Selasa, September 27, 2022

Sejarah Ulum Hadis 24/9/2022

Sejarah Ulum Hadis 24/9/2022
Perkembangan ilmu hadis bergerak seiring dengan perkembangan ilmu periwayatan dalam Islam. la bermula selepas kewatatan Rasulullah SAW pada saat orang Islam mula mengambil berat untuk mengumpulkan hadis-hadis Nabi SAW. Hal ini kerana dikhuatiri hadis-hadis tersebut hilang daripada para perawi.

Oleh itu, para sahabat dan tabi'in menggariskan kaedah-kaedah tertentu untuk menerima sesuatu hadis. Kemudian ahli-ahli hadis telah mengeluarkan kaedah-kaedah yang lain untuk mengkaji sesebuah hadis
itu dari aspek penerimaan dan penolakannya dan juga untuk mengetahui perawi manakah yang diterima periwayatannya atau ditolak.

Lebih hebat lagi, mereka telah menggagaskan beberapa syarat meriwayatkan hadis, kaedah-kaedah jarh wa al-tadil serta kaedah yang berkaitan dengan ilmu hadis.

Masa terus berlalu, ahli hadis memperluaskan kajian mereka dalam ilmu hadis dan mereka telah mengambil ilmu-ilmu lain yang berkaitan dengan hadis.

Mereka juga menerangkan bagaimanakah cara untuk menerima dan menyebarluaskan ilmu hadis kepada orang lain sehinggalah akhirnya ia mampu berdiri sendiri sebagai ilmu yang berasingan daripada ilmu-ilmu Islam yang lain pada kurun ke-4 Hijrah.

Secara mudah, peringkat perkembangan ilmu hadis dapat dibahagikan kepada tujuh peringkat:

Peringkat pertama
Peringkat ini bermula selepas kewafatan Rasulullah SAW sehingga akhir kurun pertama Hijrah.
Peringkat ini lebih berfokus kepada prinsip berikut:

a.Mengurangkan riwayat hadis kerana ditakuti tersalah
atau terlupa yang boleh membawa kepada syubhah atau
pembohongan terhadap Nabi.

b.Para sahabat amat berpegang teguh kepada hadis Nabi.

c.Terlalu teliti dalam menerima dan meriwayatkan hadis.

d.Mengkritik riwayat. Jika ada riwayat yang bertentangan dengan nas dan kaedah agama, maka hadis tersebut akan ditolak dan tidak akan diamalkan.

Peringkat kedua
Peringkat ini bermula pada akhir kurun pertama hingga kurun kedua hijrah. Peringkat ni lebih berfokus untuk
menyempurnakan lagi kaedah ilmu hadis dengan menilai berbagai-bagai jenis hadis secara satu persatu.

Peringkat ketiga
Peringkat ini bermula pada kurun ketiga hingga keempat. Pada peringkat ini, perkembangan hadis adalah berasingan dengan ilmu-ilmu yang lain. Orang pertama yang menyusun dan mengarang ilmu Mustalah al-Hadis ialah Qadi Abu Muhammad al-Hasan al- al-Rahman al-Ramahurmuzi. Kitab karangan beliau bernama al-Muhaddith al-Fasil Baina al-Rawi Wa al-Wai

Pada peringkat ini telah ada penulisan tentang ilmu al-jarh wa al-tadil, martabat perawi, definisi hadis hasan, definisi hadis gharib dan selainnya.

Peringkat keempat
Peringkat ini bermula pada pertengahan kurun ke-4 hingga awal kurun ke-7Hijrah. Pada peringkat ini karya-karya
ilmu hadis semakin meluas, malah istilah-istilah dalam ilmu hadis juga telah dicipta dan dibuat secara berasingan. Ulama hadis menitikberatkan kajian mereka tentang
matan-matan hadis, para perawi, kecacatan sanad dan lain-lain lagi.

Antara karya agung ialah karangan al-Naisaburi, kitabnya bernama Marifah Ulum al-Hadith, yang mengandungi 50 jenis ilmu hadis.

Selain itu, terdapat juga ulama seperti al-Khatib al-Baghdadi yang telah menghasilkan dua buah kitab dalam bab ini, iaitu al-Kifayah Fi Qawanin al-Riwayah dan al-Jami Li Adabi al-Rawi Wa Akhlagi al-Sami


Peringkat kelima
Peringkat ini bermula pada kurun ke7 hingga kurun ke-10 hijrah. Penyusunan ilmu hadis pada peringkat ini adalah
lebih sempurna dan segala pertikaian dan kekeliruan telah dijelaskan dengan lebih terperinci. Antara ulama yang
menghasilkan karya pada kurun ini ialah Ibn Solah dengan kitab Ulum al-Hadis. Seterusnya lahir mujtahid lain, seperti al-Nawawi, al-Iraqi dan Ibn Hajar.

Peringkat keenam
Peringkat iní adalah peringkat jumud dan beku, iaitu bermula pada kurun ke-10 dan beberapa kurun selepasnya.

Hal ini kerana, pada peringkat iní tidak ada ijtihad bahkan tiada penyelesaian dalam masalah dan tidak ada karangan dan penulisan dalam ilmu hadis.

Peringkat ketujuh
Peringkat kebangkitan. Pada peringkat ini juga terdapat campur tangan orientalis. Justeru, para ulama hadis telah bangkit untuk memelihara hadis daripada penyelewengan dan pemalsuan. Peringkat ini berterusan hingga ke hari ini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan