Selasa, Oktober 25, 2022

Kisah popular tapi tidak sahih 24/10/2022(6)

Kisah popular tapi tidak sahih 24/10/2022(6)
Siapakah Muhammad bin Rukanah?
Beliau adalah watak utama yang meriwayatkan kisah ini. Justeru,amat penting untuk kita mengenali siapakah watak ini sehingga mudah untuk kita menentukan kualiti dan kedudukan hadith serta kisah yang terkenal ini. Inilah metod yang terpenting digunakan oleh alim ulama khususnya dalam bidang hadith untuk menentukan darjat sesuatu hadith.

☆1.Abu Hatim Muhammad bin Hibban bin Ahmadal-Taminmi al-Busti (270-354 H) dalam al-Thiqat:
"(Rukanah) bin Abd Yazid bin Hashim bin Abd al-Muttalib bin Abd Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah, dikatakan
beliau pernah bergusti dengan Nabi Muhammad s.a.w. Walaupun begitu, pada sanad penyataan ini ada masalah.⁷

☆2.Imam Yahya bin Sharf bin Murri al-Nawawi (676 H) dalam Tahdhib al-Asma' wa al-Lughat:
"Dan hadith pergaduhan dengan Nabi Muhammad s.a.w. disebut dalam Sunan Abu Daud dan al-Tirmidhi dalam kitab al-Libas tetapi ia mursal. Al-Tirmidhi mengatakan sanadnya tidak kuat dan dalam periwayatannya ada perawi yang tidak dikenali."
Imam al-Nawawi kemudian mendakwa riwayat yang
menunjukkan kisah perkelahian beliau dengan Nabi s.a.W. adalah dhaif. Berikut ialah pernyataan beliau:
"Dan hadith tentang pergaduhan adalah dhaif.⁸

☆3.Imam Muhammad bin Ahmad al-Dhahabi (748 H)dalam Mizan al-l tidal:
"Tidak sahih hadith yang diriwayatkan oleh Muhammad bin
Rukanah daripada bapanya. Abu al-Hasan berseorangan dalam meriwayatkannya dan beliau adalah seorang yang tidak dikenali."⁹
Al-Dhahabi menambah:
Abu Ja'far bin Muhammad bin Rukanah al-Muttalibi,
daripada bapanya: Sesungguhnya Rukanah telah berkelahi dengan Nabi Muhammad s.a.w. Beliau (Muhammad bin Rukanah) tidak dikenali. Abu al-Hasan al- Asqalani berseorangan dalam meriwayatkan hadith daripadanya. Siapakah Abu al-Hasan?"¹⁰

4.Al-Hafiz 'Ali bin Muhammad bin Hajr al-'Asqalani(852 H) dalam Taqrib al-Tahdhib:
"Muhammad bin Rukanah bin Abd Yazid al-Muttalibi, tidak
dikenali, daripada kurun ketiga, adalah silap dakwaan mengatakan beliau tergolong daripada kalangan sahabat.¹¹

5.Al-Hafiz lbn Hajr al-'Asqalani menghuraikan perkara ini agak panjang dalam al-Talkhis al-Habir¹²
"Hadith tentang (pergaduhan antara Rasulullah s.a.w. denga Rukanah). la diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Tirmidhdaripada hadith Abu al-Hasan al- Asqalani, daripada Abu Ja'far bin Muhammad bin Rukanah. (Sesungguhnya Rukanah bergaduh dengan Nabi Muhammad s.a.w. Rukanah berkata , Aku mendengar Nabi s.a.w. berkata: Beza antara kita dengan Ahli Kitab ialah serban di atas kopiah. Al-Tirmidhi memberikan komentar: Gharib, sanadnya tidak kuat."
Diriwayatkan oleh Abu Daud dalam Mursalnya daripada
Sa'id bin Jabir, katanya: Rasulullah s.a.w. berada di satu tempat. Beliau telah didatangi oleh Yazid bin Rukanah atau Rukanah bin Yazid, bersamanya sekumpulan kambing. la berkata kepada Baginda s.a.W.: Wahai Muhammad, apakah kamu mahu bertarung dengan saya?' Nabi s.a.w. menjawab: 'Apakah pertaruhannya? Ia berkata: Kambing peliharaanku. Mereka pun berkelahi dan Baginda s.a.w.
berjaya mengalahkannya. Lalu Baginda s.a.w. berjaya mendapat sebahagian kambingnya. Rukanah bertanya: Adakah kamu ingin bertarung lagi? Lalu mereka berkelahi buat kali kedua dan Baginda s.a.w. sekali lagi berjaya mengalahkannya. Lalu Rukanah berkata: Wahai Muhammad, tiada siapa mampu menjatuhkan saya ke atas tanah melainkan kamu. la pun memeluk Islam dan
Baginda s.a.w. memulangkan semula kambing-kambingnya.
Isnadnya sahih sehingga ke Sai'd bin Jubayr, namun Sai' d tidak bertemu dengan Rukanah. Al-Baihaqi berkata: Diriwayatkan secara mawsul. Saya (Ibn Hajr) berkata: Ia ada dalam hadith Abu Bakar al-Shafi' i, dan dalam Kitab al-Sabq wa al-Ramy oleh Abu Shaykh daripada riwayat Abdullah bin Yazid al-Madani, daripada Hammad, daripada Amr bin Dinar, daripada Sa' id bin Jubayr, daripada Ibn Abbas r. anhuma secara panjang, dan diriwayatkan oleh Abu Nu'aym dalam Ma rifah al-Sahabah daripada hadith Abu Umamah secara panjang. Kedua-dua sanadnya adalah dhaif."

Namun, A-Hafiz Abd al-Ghani bin Sa' id berkata: "Kisah
pergaduhan antara Nabi s.a.w. dengan Abu Jahal tidak berasaskan sumber yang kuat. Hadith tentang pergaduhan antara Baginda s.a.w. dengan Rukanah lebih kuat."¹³

Penulis berpendapat bahawa sekalipun lebih kuat, namun
tidak bermakna ia sahih.

6.Al-Hafiz lbn Hajr al- Asqalani dalam Tahdhib al-Tahdhib:
"Ibn Hibban berkata: Dikatakan bahawa Rukanah berkelahi
dengan Nabi Muhammad s.a.w. Dalam sanadnya ada masalah.Demikianlah disebutkan oleh Ibn al-Sakan."¹⁴

☆7.Muhammad bin Ali bin Umar al-Shawkani (1255 H) dalam Nayl al-Awtaar
"Hadith Muhammad bin Ali bin Rukanah, pada sanadnya
terdapat Abu al-Hasan al- Asqalani, beliau tidak dikenali."
Diriwayatkan oleh Abu Daud dalam Mursalnya daripada
Sa id bin Jabir, katanya: Rasulullah s.a.w. di satu tempat.
Beliau telah didatangi oleh Yazid bin Rukanah atau Rukana
bin Yazid, bersamanya sekumpulan kambing." Lalu dia berkata kepada Baginda s.a.w.: "Wahai Muhammad, adakah engkau mahu bertarung denganku? Nabi s.a.w. menjawab: "Apakah pertaruhannya? Ia berkata: "Kambing peliharaanku." Mereka pun berkelahi dan Baginda s.a.w. berjaya mengalahkannya, Lalu Baginda s.a.w. berjaya mendapat sebahagian kambingnya Rukanah bertanya: "Adakah engkau ingin bertarung lagi? Lalu mereka berkelahi buat kali kedua dan Baginda s.a.w. sekali lagi berjaya mengalahkannya. Lalu Rukanah berkata: "Wahai Muhammad, tiada siapa mampu menjatuhkan aku ke atas tanah melainkan engkau." la pun memeluk Islam dan Baginda s.a.w. memulangkan semula kambing-kambingnya.
Al-Hafiz berkata: "Sanadnya sahih sehingga Sa id bin Jabir,
tetapi Sa id tidak pernah berjumpa dengan Rukanah." Al-Baihaqiberkata: "la diriwayatkan secara mursal."

☆8. Kisah ini diriwayatkan oleh Abu Nu aym di dalam Ma rifah al-Sahabah daripada hadith Abu Umamah secara panjang namun sanadnya dhaif."

Diriwayatkan oleh Abd al-Razzaq daripada Ma'mar daripada
Yazid bin Abi Ziyad, dan aku mengiranya daripada Abdullah
bin al-Harith, katanya: Nabi Muhammad s.a.w. pernah berkelahi dengan Abu Rukanah semasa ia jahiliyah. la sangat kuat. Ia berkata:"(Taruhannya) kambing dengan kambing." Mereka pun berkelahi dan Baginda s.a.w. berjaya mengalahkannya. Ia berkata: "Kita berlawan sekali lagi." Sekali lagi Nabi s.a.w. berjaya mengalahkannya. Ia mengatakan sekali lagi: "Kita berlawan lagi sekali." Baginda s.a.w. berjaya mengalahkannya buat kali ketiga. Abu Rukanah menambah: "Apa yang aku ingin katakan kepada isteriku? Kambing dimakan serigala? Atau kambing telah hilang melarikan diri? Apakah alasan yang dapat aku berikan? Nabi Muhammad s.a.w. mengatakan: "Kita berjumpa bukan untuk berkelahi, ambillah semula kambing-kambingmu.

Demikianlah yang diriwayatkan. Di dalam sanad hadith
ini terdapat Abu Rukanah, yang sahihnya adalah Rukanah.
Dalam hadith Abu Hurairah r.a, terdapat perawi yang bernama Muhammad bin Amr bin Alqamah al-Laythi, yang pernah diterima oleh Imam Muslim, diiktiraf thiqah oleh Ibn Ma'indan Muhammad bin Yahya al-Dhuhali dan juga al-Sa'i. Ibn  'Adi berkata: "Aku mengharapkan agar beliau tidak bermasalah." Yahya bin Ma' in berkata lagi: "Orang sentiasa berhati-hati dengan hadithnya." Al-Sa' di berkata: "la tidak kuat" dan dikritik oleh Imam Malik. Ibn al-Madini berkata: "Aku bertanyakan Yahya al-Qattan tentang Muhammad bin Amr bin Alqamah. Beliau bertanya semula: Engkau mahukan pandangan yang sederhana atau tegas? Aku menjawab: Tegas. Beliau mengatakan: Beliau bukanlah orang yang engkau perlukan." ¹⁵

Tiada ulasan:

Catat Ulasan