Jumaat, Mei 20, 2022

Tafsir nota baca 0006(0096-0097)s18/5/22(1)

Tafsir nota baca 0006(0096-0097)s18/5/22(1)
Al-Baqarah 2:65
وَلَقَدْ عَلِمْتُمُ ٱلَّذِينَ ٱعْتَدَوْا۟ مِنكُمْ فِى ٱلسَّبْتِ فَقُلْنَا لَهُمْ كُونُوا۟ قِرَدَةً خَٰسِـِٔينَ
Dan sesungguhnya kamu (juga) telah mengetahui (bagaimanä buruknya akibat) segolongan kamu yang telah menceroboh (larangan) hari Sabtu¹²⁴, lalu Kami katakan kepada mereka: "Jadilah kamu kera-kera yung hina!” ¹²⁵ [65]

¹²⁴ Kisah Bani Israil berkenaan disebut Allah di dalam  ayat ini secara umum dan ringkas (ijmal) sahaja. la tersebut secara lebih jelas dan terperinci (taťshil) di dalam firman Allah berikut:
Al-A'raf 7:163
وَسْـَٔلْهُمْ عَنِ ٱلْقَرْيَةِ ٱلَّتِى كَانَتْ حَاضِرَةَ ٱلْبَحْرِ إِذْ يَعْدُونَ فِى ٱلسَّبْتِ إِذْ تَأْتِيهِمْ حِيتَانُهُمْ يَوْمَ سَبْتِهِمْ شُرَّعًا وَيَوْمَ لَا يَسْبِتُونَۙ لَا تَأْتِيهِمْۚ كَذَٰلِكَ نَبْلُوهُم بِمَا كَانُوا۟ يَفْسُقُونَ 
Bermaksud: Dan bertanyalah kepadä mereka (wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar yang letaknya di tepi laut, semasa melanggar larangan pada hari Sabtu. ketika datang kepada mereka pada hari Säbtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada mereka, yang kelihatan timbul di muka air  sedang pada häri-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada merekä. Demikianläh kami menguji (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik. 

¹²⁵ Mereka memang telah dijadikan kera-kera berdasarkan firman Allah ini:
Al-Ma'idah 5:60
قُلْ هَلْ أُنَبِّئُكُم بِشَرٍّ مِّن ذَٰلِكَ مَثُوبَةً عِندَ ٱللَّهِۚ مَن لَّعَنَهُ ٱللَّهُ وَغَضِبَ عَلَيْهِ وَجَعَلَ مِنْهُمُ ٱلْقِرَدَةَ وَٱلْخَنَازِيرَ وَعَبَدَ ٱلطَّٰغُوتَۚ أُو۟لَٰٓئِكَ شَرٌّ مَّكَانًا وَأَضَلُّ عَن سَوَآءِ ٱلسَّبِيلِ 
Bermaksud: Katakanlah: "Mahukah, aku ceritakan kepadamu tentang orang-orang yang lebih buruk balasannya di sisi Allah daripadä yang demikian itu? Mereka ialah orang-orang yang dilaknat oleh Allah dan dimurkaiNya dan orang-orang yang dijadikan di antara mereka sebagai kera-kera dan babi-babi serta orang-orang , yang menyembah Taghut. Mereka itulah yang lebih buruk kedudukannya dan yang lebih sesat dari jalan yang betul.

Dan firman Allah di dalam Surah al-A'raaf:
Al-A'raf 7:166
فَلَمَّا عَتَوْا۟ عَن مَّا نُهُوا۟ عَنْهُ قُلْنَا لَهُمْ كُونُوا۟ قِرَدَةً خَٰسِـِٔينَ 
Bermaksud: Maka setelah mereka melanggar apa yang telah dilarang mereka. Kami katakan kepada mereka: Jadilah kamu kera-kera yang hina. (al-A'raaf:166).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan