Misykatul masabiih hadis 001syarahans
فَأَخْبِرْنِى عَنِ الاحْسَانِ قَالَ اَنْ تَعْبُدَ الله كَانَكَ تَرَاهُ فَانْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَأنَّهُ يَرَاكَ
"Beritahulah pula kepadaku tentang Ihsan.⁵² "Jawab Nabi: "Ihsan itu ialah engkau menyembah Allah seolah-olahnya engkau nampak Dia. Sekalipun engkau tidak nampak Dia, (ingat!) Dia tetap nampak engkau.⁵³ (Bukhari-Muslim).⁶³
___________________________________________________________
⁵³ Selalu juga jawapan Nabi s.a.w. ini diterjemahkan begini: "Ihsan itu ialah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatnya. Jika engkau tidak dapat melihatNya, maka (ketahuilah) sesungguhnya Dia sentiasa melihatmu".
Penulis berpendapat, terjemahan ini betul juga. Perkataan إِنْ pada فَإِنْ; dipakai sebagai إِنْ syarat إن شرطية yang menghendaki jawab dan jazaa'nya.
Huruf faa' pada فَإِنَّهُ يَرَاكَ bukan jawab kepada sebenarnya. la bahkan faa' ta'lil yang memberi erti kerana, sebab dan sebagainya. Jawab إِنْ yang sebenarnya dibuang (محذوف). Taqdirnya ialah فاستمر على إحستن العبادة
(teruslah engkau memperelokkan ibadatmu) فَإِنَّه يَرَاكَ (kerana / sebab dia sentiasa melihatmu).
Perkataan إِنْ pada فَإِنْ dalam terjemahan yang dipilih penulis pula dipakai sebagai وَصْلِيَّة bukan شرطية Kerana itulah ia diterjemahkan dengan 'sekalipun'.
Taqdirnya ialah فإنك لم تكن تراه فإنه يراك
(Sesungguhnya engkau sekali pun tidak nampak Dia, Dia tetap nampak engkau).
⁶³ Selain Bukhari dan Muslim, hadits ini diriwayatkan juga oleh Abu Daud, Nasaa'i, Ibnu Majah dan lain-lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan