musa bin Hizam¹⁹
2.Abdullah bin Maslamah al-Qa'nabi ²⁰


Tirmidzi>>Malik
S1:Tirmidzi>>Ishaq bin Musa al-Anshaari>>> Ma'an bin 'Isa >> Malik.

S2:Tirmidzi>>  Abu Mush'ab al-Madani>> Malik

S3:Tirmidzi>> Musa bin Hizaam>> 'Abdullah bin Maslamah >>al-Qa'nabi  Malik


~~~~~~~
Saluran 
Tirmizi>>Ahmad bin 'Abdahal-Aamuli²¹>>Ibnu al-Mubarak

Saluran 1 Muhammad bin Muzahim.(a²¹)
Saluran 2 Ali bin al-Hasan bin Syaqiq bin Dinar al-Abdi.(b²¹)
Saluran 3 Ahmad bin 'Abdah(c²¹)
Saluran 4 Wahab bin Zam'ah dan Fadhalah an-Nasawi(d²¹)
Saluran 5 Hibbaan bin Musa(e²¹).

S1:Tirmizi>> Abu Wahab Muhammad bin Muzahim>> Ibnu al-Mubarak,

S2:Tirmizi>> Ali bin al-Hasan bin Syaqiq bin Dinar al-Abdi>> Ibnu al-Mubarak,:

S3:Tirmizi>> Ahmad bin 'Abdah>> Sufyan bin 'Abdil Malik>>  Ibnu al-Mubarak,:

S4:Tirmizi>> Hibbaan bin Musa  bin Sawwaar as-Sulami al-Bashri>>  Ibnu al-Mubarak,:

S5:Tirmizi>> Wahab bin Zam'ah>> Fadhalah an-Nasawi>> Ibnu al-Mubarak,:


~~~~~~~~


S1:Tirmizi >>az-Za'faraani>>Syafie

S2:Tirmizi >>Abu al-Walid al-Makkii>>Syafie

S3(1): Tirmidzi >>Abu Ismail at-Tirmidzi(Muhammad bin Ismail bin Yusuf as-Sulami at-Tirmidzi)>> asy-Syafi'e
S3(2): Tirmidzi >>Yusuf bin Yahya al-Buwaithi>> asy-Syafi'e

S4:Tirmidzi >> Abu Ismail>>ar-Rabi' bin Sulaiman bin 'Abdil Jabbaar al-Muraadi al-Mishri.>> asy-Syafi'e melalui 

~~~~~~~~~~

S1:Imam Tirmidzi>>Ishaq bin Manshur(Abu Yaakub Ishaq bin Mansur al-Kausaj>>imam Ahmad/Ishaq

S2:Imam Tirmidzi>>Muhamad bin Musa al-asham>>Ishaq bin Manshur>>imam Ahmad/Ishaq

S3:Tirmidzi >>Muhammad bin Aflah bin 'Abdil Malik an-Naisaburi>> Ishaq. 

💤💦🎄💥

²² Imam Tirmidzi menukilkan fiqh asy-Syaffi'e melalui empat saluran riwayat. Kita akan bincangkan tentangnya satu per satu.
Saluran pertama mengandungi satu saja pengantara di antara beliau dan Imam asy-Syaffi'e.
Pengantara yang dimaksudkan ialah murid Imam asy-Syaffi'e yang terkenal, iaitu al-Hasan bin Muhammad az-Za'faraani. Beliau adalah seorang hafiz dan seorang ahli fiqh yang besar. Az-Za'faraani menerima ilmu daripada Sufyan bin 'Uyainah, asy-Syafi'e, bin Humaid, 'Abdul Wahhaab ats-Tsaqafi, Yazid bin Harun dan lain-lain. An-Nasaa'i berkata: "Tsiqah." Kata Ibnu Hibbaan, "Ketika Ahmad bin Hambal dan Abu Tsaur datang belajar dengan asy-Syaffi'e, al-Hasan az-Za'faraanilah yang membaca apa yang akan dipelajari di hadapan asy-Syafi'e." Az-Za'faraani meninggal dunia di Baghdad pada tahun 260 Hijrah ketika umurnya sudah melebihi 90 tahun. Bukhari dan ke empat-empat orang pengarang kitab utama Sunan adalah antara tokoh yang meriwayatkan hadits beliau. Beliau merupakan salali seorang murid asy-Syaffi'e yang utama. Az-Za'faraani belajar kitab-kitab karangan asy-Syaffi'e dengan asy-Syaffi'e sendiri di 'Iraq. Selain itu beliau juga meriwayatkan pendapat dan ijtihad asy-Syaffi'e. Beliau adalah salah seorang perawi utama qaul qadim asy-Syaffi'e. Kerana sangat terkenalnya Az-Za'faraani dalam meriwayatkan fiqh asy-Syafi'e, riwayatnya dikenali sebagai fiqh az-Za'faraani. Kata al-Mawardi, "Beliau adalah perawi qaul qadim asy-Syaii'e yang paling kuat." 
(Lihat Tazkiratu al-Huffaaz j2 m/s 82-83, Thabaqaat asy-Syafi'iyyah al-Kubra j.1 m/s 250, Tahzib at.Tahzi bj,2 m/s 318-319, Taqrib at-Tahzib j.1m/s 170).

Kebanyakan fiqh Syaffi'e yang diinukilkan oleh Tirmidzi di dalam kitab Sunannya adalah mengikut mazhab atau qaul qadimnya.

Saluran kedua seperti kata at-Tirmidzi, hanya khusus dengan bab wudhu' dan shalat. la diterima Tirmidzi daripada Abu al-Walid al-Makki dan beliau pula menerimanya daripada asy-Syafi'e sendiri. 

Siapa Abu al-Walid al-Makki?  Beliau ialah Musa bin Abil Jarud al-Faqih, salah seorang murid asy-Syafi'e. 

Kata Hafiz Ibnu Hajar, "Abu al-WaIid al-Makki adalah seorang perawi shaduq." 

Menurut para 'ulama', lafaz ta'dil yang rendah yang diberikan kepadanya itu adalah mengambil kira sudut periwayatan hadits. Adapun dalam bab nukilan fiqh. maka beliau terbilang salah seorang murid Syafi'e yang tsiqah dan kuat, sehingga dijadikan rujukan ketika berlaku perselisihan riwayat. 

Abu al-Walid al-Makki sebagaimana kata Ibnu as-Subki adalah seorang ahli fiqh yang agung.
Beliau menetap di Mekah sebagai mufti yang mengeluarkan fatwa mengikut mazhab asy-Syafi'e. Beliaulah yang meriwayatkan kata-kata asy-Syafi'e, bahawa jika aku memberi sesuatu pendapat, sedangkan ia menyalahi sabda (hadits) Rasulullah s.a.w. yang sahih, maka pendapatku ialah seperti apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. itu. Kalau begitu, nukilan Tirmidzi daripada beliau merupakan nukilan bagi pendapat yang mu'tamad dalam mazhab asy-Syafi'e. Dari segi itu, ia dikira lebih kuat daripada nukilan fiqh az-Za'faraani. 
(Lihat Thabaqaat asy-Syafi'iyyah al-Kubra j.1m/s 274, Tahzib at-Tahzib j.2 m/s 318-319).

Saluran ke-tiga juga mengandungi dua pengantara di antara Imam at-Tirmidzi dan Imam asy-Syafi'e. 
Pertama Abu Ismail at-Tirmidzi dan 
kedua Yusuf bin Yahya al-Buwaithi. 

Sanad ini lebih rendah berbanding dua sanad sebelumnya. Kerana di antara Tirmidzi dan Syafi'e ada dua orang perawi.

Menerusi sanad ini Tirmidzi menukilkan sebahagian daripada masalah-masalah fiqh asy-Syafi'e, tetapi tidak diceritakan dengan tepat bab-babnya.

Abu Ismail yang tersebut di dalam saluran riwayat ke-tiga ini ialah Muhammad bin Ismail bin Yusuf as-Sulami at-Tirmidzi. Beliau seorang hafiz yang hebat dan seorang perawi yang tsiqah. Kata an-Nasaa'i, "Tsiqah". Daaraquthni pula berkata, "Tsiqah dan shaduq" . Meninggal dunia pada tahun 280 Hijrah. Haditsnya diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan an-Nasaa'i. (Lihat Tahzib at-Tahzib j.9 m/s 62-63, Taqrib at-Tahzib j.2 m/s 145).

Adapun Yusuf bin Yahya, maka beliau ialah Abu Ya'qub Yusuf bin Yahya al-Buwaithi alMishri, seorang imam yang agung dalam fiqh asy-Syafi'e, seorang 'abid, zahid, faqih dan munazhir (ahli debat). Beliau adalah salah seorang tokoh dalam ilmu dan agama. Al-Buwaithi merupakan murid Syafi'e yang paling masyhur dan paling rapat dengannya di Mesir. Selain telah mempelajari fiqh secara mendalam dari asy-Syaffe, beliau juga telah meriwayatkan hadits-hadits daripadanya. Daripada beliaulah Rabi' al-Muradi, Ibrahim al-Harbi, Muhammad bin Ismail at-Tirmidzi dan lain-lain meriwayatkan hadits dan fiqh asy-Syafi'e. Abu Haatim berkata, "Al-Buwaithi shaduq". Asy-Syafi'e meminta beliau menjadi penggantinya untuk membimbing murid-muridnya, Hasil bimbingan beliau lahirlah tokoh-tokoh besar yang kemudiannya pergi keseluruh pelosok negeri untuk menyebarkan mazhab asy-Syaffe. Sanad ini juga sahih. Nukilannya dipercayai di kalangan ahli mazhab asy-Syafi'e. la dinukilkan sebagai fiqh atau qaul jadid (baharu) Syafi'e. Al-Buwaithi dipercayai sebagai orang yang bertanggunngjawab menyebarkan qaul jadid Syafi'e.

Saluran ke-empat juga diterima Tirmidzi daripada Abu Ismail, Abu Ismail menerima fiqh dan pendapat asy-Syafi'e melalui murid terkenal asy-Syafi'e sendiri, iaitu ar-Rabi'. Ini bererti saluran ke-empat juga mengandungi dua orang pengantara di antara Tirmidzi dan Imam asy-Syafîe. Sedikit sebanyak latar belakang Abu Ismail telah pun dikemukakan sebelum ini.
Sekarang mari pula kita berkenalan dengan ar-Rabi'.

Beliau ialah ar-Rabi' bin Sulaiman bin 'Abdil Jabbaar al-Muraadi al-Mishri. Seorang imam hafiz dan muhaddits negara Mesir. Ar-Rabi' bin Sulaiman adalah murid utama Imam asy-Syafi'e yang menyebarluaskan ilmunya ke segenap pelosok negeri. Beliau merupakan rujukan dalam riwayat ketika berlakunya pertentangan. Meninggal dunia pada tahun 270 Hijrah. Keempat-empat orang pengarang kitab-kitab utama Sunan meriwayatkan hadits daripadanya, cuma Tirmidzi meriwayatkan dengan perantaraan. 
(Lihat Tazkiratu al-Huffaaz j.2 m/s 124, Thabaqaat asy-Syaffiyyah al-Kubra j.1 m/s 259, Tahzib at-Tahzib j.3 m/s 245-246, Taqrib at-Tahzib j.1 m/s 245). 

Ar-Rabi' bin Sulaiman bagaimanapun telah mengijazahkan kepada Tirmidzi untuk meriwayatkan hadits-haditsnya. Dengan itu Tirmidzi meriwayatkan daripada beliau melalui kedua-dua saluran riwayat. Dengan itu dapatlah kita katakan bahawa Tirmidzi telah menukilkan fiqh asy-Syaffi'e menerusi sanad-sanad yang sahih dan kuat. Bagaimanapun apa yang dinukilkan oleh Timidzi kebanyakannya bukanlah fiqh atau qaul jadid asy-Syafi'e yang mu'tamad dan terakhir setelah beliau berpindah ke Mesir. Qaul jadid asy-Syaffi'e dinukilkan oleh Tirmidzi ke dalam Sunannya hanya di bawah bab wudhu' dan shalat sahaja. Dlm masalah-masalah lain juga ada Tirmidzi nukilkan daripada ar-Rabi' bin Sulaiman, tetapi secara terpencar-pencar.

²³ Melalui paragraf terakhir ini Imam at-Tirmidzi mengemukakan tiga saluran riwayat. Dua daripadanya untuk menerima pendapat atau fiqh Imam Ahmad dan Ishaq. Dan saluran ketiga pula khusus untuk beliau menerima pendapat Imam Ishaq.

Di dalam saluran pertama terdapat seorang sahaja perantara di antara Tirmidzi dan Ahmad atau Ishaq. Perantara itu ialah Ishaq bin Manshur. Saluran pertama ini merupakan sanad tertinggi yang membawa Tirmidzi kepada pendapat Ahmad atau Ishaq. Siapakah Ishaq bin Manshur? Beliau ialah Abu Ya'qub Ishaq bin Manshur al-Kausaj. Seorang perawi tsiqah' teguh, hafiz lagi faqih. Para imam mentautsiqkannya dan sangat memuji-mujinya. Beliau menerima hadits daripada Sufyan bin 'Uyainah, Yahya bin Sa'id al-Qatthaan, Waki' bin alJarraah dan perawi-perawi lain yang seangkatan dengan mereka. Ishaq bin Manshur telah berguru secara khusus dengan Ahmad bin Hambal dan Ishaq bin Rahawaih. Jasa beliau besar kepada fiqh kedua-dua imam tersebut. Menurut al-Khathib, beliaulah orang yang membukukan masalah-masalah fiqh daripada Ahmad dan Ishaq. Apabila dinukilkan pendapat daripada Imam Ahmad tentang sesuatu masalah, maka nukilan mazhab Ahmad menerusi Ishaq bin Manshur dianggap sebagai pendapat terpilihnya. Ini kerana Ishaq sangat teliti dalam memilih pendapat Ahmad. Beliau juga prihatin terhadap masalah-masalah ditinggalkan oleh Ahmad. Beliau pergi menemui Ahmad dan bertanya secara khusus tentangnya. Ishaq bin Manshur meninggal dunia Pada tahun 251 Hijrah. Semua pengarang kitab-kitab utama hadits ada meriwayatkan hadits daripadanya, kecuali Abu Daud. 
(Lihat Thabaqaat al-Hanaabilah karangan Abu Ya'la al-Farraa' j.1 m/s 113-115, Tazkirah al-Huffaaz j.2 m/s 82, Tarikh Baghdad j.6 m/s 362-364, Tahzib at-Tahzib j.1 m/s 249-250, Taqrib atTahzib j.1 m/s61).

Saluran kedua ialah menerusi Muhammad bin Musa al-Asham daripada Ishaq bin Manshur daripada Ahmad dan Ishaq. Muhammad bin Musa al-Asham adalah perawi shaduq menurut Hafiz Ibnu Hajar. Dikatakan tiada siapa pun yang meriwayatkan hadits daripada beliau selain Timidzi. 
(Lihat Tahzib at-Tahzib j.9 m/s 483, Taqrib at-Tahzib j.2 m/s 212).

Saluran ketiga pula khusus dengan fiqh Ishaq bin Rahawaih. Ia diterima Tirmidzi daripada Muhammad bin Aflah daripada Ishaq. Muhammad bin Aflah ini ialah Muhammad bin Aflah bin 'Abdil Malik an-Naisaburi. Beliau dikenali dengan at-Turk. Di dalam sesetengah cetakan India tersbut Muhammad bin Fulaih. Itu adalah akibat kesilapan cetak. Kerana Imam Tirmidzi tidak ada meriwayatkan daripada seseorang yang bernama Muhammad bin Fulaih. Beliau hanya ada meriwayatkan daripada Muhammad bin Aflah at-Turk itu sahaja. Beliau pula bersendirian (tafarrud) dalam meriwayatkan sesuatu daripadanya. Menurut Hafiz Ibnu Hajar, "Muhammad bin Aflah at-Turk adalah seorg perawi maqbul.” Beliau lebih dikenali kerana meriwayatkan fiqh Ishaq dan tidak ada diriwayatkan daripada beliau selain fiqh Ishaq. Padahal beliau juga ada meriwayatkan hadits daripada selain ishaq. (Lihat Tahzib at-Tahzib m/s 66, Taqrib at-Tahzib j.2 m/s 146).


²⁴ Kitab al-Mauquf adalah sebuah karangan Imam at-Tirmidzi yang besar. Di dalamnya dikumpulkan hadits-hadits mauquf, maqthuț , pendapat para fuqaha' dan pelbagai perkara lagi. Di dalam kitab ini setiap pendapat fuqaha' dikemukakan bersama sanadnya. Sesiapa yang hendak mengetahui pendapat para fuqaha' bersama sanadnya perlulah ia meruju' kepada Kitab al-Mauquf itu. Itulah yang dianjurkan oleh Tirmidzi. Sayangnya Kitab al-Mauquf karangan Imam at-Tirmidzi itu tidak ditemui hari ini. la tidak dapat dikesan di dalam mana-mana perpustakaan pun pada hari ini.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan