Isnin, Mei 16, 2022

Tafsir nota baca 0001(12-19)s5

Tafsir nota baca 0001(12-19)s5

Ayat 5 أُولَٰئِكَ عَلَىٰ هُدًى مِنْ رَبِّهِمْ ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Mereka²² itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya²³ [5]

²² Mereka yang sifat-sifatnya tersebut di dalam dua ayat sebelum inilah golongan yang berada di atas petunjuk yang diturunkan dari Tuhan.

²³ masuk syurga dan dijauhkan dari neraka. Pada tempat yang lain di dalam Al-Qur'an Allah menyatakan sifat-sifat orang-orang mu'min yang berjaya dan kemuncak kejayaan yang diperolehi mereka begini:
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ 
1.قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُون
2.الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ
3.وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ
4.وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ
5.وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ
6.إِلَّا عَلَىٰ أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ
7.فَمَنِ ابْتَغَىٰ وَرَاءَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْعَادُون
8.وَالَّذِينَ هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ
9.وَالَّذِينَ هُمْ عَلَىٰ صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ
10.أُولَٰئِكَ هُمُ الْوَارِثُونَ
11.الَّذِينَ يَرِثُونَ الْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا  خَالِدُونَ
Bermaksud: Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, (1)
iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; (2) mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; (3) 
mereka yang menunaikan zakat; (4) 
Dan mereka yang menjaga kehormatannya; (5) 
kecuali terhadap isterinya atau hambasahayanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela(6)
sesiapa yang mencari selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas; (7) 
Dan mereka yang menjaga amanah serta janjinya; (8) 
Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya; (9) Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi; (10) 
yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya. (11) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan