Rabu, Ogos 31, 2022

Jami ' tirmizi kitab bersuci sesi 111 21/8/22(2)


Jami ' tirmizi kitab bersuci  21/8/22(2)
80 - Ibnu Abi `Umar meriwayatkan kepada kami, katanya: Sufyan bin `Uyainah meriwayatkan kepada kami, katanya: `Abdullah bin Muhammad bin `Aqīl meriwayatkan kepada kami bahawa dia mendengar Jabir. Sufyan (bin `Uyainah juga) berkata: Muhammad bin al-Munkadir⁶⁷⁴ meriwayatkan kepada kami daripada Jabir, beliau berkata: “Rasulullah s.a.w. keluar bersamaku. Baginda mengunjungi seorang wanita Anshar, lalu wanita itu menyembelih seekor kambing untuknya, Baginda pun memakannya, kemudian wanita itu juga membawakan sedulang buah kurma segar, dan Baginda juga memakannya. Setelah berwudhu’ untuk bersembahyang Zhuhur, Baginda bershalat. Setelah selesai bershalat wanita itu membawakan pula sebahagian 
daripada sisa kambing (yang telah dimakan), Nabi s.a.w. memakannya pula.Kemudian Baginda mengerjakan shalat `Ashar tanpa berwudhu’ terlebih dahulu.”⁶⁷⁵
Abu `Isa berkata: “Dalam bab ini ada juga riwayat daripada Abu Bakar,⁶⁷⁶nIbnu `Abbaas,⁶⁷⁷ Abu Hurairah,⁶⁷⁸ Ibnu Mas`ud,⁶⁷⁹ Abu Rāfi',⁶⁸⁰ Ummu al-Ĥakam,⁶⁸¹ `Amar bin Umayyah,⁶⁸² Ummu `Aamir,⁶⁸³ Suwaid bin an-Nu`mān⁶⁸⁴ dan Ummu Salamah.”⁶⁸⁵

Abu `Isa berkata (lagi): “Hadits Abu Bakar dalam bab ini tidak sahih dari sisi sanadnya.” Ia hanya diriwayatkan oleh Ĥusām bin Mishak⁶⁸⁶ daripada Ibni Sirin daripada Ibni `Abbaas, daripada Abi Bakr daripada Nabi s.a.w.
Sebenarnya hadits itu sahih daripada riwayat Ibni `Abbaas daripada Nabi s.a.w.

Demikianlah ia diriwayatkan oleh Ĥuffāzh. Ia diriwayatkan melalui beberapa saluran dpd Ibnu Sirin daripada Ibni `Abbaas daripada Nabi s.a.w. `Athā’ bin Yasār, `Ikrimah, Muhammad bin `Amar bin `Athā’, `Ali bin `Abdillah bin 
`Abbaas dan ramai lagi orang-orang lain juga meriwayatkannya daripada Ibni`Abbaas daripada Nabi s.a.w. tanpa menyebutkan di dalam sanadnya nama Abu 
Bakar ash-Shiddiq. Dan inilah yang lebih shahih. 

Kata Abu `Isa (seterusnya), “Kebanyakan ahli ilmu dari kalangan sahabat Nabi s.a.w., tabi`in dan orang-orang selepas mereka mengamalkan hadits ini, seperti
Sufyan ats-Tsauri, Ibnu al-Mubārak, Syafi`e, Ahmad dan Ishaq. Mereka berpendapat tidak perlu berwudhu’ kerana memakan sesuatu yang dimasak dengan api.⁶⁸⁷ Ini adalah yang terakhir daripada dua tindakan Rasulullah s.a.w.

Hadits ini semacam telah memansukhkan hadits pertama, iaitu hadits yang menyatakan kena berwudhu’ kerana memakan sesuatu yang di masak dengan api.”⁶⁸⁸

Tiada ulasan:

Catat Ulasan