Khamis, Julai 07, 2022

Kecacatan('Ilal)hadis sesi 041p15(87-)3/7/22s

Kecacatan('Ilal)hadis sesi 041p15(87-)3/7/22s


Perkara Kelima Belas:
Hadits Hasan Menurut Istilah Imam Tirmidzi

Hadits sahih ialah hadits yang ada padanya lima perkara berikut:
(1) Sanadnya bersambung-sambung (tidak terputus) 
(2) Setiap orang daripada perawinya `adil 
(3) Setiap orang daripada perawinya dhābith 
(4) Tidak syādz 
(5) Tidak ber`illat (mempunyai kecacatan yang tersebunyi).

Hadits Hasan ialah hadits yang ada padanya lima perkara berikut:
(1) Sanadnya bersambung-sambung (tidak terputus) 
(2) Setiap orang daripada perawinya `adil 
(3) Setiap orang daripada perawinya dhabith, tetapi kedhabithannya lebih rendah berbanding kedhabithan yang terdapat pada perawi hadits sahih 
(4) Tidak syādz 
(5) Tidak ber`illat (mempunyai kecacatan yang tersebunyi).

Daripada istilah hadits sahih dan hadits hasan yang diberikan di atas dapat diketahui  bahawa kedua-dua jenis hadits itu berlainan hakikatnya, walaupun pada kebanyakan ciri-ciri yang tersebut itu kedua-duanya sama. Dengan sebab adanya perbedaan pada ciri ketiga, kedua-duanya menjadi berlainan. 

Imam Tirmidzi di dalam kitab Sunannya telah menggunakan lafaz hasan dalam dua cara. Pertama ia digandingkan dengan lafaz sahih. Dan keduanya ia digunakan secara tunggal dan berasingan. Kerana itu penting sekali diketahui maksud penggunaan beliau 
dalam dua cara yang berbeza itu.

Pandangan Para `Ulama’ Hadits Tentang Maksud Imam Tirmidzi Menggandingkan Istilah Hasan Dan Sahih Untuk Menilai Hadits Tertentu:
Imam Tirmidzi sendiri tidak menjelaskan apakah maksudnya apabila menggandingkan dua istilah itu. Walaupun para `ulama’ hadits yang datang kemudian telah
mengemukakan beberapa pandangan tentangnya, tetapi ia tidak tepat untuk semua tempat. 
Sebagai contohnya pandangan yang mengatakan ia bermaksud menyatakan keraguan tentang kedudukan hadits yang dikatakan begitu. Hadits itu mungkin sahih, mungkin juga hasan sahaja. Tetapi ia menjadi tidak tepat apabila Imam Tirmidzi menggabungkan kedua istilah itu selepas mengemukakan hadits yang paling tinggi kedudukannya. Maka apakah ertinya keraguan di situ?

Selain dari itu, Imam Tirmidzi juga telah menggabungkan kedua istilah tersebut untuk 80⁒ hadits-hadits yang dikemukakannya di dalam Kitab Sunannya. Tidak masuk akal Imam Tirmidzi berada dalam keraguan untuk menentukan sahih atau hasan terhadap 80⁒ hadits-hadits yang dikemukakannya sendiri di dalam kitab berkenaan.

Pandangan yang seharusnya diterima untuk merungkai persoalan ini ialah menyedari bahawa hingga ke zaman Imam Tirmidzi, istilah sahih dan hasan belum lagi terpisah 
sebagai dua istilah yang berlainan seperti diketahui pada zaman-zaman selepasnya. 

Pada masa itu, sesetengah muĥaddits menyebut hadits yang berkedudukan tinggi sebagai sahih, sesetengah yang lain pula menyebutnya sebagai ĥasan. 

Imam Tirmidzi menggunakan kedua-dua istilah yang diterima dan diguna pakai pada ketika itu untuk sekian banyak hadits yang dikemukakannya di dalam kitab 
karangannya “Sunan at-Tirmidzi”. Ia seolah-olahnya bermaksud: 
هذا حديث صحيح في أصطلاح قوم وحسن في اصطلاح آخرين
Ini adalah hadits sahih menurut istilah sekumpulan 
`ulama’, dan ia ĥasan menurut istilah `ulama’-`ulama’ yang lain.

.......
-nota muqadimah tirmizi 
(18) Selepas mengemukakan sesuatu hadits Imam Tirmizi 
mengatakan هاذا حديث صحيح atau هاذا حديث غريب atau هاذا حديث منكر
Keputusan Imam Tirmizi yang seperti ini  tidak menimbulkan sebarang masalah atau kekeliruan. Yang 
menimbulkan kekeliruan ialah apabila beliau berkata:
هذا  حديث صحيح حسن  غريب 
atau
 هذا حديث  غريب صحيح
atau
هذا حديث حسن غريب
dan sebagainya

Apa ertinya semua istilah-istilah ini? Ia kelihatan semacam bertentangan. Kalau sudah sahih kenapa pula 
dikatakan gharib (dha`if)? Bolehkah sesuatu hadits itu sahih dan dalam masa yang sama ia juga dha`if? 

Para `ulama’ hadits telah memberi beberapa jawapan untuk menghilangkan kekeliruan akibat penggunaan istilah yang kelihatan bertentangan itu: 

(a) Imam Tirmizi mahu mengisyaratkan bahawa hadits berkenaan ada diriwayatkan melalui beberapa saluran riwayat. Ada antaranya yang sahih, ada yang hasan dan ada juga yang gharib atau dha`if. 

(b) Hadits berkenaan pada pandangan dan penilaian 
sesetengah `ulama’ sahih. Pada pandangan dan penilaian sesetengah `ulama’ yang lain ia hasan. Sementara pada pandangan dan penilaian sesetengah `ulama’ yang lain 
pula ia gharib. Ertinya ialah para `ulama’ hadits berbeza pendapat tentang taraf dan kedudukannya sesuai dengan syarat dan iltizam masing-masing. 

(c) Imam Tirmizi mengatakan begitu bukan hanya untuk hadits yang dikemukakan beliau sahaja. Salah satu daripada hukum yang diberikan itu memang sesuai untuk hadits yang dikemukakan beliau. Adapun yang dua lagi, ia tidak sesuai dengannya, malah ia sesuai dengan hadits-hadits sahabat lain yang diisyaratkan oleh beliau dengan kata: وفي الباب عن فلان وفلان
Ertinya keputusan yang dibuat Tirmizi itu adalah dengan 
mengambil kira hadits-hadits lain yang sema`na dengan hadits yang dikemukakan oleh beliau. 

(d) Menurut Hafiz al-`Iraqi, kata-kata Tirmizi هذا حديث حسن غريب misalnya bererti bagi beliau sifat hadits hasan pada hadits yang dikemukakan adalah lebih kuat daripada sifat hadits gharib atau dha`if. Apabila Imam Tirmizi menyebutkan hasan sebelum gharib, itu bererti sifat hasanlah yang lebih kuat padanya. Tetapi jika gharib 
pula disebut dahulu, maka itu bererti sifat ghariblah yang lebih kuat padanya. Antara hadits yang boleh diterapkan qaedah yang dikemukakan oleh Hafiz al-`Iraqi ini ialah 
hadits marfu` yang diriwayatkan oleh Ibnu `Umar dibawah 
باب ما جاء في الأربع قبل العصر
Berikut ialah haditsnya
٣٩٥ - حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ مُوسَى وَمَحْمُودُ بْنُ غَيْلَانَ وَأَحْمَدُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ الدَّوْرَقِيُّ وَغَيْرُ وَاحِدٍ قَالُوا حَدَّثَنَا أَبُو دَاوُدَ الطَّيَالِسِيُّ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مُسْلِمِ بْنِ مِهْرَانَ (أن)سَمِعَ جَدَّهُ عَنْ ابْنِ عُمَرَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ رَحِمَ اللَّهُ امْرَأً صَلَّى قَبْلَ الْعَصْرِ أَرْبَعًا قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ حَسَنٌ
395. Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Musa dan Mahmud Al Gahilan dan Ahmad bin Ibrahim Ad Dauraqi dan selainnya berkata; telah menceritakan kepada kami Abu Dawud Ath Thayalisi berkata; telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Muslim bin Mihran mendengar Kakeknya dari Ibnu Umar dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Semoga Allah merahmati orang yang shalat empat rakaat sebelum ashar." Abu Isa berkata; "Hadits ini derajatnya hasan gharib."

Maksudnya:“Semoga Allah merahmati orang yang bersembahyang (sunat) empat raka`at sebelum (bersembahyang) `Ashar.”

Bagi al-`Iraqi sifat hadits gharib pada hadits ini lebih kuat 
berbanding sifat hadits hasan. Ini kerana Imam Tirmizi mendahulukan perkataan gharib daripada perkataan hasan. (Lihat as-Suyuthi- Quut al-Mughtazi j.1 m/s 57, al-
Mubarakfuri- Tuhfatu al-Ahwazi j.2 m/s 417). 
..........

Sekian lama sebelum zaman Imam Tirmidzi, hadits dibahagikan hanya kepada dua bahagian sahaja, sahih dan dha`if. Darjat hadits hasan belum lagi popular di zaman itu

Baru di zaman Imam Tirmidzi dan beberapa ketika sebelum zaman beliau sahaja istilah itu digunakan oleh sesetengah muĥadditsīn.

Maksud penggunaannya masih sama juga dengan istilah sahih, cuma istilah hasan pada mula-mulanya digunakan oleh muĥaddits-muĥaddits yang cenderung kepada ibarat-
ibarat yang agak lunak (رقيق العبارة) dalam bab jarĥ dan ta`dīl. Seperti Imam `Ali bin `Abdillah al-Madīni, Imam Ahmad dan Imam Bukhari sendiri.

Lafaz jarĥ paling keras yang digunakan oleh Bukhari hanyalah منكر الحديث  ,beliau tidak menggunakan 
lafaz كذاب atau دجال untuk seseorang yang ditajrīĥkannya.

Orang-orang seperti ini sering juga menggunakan lafaz hasan untuk hadits sahih. Dengan erti ini adalah hadits yang bagus atau cantik.

Pada beberapa tempat di dalam Sunan Tirmidzi anda akan dapati Imam Tirmidzi bertanya gurunya Imam Bukhari tentang kedudukan hadits tertentu, lalu Bukhari menjawab pertanyaannya dengan berkata: حسن .Kemudian Imam Tirmidzi sendiri menilainya dengan kata beliau: 
هذا حديث حسن صحيح    
Lihat sebagai contohnya di bawah: 
باب في المستحاضة الخ 
Di zaman itulah Imam Tirmidzi menulis kitabnya Sunan at-Tirmidzi. Dilema yang dihadapi beliau ialah istilah manakah daripada dua istilah (sahih dan hasan) itu 
seharusnya diguna pakai, yang lamakah atau yang baharu? Yang lama memang ada kelebihannya kerana kelamaannya. Yang baharu pula adalah istilah yang diguna pakai 
oleh guru-gurunya sendiri. 

Jika istilah yang baharu ini menjadi popular, maka akan sia-sialah segala keputusan yang telah dibuat berdasarkan istilah lama itu. Untuk mengelak daripada kecelaruan itulah Imam Tirmidzi menggabungkan kedua-dua istilah hasan dan sahih itu dalam menilai sesuatu hadits yang sahih.

Tetapi istilah hasan dengan erti sahih itu tidak bertahan lama. Kerana secara perlahan-lahan ia kemudiannya menjadi satu istilah yang berasingan, seperti telah dikemukakan di atas.


Maksud Hadits Hasan Sahaja Oleh Tirmidzi:

Apakah erti hasan apabila digunakan oleh Tirmidzi secara tunggal atau tanpa menyebutkan sahih bersamanya? Jawapannya ialah hasan merupakan satu istilah yang
baru diperkenalkan oleh Imam Tirmidzi. Apabila ia disebut secara tunggal maka ia dipakai dengan erti khusus seperti difahami beliau. Para `ulama’ kemudian tidak memakai hasan menurut istilah yang diperkenalkan oleh at-Tirmidzi itu. Hasan menurut mereka ialah yang diperkenalkan di permulaan perbincangan ini. 

Imam Tirmidzi sedar bahawa istilah hasan yang diperkenalkannya itu suatu yang baharu, maka beliau sendiri cuba menjelaskannya. Hasan menurut istilah Tirmidzi ialah hadits yang terkumpul pada sanadnya tiga ciri berikut:
(1) Tidak ada seorang pun daripada perawinya tertuduh berdusta. 
(2) Riwayatnya tidak syadz. 
(3) Ia diriwayatkan melalui beberapa (banyak) saluran riwayat.

Apabila terkumpul ketiga-tiga perkara itu pada sesuatu hadits, maka ia dihukum sebagai hadits hasan (sahaja) oleh Tirmidzi.

Maksud ciri pertama, iaitu tidak ada seorang pun daripada perawinya tertuduh berdusta ialah tidak ada sesiapa pun daripada perawinya dituduh oleh mana-mana tokoh Rijāl 
hadits sebagai pendusta besar (كذاب )atau pereka hadits (واضع الحديث ). Apabila sudah ternafi daripada perawi- perawinya tuduhan berat seperti itu bererti tidak boleh dihukum maudhu` atau rekaan terhadap hadits-hadits yang diriwayatkan oleh mereka. Tetapi itu tidaklah bererti perawi-perawi itu tidak dijarĥ (dikritik) dengan lafaz-lafaz jarĥ yang lain yang lebih rendah daripadanya. Riwayat perawi-perawi seperti itulah menurut Imam Tirmidzi bertaraf hasan.

Maksud ciri kedua hadits hasan di sisi Tirmidzi, iaitu riwayatnya tidak syadz ialah riwayat perawi hasan tidak menyalahi riwayat perawi-perawi tsiqah yang lain. Atau ia mempunyai `mutābi
شَذَّ يَشِذُّ شُذُّوْذًا
bererti terpisah dari jama`ah atau menyalahi jama`ah.

Menurut Imam Syafi`e, hadits syadz bukanlah hadits yang diriwayatkan oleh mana-mana perawi tsiqah secara bersendirian dan tidak ada orang lain meriwayatkannya 
semata-mata, malah ia adalah hadits yang diriwayatkan oleh seorang perawi tsiqah dalam keadaan ia menyalahi riwayat perawi-perawi tsiqah yang lain.

Maksud ciri ketiga hadits hasan di sisi Tirmidzi, iaitu ia diriwayatkan melalui beberapa (banyak) saluran riwayat ialah kandungan hadits itu diriwayatkan juga daripada nabi 
s.a.w. menerusi sanad-sanad yang lain.

Kesimpulannya ialah hadits yang diriwayatkan oleh perawi tsiqah yang mu`tabar, atau perawi yang banyak melakukan kesilapan dalam periwayatannya, atau perawi yang banyak terdapat waham di dalam riwayat-riwayatnya, tetapi tidak ada siapa pun daripada mereka tertuduh berdusta, tidak syadz, tidak menyalahi hadits-hadits sahih dan 
kandungannya pula diriwayatkan melalui banyak (beberapa) sanad, itulah hadits hasan menurut Tirmidzi.

Perlu diketahui bahawa hadits hasan menurut Tirmidzi itu berbeza daripada hadits hasan li dzātihi (حسن لذاته) dalam istilah jumhur `ulama’ hadits. Hadits dha`if ringan juga 
boleh jadi hadits hasan menurut beliau.

Oleh itu, kritikan Imam an-Nawawi dll terhadap penilaian Imam Tirmidzi dalam menentukan sesuatu hadits sebagai hasan tidak kena pada tempatnya. Sebabnya ialah 
mereka mengkritik Imam Tirmidzi berdasarkan istilah hasan li dzātihi menurut jumhur, sedangkan istilah hasan Tirmidzi itu berbeza daripada istilah orang-orang lain. Di 
zaman Imam Tirmidzi, istilah hadits hasan sebagai hadits yang berasingan daripada hadits sahih dan ia terletak di antara hadits sahih dan hadits dha`if itu belum lagi 
mantap.

Istilah hasan Tirmidzi itu kemudiannya tidak popular seperti istilah hasan menurut jumhur `ulama’ hadits. Ia hanya terhad dalam penggunaan beliau sahaja. Selepas zaman 
Imam Tirmidzi, hadits hasan menurut istilah jumhur itulah yang menjadi popular. Ia telah popular sebagai hadits yang kedudukannya berada di tengah di antara hadits sahih 
dan hadits dha`if. 

Oleh kerana hasan menurut istilah Tirmidzi itu tidak popular di zaman kemudian, dan ia menjadi seperti sesuatu yang dilupakan, sesetengah `ulama’ terkeliru dengannya, malah ada juga `ulama’ yang tidak mengetahui langsung tentangnya. Sedangkan Imam Tirmidzi sendiri telah pun menjelaskan ta`rif hadits hasan menurut apa yang dipilih 
beliau melalui kata-kata beliau sendiri di dalam kitab `Ilal. 
(jika tak pembaca tak baca kitab ilal akan menyebabkan pembaca kebingungan)


Di bawah ini adalah keterangan Imam Tirmidzi tentang ta`rif hadits hasan menurut ijtihadnya.
Hadits Hasan ialah hadits yang ada padanya lima perkara berikut:
(1) Sanadnya bersambung-sambung (tidak terputus) 
(2) Setiap orang da perawinya `adil 
(3) Setiap orang daripada perawinya dhabith,tetapi kedhabithannya lebih rendah berbanding kedhabithan yang terdapat pada perawi hadits sahih 
(4) Tidak syādz 
(5) Tidak ber` illat (mempunyai kecacatan yang tersebunyi).

قَالَ أَبُو عِيسَى وَمَا ذكرنَا فِي هَذَا الْكتاب حَدِيث حسن فَإِنَّمَا أردنَا بِهِ حسن إِسْنَاده عندنَا كل حَدِيث يرْوى لَا 
يكون فِي إِسْنَاده من يتهم بِالْكَذِبِ وَلَا يكون الحَدِيث شاذا ويروى من غير وَجه نَحْو ذَاك فَهُوَ عندنَا حَدِيث حسن 

Bermaksud: Kata Abu `Isa, “Apa yang kami sebut di dalam kitab ini (Sunan at-Tirmidzi) sebagai hadits hasan sebenarnya maksud kami dengannya hanyalah elok 
isnadnya di sisi kami (menurut istilah kami), iaitu setiap hadits yang diriwayatkan oleh perawi-perawi yang tidak tertuduh berdusta, tidak syadz, dan kandungannya 
diriwayatkan tidak hanya menerusi satu saluran riwayat sahaja. Itulah hadits hasan di sisi kami.”


Jadi menurut Tirmidzi, hadits yang perawinya tidak terlalu lemah, tidak menyalahi hadits perawi-perawi tsiqah dan kandungannya tidak diriwayatkan hanya melalui satu 
saluran riwayat sahaja, malah ia diriwayatkan melalui beberapa saluran, itulah hadits hasan menurut Tirmidzi.

Ta`rif hadits hasan yang dibuat oleh Tirmidzi itu jika direnungi akan kelihatan ada titik pertemuannya dengan hadits sahih. Ini kerana hadits sahih ialah hadits yang
diriwayatkan oleh perawi-perawi berkedudukan tinggi, ia tidak syadz, dan pada kebiasaannya kandungan hadits pula diriwayatkan oleh beberapa orang sahabat.

Kalau begitu, perlulah ada garis pemisah di antara hadits hasan dan hadits sahih. Perkara ini tidak terdapat di dalam ta`rif yang dibuat oleh beliau itu.

Pada pandangan penulis, hadits sahih ialah hadits yang perawi-perawinya berada pada puncak di sudut `adālah, hafalan dan itqānnya (keteguhan dan kekuatannya). Hadits hasan pula ialah hadits yang perawi-perawinya lebih rendah daripada perawi-perawi hadits sahih di sudut yang tersebut tadi. 

Garis pemisah di antara hadits sahih dan hadits hasan li dzātihi terletak pada kelebihan dan kekurangan sifat `adālah pada perawi-perawinya. Jika perawi berada pada tahap paling tinggi dalam `adālah (ke`adilan) dan ketsiqahannya, maka hadits riwayatnya adalah hasan li dzātihi. Jika perawi berada pada tahap yang lebih rendah dari itu, baik dari segi `adālah mahupun hafalan dan itqān, maka hadits riwayatnya adalah hasan menurut istilah Tirmidzi.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan