Usul dirayah hadis 0001-0009 (usul 41)16/1/2022
2/4/2022 dirayah 6
25/3/2022 dirayah 5
19/2/2022 dirayah 4
6/2/2022 dirayah 3
30/1/2022 dirayah 2
16/1/2022 dirayah 1
Usul dirayah hadis 0001
Usul (41): Mana-mana riwayat yang menyatakan pada abad sekian-sekian, pada tahun sekian-sekian, pada bulan sekian-sekian atau pada hari sekian-sekian akan berlaku
peristiwa-peristiwa tertentu dengan tepat dan jelas semuanya maudhu`. Demikian juga riwayat-riwayat yang menyatakan dengan jelas dan tepat pada tahun sekian-sekian hendaklah dibuat begini-begini sebagai panduan bagi orang-orang yang berada
padanya. Tidak ada satu pun daripadanya sahih.
Antara contohnya ialah beberapa riwayat di bawah ini:
(١)لا يُولَدُ بَعْدَ الْمِائَةِ مَوْلُودٌ لِلهِ فِيهِ حَاجَةٌ
Maksudnya: Allah tidak memerlukan anak-anak yang dilahirkan selepas seratus tahun (abad pertama).
(2 )عن فيروز الديلمى قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: يكون صوت في رمضان قالوا: يا رسول الله في أوله أو في وسطه أو في آخره ؟
قال: بل في النصف من رمضان إذا كان ليلة النصف من رمضان ليلةالجمعة،
يكون صوت من السماء يصعق له سبعون ألفا، ويخرس سبعون ألفا، ويعمى سبعون ألفا، ويصم سبعون ألفا قالوا يا رسول الله ، فمن السالم من أمتك ؟ قال: من لزم بيته وتعوذ بالسجود وجهر بالتكبير لله تعالى ....
Maksudnya: Fairuz ad-Dailami berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Nanti akan ada satu suara di bulan Ramadhan. Mereka (para sahabat) bertanya: “Di awalnyakah atau
di tengahnya atau di akhirnya?” Jawab Nabi s.a.w.: “Bahkan di tengah bulan Ramadhan, apabila tengah bulan Ramadhan itu kena pada malam Juma`at. Satu suara datang dari langit, kerananya akan pengsan tujuh puluh ribu manusia. Akan jadi bisu tujuh puluh ribu orang. Akan jadi buta tujuh puluh ribu orang dan akan jadi pekak
tujuh puluh ribu orang. Mereka (para sahabat) bertanya, “Siapakah dari kalangan umatmu yang selamat?” Jawab Baginda: “Orang yang tetap di rumahnya, melindungi
dirinya dengan bersujud dan bertakbir dengan suara yang kuat….
(3)عن حذيفة قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا كانت سنة خمسين ومائة فخير أولادكم البنات. فإذا كانت سنة ستين ومائة فأمثل الناس يومئذ كل ذى حاذ قلنا: وما الحاذ ؟ قال: الذى ليس له ولد خفيف المؤنة
Maksudnya: diriwayatkan daripada Huzaifah, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila tiba tahun 150, maka sebaik-baik anak-anakmu ialah anak-anak perempuan.
Apabila tiba tahun 160 (pula), maka manusia yang terbaik pada masa itu ialah yang tiada tanggungan.” Kami bertanya: “Apakah maksud manusia yang tiada tanggungan
1
Usul dirayah hadis 0002 online
itu?” Jawab Nabi s.a.w.: “Iaitu orang yang tidak mempunyai anak, tidak banyak pula perbelanjaan / hartanya.”
(٤)عن ابن مسعود أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:
إِذَا أتَتْ َعَلَى أمتِى ثَلثُمِائَة وثََمانُ سَنَة فَقَدْ حَلَّتْ لَهُمُ الْعُزْبِةُ والتَّرَ هُّبُ عَلَى رُُؤُوسِ الجِبَالِ
Maksudnya: Diriwayatkan daripada Ibnu Mas`ud, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila tiba tahun 380 (Hijrah) kepada umatku, halallah kepada mereka hidup membujang dan bertapa di atas puncak gunung-gunung.”
Rujukan:
Hadits contoh (1) dikemukakan oleh at-Thabarāni di dalam al-Mu`jamu al-Kabir j.8 m/s 27, as-Suyuthi di dalam Jam`u al-Jawāmi` (al-Jami` al-Kabir) j.12 m/s 212, Ibnu
al-Jauzi di dalam al-Maudhū`āt j.3 m/s 192, as-Suyuthi di dalam al-La’āli’u al-Mashnu`ah j.2 m/s 324, Ibnu `Arrāq al-Kināni – Tanzih as-Syari`ah al-Marfū`ah j.2
m/s 345, as-Syaukāni- al-Fawā’idu al-Majmu`ah m/s 510, Muĥammad Thahir al-Fattani al-Hindi- Tazkiratu al-Maudhū`āt m/s 222.
Hadits contoh (2) dikemukakan oleh Ibnu al-Jauzi di dalam al-Maudhū`āt j.3 m/s 191-192, Abul Maĥāsin al-Qāwuqji at-Tharābulsi di dalam al-Lu’lu’ul Marshū` m/s 233,
Ibnu al-Qayyim di dalam al-Manāru al-Munīf m/s 110, Mulla `Ali al-Qāri di dalam Al-Asrār al-Marfū`ah m/s 472.
Hadits contoh (3) dikemukakan oleh Ibnu al-Jauzi di dalam al-Maudhū`āt j.3 m/s 194, As-Suyūthi di dalam al-La’āli’u al-Mashnū`ah j.2 m/s 326, Ibnu `Arrāq al-Kināni di
dalam Tanzīhu asy-Syarī`ah al-Marfū`ah. Al-Būshīri juga turut menukilkannya daripada Ibnu al-Jauzi di dalam Itĥāf al-Khiyarati al-Maharah j.4 m/s 13.
Hadits contoh (4) dikemukakan oleh Ibnu al-Jauzi di dalam al-Maudhū`āt j.3 m/s 198, Ibnu `Arrāq al-Kināni di dalam Tanzīhu asy-Syarī`ah al-Marfū`ah j.2 m/s 346, Ibnu
al-Qayyim di dalam al-Manāru al-Munīf m/s 111, az-Zaila`i di dalam Takhrīj Aĥādīts al-Kasysyāf j.2 m/s 441, dan Mulla `Ali al-Qāri di dalam Al-Asrār al-Marfū`ah m/s 473
2
Usul dirayah hadis 0003 online
Komentar:
(1) Sanad at-Thabarāni bagi hadits contoh (1) adalah seperti berikut:
حدثنا أحمد بن القاسيم بن مُسَاوِر الَجْورهري، ومحمدُ ْ ْبن جعفَر بن أعيَن ، قَالا ثنا َخاِلدُ بن خدَاش، ثناح همادُ ْبن زيد عن أيُّوب، الَحسن عن َصخِب عن قُدَاَمةَ قَال قَال رسول الله صلى الله علَيه وسلم
(2) Al-Haitsami di dalam Majma` az-Zawā’id (j.8 m/s 159) setelah mengemukakan riwayat at-Thabarāni itu berkata: “At-Thabarāni meriwayatkannya daripada (dua orang) Syeikhnya Aĥmad bin al-Qasim bin Musawir dan Muĥammad bin Ja`far bin A`yan. Aku tidak mengenali mereka berdua. Sementara perawi-perawi yang lain
adalah perawi-perawi hadits sahih.
(3) Ibnu al-Atsir al-Jazari di dalam Usdu al-Ghabah (j.3 m/s 14) di bawah biografi Shakhr bin Qudāmah menulis: “Shakhr bin Qudāmah al-`Uqaili. Ĥammād bin Zaid
meriwayatkan daripada Ayyub daripada al-Ĥasan al-Bashri daripada Shakhr bin ال يولد بعد مائة سنة مولود هلل فيه حاجة :bersabda Rasulullah saw: katanya, Qudāmah
Maksudnya: Allah tidak memerlukan anak-anak yang dilahirkan selepas seratus tahun (abad pertama). Kata Ayyub, setelah itu aku bertemu Shakhr bin Qudāmah, lalu aku bertanya dia tentang hadits itu. Dia tidak mengetahuinya.”
(4) Di bawah biografi Shakhr bin Qudāmah juga Ĥāfizh Ibnu Ĥajar menulis: “At-Thabarāni dan Ibnu Syāhīn meriwayatkan melalui saluran riwayat Ĥammād bin Zaid
daripada Ayyub daripada al-Ĥasan daripada Shakhr bin Qudāmah al-`Uqaili, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda seperti tersebut tadi. Kemudian beliau berkata: “Kata Ibnu
Syāhīn, ini adalah hadits munkar. Al-Baghdadi ini (maksudnya Muĥammad bin Ja`far bin A`yan) aku tidak mengenalinya.” Aku (Ĥāfizh Ibnu Ĥajar) berkata, “Ia adalah
perawi tsiqah lagi masyhur. Ia pula tidak bersendirian dalam meriwayatkannya. Tetapi (Zakariya) as-Sāji menukilkan daripada `Ali bin al-Madīni bahawa beliau mendha`ifkan Khalid bin Khidāsy, perawinya daripada Ĥammād bin Zaid. As-Sāji juga menukilkan daripada Yaĥya bin Ma`īn bahawa Khalid bersendirian dalam meriwayatkan beberapa hadits.” Ibnu al-Jauzi telah memasukkan hadits ini ke dalam senarai hadits-hadits maudhu` di dalam kitabnya al-Maudhū`āt. Beliau menukilkan daripada Aĥmad bahawa beliau berkata, “Hadits itu tidak sahih.” Ibnu Mandah pula berkata, “Tidak sepakat para `ulama’ tentang Shakhr bin Qudāmah itu sahabat Rasulullah s.a.w.” Menurut Ĥāfizh Ibnu Ĥajar, dia (Shakhr bin Qudāmah) tidak
3
Usul dirayah hadis 0004 online
menyebut dengan jelas telah mendengarnya daripada Nabi s.a.w. Ĥasan juga tidak menyebutkan dengan jelas telah mendengar daripadanya (secara langsung). Itu juga
merupakan `illat bagi hadits ini. (Lihat al-Ishābah j.3 m/s 417).
Di dalam Taqrīb at-Tahdzīb Ĥāfizh Ibnu Ĥajar menulis, Khalid bin Khidāsy al-Muhallabi meninggal dunia pada tahun 224 Hijrah, dan dia adalah perawi shadūq
yang banyak melakukan kesilapan dalam periwayatan. (Lihat Taqrīb at-Tahdzīb j.1 m/s 212).
(5) Az-Zahabi di dalam Mīzān al-I`tidāl berkata, “Shakhr bin Qudāmah Tābi`i (bukan
sahabat), dan hadits ini munkar. (Lihat Mīzān al-I`tidāl j.1 m/s 629).
(6) Ibnu al-Jauzi setelah mengemukakan hadits itu di dalam kitabnya al-Maudhū`āt di bawah “Kitab Al-Malāĥim Dan Al-Fitan, Bab Celaan Terhadap Orang-Orang Yang
Dilahirkan Setelah Seratus Tahun (Abad Pertama)” menulis, “Jika dikatakan isnadnya sahih?”, maka jawapannya ialah riwayat yang dikemukakan secara `an`anah itu
mempunyai kemungkinan bahawa salah seorang perawinya telah mendengarnya daripada perawi dha`if atau pendusta besar, lalu digugurkan namanya. Dan orang
yang meriwayatkan hadits itu daripadanya telah menggunakan lafaz عن .Maka bagaimana ia akan jadi sahih? Sedangkan sekian ramai imam dan pemimpin yang
hebat-hebat (pula) dilahirkan setelah abad pertama Hijrah??” (Lihat al-Maudhū`āt j.3 m/s 192).
Nah! Ibnu al-Jauzi telah menyebutkan salah satu qaedah dirayah di sini, bahawa bagaimana ia akan jadi sahih sedangkan sekian ramai imam dan pemimpin yang
hebat-hebat (dalam Islam) dilahirkan setelah abad pertama Hijrah?” Apakah mereka tidak diperlukan umat? Apakah ertinya Allah tidak memerlukan anak-anak yang
dilahirkan selepas seratus tahun (abad pertama) itu? Apakah manusia yang dilahirkan selepas seratus tahun (abad pertama) itu tidak berguna semuanya di sisi Allah?? Ia adalah suatu yang bertentangan dengan kenyataan!
(7) Bagaimana riwayat itu boleh benar, sedangkan ayat-ayat al-Qur’ān dan hadits-hadits yang sahih menggalakkan umat ini terus-menerus berkahwin dan membiak dengan ramai hingga ke akhir zaman? Orang yang tidak suka kepada perkahwinan dikatakan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai bukan umatnya. Lihat beberapa firman Allah dan sabda Rasulullah s.a.w. di bawah ini:
Usul dirayah hadis 0005 online
Allah berfirman di dalam al-Qur’ān:
An-Nahl 16:72
وَٱللَّهُ جَعَلَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَٰجًا وَجَعَلَ لَكُم مِّنْ أَزْوَٰجِكُم بَنِينَ وَحَفَدَةً وَرَزَقَكُم مِّنَ ٱلطَّيِّبَٰتِۚ أَفَبِٱلْبَٰطِلِ يُؤْمِنُونَ وَبِنِعْمَتِ ٱللَّهِ هُمْ يَكْفُرُونَ
Bermaksud: Allah menjadikan untuk kamu isteri-isteri dari jenismu sendiri dan menjadikan untukmu dari isteri-isterimu itu, anak-anak dan cucu-cicit, selain
mengurniakan kepadamu rezeki dari (benda) yang baik-baik. Maka mengapakah mereka percaya kepada perkara yang bathil dan kufur pula akan nikmat Allah?
(an-Naĥl:72).
At-Tur 52:21
وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَٱتَّبَعَتْهُمْ ذُرِّيَّتُهُم بِإِيمَٰنٍ أَلْحَقْنَا بِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَمَآ أَلَتْنَٰهُم مِّنْ عَمَلِهِم مِّن شَىْءٍۚ كُلُّ ٱمْرِئٍۭ بِمَا كَسَبَ رَهِينٌ
Bermaksud: Dan orang-orang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan
mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun pahala amalan mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya.
(at-Thūr:21).
Al-Furqan 25:74
وَٱلَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَٰجِنَا وَذُرِّيَّٰتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَٱجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Bermaksud: Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat
keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam (ikutan) bagi orang-orang yang bertaqwa. (al-Furqaan:74).
Rasulullah s.a.w. pula bersabda:
أَمَا وَاللَّهِ إِنِّي لَأَخْشَاكُمْ لِلَّهِ وَأَتْقَاكُمْ لَهُ لَكِنِّي أَصُومُ وَأُفْطِرُ وَأُصَلِّي وَأَرْقُدُ وَأَتَزَوَّجُ النِّسَاءَ فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي
Bermaksud: “Ketahuilah, Demi Allah! Sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah di kalanganmu, aku adalah orang yang paling bertaqwa
kepadaNya di kalanganmu. Walaupun begitu, aku berpuasa dan berbuka, aku bersembahyang dan aku juga tidur, aku mengahwini wanita-wanita. Sesiapa yang
5
Usul dirayah hadis 0006 online
6
tidak suka kepada Sunnahku (cara hidupku), bukanlah ia dari (umat)ku.” (Hadits riwayat Bukhāri, Muslim, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Ĥibbān dan lain-lain).
Baginda s.a.w. bersabda lagi:
تَزَوَّجُوا الْوَدُودَ الْوَلُودَ فَإِنِّي مُكَاثِرٌ بِكُمْ الْأُمَمَ يَومَ القِيِمِةِ
Bermaksud: “Kahwinilah wanita yang pengasih dan peranak (mampu melahirkan ramai anak), kerana sesungguhnya aku akan berbangga di hadapan umat-umat yang lain di hari kiamat kelak dengan ramainya kamu.”
(Hadits riwayat Abu Daud, an-Nasā’i, at-Thabarāni, al-Ĥākim, al-Baihaqi al-Bazzār dan lain-lain).
مَثَلُ أُمَّتِي مَثَلُ الْمَطَرِ لَا يُدْرَى أَوَّلُهُ خَيْرٌ أَمْ آخِرُهُ
Bermaksud: Perbandingan umatku adalah seperti hujan, tidak diketahui yang di permulaannyakah lebih baik atau yang di penghujungnya.
(Hadits riwayat Tirmidzi, Aĥmad, Ibnu Ĥibbān, al-Bazzār, at-Thabarāni, Abu Ya`la dan lain-lain).
(8) Setelah mengemukakan hadits contoh (2) Ibnu al-Jauzi berkata, “Ini adalah hadits yang tidak sahih.”
(9) Sanad hadits contoh (2) yang dikemukakan oleh Ibnu al-Jauzi itu adalah seperti berikut:
أنبأنا محمد بن ناصر أنبأنا أبو على الحسن بن أحمد الحداد حدثنا أبو نعيم الحافظ حدثنا سليمان بن أحمد الطبراني حدثنا أحمد ابن عبد الوهاب بن نجدة حدثنا عبد الوهاب بن الضحاك حدثنا إسماعيل بن عياش االوزاعي عن عبدة بن أبى لبابة عن فيروز الديلمى قال قال رسول هللا صلى هللا عليه وسلم:
Setelah mengemukakan hadits berkenaan dengan sanad ini Ibnu al-Jauzi menukilkan kata-kata tokoh-tokoh `ulama’ Rijāl hadits tentang perawi-perawinya. `Abdul Wahhāb
adalah salah seorang perawinya. Menurut al-`Uqaili, ia adalah perawi yang langsung tiada nilainya ( ليس بشيء ). Menurut al-`Utaiqi, `Abdul Wahhāb perawi matrūkul hadits.
Menurut Ibnu Ĥibbān, ia adalah perawi yang mencuri hadits, tidak halal menjadikannya sebagai hujah. Dāraquthni pula berkata, “`Abdul Wahhāb perawimunkarul hadits.”
6
Usul dirayah hadis 0007 online
Isma`il juga perawi dha`if. `Abdah pula tidak pernah melihat Fairūz. Demikian dengan Fairūz, ia juga tidak pernah melihat Nabi s.a.w.
(10) Menurut Ibnu al-Jauzi, hadits contoh (2) itu diriwayatkan juga oleh Ghulam Khalīl daripada Muĥammad bin Ibrahim al-Bayādhi daripada Yaĥya bin Sa`id al-
`Atthār daripada Abi al-Muhājir daripada al-Auzā`i.
Kata Ibnu al-Jauzi, semua mereka sangat dha`if. Ghulam Khalīl sering mereka (mengada-ngadakan) hadits.
(11) Hadits contoh (3) dikemukakan oleh Ibnu al-Jauzi pada باب في ذكر الخمسين والمائه (Bab Berkenaan Dengan Tahun Seratus Lima puluh) dengan dua sanad, iaitu:
(1) أنبأنا محمد بن عبدالملك وابن خيرون أنبأنا إسماعيل بن مسعدة أنبأنا حمزة بن يوسف أنبأنا أبو أحمد بن عدى حدثنا عبدان حدثنا ابن مصفى حدثنا يحيى بن سعيد العطار عن محمد االسدي عن االعمش عن شقيق عن
حذيفة قال قال رسول هللا صلى هللا عليه وسلم
(2)أنبأنا عبدالرحمن بن محمد القزاز أنبأنا أحمد بن على بن ثابت أنبأنا أحمد بن محمد الدستوائى حدثنا على بن عمر الحافظ حدثنا أبو العباس عبدالله بن أحمد المارشانى حدثنا أحمد بن إبراهيم المارشانى حدثنا محمد بن عبدالله أبو جعفر عن سيف بن محمد عن االعمش عن أبى وائل عن حذيفة قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم
Setelah mengemukakan hadits berkenaan dengan dua sanad tersebut beliau berkata:
“Ini adalah hadits yang langsung tiada nilainya. ( هذا حديث ليس بشيء) Muĥammad al-Asadi adalah Muĥammad bin Ishaq bin Ibrahim bin Muĥammad bin `Ukāsyah.
Kata Yaĥya, “Dia pendusta besar.” Ibnu `Adi berkata, “Dia meriwayatkan hadits-hadits mungkar dan maudhu` daripada al-Auzā`i.” ad-Dāraquthni pula berkata,
“Dia mereka (mengada-ngadakan) hadits.”
Yaĥya bin Sa`id al-`Atthār adalah perawi hadits ini daripada Muĥammad al-Asadi.
Keadaannya tidak lebih baik daripada Muĥammad al-Asadi. Kata Yaĥya bin Ma`īn tentangnya, “Perawi yang langsung tidak bernilai (ليس بشيء ).
Ibnu Ĥibbān berkata, “Dia (Yaĥya bin Sa`id al-`Atthār) meriwayatkan hadits-hadits maudhu` daripada perawi-perawi yang kuat. Tidak harus berhujah dengannya.”
7
Usul dirayah hadis 0008 online
Saif bin Muĥammad yang terdapat di dalam sanad kedua pula adalah pendusta besar. Para `ulama’ Rijāl hadits ijmā` tentang dia seorang pendusta. Imam Aĥmad berkata,
“Dia selalu mereka (mengada-ngadakan) hadits.”
(12) Hadits contoh (3) itu jika ditinjau dari sudut dirayat tidak membawa apa-apa erti selain daripada kemunduran kepada umat Islam. Kekarutannya dapat diketahui
dengan adanya nas-nas yang terang daripada al-Qur’ān dan as-Sunnah seperti telah dikemukakan pada komentar nombor (7) yang lalu.
(13) Hadits contoh (4) dikemukakan oleh Ibnu al-Jauzi di bawah باب العزبة والترهب بعد الثلثمائة والثمانين dengan sanad seperti di bawah ini:
أنبأنا زاهر بن طاهر أنبأنا أبو بكر أحمد بن الحسين البيهقى أنبأنا أبو عبد الله محمد بن عبد الله الحاكم أخبرني أبو عمر عبد الواحد بن أحمد بن محمد القرشى حدثنا أبى حدثنا عالن بن المغيرة حدثنا عبدهللا بن صالح حدثنا أبو يحيى الخراساني سليمان بن عيسى حدثنا سفيان الثوري عن منصور عن إبراهيم عن علقمة عن ابن مسعود أن
رسول الله صلى الله عليه وسلم قال ...
Setelah mengemukakannya beliau berkata, “Ini adalah hadits maudhu`. Kata Ibnu `Adi, Sulaiman bin `Isa mengada-ngadakan hadits.”
(14) Hadits yang sama juga terdapat di dalam Fawā`id Tammām, at-Thā`atu Wa al-Ma`shiah karangan `Ali bin Ma`bad, Fawā`id ar-Rāzi dan Talkhīsh al-Maudhū`āt,
tetapi tahun yang tersebut berbeza-beza. Ada yang menyebut tahun 300, ada tahun 180 dan ada juga tahun 130. Hadits contoh (4) pula menyebut tahun 380.
Begitu sekali idhthirāb terdapat pada riwayat-riwayatnya. Sedangkan idhthirāb adalah salah satu ciri utama hadits dha`if.
(15) Bayangkanlah apa akan terjadi kepada umat Islam sekiranya mereka mengikuti hadits maudhu` itu. Bukan di zaman dahulu sahaja mereka boleh mundur kerananya,
hari ini pun sama. Musuh-musuh Islam sememangnya tahu bahawa mana-mana umat pun yang memilih cara hidup membujang dan lari meninggalkan dunia ke puncak-
puncak gunung untuk bertapa pasti akan mundur dan ketinggalan zaman.
(16) Apa yang telah terjadi kepada penganut-penganut agama lain, itulah yang dikehendaki terjadi juga kepada umat Islam. Kalau penganut agama Kristian
menganggap paderi mereka yang hidup membujang sebagai manusia terpilih yang
8
Usul dirayah hadis 0009 online
hampir dengan Tuhan, begitu juga penganut agama Hindu, Budha dan lain-lain menganggap sami-sami mereka yang membujang dan selalu bertapa itu sebagai orang
yang terbaik menurut agama mereka di sisi tuhan.
Umat Islam yang terpengaruh dan terpedaya dengan agama-agama seperti itu kerana bergaul dan hidup dengan mereka juga mulai cenderung kepada fahaman dan ajaran
seperti itu. Padahal Nabi s.a.w. datang untuk menghapuskannya. Kerana itulah Baginda bersabda:
النِّكَاحُ مِنْ سُنَّتِي فَمَنْ لَمْ يَعْمَلْ بِسُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي
Bermaksud: Perkahwinan adalah salah satu Sunnahku. Sesiapa yang tidak beramal dengan Sunnahku dia bukan dari kalanganku. (Hadits riwayat Ibnu Majah).
Baginda juga bersabda:
أَمَا وَاللَّهِ إِنِّي لَأَخْشَاكُمْ لِلَّهِ وَأَتْقَاكُمْ لَهُ لَكِنِّي أَصُومُ وَأُفْطِرُ وَأُصَلِّي وَأَرْقُدُ وَأَتَزَوَّجُ النِّسَاءَ فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي
Bermaksud: Ketahuilah, demi Allah! Sesungguhnya aku paling takut kepada Allah di antara kamu, aku juga paling bertaqwa kepadaNya, tetapi aku berpuasa dan tidak
berpuasa juga, aku bersembahyang dan tidur, aku juga berkahwin. Sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan dari kalanganku.
(Ĥadīts riwayat Bukhāri, Muslim dan Aĥmad).
(17) Ibnu al-Qayyim ketika menyebutkan jenis-jenis hadits yang diada-adakan secara dusta atas nama Rasulullah s.a.w. (hadits palsu) berkata, “Antaranya ialah hadits-
hadits yang menyebutkan tarikh-tarikh akan datang.” (al-Manār al-Munīf m/s 110).
Di tempat lain pula ketika menyebutkan tanda-tanda hadits maudhu` beliau berkata, “Antaranya tersebut di dalam hadits itu tarikh sekian-sekian. Spt sabdanya (konon),
“Pada tahun sekian-sekian akan berlaku sekian-sekian.” (al-Manār al-Munīf m/s 63-64).
Usul (42): Hadits-hadits yang memuji dan menyatakan kelebihan kehidupan membujang dan mencela kehidupan berkeluarga dengan beranak pinak semuanya
karut. Tidak ada satu pun daripadanya sahih.
9
Tiada ulasan:
Catat Ulasan