Tafsir nota baca 0006(0101-0115)s25/5/22s20
Al-Baqarah 2:95 وَلَن يَتَمَنَّوْهُ أَبَدًۢا بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْۗ وَٱللَّهُ عَلِيمٌۢ بِٱلظَّٰلِمِينَ
Dan mereka sekali-kali tidak akan bercita-cita mati selama-lamanya, dengan şebab dosa-dosa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan mereka (sendiri), dan Allah Maha Mengetahui (rahsia) orang-orang yang zalim.¹⁵⁴ [95].
¹⁵⁴ Terdapat dua ayat lain yang lebih kurang sama dengan ayat ke-94 dan 95 Surah alBaqarah ini. la tersebut di dalam Surah al-Jumuah. Allah berfirman: Al-Jumu'ah 62:6
قُلْ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ هَادُوٓا۟ إِن زَعَمْتُمْ أَنَّكُمْ أَوْلِيَآءُ لِلَّهِ مِن دُونِ ٱلنَّاسِ فَتَمَنَّوُا۟ ٱلْمَوْتَ إِن كُنتُمْ صَٰدِقِينَ
Bermaksud :Katakanlah (Muhammad), “Wahai orang-orang beragama Yahudi! kalau kamu anggap bahwa kamulah sahaja orang-orang yang dikasihi Allah tidak termasuk umat-umat manusia yang lain, maka hendaklah kamu bercita-cita mati, jika kamu orang yang benar.”
Al-Jumu'ah 62:7 وَلَا يَتَمَنَّوْنَهُۥٓ أَبَدًۢا بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْۚ وَٱللَّهُ عَلِيمٌۢ بِٱلظَّٰلِمِينَ
Dan (sudah tentu) mereka tidak akan bercita-cita hendakkan mati itu selamanya disebabkan kejahatan yang telah mereka perbuat dengan tangan mereka sendiri. Dan Allah Maha Mengetahui orang-orang yang zhalim.
Secara kasarnya ia kelihatan sama dengan dua ayat al-Baqarah diatas, meskipun ada perbezaan pada lafaz dan maknanya di sana-sini. Inilah salah satu sifat al-Quran yang disebut Allah didalam firmanNya ini
Az-Zumar 39:23
ٱللَّهُ نَزَّلَ أَحْسَنَ ٱلْحَدِيثِ كِتَٰبًا مُّتَشَٰبِهًا مَّثَانِىَ تَقْشَعِرُّ مِنْهُ جُلُودُ ٱلَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمْ وَقُلُوبُهُمْ إِلَىٰ ذِكْرِ ٱللَّهِۚ ذَٰلِكَ هُدَى ٱللَّهِ يَهْدِى بِهِۦ مَن يَشَآءُۚ وَمَن يُضْلِلِ ٱللَّهُ فَمَا لَهُۥ مِنْ هَادٍ
Bermaksud: Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah petunjuk Allah; Allah memberi petunjuk dengan Al-Quran itü kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan