Kesilapan bukanlah bererti kita lemah atau tak tahu nak buat apa-apa. Tetapi ia adalah 'petunjuk' untuk kita sedar bahawa kita perlu 'perbaiki' dan 'tambahbaik'.
Masa kita kecil dulu pun, berapa kali kita tersilap jalan, sampai terjatuh. Kita menangis, mengadu sakit. Ada masa itu, kita hina diri kita sendiri. Ada masa itu kita tampar-tampar diri kita sendiri?
Tidak,kan?
Sesekali kita kena belajar dari macamana kita belajar semasa kecil dahulu.
Jika tak ingat, tengok sahaja anak kecil.
Anak cucu dan sahabat Tok Abah sekalian,
Kembalilah ke asas. Ingat semula bagaimana kamu jatuh berkali-kali dahulu dan tetap memilih untuk bangkit. Masa itu kamu kecil, tak berupaya, tak tahu apa-apa. Hanya boleh menangis dan menangis.
Tetapi lihat, kamu pilih untuk bangkit dan hari ini boleh berjalan.
Maka, nikmat mana kamu mahu dustakan. Hargailah nikmat ini, salah satu nikmat terbesar dalam diri manusia setiap hari adalah nikmat belajar dari kesilapan.
Dato' Dr. Haji Mohd. Fadzilah Kamsah,
Belajar dan bangkit lagi hari ini!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan