Ahad, April 24, 2022

Usul dirayah hadis 0068-0080 16/11/22(usul 47)

Usul dirayah hadis 0068-0080 16/11/22(usul 47)
Sesi 80

Usul (47) Setiap hadits yang menyebutkan kelebihan orang-orang yang berwajah cantik (baik laki-laki atau perempuan), pujian Nabi s.a.w. terhadap mereka, perintah Baginda supaya memandang mereka, meminta hajat dengan mereka, atau mereka tidak akan disentuh api neraka, adalah palsu dan tidak berasas sama sekali.
Antara contohnya ialah:
Contoh Pertama: 
من آتاه الله عزوجل وجها حسنا واسما  حسنا وجعله في غير شائن له فهو من صفوة الله عزوجل في خلقه
Bermaksud: Orang yang dikurniakan Allah s.w.t. wajah yang cantik dan nama yang bagus, serta diletakkan pula pada tempat yang tidak meng`aibkannya, bererti dia adalah 
salah seorang pilihan Allah di kalangan makhlukNya.

Rujukan:
Al-Baihaqi – Syu`ab al-Iman j.3 m/s 278, Ibnu `Asākir - Tārīkh Dimasyq j.48 m/s 362, at-Thabaraani – al-Mu`jamu al-Aushath j.4 m/s 386, Ibnu `Adi – al-Kāmil j.3 m/s 320, 
al-Haitsami – Majma` az-Zawā’id j.8 m/s 194, Ibnu al-Jauzi- al-Maudhu`aat j.1 m/s159-160), ad-Daaraquthni – Ta`līqāt ad-Dāraquthni `Ala al-Majrūĥīn m/s 123-124, as-Suyuthi – al-La’aali’u al-Mashnu`ah j.1 m/s 102, Ibnu `Arraaq al-Kinaani – Tanzih as-Syari`ah al-Marfu`ah j.1 m/s 199, as-Syaukaani- al-Fawaa’idu al-Majmu`ah m/s 221, 
Ibnu al-Qaiyyim - al-Manaaru al-Munif m/s 62.

Komentar:
(1) Ibnu al-Jauzi mengemukakan hadits di atas dengan sanad berikut:
أنبأنا.....،وسلم
(2) Setelah mengemukakannya Ibnu al-Jauzi berkata, “Ini adalah hadits tidak sahih. 
Adapun Salīm, maka kata Yahya: “Dia tidak tsiqah.” An-Nasā’i berkata tentangnya, 
“Martūk al-Ĥadīts.” Abu Ĥātim Ibnu Hibbaan berkata, “Dia meriwayatkan hadits-hadits maudhu` daripada perawi-perawi tsiqāt.” Ad-Daaraquthni pula meletakkan 
kesalahan di atas pundak Khalaf, bukan Salīm.” Khalaf bagi Ad-Daaraquthni adalah

68

Usul dirayah hadis 0069

seorang pereka hadits. Sementara Salīm pula perawi muqārab, dan ia tidak tertuduh mereka (mengada-ngadakan) hadits. 
(Lihat adz-Dzahabi di dalam Mizān al-I`tidāl j.1 m/s 659, ad-Daaraquthni - Ta`līqāt ad-Dāraquthni `Ala al-Majrūĥīn m/s 123-124).

(3) Al-Haitsami berkata tentang Khalaf yang tersebut di dalam sanad itu bahawa “Di dalamnya ada Khalaf perawi dha`if.” Ibnu `Adi pula di bawah biografi Salīm bin 
Muslim al-Khassyāb berkata, “Kebanyakan apa yang diriwayatkannya tidak maĥfūzh.” 

(4) Bukan orang yang berwajah cantik sahaja terpilih di sisi Allah di kalangan makhlukNya, orang yang hodoh rupanya juga mulia dan terpilih di sisi Allah, jika ia tidak melakukan sesuatu yang meng`aibkan dirinya.

(5) Menurut ajaran agama Islam, terpilihnya seseorang atau tidak di sisi Allah bukan terletak pada rupa paras yang diperolehi manusia tanpa ada sebarang ikhtiarnya. 
Manusia akan dinilai Allah hanya berdasarkan perbuatan yang memang berada dalam batas ikhtiarnya.
Contoh Kedua: 
النظر إلى الوجه الجميل عبادة
Bermaksud: Memandang / melihat wajah yang cantik adalah satu ibadat.

Rujukan:
(Ibnu al-Qaiyyim - al-Manaaru al-Munif m/s 62 & Naqdu al-Manqūl m/s 54, (Al-`Ajaluni, Kasyfu al-Khafaa’ j.2 m/s 384), (Mulla `Ali al-Qari - al-Asraaru al-Marfu`ah Fi al-Akhbaari al-Maudhu`ah m/s 370-371, Muhammad bin Khalil at-Tharabulsi - al-Lu’lu’ al-Marshu` m/s 210, Sulaiman bin Shāleh al-Khirāsyi – Aĥādīts La Tashiĥĥu 
m/s 1.

Komentar:
(1) Ibnu al-Qaiyyim menukilkan bahawa gurunya Ibnu Taimiyyah ketika ditanya tentang hadits contoh kedua di atas berkata, “Itu adalah kedustaan dan kekarutan yang
diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. Tidak ada sesiapa pun meriwayatkannya dengan isnad yang sahih. Ia adalah hadits maudhu`.”

69

Usul dirayah hadis 0070

(2) Wajah cantik siapakah yang kononnya disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. melihatnya adalah satu ibadah itu? Lelakikah atau perempuan? Wajah cantik maĥramkah atau bukan maĥram? Tidak pula tersebut!

(3) Mungkin hadits-hadits yang diberikan di bawah nanti dapat dikaitkan dengannya!
١-النظر إلى على عبادة
Bermaksud: Melihat / memandang kepada `Ali adalah ibadat.
2 -النظر إلى وجه العالم عبادة، وكذا الجلوس معه واألكل والكالم
Bermaksud: Melihat wajah orang alim adalah satu ibadah. Demikian juga duduk dan 
makan bersamanya, dan berbual-bual dengannya. 

Bermaksud: Melihat perempuan yang cantik dan warna hijau menambahkan kecerahan mata.

Akan tetapi ketahuilah, semua hadits tersebut itu juga maudhu`. Tiada khilaf di antara para `ulama’ hadits tentang maudhu`nya.

(4) Hadits-hadits seperti inilah agaknya digunakan oleh pembawa-pembawa ajaran sesat untuk mengharuskan ma`shiat dan menyebarluaskannya dalam masyarakat.

(5) Sukar sekali kepada orang-orang yang mengenali ajaran Nabi Muhammad s.a.w., menerima hadits-hadits seperti itu sebagai sabda Baginda. Ia terlalu remeh, karut dan 
mustahil terkeluar dari mulut seorang nabi.

(6) Mana mungkin Rasulullah menganjurkan suatu perkara yang boleh menjerumuskan umatnya ke dalam ma`shiat! Selain itu, perbuatan melihat dalam keadaan terpaku 
pandangan pada wajah seseorang yang dilihat, kerana kecantikannya semata-mata, tentu sekali akan membuatkan orang yang dilihat berasa resah, rimas dan serba salah!!Apakah Rasulullah s.a.w. akan menganjurkan perbuatan seperti itu?!

(7) Lebih mudah lagi untuk diterima kalau dikatakan “Melihat / memandang wajah nabi adalah suatu ibadat”. Namun, yang seperti ini pun tiada, apalagi kalau seperti tersebut di dalam contoh kedua di atas!

70

Usul dirayah hadis 0071

Contoh Ketiga: 
أطلبو الخير عند حسان الوجوه
Bermaksud: Carilah kebaikan pada orang-orang yang cantik wajahnya.

Rujukan:
At-Thabaraani – al-Mu`jamu al-Ausath j.6 m/s 176, Abu Nu`aim – Akhbār Ashfahān j.2 m/s 59 & 214, Abu Ya`la – Musnad Abi Ya`la j.4 m/s 385, al-Bukhari – at-Tārīkh al-Kabīr j.1 m/s 51/157, al-Khathīb al-Baghdādi – Tārīkh Baghdād j.7 m/s 11 & j.13 
m/s 160, Abul Qāsim Tammām – al-Fawā’id j.1 m/s 340, Abu asy-Syeikh – Amtsāl al-Ĥadīts m/s 106-110, Ibnu `Adi – al-Kāmil j.4 m/s 293, Ibnu al-Jauzi – al-Maudhū`āt j.2 
m/s 159-160, as-Suyuthi - al-La’āli’ al-Mashnū`ah j.2 m/s 65-67, al-Albaani - Silsilatu al-Ahaditsi ad-Dha`iifah Wa al-Maudhu`ah j.6 m/s 376.

Komentar:
(1) Hadits di atas kononnya telah diriwayatkan oleh beberapa orang sahabat Nabi s.a.w.dengan sedikit perbedaan pada lafaz-lafaznya. Mereka ialah `Aaishah, Ibnu `Abbaas, `Abdullah bin `Umar, Jābir bin `Abdillah, `Abdullah bin `Amar, Anas bin Malik, Abu Hurairah dan Abu Bakrah.

(2) Semua saluran riwayat daripada para sahabat yang tersebut tadi bermasalah, kerana adanya perawi-perawi matrūk, pereka hadits, pendusta dan perawi-perawi lain yangditajrīĥ dengan teruk oleh para `ulama’ Rijāl hadits.

(3) Menurut as-Suyuthi, yang terbaik daripadanya ialah hadits `Aaishah. Tetapi ia juga tidak sahih. As-Suyuthi telah mengemukakan hadits `Aaishah melalui tiga saluran 
riwayat:
(i) Dengan sanad al-`Uqaili seperti berikut:)
(العقيلي) حدثنا محمد بن إسماعيل حدثنا الحسن بن علي الحلواني حدثنا يزيد بن هارون أنبأنا شيخ من قريش عن 
الزهري عن عائشة قالت قال رسول هللا اطلبوا الخير عند حسان الوجوه وتسموا بخياركم وإذا أتاكم كريم قوم 
فأكرموه.

71



Usul dirayah hadis 0072

Setelah mengemukakannya as-Suyuthi menukilkan kata-kata Muhammad bin Isma`il (guru al-`Uqaili) bahawa Syeikh yang tidak tersebut namanya di dalam sanad itu ialah Sulaiman bin Arqam. Dia adalah seorang perawi matrūk.

(ii) Dengan sanad Ibnu `Adi seperti berikut:
(ابن عدي)......الوجوه

Setelah mengemukakannya as-Suyuthi berkata, “Al-Ĥakam, hadits-haditsnya maudhu`.”

(iii) Dengan sanad Imam Bukhari di dalam at-Tārīkh al-Kabīrnya, seperti berikut:
(البخاري).....الوجوه

Setelah mengemukakannya as-Suyuthi berkata, “Al-Mulaiki (perawi) matrūk.”Walaupun as-Suyuthi mengatakan al-Mulaiki mempunyai beberapa orang mutābi` yang
turut meriwayatkan hadits itu daripada Jabrah, namun kewujudan mereka tetap tidak akan menaikkan taraf hadits itu sehingga menjadi lebih baik. Beberapa orang mutābi` 
yang dimaksudkan oleh as-Suyuthi di sini ialah: 
(i) Isma`il bin `Ayyāsy dalam riwayat Abu Ya`la berikut:
(ii) Khalid bin `Abdir Rahman al-Makhzūmi menurut riwayat al-Baihaqi di dalam
Syu`ab al-Iman berikut:
أخبرنا.....جبرة
(iii) `Abdullah bin `Abdul `Azīz daripada Jabrah, sebagaimana disebutkan oleh al-Baihaqi di dalam Syu`ab al-Iman secara ta`līq.


72


Usul dirayah hadis 0073

Sebabnya hadits contoh ketiga riwayat `Aaishah itu tidak menjadi lebih baik walaupun ada riwayat mutāba`ahnya ialah kerana beberapa alasan seperti di bawah ini: 
(i) Di dalam riwayat Abu Ya`la terdapat Isma`il bin `Ayyāsy. Walaupun beliau dianggap seorang alim di Syam dan tsiqah oleh sesetengah tokoh Rijāl hadits, namun 
kebanyakan mereka menganggap beliau perawi dha`if, terutamanya apabila meriwayatkan hadits daripada orang-orang yang tidak senegeri dengannya. Tidak jelas 
Jabrah binti Muhammad bin Tsābit itu orang mana, kerana beliau sendiri adalah perawi majhul. Sedangkan Isma`il bin `Ayyāsy adalah orang Syam.
(ii) Khalid bin `Abdir Rahman al-Makhzūmi adalah seorang perawi yang dikatakan ذاهب  الحديث  
oleh Imam Bukhari. Dzāhibul Ĥadīts adalah satu lafaz jarĥ yangmenunjukkan kedha`ifan yang teruk pada seseorang perawi. Hadits-hadits perawi dzāhibul ĥadīts tidak boleh dijadikan hujah dan tidak tidak boleh juga dijadikan sebagai sokongan. Abu Haatim pula berkata tentangnya, “Mereka telah meninggalkan haditsnya ( تركواحديثه) “Ini juga lafaz jarĥ yang teruk terhadap perawi. Hadits seseorang
perawi yang dikatakan begini juga tidak boleh dijadikan hujah dan tidak boleh dijadikan sebagai sokongan.

(iii) `Abdullah bin `Abdul `Azīz pula tidak jelas yang mana satu. Kalau ia `Abdullah bin `Abdul `Azīz bin Abi Tsābit al-Laitsi, maka boleh dikatakan semua `ulama’ Rijāl 
menganggapnya perawi dha`if. Kata Ibnu Hibbaan, dia perawi matrūk.Kalau ia `Abdullah bin `Abdul `Azīz az-Zuhri, maka kata al-`Uqaili, “Riwayatnya tidak berasas sama sekali.” Adz-Dzahabi pula berkata, “Dia adalah orang yang sama dengan`Abdullah bin `Abdul `Azīz bin Abi Tsābit al-Laitsi yang tersebut sebelum ini.
Kalau ia `Abdullah bin `Abdul `Azīz al-Madani pula, maka sama saja orangnya dengan`Abdullah bin `Abdul `Azīz bin Abi Tsābit al-Laitsi atau `Abdullah bin `Abdul `Azīz 
az-Zuhri. Kecuali kalau `Abdullah bin `Abdul `Azīz al-`Umari az-Zahid, kerana beliau dikatakan tsiqah oleh an-Nasā’i. Tetapi beliau perawi Sunan Tirmidzi. 
Riwayat daripada `Abdullah bin `Abdul `Azīz dikemukakan oleh al-Baihaqi hanya secara ta`liq sahaja. Ini menunjukkan riwayat itu bagi al-Baihaqi adalah dha`if, dan

73

Usul dirayah hadis 0074

`Abdullah bin `Abdul `Azīz yang tersebut di dalam sanadnya itu tentunya bukan `Abdullah bin `Abdul `Azīz al-`Umari az-Zahid. 
(iv) Jabrah / Khairah dan ibunya adalah dua orang perawi majhul. Di kalangan `ulama’ Rijāl hadits tidak ada orang yang menyebut namanya (biografinya) di dalam kitab-kitab 
mereka, meskipun nama ayahnya ada tersebut. Hafizh Ibnu Hajar mengatakan ayahnya shadūq. Ibnu Hibbaan pula mengatakan beliau tsiqah. Ramai juga orang meriwayatkan daripadanya. 

(v) Terdapat Idhthirāb pada sanadnya. Di dalam sesetengah saluran tersebut nama Jabrah, dia meriwayatkan daripada ayahnya. Di dalam sesetengah saluran riwayat pula 
dia meriwayatkan daripada ibunya, bukan dari bapanya. Di dalam sesetengah saluran riwayat, namanya Khairah bukan Jabrah. Sementara nama ibunya pula langsung tidak
diketahui.

(4) Sekarang mari kita nilai pula hadits contoh ketiga itu berpandukan kaedah dirayah hadits. Apa ertinya “Carilah kebaikan pada orang-orang yang cantik wajahnya”? 
Apakah ia bererti, kerana kebaikan itu hanya ada pada orang-orang yang berwajah cantik sahaja? Kalau begitu, jelas ia bercanggah dengan kenyataan.

(5) Adakah orang-orang yang berwajah cantik itu baik semuanya? Tentu sekali tidak. Atau adakah mereka lebih baik daripada orang-orang yang tidak cantik wajahnya? 
Tidak juga dapat dipastikan. Kalau begitu, apa ertinya?

(6) Apakah “kebaikan” yang dimaksudkan di dalam hadits itu? Hartakah? Duitkah? Dermakah? Ilmukah? Kemahirankah? Pertolongankah? Atau apa sebenarnya? 
Cakaplah apa pun, kebaikan-kebaikan dalam pelbagai bentuk dan rupanya tidak hanya ada pada orang-orang yang berwajah cantik sahaja. Ini kenyataan.

(7) Kebaikan yang tersebut di dalam hadits ini mungkin bermaksud hajat-hajat, mengambil kira lafaz yang terdapat di dalam sesetengah riwayat 
(اطلبوا الحوائج عند حسان)
Kalaulah diterima sekalipun kebaikan itu dengan erti hajat, maka tidak semua hajat anda dapat diselesaikan oleh orang-orang yang berwajah cantik!


74


Usul dirayah hadis 0075

(8) Hadits-hadits seperti ini mendedahkan orang-orang yang menerimanya kepada perangkap penipuan yang sering muncul dalam masyarakat melalui wajah-wajah yang cantik.

(9) Hadits ini tidak boleh sama sekali dikaitkan dengan hadits sahih berikut:
 إِنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ
Bermaksud: Sesungguhnya Allah itu cantik. Dia suka kepada kecantikan. 
(Hadits riwayat Muslim, Tirmidzi, Ahmad, at-Thabaraani, al-Haakim dan lain-lain). 

Sebabnya ialah konteks kedua-duanya berbeza dan berlainan. Kerana itu tidak boleh ia dijadikan sebagai riwayat mutāba`ah atau syawāhid bagi hadits contoh keempat. Untuk mengetahui perbezaan konteks, anda hendaklah melihat hadits إِنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ
itu selengkapnya. Lihat umpamanya versi riwayat Imam Muslim ini:
 عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ قَالَ رَجُلٌ إِنَّ الرَّجُلَ يُحِبُّ أَنْ يَكُونَ ثَوْبُهُ حَسَنًا وَنَعْلُهُ حَسَنَةً قَالَ إِنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ وَغَمْطُ النَّاسِ
Bermaksud: Nabi s.a.w. bersabda: “Tidak akan masuk syurga orang yang ada di dalam hatinya walaupun seberat dzarrah kibr (kesombongan). (Maka) Berkatalah seorang
lelaki, “Sessungguhnya ada orang suka pakaiannya cantik dan kasutnya juga cantik.” 
(Mendengar kata-kata orang itu) Nabi s.a.w. (pun) bersabda: “Sesungguhnya Allah itu cantik. Dia suka kepada kecantikan. Kibr (kesombongan) yang dimaksudkan ialah 
menolak kebenaran dan menghina orang.” 

(10) Orang-orang yang tidak menerima hadits contoh ketiga tersebut sebagai maudhu`, malah menganggapnya sahih, hasan atau dha`if sahaja paling teruk pun, menta’wilkannya dengan beberapa ta’wilan. Di bawah ini diperturunkan ta’wilan-ta’wilan mereka:

(i)حسان الوجوه  tidak dipakai mereka dengan erti orang-orang yang berwajah cantik, sebaliknya ia hanya bererti orang-orang yang manis mukanya dan mesra.

(ii) Orang-orang yang berwajah cantik itu memang bukan semuanya baik dan tidak semestinya baik, tetapi lebih diharapkan ada kebaikan pada mereka. Menurut bahasa

75

Usul dirayah hadis 0076

orang-orang yang menta’wil begini, dikatakan (هم مظنة للخير)kerana kecantikan luaran pada kebiasaannya menunjukkan kecantikan dalaman seseorang.

(iii)حسان الوجوه  bukan bererti orang-orang yang berwajah cantik, tetapi ia bererti pemimpin-pemimpin atau ketua-ketua yang baik-baik. Kerana salah satu erti popular 
bagi perkataan وجه (jama`nya ialah وجوه) dalam bahasa `Arab ialah ketua.

(iv) الوجوه حسان bukan bererti orang-orang yang berwajah cantik, tetapi ia bererti orang-orang yang manis mukanya apabila diminta sesuatu daripadanya, dan ketika memberi 
juga mukanya manis. Antara bukti yang menyokong pendapat mereka ialah jawapan Ibnu `Abbaas ketika orang-orang berkata kepadanya: “Alangkah ramai orang-orangyang hodoh, tetapi mereka menyempurnakan hajat-hajat orang ramai”. Maka kata Ibnu `Abbaas: “Maksud Beliau (Nabi s.a.w.) ialah orang-orang yang manis mukanya ketika diminta hajat.” 
Lihat sebagai contohnya hadits Ibnu `Abbaas yang dikemukakan oleh al-Khathīb al-Baghdādi di dalam Tārīkh Baghdād (j.7 m/s 461) di bawah ini:
أخبرنا....الحاجة
Hadits Ibnu `Abbaas yang dijadikan sebagai bukti ini juga sangat dha`if. Ia sebenarnya tidak layak dijadikan sebagai bukti dan hujah. Setiap saluran riwayatnya mengandungi 
perawi-perawi yang sangat bermasalah. Ada di antaranya pendusta, pereka hadits, matrūk majhūl, dan lain-lain.

Di dalam riwayat al-Khathīb al-Baghdādi ini juga terdapat perawi-perawi seperti itu. 
Mush`ab bin Salām at-Tamīmi adalah seorang perawi yang dikatakan dha`if oleh `Ali bin al-Madīni, Yahya dan Abu Daud. Ibnu Hibbaan pula berkata, “Dia perawi yang
banyak tersalah dan tidak boleh dijadikan hujah.” 
(Lihat al-Maudhū`āt j.2 m/s 163, Mīzān al-I`tidāl j.4 m/s 120). 

(11) Setelah diketahui bahawa semua saluran riwayat tentangnya bermasalah berpandukan kaedah riwayat hadits dan Ilmu Rijāl Hadits, di samping itu, ia bercanggah

76.

Usul dirayah hadis 0077

pula dengan kaedah dirayah hadits, maka sudah tidak diperlukan lagi ta’wilan-ta’wilan tersebut. Apa yang tinggal sebagai panduan untuk kita ialah pengalaman, ma`lumat-
ma`lumat yang lebih banyak tentang seseorang, atau lain-lain petanda yang menunjukkan perangai dan tabi`atnya, berpandukan ilmu-ilmu seperti ilmu firasat, ilmu 
Qiyāfah dan sebagainya.

(12) Bagi penulis, andaikata hadits tersebut bertaraf hasan atau hanya dha`if ringan sahaja, dan ia boleh diterima dengan syarat dita’wil, maka keempat-empat ta’wilan 
yang dikemukakan pada poin (10) di atas memang mempunyai nilainya yang tersendiri.
Contoh Keempat:
عليكم....،بالنار
Bermaksud: Carilah orang-orang yang berwajah cantik dan berwarna hitam anak matanya, kerana sesungguhnya Allah malu hendak menyiksa (orang yang ber)wajah cantik dengan neraka.

Rujukan:
Ibnu al-Jauzi- al-Maudhu`aat j.1 m/s 160-161, as-Suyuthi – al-La’aali’u al-Mashnu`ah 
j.1 m/s 104, al-Khathīb al-Baghdādi – Tārikh Baghdād j.7 m/s 282-283, al-Manār al-Munīf m/s 62, al-Fawā’id al-Majmū`ah m/s 218, Ibnu `Arraaq al-Kinaani – Tanzih as-
Syari`ah al-Marfu`ah j.1 m/s 174, Mulla `Ali al-Qari- al-Asraaru al-Marfu`ah Fi al-Akhbaari al-Maudhu`ah m/s 436, al-Albaani- Silsilatu al-Ahaditsi ad-Dha`iifah Wa al-
Maudhu`ah j.1 m/s 133, Muhammad bin Khalil al-Massyisyi at-Tharabulsi - al-Lu’lu’ al-Marshu` m/s123. 
Komentar:
(1) Ibnu al-Jauzi mengemukakan hadits itu melalui tiga saluran riwayat. Lihat sanad-
sanadnya bersama matannya di bawah ini:
١- أنبأنا....أبي
77


Usul dirayah hadis 0078

الطيب....بالنار.

٢-أنبأنا....بالنار

٣-أنبأنا...بالنار
(2) Setelah mengemukakannya Ibnu al-Jauzi mengomentarinya dengan berkata, “Ini adalah hadits maudhu`. Orang yang dikatakan telah mengada- ngadakannya ialah Abu Sa`id al-Ĥasan bin `Ali bin Zakariya bin Sāleh bin `Aashim bin Zufar al-`Adawi. 
Perawi-perawi selalu mentadlīskan namanya supaya tidak dikenali. Ini adalah satu jenayah yang teruk dilakukan mereka terhadap Islam.
Di dalam isnad pertama, dia disebut dengan nama al-Ĥasan bin Shāleh. 
Di dalam isnad kedua, dia disebutkan dengan nama Abu Sa`id al-Ĥasan bin `Ali. Di dalam isnad ketiga 
pula dia disebut dengan nama al-Ĥasan bin `Ali bin Zufar. Dia seorang yang sangat berani terhadap Allah. Apalah gunanya dia mengadakan hadits itu kalau dia sendiri tahu 
bahawa berapa ramai orang-orang yang cantik wajahnya, tetapi tetap juga masuk neraka, kerana mereka mati dalam keadaan kafir?! 
Ibnu `Adi berkata, “Abu Sa`id al-`Adawi mengada-ngadakan (mereka) hadits. Kami menganggap bahkan yakin dialah yang telah mereka hadits itu.”
Ibnu Hibbaan berkata, “Dia selalu meriwayatkan (hadits) daripada syeikh-syeikh yang tidak pernah dilihatnya dan mengada-ngadakan hadits atas nama orang-orang yang
dilihatnya.”
Ad-Daaraquthni pula berkata, “Dia perawi matrūk.”

78

Usul dirayah hadis 0079

Hadits yang lebih kurang sama mafhumnya dengan hadits contoh keempat itu ialah 
yang diriwayatkan oleh ad-Dailami. Lihat hadits yang dimaksudkan bersama sanadnya 
di bawah ini:
(الديلمي)....الححدق
Bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak akan menyiksa orang-orang yang berwajah cantik dan berwarna hitam anak matanya.

Perawi-perawi di bawah ar-Raqāsyi majhūl semuanya. Nama-nama mereka tidak ditemui di dalam kitab-kitab Rijāl hadits. Ar-Raqāsyi pula walaupun seorang perawi 
Sunan Ibni Majah dan dianggap shadūq, namun setelah datang ke Baghdad fikirannya bercelaru teruk, sehingga banyaklah kesilapan yang berlaku pada sanad-sanad dan juga matan-matan hadits yang diriwayatkannya. 

Boleh jadi hadits ini berpunca daripada kecelaruan fikirannya yang sangat teruk itu. boleh jadi juga ia merupakan hasil rekaan salah seorang perawi majhul di bawahnya. Demikianlah kata al-Albāni.

Ibnu `Arrāq pula di dalam Tanzīh asy-Syarī`ah menulis, “Di dalam Sanadnya ada Ja`far bin Ahmad ad-Daqqāq, dialah puncanya pada pandanganku.” 

(4) Tidak ada sebarang keraguan tentang kekarutan dan kepalsuan hadits-hadits seperti ini, kerana ia jelas bercanggah dengan ajaran Islam. Islam mengaitkan pembalasan amalan seseorang manusia di akhirat kelak dengan amalan-amalan dan usaha-usaha yang dilakukannya semasa di dunia. Jika baik, maka baiklah balasannya. Dan jika jahat atau buruk, maka buruklah pula balasannya. Sesuai dengan firman Allah:

Az-Zalzalah 99:7فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُۥ 
Az-Zalzalah 99:8وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُۥ 
Bermaksud: Maka sesiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya dia 
akan melihat (balasan)nya. (7)
Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar dzarrahpun, niscaya dia akan melihat 
(balasan)nya juga. (8) (Az-Zalzalah:7-8

79


Usul dirayah hadis 0080
(5) Hadits-hadits seperti itu memang bercanggah dengan ajaran Islam yang tidak mentaklifkan manusia dengan sesuatu yang di luar daripada batas batas ikhtiar dan 
kemampuannya. Mendapat wajah yang cantik atau warna anak mata yang hitam bukan berada dalam ikhtiar dan pilihan manusia. Kerana itu ia tidak seharusnya menjadi sebab bagi seseorang masuk syurga atau neraka.
(6) Ia juga bercanggah sekian banyak hadits Rasulullah s.a.w. Antaranya ialah sabda 
Baginda berikut:
إِنَّ اللَّهَ عزوجل لَا يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَأَمْوَالِكُمْ وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوبِكُمْ وَأَعْمَالِكُمْ
Bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa-rupa dan harta bendamu, tetapi Dia melihat kepada hati-hati dan amalan-amalanmu. 
(Hadits riwayat Muslim, Ahmad, Ibnu Hibbaan dan Ibnu Majah). 

(7) Kalaulah semata-mata mempunyai wajah yang cantik dapat menghindarkan seseorang daripada masuk neraka, niscaya Abu Lahab adalah antara orang yang tidak
akan Allah masukkan ke dalam neraka. Sebabnya ialah ia sangat terkenal dengan kecantikan rupa parasnya. Bukankah kerana Abu Lahablah Surah al-Masad diturunkan Allah s.w.t.? Dan bukankah Allah telah berfirman di dalamnya:
Al-Masad 111:3 سَيَصْلَىٰ نَارًا ذَاتَ لَهَبٍ 
Bermaksud: Kelak dia (Abu Lahab) akan masuk ke dalam api (neraka) yang marak menjulang. (al-Masad:3).

(8) Daripada perbincangan dan kajian yang lalu dapatlah kiranya difahami kenapakah Imam Ibnu al-Qayyim pernah berkata bahawa setiap hadits yang menyebutkan 
kelebihan orang-orang yang berwajah cantik, pujian Nabi s.a.w. terhadap mereka, perintah Baginda supaya memandang mereka, meminta hajat dengan mereka, atau 
mereka tidak akan disentuh api neraka, adalah palsu, dusta dan rekaan semata-mata.

80

Tiada ulasan:

Catat Ulasan