Malam qadar
Apakah yang dimaksudkan dengan malam qadar itu?
Malam qadar dari segi bahasanya malam ketetapan atau malam keputusan yakni pada malam itu mengikut setengah ulamak, yakni Allah swt akan memutuskan apa- apa yang akan berlaku kepada manusia disepanjang tahun .
Malaikat juga diberitahu pada malam itu.Apa yang mereka nak buat dan diperintahkan buat pada malam itu Allah swt bagi tau.
Seolah-olahnya malam diberitahu itu ,diminta kita minta kebaikan daripada Allah swt. Minta biar Allah tuliskan sesuatu yang baik untuk dilaksanakan oleh malaikat keatas kita.
Juga
Malam qadar, malam diturunkan alquran , yang merupakan kata pemutus yang menentukan taqdir dan nasib manusia didalam kehidupannya samada akan bahagia atau celaka. Baik didunia atau diakhirat.
Malam yang menentukan qadar iaitu tuah atau nasib manusia atau taqdir nasib yakni kalau manusia menerima alquran tanda dia manusia yang bertuah . Kalau dia tidak menerima alquran yang diturunkan itu, bermakna dia seorang yang celaka dan malang baik didunia dan diakhirat. Itu makna malam qadar. Malam penentuan diantara syirik dan tauhid. Diantara iman dan kufur. Dan petunjuknya Islam atau kafir m tauhid atau syirik ke yaitu panduannya adalah al-quran.
Allah swt nak beritahu betapa mulianya malam itu selain daripada orang yang berpandukan alquran akan dapat menjalani hidupnya dengan baik , Allah swt juga bagi peluang manusia beribadat pada malam itu yaitu seperti 1000 ibadatnya dibulan yang lain.
Sepertimana dalam dunia pemerintahan manusia sebagai contoh hari keputeraan raja tertentu dikurniakan pingat atau apa2 anugerahkepada sesiapa yang dikehendaki dan diperluaskan makan minum kepada orang ramai. Diberi hadiah tanda kesukaan dan kebesaran hari itu dan nak menyatakan kebesaran hari itu.
Pada hari tertentu ada peristiwa dan latarbelakang sebagai bukti kebesaran hari itu, bulan itu atau sesuatu perkara macam alquran yang Allah yang swt perluaskan kemurahanNya dengan bagi peluang kepada orang .
Sebagai nak menyatakan hari atau bulan resmi dalam kerajaan Allah yang mana manusia pun tiru juga yang itu.
Itulah maksud malam qadar.
Malam yang Allah bagi sebagai hadiah atau kemurahannya sebab itu nak menunjukan kebesaran Alquran sebagai panduan hidup .
Maulana Asri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan