Ahad, Mei 29, 2022

Tafsir nota baca 0006(0101-0115)s25/5/22s25

Tafsir nota baca 0006(0101-0115)s25/5/22s25
Al-Baqarah 2:101
وَلَمَّا جَآءَهُمْ رَسُولٌ مِّنْ عِندِ ٱللَّهِ مُصَدِّقٌ لِّمَا مَعَهُمْ نَبَذَ فَرِيقٌ مِّنَ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَٰبَ كِتَٰبَ ٱللَّهِ وَرَآءَ ظُهُورِهِمْ كَأَنَّهُمْ لَا يَعْلَمُونَ
Dan setelah datang kepada mereka seorang Rasul dari sisi Allah yang membenarkan kitab suci yang ada pada mereka, segolongan dari orang-orang yang dikurniakan kitab (Taurat) itu mencampakkan kitab Allah ke belakangnya, seolah-olah mereka tidak mengetahui (kebenarannya).¹⁵⁹ [101].

¹⁵⁹ Ayat ini hanya menceritakan segolongan dari orang-orang yang dikurniakan kitab (Taurat) itu mencampakkan kitab Allah (al-Qur'an yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.) ke belakangnya. Mereka ramai juga tetapi tidak disebutkan dengan jelas golongan mana yang lebih ramai, yang berimankah atau yang tidak beriman. Firman Allah melalui ayat yang lain menjelaskannya. Yang lebih ramainya ialah yang tidak beriman:
Aal-e-Imran 3:110
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِٱلْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ ٱلْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِٱللَّهِۗ وَلَوْ ءَامَنَ أَهْلُ ٱلْكِتَٰبِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُمۚ مِّنْهُمُ ٱلْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ ٱلْفَٰسِقُونَ 
Bermaksud: Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya). tentulah (iman) itu lebih baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan