Tafsir nota baca 0006(0101-0115)s25/5/22s15
Al-Baqarah 2:90
بِئْسَمَا ٱشْتَرَوْا۟ بِهِۦٓ أَنفُسَهُمْ أَن يَكْفُرُوا۟ بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ بَغْيًا أَن يُنَزِّلَ ٱللَّهُ مِن فَضْلِهِۦ عَلَىٰ مَن يَشَآءُ مِنْ عِبَادِهِۦۖ فَبَآءُو بِغَضَبٍ عَلَىٰ غَضَبٍۚ وَلِلْكَٰفِرِينَ عَذَابٌ مُّهِينٌ
Alangkah buruknya (hasil perbuatan) mereka yang menjual diri sendiri dengan kekufuran kepada apa yang telah diturunkan Allah, kerana dengki sebab Allah telah menurunkan limpah kurnia-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hambaNya.¹⁵⁰ Kerana itü mereka mendapat kemurkaan demi kemurkaan. Dan untuk orang-orang yang kafir itü ada siksaan yang menghinakan. [90].
¹⁵⁰ Perasaan dengkilah antara şebab yang membuatkan orang-orang Yahudi tidak dapat beriman kepada Nabi Muhamad s.a.w. Allah ketika menceritakan perkara yang şama di dalam ayat yang lain telah berfirman:
An-Nisa' 4:54
أَمْ يَحْسُدُونَ ٱلنَّاسَ عَلَىٰ مَآ ءَاتَىٰهُمُ ٱللَّهُ مِن فَضْلِهِۦۖ فَقَدْ ءَاتَيْنَآ ءَالَ إِبْرَٰهِيمَ ٱلْكِتَٰبَ وَٱلْحِكْمَةَ وَءَاتَيْنَٰهُم مُّلْكًا عَظِيمًا
Bermaksud: Atau patutkah mereka dengki kepada manusia (Nabi Muhammad dan umatnya) disebabkan nikmat (pangkat Nabi dan agama Islam) yang telah diberikan oleh Allah kepada mereka dari limpah kurniaNya? Kerana sesungguhnya Kami telahpun memberi kepada keluarga Ibrahim: Kitab (agama) dan hikmat (pangkat Nabi) dan kami telah memberi kepada mereka kerajaan yang besar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan