Ahad, Mei 15, 2022

Tafsir nota baca 0001(12-19)s3

Tafsir nota baca 0001(12-19)s3
Ayat 3
الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ
Iaitu orang-orang yang beriman (percaya)kepada perkara ghaib¹⁶ dan  mendirikan shalat¹⁷ serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian rezeki yang Kami berikan  kepada mereka¹⁸ [3]


¹⁶ Perkara ghaib ialah apa yang tersembunyi kepada anda dan tidak dapat dikesan dengan pancaindera hakikatnya. Termasuklah dalam beriman kepada perkara ghaib itu beriman kepada kewujudan zat, sifat dan afaal (perbuatan-perbuatan) Allah,malaikat-malaikatNya, ni'mat syurga dan lain-lain. Lihat beberapa firman Allah dibawah ini sebagai bukti dan keterangan tentangnya:

Al-Hadid 57:3
هُوَ ٱلْأَوَّلُ وَٱلْءَاخِرُ وَٱلظَّٰهِرُ وَٱلْبَاطِنُۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌ 
Bermaksud: Dialah Yang Awal dan Yang Akhir, Yang Zahir dan Yang Bathin; dan Dialah Yang Maha Mengetahui segala sesuatu. 


Al-Furqan 25:22
يَوْمَ يَرَوْنَ ٱلْمَلَٰٓئِكَةَ لَا بُشْرَىٰ يَوْمَئِذٍ لِّلْمُجْرِمِينَ وَيَقُولُونَ حِجْرًا مَّحْجُورًا 
Bermaksud: (Ingatkanlah) hari mereka nampak malaikat, pada hari itu tiadalah sebarang berita gembira bagi orang-orang yang bersalah, dan mereka akan berkata:"Semoga kita jauh, dijauhkan (dari sebarang keadaan yang buruk)". 


As-Sajdah 32:17
فَلَا تَعْلَمُ نَفْسٌ مَّآ أُخْفِىَ لَهُم مِّن قُرَّةِ أَعْيُنٍ جَزَآءًۢ بِمَا كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ 
Bermaksud: Tak seorang pun mengetahui berbagai ni'mat yang dirahsiakan kepada mereka, yang amat indah dipandang, sebagai balasan bagi apa yang mereka telah kerjakan. 


¹⁷ Maksud mendirikan shalat ialah mengerjakannya dengan sempurna, dengan segala rukun, syarat dan adabnya, sesuai dengan apa yang diajar dan ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Ini kerana Allah s.w.t. telah berfirman:
 
An-Nahl 16:44
بِٱلْبَيِّنَٰتِ وَٱلزُّبُرِۗ وَأَنزَلْنَآ إِلَيْكَ ٱلذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيْهِمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ 

Bermaksud: (Kami utuskan Rasul-rasul itu) membawa keterangan-keterangan (berupa mu'jizat) yang jelas nyata (membuktikan kebenaran mereka) dan Kitab-kitab Suci (yang menjadi panduan); dan kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Qur'an yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkannya. 


Antara kaifiat shalat berjama'ah yang diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. ialah: 
تسوية الصف من إقامة الصلاة
Bermaksud: Membetulkan saf termasuk salah satu perkara yang menyempurnakan shalat (berjama' ah). 
(Hadits riwayat al-Bukhari).
Antara firman Allah yang menerangkan rukun-rukun shalat pula ialah:

Al-Baqarah 2:43
وَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ وَٱرْكَعُوا۟ مَعَ ٱلرَّٰكِعِينَ 
Bermaksud: Dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat, dan ruku'lah bersama-sama orang-orang yang ruku'. 


Al-'Alaq 96:19
كَلَّا لَا تُطِعْهُ وَٱسْجُدْ وَٱقْتَرِب۩ 
Bermaksud: Sekali-kali jangan, janganlah engkau (wahai Muhammad) patuh kepadanya; sebaliknya sujudlah dan dampingkan dirimu (kepada Allah dengan ta'at dan beramal saleh). 


Az-Zumar 39:9
أَمَّنْ هُوَ قَٰنِتٌ ءَانَآءَ ٱلَّيْلِ سَاجِدًا وَقَآئِمًا يَحْذَرُ ٱلْءَاخِرَةَ وَيَرْجُوا۟ رَحْمَةَ رَبِّهِۦۗ قُلْ هَلْ يَسْتَوِى ٱلَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَٱلَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَۗ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُو۟لُوا۟ ٱلْأَلْبَٰبِ 
Bermaksud: (Apakah kamu hai orang musyrik yang lebih beruntung) atau orang yang ta'at beribadat di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah:"Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran dan peringatan. 


Al-Muzzammil 73:20
إِنَّ رَبَّكَ يَعْلَمُ أَنَّكَ تَقُومُ أَدْنَىٰ مِن ثُلُثَىِ ٱلَّيْلِ وَنِصْفَهُۥ وَثُلُثَهُۥ وَطَآئِفَةٌ مِّنَ ٱلَّذِينَ مَعَكَۚ وَٱللَّهُ يُقَدِّرُ ٱلَّيْلَ وَٱلنَّهَارَۚ عَلِمَ أَن لَّن تُحْصُوهُ فَتَابَ عَلَيْكُمْۖ فَٱقْرَءُوا۟ مَا تَيَسَّرَ مِنَ ٱلْقُرْءَانِۚ عَلِمَ أَن سَيَكُونُ مِنكُم مَّرْضَىٰۙ وَءَاخَرُونَ يَضْرِبُونَ فِى ٱلْأَرْضِ يَبْتَغُونَ مِن فَضْلِ ٱللَّهِۙ وَءَاخَرُونَ يُقَٰتِلُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِۖ فَٱقْرَءُوا۟ مَا تَيَسَّرَ مِنْهُۚ وَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَقْرِضُوا۟ ٱللَّهَ قَرْضًا حَسَنًاۚ وَمَا تُقَدِّمُوا۟ لِأَنفُسِكُم مِّنْ خَيْرٍ تَجِدُوهُ عِندَ ٱللَّهِ هُوَ خَيْرًا وَأَعْظَمَ أَجْرًاۚ وَٱسْتَغْفِرُوا۟ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌۢ 
Bermaksud: Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui bahawasanya kamu berdiri(sembahyang) kurang dari dua pertiga malam, atau seperdua malam atau sepertiganya dan (demikian pula) segolongan dari orang-orang yang bersamamu. Dan Allah menetapkan ukuran malam dan siang. Allah mengetahui bahawa kamu sekali-kali tidak dapat menentukan batas-batas waktu-waktu itu, maka Dia memberi keringanan kepadamu, kerana itu bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al Quran (dalam shalat). Dia mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit dan orang-orang yang berjalan di muka bumi mencari sebahagian kurnia Allah; dan orang-orang yang lain lagi berperang di jalan Allah, maka bacalah apa yang mudah(bagimu) dari Al-Qur'an (dalam shalat) dan dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berikanlah pinjaman kepada Allah pinjaman yang baik. Dan kebaikan apa saja yang kamu perbuat untuk dirimu niscaya kamu memperoleh (balasan)nya di sisi Allah sebagai balasan yang paling baik dan yang paling besar pahalanya. Dan mohonlah ampunan kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang . 


¹⁸ Salah satu sifat al-muttaqin yang disebutkan di dalam ayat ke-3 Surah al-Baqarah ini ialah mereka membelanjakan sebahagian daripada rezeki yang Allah kurniakan kepada mereka.
Erti sebahagian itu diperolehi daripada perkataanمن تبعيضية pada مما.
Ia menunjukkan Allah tidak hendak semua harta seseorang dibelanjakan atau didermakan di jalan Allah, sebaliknya sebahagian sahaja daripadanya. Mungkin sebagai zakat yang difardhukan atau sebagai derma sukarela yang disunatkan. Jika sebagai zakat, maka panduan terperinci mengenainya boleh ditemui di dalam Sunnah Nabi s.a.w. Dan jika sebagai derma sunat pula apa panduannya? Sebanyak manakah seharusnya dibelanjakan dan sebanyak mana pula harus disimpan, tidak dinyatakan disini. Ia diterangkan pada ayat berikut:

Al-Baqarah 2:219
يَسْـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلْخَمْرِ وَٱلْمَيْسِرِۖ قُلْ فِيهِمَآ إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَٰفِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَاۗ وَيَسْـَٔلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَ قُلِ ٱلْعَفْوَۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمُ ٱلْءَايَٰتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ 
Bermaksud: Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang arak dan judi.Katakanlah: "Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan ada pula beberapa manfa'at bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfa'atnya". Dan mereka bertanya pula kepadamu: "Apakah yang mereka harus belanjakan (dermakan)? Katakanlah: "Yang lebih dari keperluan(mu). Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu supaya kamu berfikir. 


Ayat ini menyatakan harta yang lebih daripada keperluan dan tanggungan seseorang sahaja dianjurkan supaya dibelanja atau didermakan.Berhubung dengan soal perbelanjaan terdapat beberapa lagi panduan di dalam Al-Qur'an. Sebagai contohnya firman Allah ini: 
Al-Isra' 17:29
وَلَا تَجْعَلْ يَدَكَ مَغْلُولَةً إِلَىٰ عُنُقِكَ وَلَا تَبْسُطْهَا كُلَّ ٱلْبَسْطِ فَتَقْعُدَ مَلُومًا مَّحْسُورًا 
Bermaksud: Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di tengkukmu dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya, kerana akibatnya akan tinggallah engkau dalam keadaan tercela lagi sengsara. 

Firman Allah ini melarang kita menjadi orang kedekut dan boros, kerana kedua-duanya mengakibatkan seseorang jadi tercela dan sengsara.Apa yang dikehendaki Allah sebenarnya ialah bersederhana dalam perbelanjaan.Hakikat ini tersebut dengan jelas di dalam ayat berikut:
Al-Furqan 25:67
وَٱلَّذِينَ إِذَآ أَنفَقُوا۟ لَمْ يُسْرِفُوا۟ وَلَمْ يَقْتُرُوا۟ وَكَانَ بَيْنَ ذَٰلِكَ قَوَامًا 
Bermaksud: Dan mereka (yang diredhai Allah) itu, apabila membelanjakan hartanya,tiadalah melampaui batas (boros) dan tiada pula bakhil kedekut, sebaliknya pertengahan di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu. 

Tempat berbelanja atau kepada siapa elok dibelanjakan harta juga ada panduannya didalam Al-Qur'an. Lihat firman Allah ini sebagai contohnya:
Al-Baqarah 2:215
يَسْـَٔلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَۖ قُلْ مَآ أَنفَقْتُم مِّنْ خَيْرٍ فَلِلْوَٰلِدَيْنِ وَٱلْأَقْرَبِينَ وَٱلْيَتَٰمَىٰ وَٱلْمَسَٰكِينِ وَٱبْنِ ٱلسَّبِيلِۗ وَمَا تَفْعَلُوا۟ مِنْ خَيْرٍ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِيمٌ 
Bermaksud: Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): "Apakah yang akan mereka belanjakan dan kepada siapakah)? Katakanlah: "Apa jua harta benda yang kamu belanjakan, hendaklah diberikan kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan".Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu buat, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya). 

Perbelanjaan yang tidak kena pada tempatnya boleh mengakibatkan penyesalan dikemudian hari. Bukan sekadar itu, malah ia akan membawa pembelanja ke Neraka Jahannam. Hakikat ini juga tersebut di dalam Al-Qur'an. Lihat ayat berkenaan dibawah ini:
Al-Anfal 8:36
إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ يُنفِقُونَ أَمْوَٰلَهُمْ لِيَصُدُّوا۟ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِۚ فَسَيُنفِقُونَهَا ثُمَّ تَكُونُ عَلَيْهِمْ حَسْرَةً ثُمَّ يُغْلَبُونَۗ وَٱلَّذِينَ كَفَرُوٓا۟ إِلَىٰ جَهَنَّمَ يُحْشَرُونَ 
Bermaksud: Sesungguhnya orang-orang kafir yang selalu membelanjakan harta mereka untuk menghalangi (manusia) dari jalan Allah, maka mereka tetap membelanjakannya, kemudian ia (harta yang dibelanjakan) menyebabkan penyesalan kepada mereka, tambahan pula mereka dikalahkan, dan (ingatlah) orang-orang kafir itu (akhirnya) dihimpunkan dalam Neraka Jahannam. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan