Rabu, April 06, 2022

Sahih bukhari kitab ilmu 0009-0017ss

Sahih bukhari kitab ilmu 0009-0017ss
ss=lengkap

Sebelum ni bincang tajuk panjang lebar
Bab kedua bawah tajuk

٢ - بَابُ مَنْ سُئِلَ عِلْمًا وَهُوَ مُشْتَغِلٌ فِي حَدِيثِهِ، فَأَتَمَّ احلَدِيثَ ثُمَّ أَجَابَ السَّائِلَ 
Bab (2): Orang Yang Ditanya Tentang Sesuatu Ilmu Ketika Dia Sedang Sibuk Berbicara, Dan Dia Menyempurnakan Bicaranya Itu, Kemudian Baru Menjawab Soalan Orang Yang Bertanya.⁷
-ini dinamakan tajuk bab.
-kitab sahih bukhari paling menarik.
-jika kita menguasai tajuk bab , kita akan menguasai fikh Imam Bukhari.
-Setiap cara pengarang2 kitab hadits tak sama mereka ada cara tersendiri.
-bawah tajuk bab ada yang banyak hadits dan ada yang tidak.
- berbeza dengan  Sahih Muslim
- setiap pengarang membuat  kitab hadits tidak sama maksudnya.
-Imam Muslim haditsnya ada beberapa
- cara susunan juga berbeza
-Imam Muslim ketika membuat kitab sehingga lupa makan.
-kiranya dia tak sempat buat tajuk meninggaldunia.
-Sahih Muslim ,yang pertama hadits yang paling sahih.
-cara Imam Tirmizi pula, yang mula2 tidak mesti lebih kuat
- seperti juga Sahih Bukhari berbeza dari Sahih Muslim.
-seperti ini hanya 1 hadits bawah satu tajuk.
- ini hanya hadits sokongan atau mutabaah terhadap hadits lain atau ada ayat quran .
Minit 22


٥٩ - ■حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ سِنَانٍ قَالَ حَدَّثَنَا فُلَيْحٌ ح ●و حَدَّثَنِي إِبْرَاهِيمُ بْنُ الْمُنْذِرِ قَالَ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ فُلَيْحٍ قَالَ حَدَّثَنِي أَبِي قَالَ حَدَّثَنِي هِلَالُ بْنُ عَلِيٍّ عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ بَيْنَمَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي مَجْلِسٍ يُحَدِّثُ الْقَوْمَ جَاءَهُ أَعْرَابِيٌّ فَقَالَ مَتَى السَّاعَةُ فَمَضَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُحَدِّثُ فَقَالَ بَعْضُ الْقَوْمِ سَمِعَ مَا قَالَ فَكَرِهَ مَا قَالَ وَقَالَ بَعْضُهُمْ بَلْ لَمْ يَسْمَعْ حَتَّى إِذَا قَضَى حَدِيثَهُ
 قَالَ أَيْنَ أُرَاهُ
 السَّائِلُ عَنْ السَّاعَةِ
 قَالَ هَا أَنَا يَا رَسُولَ اللَّه قَالَ فَإِذَا ضُيِّعَتْ الْأَمَانَةُ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ قَالَ كَيْفَ إِضَاعَتُهَا قَالَ إِذَا وُسِّدَ الْأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ
Catitan:
■ kena tambah sendiri bila baca walaupun tiada pada tulisan dengan وبه قال 
●selepas ح  dan selepas و itu  قال

Minit 36

[Lihat athrāf ĥadīts ke-59 ini pada: 6496♧].
♧nombor hadits dalam sahih bukhari iaitu hadits 6496 yang  lafaznya mungkin berbeza tetapi kandungannya sama.
Perkataan athrāf tidak tepat  kerana athrāf adalah untuk jamak.
Perkataan Thãraf lebih tepat untuk satu.
Anggaplah athrāf  yang telah di melayukan betul maknanya  walaupun sebenarnya Thãraf untuk satu.
Seperti perkataan ulamak atau tawakal yang digunakan dalam bahasa kita walaupun perkataan yang lebih tepat tawakkul
Athraf=hadits yang sama  lengkapnya juga ada pada tempat yang lain.

pergi  kepada terjemahannya..
Siapa nak baca..
59–Muĥammad bin Sinān⁸ meriwayatkan kepada kami, katanya, Fulaiĥ⁹ meriwayatkan kepada kami, (ح♡) Ibrahim bin al-Mundzir¹⁰ (juga) 
Minit 43
♡tak payah ح baca sebab dah ada perkataan "juga"

meriwayatkan kepada kami, katanya, 
Muĥammad bin Fulaiĥ¹¹ meriwayatkan kepada kami, katanya, 
ayahku (Fuaiĥ) telah meriwayatkan kepadaku, katanya, Hilāl bin Ali ¹² meriwayatkan kepadaku daripada 
`Athā’ bin Yasār daripada 
Abi Hurairah, katanya, ketika Nabi s.a.w. sedang mengajar orang ramai dalam satu majlis, tiba-tiba datang kepada Baginda s.a.w. seorang lelaki pedalaman (a`rābi). Dia lantas bertanya: “Bila kiamat akan berlaku?”. Rasulullah s.a.w. terus berbicara. Sebahagian daripada orang ramai berkata: “Nabi s.a.w. mendengar apa yang ditanyai orang itu, tetapi tidak suka kepada pertanyaannya.¹³ Sebahagian yang lain pula berkata: “Bahkan Baginda s.a.w. tidak mendengarnya. Sehinggalah Nabi s.a.w. menghabiskan ceritanya.¹⁴  Ketika itu barulah Baginda s.a.w. bertanya: 
“Di mana – saya fikir –¹⁵ orang yang bertanya tentang kiamat tadi?” ¹⁶
Orang itu menyahut: “Saya wahai Rasulallah”. Rasulullah s.a.w. pun bersabda: “Apabila amanah¹⁷ disia-siakan, maka tunggulah kiamat”.¹⁸ Orang itu bertanya lagi: “Bagaimana disia-siakan 
amanah itu?” Nabi s.a.w. menjawab: “Apabila diserahkan amanah kepada orang yang tidak berkelayakan, maka tunggulah kiamat!”¹⁹

Komen tentang bacaan pelajar.
♡huruf حtak payah baca sebab telah ada perkataan "juga"

Sanad pertama 
Muĥammad bin Sinān⁸ meriwayatkan kepada kami, katanya, Fulaiĥ⁹ meriwayatkan kepada kami,

Sanad kedua
Ibrahim bin al-Mundzir¹⁰ (juga) 
meriwayatkan kepada kami, katanya, 
Muĥammad bin Fulaiĥ¹¹ meriwayatkan kepada kami, katanya, 
ayahku (Fuaiĥ) telah meriwayatkan kepadaku, katanya, 
Hilāl bin Ali 

▪︎Tentang sebut  يَا رَسُولَ اللَّه sebab ini dilafaz oleh  badui
▪︎Tentang sebut أَبِي هُرَيْرَةَ sebab ini lafaz oleh orang Arab  dan perlu dijaga semasa meriwayatkan hadits atau apa yang diterima dan disampaikan .
◇ini adalah kerapian menerima dan menyampaikan hadits.

Minit 56
- jika buat filem tentang Rasullah saw tidak pastikan latar belakang , itu satu pendustaan

_____________

¹³ Daripada peristiwa ini dapat kita ketahui adab dan ilmu para Shaĥabat yang telah lama bersama Nabi s.a.w., mereka mengetahui bahawa soalan orang a`rābi itu 
didengari Baginda, cuma tidak dijawabnya kerana pertanyaan itu tidak kena dengan tempat dan masanya.
Daripada peristiwa ini juga diketahui bahawa kepandaian bertanya itu sendiri sudah merupakan sebahagian daripada ilmu. Kepandaian memutuskan di mana sepatutnya 
dikemukakan soalan menunjukkan seseorang itu telah mempunyai pengetahuan tentang adab dan disiplin ilmu.
Ada Shaĥabat menyimpan soalan yang ingin ditanya selama dua tahun, ada pula yang ingin menanyakan sesuatu tetapi merasakan ia tidak begitu perlu, lalu bertanya Shaĥabat yang lain sahaja tentangnya.

¹⁴ Mengapakah Nabi s.a.w. tidak terus menjawab orang yang bertanya di sini,sedangkan ada di dalam ĥadīts yang lain Baginda s.a.w. sedang berkhutbah, tiba-tiba 
ada orang datang bertanya, maka Baginda s.a.w. dengan segera menjawabnya? Tingkah laku Rasulullah s.a.w. ini menunjukkan tidak semua soalan yang ditanya 
perlu diberikan jawapan dengan segera dan orang yang bertanya pula tidak boleh terkilan dengan soalannya yang diabaikan itu. 
Soalan tidak dijawab Rasulullah s.a.w. dengan segera kerana beberapa sebab: 
(1) Jawapannya masih belum sesuai dengan orang yang bertanya. 
(2) Jawapan bagi semua soalan tidak mesti diberikan segera. 
(3) Soalan yang dikemukakan tidak lebih penting daripada perkara yang sedang dibicarakan. 
(4) Perkara yang ditanya ialah perkara yang tidak wajib diketahui. Kalau tidak mengetahuinya pun tidak mengapa.
Oleh kerana Nabi s.a.w. adalah seorang utusan Allah, maka sekiranya soalan yang dikemukakan memang memerlukan jawapan segera, tentulah Baginda tidak akan 
berlengah-lengah dalam menjawabnya.

Ĥadīts ke-59 ini jelas menunjukkan Rasulullah s.a.w. tidak terus menjawab soalan orang yang bertanya. Walau bagaimanapun Baginda tidak mengherdik orang yang 
bertanya dan tidak juga memarahinya, cuma soalannya sahaja tidak dijawab untuk seketika. Sebabnya ialah persoalan tentang hari kiamat secara terperinci dan bilakah ia akan berlaku dengan tepat tidak wajib diketahui oleh setiap orang Islam. Apa yang wajib dipercayai hanyalah tentang kewujudannya yang akan tiba pada suatu hari nanti.Seorang guru yang menyembunyikan jawapan daripada seorang murid juga tidak bererti dia terg olong dalam golongan orang yang disebutkan dalam sabda Nabi s.a.w. ini:
مَنْ سُئِلَ عَنْ عِلْمٍ فَكَتَمَهُ أَلْجَمَهُ اللَّهُ بِلِجَامٍ مِنْ نَارٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Bermaksud: Orang yang ditanya tentang sesuatu ilmu, tetapi ia menyembunyikannya, akan dikekang oleh Allah dengan kekang daripada api neraka pada hari kiamat nanti.
(Ĥadīts riwayat Abu Daud, Aĥmad, Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ibnu Ĥibbān).

Kerana maksud daripada ilmu yang dilarang menyembunyikannya ialah ilmu yang diperlukan oleh seseorang pada ketika itu atau ilmu fardhu `ain.

¹⁵ Rangkai kata “saya fikir” atau di dalam teks asalnya "أراه" yang berada di antara dua tanda sengkang ini merupakan sisipan perawi (الراوي من مدرج ) yang menyatakan 
keraguannya terhadap lafaz yang sebenar dan yang tepat telah digunakan oleh Rasulullah s.a.w. berdasarkan apa yang diterimanya daripada perawi di atasnya. 
Kata "أراه "juga boleh diterjemahkan dengan “saya rasa”. Perawi yang ragu di sini ialah Muĥammad bin Fulaiĥ. Sebabnya ialah murid-murid Fulaiĥ yang lain semuanya 
meriwayatkan tanpa menyatakan keraguan seperti itu. 

Pernyataan keraguan seperti ini tidak dianggap para `ulama’ ĥadīts sebagai suatu kekurangan dan kelemahan perawi, malah ia bagi mereka menunjukkan sikap cermat 
dan amanahnya seseorang perawi. Sering kali berlaku apabila guru hanya menyebutkan nama perawi tanpa nama bapanya, murid-murid akan berkata: يعني ابن فالن maksudnya ialah anak si fulan, dengan tujuan menjelaskan “bin fulan” yang tersebut itu adalah tambahan daripada murid, bukan keterangan asal guru.

Semua ini dilakukan dalam periwayatan ĥadīts secara jujur dan sebagai langkah bercermat. Ia tidak menunjukkan perawi pelupa atau tidak cermat dalam menerima
ĥadīts. Sebaliknya menunjukkan perawi adalah seorang yang amanah, tidak menyembunyikan fakta dan tidak segan-segan menyatakan keraguannya dalam
keadaan ada sebarang keraguan.

Keraguan yang berlaku kepada mana-mana perawi dapat dipastikan dengan melihat riwayat-riwayat mutāba`ātnya. Riwayat-riwayat mutāba`āt tanpa keraguan pula akan 
menampung sedikit sebanyak kekurangan yang terdapat pada riwayat asal. 

-perbincangan tentang أراه
-bukan dalam riwayat yang asal.
1jam 27minit

1jam 43 minit

¹⁶ Perbuatan Nabi s.a.w. ini menunjukkan bahawa beliau menggalakkan pertanyaan dalam pembelajaran, kerana pertanyaan menunjukkan adanya minat dan perasaan 
ingin tahu pada pelajar. 
Pertanyaan seseorang juga menunjukkan ada niat dan hajatnya terhadap perkara yang ditanya, boleh jadi juga kefahamannya berkaitan dengan perkara yang ditanyakan itu tidak begitu jelas, kerana itu adalah tidak wajar mengherdik dan memarahi orang yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang sesuatu masalah yang mengganggu fikirannya.

Langkah bertanya itu juga bersesuaian dengan ĥadīts berhubung dengan kematian seorang Shaĥabat, akibat orang-orang yang menyuruhnya mandi untuk mengangkat 
hadats besar ketika sahabat berkenaan mengalami luka tidak bertanya cara-cara mengangkat hadats besar dalam keadaan itu. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda:
أَلَمْ يَكُنْ شِفَاءُ الْعِيِّ السُّؤَالَ
Bermaksud: Bukankah penawar kejahilan itu bertanya? (Ĥadīts riwayat Aĥmad, Abu Daud, Ibnu Majah, `Abdur Razzāq, at-Thabarāni, al-Ĥākim dan lain-lain).

Contoh ĥadīts bagi soalan yang sama tetapi jawapannya berlainan .
Soalan seperti ini sebenarnya telah dikemukakan kepada Rasulullah s.a.w. oleh beberapa orang sahabat. Jawapan Rasulullah terhadap soalan yang lebih kurang sama 
itu adalah dengan melihat kepada maksud sebenar soalan dikemukakan.
Sebagai contoh, apabila Jibril a.s. datang dalam rupa seorang asing yang tidak dikenali sesiapa pun dari kalangan peserta, lalu beliau a.s. bertanya: متى الساعة ؟
(Bilakah akan berlaku kiamat?), Nabi s.a.w. memahami bahawa soalan itu bertanyakan tentang waktu sebenar berlakunya kiamat. Kerana itulah Baginda s.a.w. bersabda
مَا الْمَسْئُولُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنْ السَّائِلِ
Tidaklah orang yang ditanya lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.

Apabila ditanya oleh orang `Arab pedalaman (a`rābi) di dalam ĥadīts ke-59 ini, Nabi s.a.w. memahami soalan itu bertanyakan tentang tanda-tanda kiamat telah hampir. 
Kerana itulah Baginda menjawab dengan mengemukakan salah satu alamat kiamat telah hampir.

Setelah dikemukakan soalan yang sama oleh seseorang dalam peristiwa yang lain pula, Nabi s.a.w. bertanya kembali kepadanya, “Apakah yang kamu persiapkan untuknya?” 

Jawab yang bertanya, “Sembahyang saya tidaklah seberapa, puasa saya juga tidak seberapa. Tetapi saya sayang kepada Allah dan RasulNya.” 
Maka lantas Baginda bersabda الْمَرْءُ مَعَ مَنْ أَحَبَّ (seseorang itu akan bersama orang yang disayanginya). 
(Ĥadīts riwayat Aĥmad, Tirmidzi, Ibnu Ĥibbān dan lain-lain). 
1jam 47 minit

Soalan bila kiamat oleh orang yang bertanya di dalam ĥadīts ini difahami Rasulullah s.a.w. sebagai pertanyaan tentang apa yang perlu disediakan sebelum hari kiamat 
untuk kebahagian selepas hari kiamat. 

Apabila soalan yang sama ditanyakan oleh orang lain pula, Nabi s.a.w. menjawab soalannya dengan bersabda: 
إذَا مَاتَ أَحَدُكُمْ فَقَدْ قَامَتْ قِيَامَتُهُ
Apabila mati seseorang, bererti telah berlakulah kiamatnya. 
(Ĥadīts riwayat Ibnu Lāl di dalam Makārimul Akhlāq, Ibnu Abi ad-Dunya di dalam Kitab al-Maut dan ad-Dailami di dalam Zahrul Firdaus). 

Ĥadīts ini walaupun dha`if sanadnya, tetapi tidaklah ia terlalu dha`if, ma`nanya pula shaĥīĥ, bahkan ada beberapa syawahidnya di dalam Shaĥīĥ Bukhāri dan Shaĥīĥ Muslim.

1jam 48 minit
Antaranya ĥadīts `Aaishah di bawah ini, kata beliau: 
كَانَ الْأَعْرَابُ إِذَا قَدِمُوا عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَأَلُوهُ عَنْ السَّاعَةِ مَتَى السَّاعَةُ فَنَظَرَ إِلَى أَحْدَثِ إِنْسَانٍ مِنْهُمْ فَقَالَ إِنْ يَعِشْ هَذَا لَمْ يُدْرِكْهُ الْهَرَمُ قَامَتْ عَلَيْكُمْ سَاعَتُكُمْ
Bermaksud: Apabila orang-orang pedalaman `Arab datang kepada Rasulullah s.a.w., mereka bertanya Baginda tentang kiamat, “Bila kiamat?” Nabi s.a.w. pun melihat kepada orang yang paling muda di antara mereka seraya bersabda: “Kalau dia hidup, dia tidak akan sampai tua pun, (ketika itu pun) telah berlaku kiamat kepada kamu.” 
(Ĥadīts riwayat Muslim, `Abd bin Ĥumaid dan Ibnu Abi Syaibah). 

Maksud ĥadīts ini ialah pada ketika itu semua kamu telah pun mati. Bukan kiamat sebenar telah berlaku. 
Seolah-olahnya soalan itu bertanyakan tentang bilakah balasan amalan diterima oleh seseorang, adakah selepas berlaku kiamat sebenar atau kiamat besar atau bagaimana? 

Jawapannya ialah pembalasan amalan sama ada baik atau buruk mulai berlaku sebaik sahaja seseorang meninggal dunia.
- keterangan tentang di mana orang yang bertanya tentang kiamat.
-soalan sama tetapi berlainan jawapan
- kebijaksanaan Rasullah saw memberi jawapan dengan mengesan maksud orang yang bertanya.
- setiap jawapan berbeza dan  tepat serta kena dengan sipenanya.
-istilah qiamat. Juga bermakna mati.
Seperti hadits ini إذَا مَاتَ أَحَدُكُمْ فَقَدْ قَامَتْ قِيَامَتُهُ
Apabila mati seseorang, bererti telah berlakulah kiamatnya.
- juga amalan yang paling afdal.
Jawapan nabi mengikut keperluan penanya.
- Qiamat bererti berakhirnya kehidupan
-semua bidang contoh syarikat penerbangan PIA kerana dilantik anakberanak yang mentadbir  bukan sebab keahlian atau kepandaian.
- perkara dunia dan ugama sama akan qiamat atau berakhir


¹⁷ Amanah menurut erti biasanya ialah sesuatu yang dipercayakan kepada seseorang atau diserahkan kepadanya untuk disimpan dan dijaga, atau kepercayaan yang diletakkan pada seseorang. Dengan itu setiap orang yang bekerja, berjawatan, berpangkat, ibu, bapa, guru, murid, pemimpin, rakyat dan lain-lain semuanya adalah 
pemegang amanah tersendiri. 
Amanah tidak boleh diserahkan kepada bukan ahlinya, iaitu orang yang tidak berkelayakan dan tidak dapat menjaganya dengan baik. Ia bersesuaian dengan Firman 
Allah ini:
 An-Nisa' 4:58
إِنَّ ٱللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا۟ ٱلْأَمَٰنَٰتِ إِلَىٰٓ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحْكُمُوا۟ بِٱلْعَدْلِۚ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِۦٓۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِيعًۢا بَصِيرًا 
Bermaksud: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan 
hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil… (an-Nisā’:58)

Boleh jadi juga amanah yang tersebut di dalam ĥadīts ini bererti amanah agama yang dinyatakan di dalam firman Allah:
 
Al-Ahzab 33:72
إِنَّا عَرَضْنَا ٱلْأَمَانَةَ عَلَى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَٱلْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَن يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا ٱلْإِنسَٰنُۖ إِنَّهُۥ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا 
Bermaksud: Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka 
enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat 
kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan (al-Aĥzāb:72)

Amanah agamalah yang diserahkan Allah kepada manusia. Merekalah yang dibebankan dengan iman dan segala tanggungjawab keagamaan yang lain.
Selain dari amanah menjaga agama, manusia yang beriman diamanahkan juga untuk menjaga dunia, kerana adanya orang-orang yang beriman di dunia ini seperti adanya 
ruh pada tubuh manusia. Apabila ketiadaan ruh, tubuh akan mereput dan binasa. 
Amanah dengan ma`na mu’min yang diberikan amanah agama ini, sesuai dengan ĥadīts Nabi s.a.w. berikut:
لَا تَقُومُ السَّاعَةُ عَلَى أَحَدٍ يَقُولُ اللَّهُ اللَّهُ
Bermaksud: “Kiamat tidak akan terjadi selagi ada seseorang berkata: Allah, Allah.”
(Ĥadīts riwayat Muslim, Aĥmad, Ibnu Ĥibbān, `Abdur Razzāq, `Abd bin Ĥumaid dan lain-lain). 

Langit, bumi, haiwan melata, bukit-bukau dan gunung-ganang bahkan malaikat sendiri pun tidak layak menanggung amanah ini, kerana mereka makhluk yang tidak terikat dengan dosa pahala, baik buruk dan balasannya, kerana itulah mereka tidak 
layak menanggung amanah untuk menjaga agama. 
Manusia juga disebut sebagai satu makhluk yang menzalimi dan menganiaya, tetapi pada hakikatnya manusia menganiayai dirinya sendiri kerana ia sedar tentang amanah kepada Tuhannya, dan hubungannya dengan Tuhan seperti hubungan kekasih yang tidak melihat berat atau ringannya tanggungjawab yang akan dipikul, tetapi melihat kepada apakah yang dikehendaki dan dipinta oleh kekasih hatinya. 

Kerana itulah orang yang tidak beriman melihat orang-orang mu’min seolah-olah menzalimi diri mereka sendiri dengan ibadat-ibadat dan `amal kebajikan yang kalau mereka tidak melakukannya pun mereka boleh hidup dengan aman damai.

Amanah juga bererti fitrah, iaitu fitrah semulajadi kemanusiaan, seperti suka melakukan perkara yang baik dan tidak suka pada perkara yang buruk, memberi makan, menghubungkan silatur rahim, berkata benar dan lain-lain. Semuanya adalah perkara yang baik menurut fitrah manusia.

Begitu juga sebaliknya, melakukan kezaliman, memutuskan silatur rahim, berkelakuan jahat, berdusta dan sebagainya dianggap oleh manusia sebagai perkara yang tidak baik menurut fitrahnya. Ĥadīts yang menyokong ta’wilan amanah dengan erti ini ialah sabda Nabi s.a.w.:
إِنَّ الأَمَانَةَ نَزَلَتْ فِي جِذْرِ الرِّجَالِ ثُمِّ نَزَلَ القُرْآنُ
Bermaksud: Amanah turun ke pangkal hati manusia (terlebih dahulu), kemudian (barulah) turun al-Qur’ān.
Ini bererti Allah menjadikan fitrah terlebih dahulu di dalam hati manusia yang menjadikannya inginkan kebenaran, kebaikan, kebahagiaan dan takutkan keburukan, 
kesedihan, kebimbangan dan sebagainya. 
Fitrah manusia yang asal sekiranya tidak terganggu akan mudah menerima wahyu al-Qur’ān, tetapi kalau fitrahnya sudah tercemar dan rosak, maka akan sukarlah 
kepadanya menerima wahyu.
Kerosakan fitrah akan membawa kemusnahan dan kehancuran kepada kemanusiaan.
Anda dapat melihat contohnya, apabila fitrah tidak boleh berkahwin sesama ahli keluarga dan sesama jantina ditinggalkan, maka musnahlah sistem kekeluargaan dan 
kemasyarakatan.
Walaupun terdapat banyak erti amanah, dan masing-masing daripadanya memang digunakan dalam istilah agama Islam, tetapi amanah yang tersebut di dalam ĥadīts ini lebih menunjukkan kepada jawatan, pangkat atau kedudukan yang diberi dan diserahkan kepada seseorang.
Daripada setinggi-tingginya sampailah serendah- rendahnya. Baik dalam institusi kerajaan atau bukan kerajaan. Sama ada sebagai seorang raja, presiden, perdana menteri, mufti, pengerusi dan sebagainya, hinggalah kepada ahli jawatankuasa biasa atau penghulu kampung.

Ketika menyebutkan “Apabila disia-siakan amanah, maka tunggulah kiamat”, Nabi s.a.w. sebenarnya telah memaksudkan erti itu, tetapi ia masih tidak jelas kepada
penanya. Apabila ia meminta penjelasan lanjut, Baginda menyebutkan dengan terang bahawa amanah yang dimaksudkan ialah jawatan, pangkat atau kedudukan. Apabila ia  diserahkan kepada orang yang tidak berkelayakan, maka tunggulah kiamat! 

Dalam banyak-banyak alamat kiamat, Rasulullah s.a.w. telah menyebutkan yang itu, memandangkan kuasa merupakan salah satu faktor terbesar dalam mema`murkan atau menghancurkan sesebuah masyarakat dan negara.
Pemimpin yang baik dan berkelayakan akan membawa ra`yat atau pengikutnya ke arah kemajuan dan kejayaan. Sementara pemimpin yang jahat dan tidak berkelayakan 
pula akan membawanya ke arah kemunduran dan kemusnahan. 

¹⁸ Nabi s.a.w. tidak menjawab dengan menceritakan semua tanda-tanda kiamat, kerana banyak tanda-tandanya dan dengan mengetahui satu sahaja pun sudah memadai, walaupun terdapat banyak ĥadīts-ĥadīts tentang alamat-alamat kiamat itu.
Jawapan yang diberikan oleh Nabi s.a.w. di sini meskipun satu sahaja namun ia umum, sehingga boleh dikatakan kepada segala perkara yang disia-siakan dan tidak diletak 
pada orang yang sepatutnya. Semua perkara yang diserahkan kepada orang yang tidak berkelayakan akan menemui kemusnahan dan kehancuran akhirnya.
Kiamat di sini pula boleh jadi bermaksud kiamat yang besar dan boleh jadi juga kiamat kecil dengan erti kehancuran atau kematian, seperti tersebut di dalam ĥadīts
yang diriwayatkan oleh ad-Dailami bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:  إذَا مَاتَ أَحَدُكُمْ فَقَدْ قَامَتْ قِيَامَتُهُ
Bermaksud: Apabila seseorang daripada kamu meninggal dunia, maka (itu bererti) telah tibalah kiamatnya.

Kesesuaian ĥadīts ke-59 ini dengan tajuk babnya terletak pada kata perawi:جَاءَهُ أَعْرَابِيٌّ فَقَالَ مِتَى السَّعَةُ؟
Bermaksud: tiba-tiba datang kepada Baginda s.a.w. seorang lelaki pedalaman (a`rābi). Dia lantas bertanya: “Bila kiamat akan berlaku?”.
- banyak tanda qiamat tetapi hanya satu tanda sja yang Nabi saw berikan.

¹⁹ Antara pengajaran, pedoman, panduan dan hukum- hakam yang dapat diambil daripada hadits ini ialah:

(1) Ilmu bertambah dan berkembang dengan adanya soal jawab.

(2) Setiap soalan tidak perlu dijawab dengan segera. Guru yang tidak memberi jawapan dengan segera tidak boleh terus dianggap sombong dan ia tidak termasuk dalam kalangan orang yang menyembunyikan ilmu. 

(3) Perlu adanya kebijaksanaan guru dalam menjawab atau tidak menjawab soalan, kerana terdapat pelbagai cara menjawab soalan, sesuai dengan keadaan orang yang
bertanya. 

Antaranya ialah: 
(a) Tidak perlu dijawab segera. 
(b) Perlu dijawab segera. 
(c) Ada soalan yang memang tidak perlu dijawab langsung. 
(d) Ada yang perlu dijawab sebahagian sahaja, sesuai dengan keperluan orang yang bertanya.
(e) Ada yang perlu diberikan jawapan penuh berserta perinciannya. 
(f) Ada jawapan yang diperlukan hanya ringkas, padat dan menyampaikan maksud sahaja.
(g) Menjawab lebih daripada apa yang ditanya, kerana ada faedah dan maksud di sebalik jawapan yang lebih itu.
(h) Jawapan dengan isyarat semata-mata. 
(4) Pada dasarnya pelajar tidak elok mengemukakan sesuatu soalan ketika gurunya sedang sibuk mengajar orang ramai atau sedang bercakap dengan seseorang, ia 
seharusnya menunggu sehingga gurunya selesai mengajar atau bercakap dengan orang itu. 
(5) Sesuatu soalan juga sekiranya boleh dijawab, eloklah dijawab dengan segera.
(6) Dalam keadaan orang yang ditanya sedang sibuk mengajar, berbincang atau melakukan sesuatu pekerjaan, tidak perlulah ia berhenti untuk menjawab dengan segera apa yang ditanya. Ia boleh saja meneruskan pekerjaannya. Setelah selesai semuanya barulah jawapan diberikan.
(7) Guru tidak sepatutnya terus marah kepada murid yang mencelah dengan pertanyaan ketika ia sedang berbicara atau mengajar. 
(8) Guru hendaklah terus berlembut dengan murid, walaupun murid kelihatan kurang beradab kerana kejahilannya.
(9) Orang yang berurusan terlebih dahulu berhak didahulukan daripada orang yang datang kemudian untuk berurusan.
(10) Orang jahil hendaklah meruju` kepada orang alim untuk mengetahui persoalan-persoalan agama.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan