Jumaat, September 30, 2022

K 000. Latih Kecerdasan Emosi Anak.

K 000. Latih Kecerdasan Emosi Anak.

Ada 5 komponen kecerdasan emosi.
Hari ini puan Maznah nak kongsi  3 daripada 5:

Pertama 
Sesaorang anak atau manusia itu perlu sedar apa yang ia sedang rasa.
Yaitu anak perlu tahu nama kepada peristiwa itu.
Contoh anak sebut dia rasa marah.
Jika anak boleh sebut itu sangat bagus.
Jika anak itu 3 atau 4 tahun  dia kongsi-kongsi pengalaman di sekolah dengan adik beradik, kita bagi lebel perasaan agar anak dengar.
Contoh : o kakak sangat marah, bila kawan ambil pemadam kakak
Bila kita sebut anak dengar nama emosi itu.
Dengan itu kita bina suatu kesedaran anak .
Emosi tidak berdiri sendiri, ianya ada punca yang menyebabkannya.
Yakni emosi ada perkara yg telah mencetuskanya.
Sangat-sangat penting anak tahu apa nama emosinya.
Biasanya ramai(hatta orang dewasa juga) yg kurang perbendaraan kata kepada sesuatu emosi.
Paling mudah atau emosi asas perasaan itu ialah:
1. Gembira.
2.Sedih.
3.Takut.
4.Jelik /Jijik
5.Teruja

Dan untuk pengetahuan ,ada emosi sekunder seperti rasa kecewa.
Contoh abang dah bagi kongsi barang tetapi abang rasa kecewa.

Anak ,walaupun bawah 3 atau 4 tahun bila dia dengar nama perasaan yg kita sebut, insyallah apabila dia boleh berkomunikasi nanti dia  akan sebut perkataan yg kita pernah sebut .

Ingatnya setiap emosi itu tidak akan berdiri sendiri.
Setiap emosi mesti ada perkara  yang telah menyebabkanya seperti cuaca , bila panas dia rasa letih.
Jadi untuk emosi bila dia lapar dia rasa marah.
Penyebab emosi boleh jadi orang selain cuaca.

Pada umur bawah 6 tahun sangat mudah untuk latih  anak tentang EQ dari aspek pertama level EQ iaitu apa nama perasaan.

Untuk sedar perasaan apa yang anak sedang rasai, dia mesti ada perbendaharaan kata kepada perasaan  yang sedang ia rasa kepada peristiwa itu.

Level yang lebih lanjut.

Bagaimana mereka mengguna emosi itu dalam mengurus perhubungan yang berkait dengan rasa yang sedang dirasainya.
Contoh dia rasa marah pada adik , bagaimana dia boleh  mengurus perhubungan nya dengan baik.

Kat sini macam tinggi levelnya tetapi Puan Maznah dapati anaknya  telah dapat mengurus perhubungan dengan baik  setelah dia  mengamalkan kepada anaknya.

Dan inilah yang dinamakan kemahiran pengurusan emosi.


Modeling atau contoh mengurus itu adalah  satu cara mudah.

Untuk itu,  kita kena ada kesedaran untuk mengurus perasaan itu hasil dari emosi seperti marah atau kecewa atau geram dan sebagainya .

Yang mana ini adalah komponen yang kedua.

Ulang balik,
Pertama kita kena sedar apa emosi kita.

Kedua 
bagaimana kita menggunakan emosi itu dalam mengurus perhubungan dengan individu tertentu.
(Kat sini ada kemahiran  perhubungan yang merupakan bahagian dari EQ)

Ketiga.
Hasil dari kita berjaya mengurus perhubungan maka akan ada impak yang lebih kepada pengukuhan.

Contoh
Kakak marah adik sebab ambil mainan kakak.
Kita beritahu adik supaya minta izin baru kakak akan bagi.
Katalah dia telah berjaya mengurus emosi marah itu dengan kita bagi skil  meminta izin. Kita akan dapat impak yang level 3 tadi. 
Dia akan nampak dia dapat manfaat hasil dari dia mengurus perasaannya tadi dan  seterusnya kita kukuhkannya seperti kita kata kakak nampak tak tadi , bila kakak minta untuk pinjam mainan adik , kita telah rasa gembira dan boleh main sama-sama.

Keadaan ini , Puan Maznah selalu ajar pada anak-anaknya.
Dan sehingga sekarang dia mendapati hasilnya cukup baik.

Kenapa level 3 atau impak itu kita perlu sebut untuk pengukuhan seperti kakak rasa lebih seronokkan atau kata kakak rasa bestkan, kakak dapat main mainan adik .

Ini kerana pada masa lain jika  berlaku lagi, anak belajar uruskan perasaan  dan perhubungannya itu dengan baik berdasarkan pengalaman yang telah dia ada. Dan dia lebih  nampak manfaat  hasil dari pengukuhan dari kita.

Jadi kita kena ajar  dan kukuhkan supaya anak akan belajar mengurus pula.

Ini kerana peristiwa seperti itu biasanya akan berulang-ulang .

Untuk anak yang tidak pandai memberitahu ( memang ada anak-anak yang introvert tidak pandai) kita boleh memandunya dengan bertanya seperti kita kata mama nampak adik MACAM MARAH ATAU SEDIH, BETUL KE? 
Ini keadaan kita pandu dia dengan bagi perbendaraan kata untuk dia sebut.

KENA Ajar mengurus perhubungan dengan baik kerana perhubungan akan berulang-ulang.
 
Lagi, bila meluahkan perasaan , perlu menyebut nama perasaan beserta  sebab berlaku sesuatu perasaan itu dan  sebut juga cara penyelesaiannya agar lebih positif.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan