Sahih bukhari kitab ilmu 0032-0035s 2/4/2022 1
Sahih bukhari kitab ilmu 0032
5 - بَابُ طَرْحِ اإلمَامِ المَسْأَلَةَ عَلَى أَصْحَابِهِ لِيَحْتَبِرَ مَا عِنْدَهُمْ مِنَ العِلْمِ
Bab (5): Imam Mengemukakan Soalan Kepada Shahabat-Shahabatnya⁴⁵ Untuk Menguji `Ilmu⁴⁶ Yang Ada Pada Mereka.
_____________
⁴⁵ Imam Bukhāri menyebutkan Rasulullah s.a.w. yang menjadi guru sebagai seorang pemimpin (Imam) dan muridnya sebagai sahabat-sahabatnya.
Tidak semestinya seorang yang memegang jawatan mengurus negara atau lain-lain tidak boleh memberi pengajaran kepada orang lain kerana pembahagian ilmu tidak hanya terhad kepada
manusia yang berjawatan ‘guru’ sahaja.
Shaĥabat Nabi s.a.w. yang menjadi pelajarnya pula bukan semuanya lebih muda dari Baginda, bahkan ramai juga yang lebih tua darinya, oleh itu Imam Bukhāri menggunakan perkataan sahabat di sini kerana bukan sahaja Nabi s.a.w. menganggap pelajarnya sebagai murid biasa, tetapi juga sebagai kawan dan orang yang sentiasa bersama-samanya.
Panggilan yang mesra seperti ini akan memudahkan lagi proses pembelajaran, merapatkan silatur rahim, membuka
ruang untuk persoalan-persoalan dan teka-teki dengan pelbagai bentuknya serta menghasilkan suasana yang tidak tertekan, ia dapat dilihat pada ĥadīts bab ini.
Pelajar 2
⁴⁶ Mengikut Syah Waliyyullah, Imam Bukhāri membuat tajuk bab ini di sini kerana mengingatkan ĥadīts yang diriwayatkan oleh Sayyidina Mu`āwiah berikut:
عَنْ مُعَاوِيَةِ قَالَ: إِنَّ النَّبِيَ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنِ الأُغْلُوطَاتِ
Bermaksud: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. melarang daripada teka-teki (atau soalan-soalan yang penuh dengan kesukaran, kerumitan, menimbulkan kontroversi,
memalukan orang yang ditanya atau memakan diri orang yang menjawab). (Ĥadīts riwayat Abu Daud).
Mengikut beliau, tajuk bab ini dibuat untuk memberitahu bentuk soalan yang bagaimana dibenarkan dan yang bagaimana pula dilarang Baginda.
Daripada ĥadīts yang dikemukakannya ini dapat dilihat bahawa soalan yang tidak bertujuan menjatuhkan orang yang lain dan melebihkan diri sendiri itu dibolehkan saja dan ia tidak termasuk dalam ِأَغْلُوْطَات yang tersebut di dalam hadits tadi. Kalau dilihat dari sudut kekuatan ĥadīts pula, ĥadīts yang diriwayatkan Abu Daud itu dha`īf sahaja dan tidak boleh menandingi riwayat yang dibawakan oleh Imam Bukhāri ini.
Kaedah untuk menjama`kan antara dua riwayat yang kelihatan bercanggah ini ialah dengan mengkhususkan riwayat larangan Abu Daud tadi untuk soalan-soalan yang terlalu rumit dan tidak mungkin dapat dijawab atau soalan yang menimbulkan masalah.
Ĥadīts yang dibawakan oleh Imam Bukhāri juga menyokong keharusan menanyakan soalan yang tidak terlalu rumit, susah dan masih boleh difikir jawapannya, bukan soalan tentang perkara yang masih belum dipelajari tanpa ada isyarat apa-apa walaupun sedikit. Isyarat untuk jawapannya dapat diketahui dari latar belakang cerita ĥadīts yang menyebutkan bahawa ketika Nabi s.a.w. berada dalam suatu majlis, Baginda dibawakan umbut tamar, lalu Baginda memakannya, sambil membaca ayat di bawah ini:
Ibrahim 14:24
أَلَمْ تَرَ كَيْفَ ضَرَبَ ٱللَّهُ مَثَلًا كَلِمَةً طَيِّبَةً كَشَجَرَةٍ طَيِّبَةٍ أَصْلُهَا ثَابِتٌ وَفَرْعُهَا فِى ٱلسَّمَآءِ
Ibrahim 14:25
تُؤْتِىٓ أُكُلَهَا كُلَّ حِينٍۭ بِإِذْنِ رَبِّهَاۗ وَيَضْرِبُ ٱللَّهُ ٱلْأَمْثَالَ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ
Ibrahim 14:26
وَمَثَلُ كَلِمَةٍ خَبِيثَةٍ كَشَجَرَةٍ خَبِيثَةٍ ٱجْتُثَّتْ مِن فَوْقِ ٱلْأَرْضِ مَا لَهَا مِن قَرَارٍ
Bermaksud: Tidakkah engkau melihat (wahai Muĥammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang
pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit. (24)
Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia,
supaya mereka beringat (mendapat pelajaran). (25)
Dan bandingan Kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup. (26)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan