Selasa, Ogos 30, 2022

KA.000.Ada 5 kesalahan yang sering isteri lakukan, namun suami berdiam dan tidak membesarkannya:

KA.000.Ada 5 kesalahan yang sering isteri lakukan, namun suami berdiam dan tidak membesarkannya:

1. Menegur tetapi dalam nada yang kasar.

“Itulah abang. Beli sayur pun salah. Habis tu saya nak masak macamana ni!”

Sungguhpun salah itu pada suami, seorang isteri jangan terus menembak dengan kesalahannya. Biasakan untuk puji suami dan ucap terima kasih dahulu sebab tolong kamu.

Kemudian cakap baik-baik. “Abang salah beli sayur ni. Lepas ni kalau tak yakin sayur tu betul ke tak, video call saya ye.”

2. Tidak saling mengingatkan pada suami tentang mengajarkan agama dan hukum syariat Islam kepada kamu. 

Dalam rumahtangga ini kena saling ingat mengingat. Ada kala suami terlupa, isteri berusahalah ingatkan. Ada kala isteri terlupa, suami cepat-cepat tuntun dan sedarkan isteri. 

3. Terlalu membandingkan kehidupan kamu dengan “kesempurnaan” di media sosial. 

“Seronoknya bang tengok Si Timah tu, hari-hari lakinya belikan gelang emas jenis lipan punya. Abang nak belikan baju pun susah. Huhu!”

Luntur hati suami yang penat cari rezeki. Janganlah membandingkan apa yang orang lain dapat berbanding diri kamu yang sekarang.

Sebaiknya berusahalah dan selalu doakan suami supaya murah rezeki dan dapat menghadiahkan kamu sesuatu. 

4. Menyebarkan aib suami secara sengaja mahupun tidak sengaja.

Kadangkala seorang isteri bercerita dengan ahli keluarganya sendiri tentang keburukan suami di rumah. Niat untuk meluahkan namun sehingga ternampak keburukan suami sebesar-besarnya hingga mengundang marah pada ahli keluarga.

Di situ mula datangnya batu api yang cuba mencucuk cucuk kamu untuk memberontak dan meninggalkan tanggungjawab isteri.

Walhal, apa juga perkara yang kamu tidak puas hati, sampaikan pada suami. Jangan dipendam dan dicerita pada orang lain tanpa mengutamakan suami terlebih dahulu.

5. Terlalu cemburu dan iri hati.

Sifat cemburu isteri sememangnya jauh lebih tebal berbanding suami. Namun jangan jadikan cemburu itu sebagai tiket untuk kamu derhaka dan memarahi suami.

Cemburu biarlah berasas dan bertanya serta selidik dahulu sesuatu perkara. Jangan terlalu ikutkan perasaan semata-mata.

Para isteri, suami adalah pemimpinmu. Hormati dan santunilah dia sepertimana santunnya kamu kepada ayah sendiri. 

Duduk dan berbincanglah dengan suami dari hati ke hati. Jangan dipendam dan jangan dibiarkan melarat rumahtangga yang kalian bina. 

Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Moga kebahagiaan milik kalian semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan