Jumaat, Mei 20, 2022

Tafsir nota baca 0006(0096-0097)s18/5/22(3)

Tafsir nota baca 0006(0096-0097)s18/5/22(3)
Al-Baqarah 2:67
وَإِذْ قَالَ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِۦٓ إِنَّ ٱللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تَذْبَحُوا۟ بَقَرَةًۖ قَالُوٓا۟ أَتَتَّخِذُنَا هُزُوًاۖ قَالَ أَعُوذُ بِٱللَّهِ أَنْ أَكُونَ مِنَ ٱلْجَٰهِلِينَ 
Dan (kenangilah), ketika (Nabi) Musa berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya Allah memerintah kamu supaya menyembelih seekor Iembu betina”. Jawab mereka: "Apakah engkau hendak mempermain-mainkan kami¹²⁷ Ujar Musa: "Aku berlindung kepada Allah daripada termasuk didalam golongan orang-orang yang jahil.¹²⁸ [67] 

¹²⁷ Kerana kami bertanya tentang seorang yang telah terbunuh, siapa pembunuh sebenarnya? Engkau pula berkata: "Sesungguhnya Allah memerintah kamu supaya menyembelih seekor lembu betina.” Apa kaitannya pertanyaan kami itü dengan perintah Allah tersebut? Apakah engkau hendak mempermain-mainkan kami? Ayat ke-72-73 selepas ini menjelaskan latar belakang bagi perintah Allah yang tersebut di dalam ayat ke-67 ini.

¹²⁸ Orang-orang jahil sahaja yang mempermain-main dan memperolok-olokkan orang. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan