Sabtu, Mei 21, 2022

Tafsir nota baca 0006(0096-0100)s18/5/22(8)

Tafsir nota baca 0006(0096-0100)s18/5/22(8)
Al-Baqarah 2:73
فَقُلْنَا ٱضْرِبُوهُ بِبَعْضِهَاۚ كَذَٰلِكَ يُحْىِ ٱللَّهُ ٱلْمَوْتَىٰ وَيُرِيكُمْ ءَايَٰتِهِۦ لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ 
Lalu Kami berfiman: "Pukullah si mati dengan sebahagian anggota lembu (yang disembelih).¹³² Demikianlah Allah menghidupkan kembali orang-orang yang telah mati dan memperlihatkan tanda-tanda kekuasaanNya supaya kamu berfikir.¹³³ [73]

¹³² Sebaik saja dipukul ia terus hidup, lalu ia memberitahu siapa pembunuhnya.

¹³³ Ayat ke-73 ini mengisyaratkan bahawa menghidupkan seorang Bani Israil yang telah terbunuh merupakan bukti tentang manusia akan dibangkitkan kembali setelah mati. Kerana Tuhan yang terbukti dapat menghidupkan kembali seorang manusia yang telah mati tentu berkuasa juga menghidupkan yang Iain-Iain, malah sekalian manusia.

Hakikat inilah yang ditegaskan oleh Allah di dalam ayat berikut:
Luqman 31:28 مَّا خَلْقُكُمْ وَلَا بَعْثُكُمْ إِلَّا كَنَفْسٍ وَٰحِدَةٍۗ إِنَّ ٱللَّهَ سَمِيعٌۢ بَصِيرٌ
Bermaksud: (Bagi Allah Yang Maha Kuasa) Soal menciptakan kamu semua (dari tiada kepada ada) dan soal membangkitkan kamu hidup semula sesudah mati, tidak ada apa-apa sukarnya, hanyalah seperti (mencipta dan menghidupkan semula) seorang manusia sahaja. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. 

Antara hikmah dan pengajaran yang terkandung di sebalik pemaparan kisah ini ialah: 
(1) Membuktikan kekuasaan Allah menghidupkan kembali manusia yang telah mati. Salah satu masalah besar yang membingungkan orang-orang kafir di sepanjang zaman ialah menerima bahawa manusia yang telah mati akan hidup kembali di akhirat. 
(2) Menyingkap rahsia pembunuhan seorang lelaki di zaman Nabi Musa a.s. Pembunuh akhirnya diketahui melalui kesaksian si mati sendiri. 
(3) Menghilangkan saki baki kepercayaan mereka terhadap kesaktian dan ketuhanan lembu yang pernah ditanam Oleh Samiri. Caranya ialah dengan menyembelih lembu. Tidak ada apa pun bencana menimpa mereka walaupun mereka telah menyembelih lembu yang paling cantik sekalipun. Justeru ia hanyalah tuhan palsu!

Itulah tiga hikmah besar bagi perintah Allah kepada Bani Israil supaya mereka menyembelih lembu betina itu. Itulah yang mereka sibuk persoalkan Nabi Musa ketika Baginda menyampaikan perintah Allah tersebut. Oleh kerana hikmah pertama paling besar, Allah mengemukakan contoh- contohnya beberapa kali dengan bermacam-macam cara untuk membuktikan kebenarannya. 
Di dalam Surah al-Baqarah sahaja sudah ada lima contohnya. 
Pertama, pada firman Allah yang telah berlalu sebelum ini, lihat ayat ke-56. 
Kedua. ialah yang sedang kita hadapi sekarang(ke 73). Ketiga, pada ayat ke-243. 
Keempat, pada ayat ke-259 dan 
kelima, pada ayat ke-260.

Al-Baqarah 2:56 ثُمَّ بَعَثْنَٰكُم مِّنۢ بَعْدِ مَوْتِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ 
Kemudian, Kami membangkitkan kamu setelah kamu mati(pengsan dari sambaran petir), agar kamu bersyukur.¹¹¹

¹¹¹ Ini berlaku setelah Nabi Musa merayu kepada Allah dan memohon keampunanNya untuk mereka.
Lihat firman Allah berikut:
Al-A'raf 7:155
وَٱخْتَارَ مُوسَىٰ قَوْمَهُۥ سَبْعِينَ رَجُلًا لِّمِيقَٰتِنَاۖ فَلَمَّآ أَخَذَتْهُمُ ٱلرَّجْفَةُ قَالَ رَبِّ لَوْ شِئْتَ أَهْلَكْتَهُم مِّن قَبْلُ وَإِيَّٰىَۖ أَتُهْلِكُنَا بِمَا فَعَلَ ٱلسُّفَهَآءُ مِنَّآۖ إِنْ هِىَ إِلَّا فِتْنَتُكَ تُضِلُّ بِهَا مَن تَشَآءُ وَتَهْدِى مَن تَشَآءُۖ أَنتَ وَلِيُّنَا فَٱغْفِرْ لَنَا وَٱرْحَمْنَاۖ وَأَنتَ خَيْرُ ٱلْغَٰفِرِينَ 
Bermaksud: Dan Nabi Musa memilih tujuh puluh orang lelaki dari kaumnya (untuk dibawa bersama ke Gunung Tursina) pada waktu yang telah kami tentukan. Maka ketika mereka digegar oleh gempa, Nabi Musa merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Jika Engkau kehendaki, Engkau boleh binasakan mereka bersama-sama denganku sebelum ini. Adakah Engkau hendak membinasakan kami disebabkan apa yang telah dilakukan oleh orang-orang yang bodoh di antara kami? (Apa yang mereka telah lakukan) itu hanyalah cubaanMu. Dengan cubaan itu Engkau sesatkan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau beri petunjuk kepada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau jualah.Pelindung kami; oleh itu ampunkanlah kami dan berilah rahmat kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi ampun


Al-Baqarah 2:73
فَقُلْنَا ٱضْرِبُوهُ بِبَعْضِهَاۚ كَذَٰلِكَ يُحْىِ ٱللَّهُ ٱلْمَوْتَىٰ وَيُرِيكُمْ ءَايَٰتِهِۦ لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ 
Lalu Kami berfiman: "Pukullah si mati dengan sebahagian anggota lembu (yang disembelih).¹³² Demikianlah Allah menghidupkan kembali orang-orang yang telah mati dan memperlihatkan tanda-tanda kekuasaanNya supaya kamu berfikir.¹³³ [73]

Al-Baqarah 2:243
أَلَمْ تَرَ إِلَى ٱلَّذِينَ خَرَجُوا۟ مِن دِيَٰرِهِمْ وَهُمْ أُلُوفٌ حَذَرَ ٱلْمَوْتِ فَقَالَ لَهُمُ ٱللَّهُ مُوتُوا۟ ثُمَّ أَحْيَٰهُمْۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَذُو فَضْلٍ عَلَى ٱلنَّاسِ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَشْكُرُونَ 
Tidakkah kamu memperhatikan orang-orang yang keluar dari kampung halamannya, sedang jumlahnya ribuan karena takut mati? Lalu Allah berfirman kepada mereka, “Matilah kamu!” Kemudian Allah menghidupkan mereka. Sesungguhnya Allah memberikan karunia kepada manusia, tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.

Al-Baqarah 2:259
أَوْ كَٱلَّذِى مَرَّ عَلَىٰ قَرْيَةٍ وَهِىَ خَاوِيَةٌ عَلَىٰ عُرُوشِهَا قَالَ أَنَّىٰ يُحْىِۦ هَٰذِهِ ٱللَّهُ بَعْدَ مَوْتِهَاۖ فَأَمَاتَهُ ٱللَّهُ مِا۟ئَةَ عَامٍ ثُمَّ بَعَثَهُۥۖ قَالَ كَمْ لَبِثْتَۖ قَالَ لَبِثْتُ يَوْمًا أَوْ بَعْضَ يَوْمٍۖ قَالَ بَل لَّبِثْتَ مِا۟ئَةَ عَامٍ فَٱنظُرْ إِلَىٰ طَعَامِكَ وَشَرَابِكَ لَمْ يَتَسَنَّهْۖ وَٱنظُرْ إِلَىٰ حِمَارِكَ وَلِنَجْعَلَكَ ءَايَةً لِّلنَّاسِۖ وَٱنظُرْ إِلَى ٱلْعِظَامِ كَيْفَ نُنشِزُهَا ثُمَّ نَكْسُوهَا لَحْمًاۚ فَلَمَّا تَبَيَّنَ لَهُۥ قَالَ أَعْلَمُ أَنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ 
Atau seperti orang yang melewati suatu negeri yang (bangunan-bangunannya) telah roboh hingga menutupi (reruntuhan) atap-atapnya, dia berkata, “Bagaimana Allah menghidupkan kembali (negeri) ini setelah hancur?” Lalu Allah mematikannya (orang itu) selama seratus tahun, kemudian membangkitkannya (menghidupkannya) kembali. Dan (Allah) bertanya, “Berapa lama engkau tinggal (di sini)?” Dia (orang itu) menjawab, “Aku tinggal (di sini) sehari atau setengah hari.” Allah berfirman, “Tidak! Engkau telah tinggal seratus tahun. Lihatlah makanan dan minumanmu yang belum berubah, tetapi lihatlah keledaimu (yang telah menjadi tulang belulang). Dan agar Kami jadikan engkau tanda kekuasaan Kami bagi manusia. Lihatlah tulang belulang (keledai itu), bagaimana Kami menyusunnya kembali, kemudian Kami membalutnya dengan daging.” Maka ketika telah nyata baginya, dia pun berkata, “Saya mengetahui bahwa Allah Mahakuasa atas segala sesuatu.”

Al-Baqarah 2:260
وَإِذْ قَالَ إِبْرَٰهِۦمُ رَبِّ أَرِنِى كَيْفَ تُحْىِ ٱلْمَوْتَىٰۖ قَالَ أَوَلَمْ تُؤْمِنۖ قَالَ بَلَىٰ وَلَٰكِن لِّيَطْمَئِنَّ قَلْبِىۖ قَالَ فَخُذْ أَرْبَعَةً مِّنَ ٱلطَّيْرِ فَصُرْهُنَّ إِلَيْكَ ثُمَّ ٱجْعَلْ عَلَىٰ كُلِّ جَبَلٍ مِّنْهُنَّ جُزْءًا ثُمَّ ٱدْعُهُنَّ يَأْتِينَكَ سَعْيًاۚ وَٱعْلَمْ أَنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ 
Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berkata, “Ya Tuhanku, perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan orang mati.” Allah berfirman, “Belum percayakah engkau?” Dia (Ibrahim) menjawab, “Aku percaya, tetapi agar hatiku tenang (mantap).” Dia (Allah) berfirman, “Kalau begitu ambillah empat ekor burung, lalu cincanglah olehmu kemudian letakkan di atas masing-masing bukit satu bagian, kemudian panggillah mereka, niscaya mereka datang kepadamu dengan segera.” Ketahuilah bahwa Allah Mahaperkasa, Mahabijaksana.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan