Kisah2 tidak sahih dari meja penceramah 025-043s
9/10/22
Kisah popular tapi tidak sahih 9/10/22(1)
KISAH PENDERHAKAAN ALQAMAH TERHADAP IBUNYA
Pendahuluan
Kisah Alqamah adalah sebuah sketsa yang sarat dengan
nilai sentimental. la melibatkan konfik seorang sahabat
Nabi Muhammad s.a.w. dalam mentaati ibu kandung
dan menyayangi isteri. Justeru, ia dijadikan cerita pengajaran oleh motivator malahan golongan asatizah dalam memberikan pengajaran dan teladan. Juga digunakan oleh ibu bapa agar anak-anak mereka tidak menjadi anak yang derhaka.
Alqamah dikatakan seorang sahabat nabi yang taat
beragama dan banyak bersedekah. Namun malangnya, di
saat akhir kehidupannya, beliau mengalami kesukaran untuk menghembuskan nafas terakhir dan tidak dapat mengucapkan kalimah syahadah. Ini menimbulkan tanda tanya yang besar dalam kalangan sahabat sehingga mereka bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Akhirnya mereka mengerti bahawa punca kesulitan itu
ialah kerana ibu Alqamah yang sudah tua tidak redha dengan anaknya disebabkan Alqamah melebihkan isterinya daripada ibu kandungnya sendiri. Atas kebijaksanaan Rasulullah s.a.w akhirnya si ibu yang tua itu memaafkan segala kesalahan anaknya.
Akhirnya, Alqamah dapat juga melafazkan dua kalimah syahadah sebelum menghembuskan natasnya yang terakhir.
Kisah popular tapi tidak sahih 9/10/22(2)
Sumber Kisah
Kisah ini dicatat dalam beberapa kitab. Antara kitab yang dikenal pasti dalam meriwayatkan kisah ini ialah:
1. Masawi' al-Akhlaq wa Madhmumiha karya Abu Bakar
Muhammad bin Ja' far bin Sahl al-Shamiri al-Khara'iti (240- 327 H), terbitan Maktabah al-Sawadi li al-Tawzi, Jaddah
pada tahun 1992. Kitab ini ditahqiq oleh Mustafa bin Abu
al-Nasr al-Shalbi. Rujuk no. 251, hal. 120.
حدثنا......فقالها
Bermaksud:
Ibrahim bin al-Junayd mengkhabarkan bahawa, Fudayl bin
Iyad bin Abd al-Wahhab mengkhabarkan bahawa, Jafar bin Sulayman al-Da'bi mengkhabarkan daripada Faid al-Atar, katanya: Saya mendengar Abdullah bin Abi Aufa
mengkhabarkan: Seorang lelaki hampir wafat, maka orang
mengatakan memintanya syahadah, namun ia tidak mampu mengucapkannya sedang ia mampu untuk berkata-kata. Lalu Nabi s.a.w. mendatanginya dan memintanya untuk mengucap namun ia tetap tidak mampu mengucapkannya. Ia berkata: "Hatiku sedar namun saya tidak mampu." Rasulullah s.a.w. bertanyakan sebabnya mengapa. la
menjawab: "Saya sudah derhaka kepada ibu saya." Nabi s.a.w. bertanya: Apakah ibu kamu masih hidup?" Ia menjawab: "Ya." Lalu Nabi s.a.w. menjemput ibunya dan berkata: "Berilah keredhaan kepada anakmu." Si ibu pun berkata: "Ya Allah sesungguhnya saya menyaksikan-Mu (sebagai Tuhan) dan saya menyaksikan Rasul-Mu, sesungguhnya saya redha kepadanya."
Lalu ia dapat mengucap.
2. Kitab Tanbih al-Ghafilin oleh Abu al-Layth Nasr bin
Muhammad al-Hanafi al-Samarqandi (373 H), terbitan
Maktabah al-Iman, Mansurah pada tahun 1998. Kitab ini
ditahqiq oleh al-Sayyid al-"Arabi. Rujuk Bab Haq al-Walad
ala al-Walid, no.148, hal.95-96.
ورو............والنوفل
Maksudnya:
Diriwayatkan oleh Abban, daripada Anas bin Malik r.a, beliau berkata: Ada seorang lelaki pada zaman Nabi Mubammad s.a. w yang bernama Alqamah. Beliau banyak berjuang dan rajin bersedekah. Beliau jatuh sakit dan sakitnya agak teruk. Lalu beliau mengutuskan isterinya untuk bertemu dengan Rasulullah s.a.w. untuk mengkhabarkan tentang dirinya yang sakit. Baginda s.a.w. seterusnya memerintahkan Bilal, Ali, Salman,dan Ammar
r'anhum: "Pergilah kamu semua melihat keadaan
Alqamah."
Mereka pun bergeraklah melawat Alqamah. Mereka mengajarkan Alqamah untuk mnengucap kalimah syahadah namun beliau tidak mampu untuk mengucapkannya. Apabila mereka yakin bahawa Alqamah akan meninggal dunia, sahabat yang lain mengutuskan Bilal untuk mengkhabarkan keadaan Alqamah kepada Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w. bertanya: Adakah beliau memiliki ibu bapa?"
Dikatakan kepada Rasulullah s.a.w.: "Bapanya meninggal
dunia, ibunya pula sudah lanjut usia. Rasulullah s.a.w.
kemudiannya berkata: "Wahai Bilal, kamu pergilah ke rumah
ibunya, sampaikan salamku kepadanya. Jika dia mampu, minta dia datang bertemu dengan saya tetapi jika dia tidak mampu, tunggulah sehingga saya datang kepadanya. Bilal pun pergi dan memaklumkan perkara tersebut kepada ibu Alqamah. lbu Alqamah pun berkata: Jiwa saya merupakan tebusan jiwanya, saya sepatutnya datang mengadap kepada Rasulullah s.a.w. Dia pun mengambil tongkat dan berjalan ke tempat Rasulullah s.a.w. Baginda s.a. w. berkata: "Bercakap jujurlah dengan saya, sekiranya ibu bohong, wahyu akan datang untuk memaklumkan kepada saya. Bagaimana sebenarnya perihal Alqamah.
Ibu itu berkata: "Wahai Rasulullah, dia rajin solat, juga rajin berpuasa, banyak bersedekah sehingga tidak diketahui berapakah jumlahnya." Rasulullah s.a.w. bertanya: "Bagaimana hubungan antara kamu berdua?" Dia berkata: "Wahai Rasulullah, ada satu perkara yang saya marah dengan anak saya" Rasulullah s.a.w. bertanyakan apa. lbu itu berkata: "Dia melebihkan isterinya daripada saya, dia mengikut perintah isterinya sedangkan dia derhaka kepada saya.
Rasulullah bersabda: "Kemarahan ibunya s.a.w. menyebabkan lisannya tidak mampu untuk mengucap.
Kemudian Baginda s.a.w. berkata kepada Bilal r.a.: Kumpulkan kayu api, saya ingin membakar Alqamah. "lbu Alqamah terus berkata: "Wahai Rasulullah, anak saya, belahan jantung saya akan dibakar di hadapan saya, bagaimana dengan perasaan saya"
Rasulullah s.a.w. berkata kepada ibunya: "Wahai ibu, azab
Allah s.w.t. lebih dahsyat dan kekal. Jika ibu suka ia mendapat keredhaan Allah, hendaklah ibu memaafkannya. Demi nyawa saya di tangannya, solat dan sedekah Alqamah tidak bermanfaat selagi mana ibu memarahinya. Ibu Alqamah mengangkat tangannya lalu berkata: "Saya menyaksikan kemuliaan Allah,dan wahai Rasulullah serta hadirin sekalian, sesungguhnya saya redha dengan anak saya Alqamah.
Rasulullah s.a.w berkata: "Pergilah kamu wahai Bilal dan
lihatlah keadaan Alqamah, adakah Alqamah boleh mengucapkan kalimah syahadah? Boleh jadi ibunya hanya berkata demikian kerana malukan Rasulullah."
Bilal r.a. pun pergi, apabila sampai di pintu rumah,beliau mendengar Alqamah melafazkan kalimah syahadah Bilal r:a. pun masuk dan berkata: "Wahai sekalian, kemarahan Ibu Alqamah menghalangnya daripada melafazkan kalimah syahadah." Keredhaan ibunya pula membebaskan lidahnya
Alqamah meninggal dunia pada hari itu. Rasulullah s.a.w. datang dan memerintahkan agar jenazabnya dimandi
dan dikapankan, kemudian dikerjakan solat jenazah. Selepas itu, Baginda s.a.w. bersabda di kubur: "Wahai sekalian Muhajirin dan Ansar, barangsiapa melebihkan isteri daripada ibunya, akan dilaknat Allah s.w.t. dan amalan fardhu dan sunatnya tidak diterima.
3. Kitab Dala'il al-Nubuwwah wa Ma'rifah Ahwal Sahib al-
Shari'ah karya Abu Bakar Ahmad bin al-Husayn al-Baihaqi
(384-458 H), terbitan Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Beirut nada tahun 1998. Kitab ini ditahqiq oleh Dr Abd al-Mu' ti Qal' aji. Rujuk j.6, hal.205-206.
Terjemahan: Abu Abdullah al-Hafiz dan Abu Sa'id bin Amr
mengkhabarkan kepada kami bahawa, Abu al-Abbas berkata mengkhabarkan kepada kami bahawa, Muhammad bin Ya qub, Yahya bin Abu Talib mengkhabarkan kepada kami bahawa Abd al-Wabbab bin Ata' memberitakan kepada kami bahawa, Abu bin al-Warqa' mengkhabarkan kepada kami daripada Abdullah bin Abi Aufa bahawa beliau berkata:
Ketika kami bersama Rasulullah s.a. w., datanglah seseorang dan berkata: "Wahai Rasulullah, ada seorang lelaki yang pemurah namun apabila diminta untuk mengucap, ia tidak mampu untuk melafazkannya." Lalu kami bingkas bersama Rasulullah s.a.w ke rumahnya. Rasulullah s.a.w. berkata kepadanya: "Katakan
Tiada Tuhan yang Layak Disembah Melainkan Allah." Lelaki
itu berkata: "Saya tidak mampu." Rasulullah s.a.w. bertanyakan mengapa. la menjawab: "Hatiku berasa sangat pedih apabila mengucapkannya." Rasulullah s.a.w. bertanya lagi mengapa. la menjawab: "Kerana saya derhaka kepada ibuku."
Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: "Ibumu masih hidup?"
Dia mengiyakannya. Rasulullah s.a. w. memerintahkan agar
dipanggil ibu lelaki tersebut. Apabila ibunya datang, Rasulullah s.a.w. bertanya: Apakah ini anakmu? lbu itu mengiyakannya. Rasulullah s.a. w. bertanya: Apa pandanganmu jika ada api yang marak, adakah ibu meredhai anakmu atau lebih baik anakmu dilemparkan saja ke dalam api tersebut?"
lbu itu berkata: "Pasti saya meredhainya, Rasulullah."
Rasulullah s.a.w. berkata lagi: "Hendaklah ibu bersaksi atas
nama Allah dan nama saya bahawa ibu sudah meredhainya."
lbu itu berkata: "Ya Allah, saya bersaksi atas nama Allah dan nama nabi-Mu, bahawa saya meredhai anakku." Rasulullah s.a.w. terus berkata kepada lelaki tersebut: "Wahai anak muda, ucapkan Tiada Tuhan yang Layak disembah melainkan Allah."
Lelaki itu terus berkata: "Tiada Tuhan yang Layak Disembah
Melainkan Allah, Dialah yang satu, tidak syirik ke atas-Nya."
Lalu Rasulullah s.a. w. berkata sebanyak tiga kali: "Segala puji bagi Allah yang menyelamatkan kamu daripada api neraka.
4. Kitab al-Tarikh fi Akhbar Qazwin karya Abu Abdullah bin Zakariyya al-Qazwini (605-682 H). Rujuk j.6, Bab al-Ta' fih Thalathah Asma', hal.369-370.
Kisah yang terdapat dalam kitab ini hampir sama dengan
apa yang terdapat dalam kitab Dala'il al-Nubuwwah. Namun,terdapat dua perkara yang perlu diteliti:
a. Dalam kitab Tanbih al-Ghaflin, tidak dinyatakan
Rasulullah s.a.w. menziarahi Alqamah. Sebaliknya
Rasulullah s.a.w. hanya mengutuskan beberapa orang
sahabat. Namun, dalam tiga kitab yang lain termasuk
tulisan al-Hafiz al-Mundhiri menyatakan Baginda s.a.w sendiri yang menziarahinya.
b.Jika dinyatakan Rasulullah s.a.w. tidak menziarahinya
ini bertentangan dengan akhlak dan seruan Baginda
sendiri supaya menziarahi orang sakit.
Kisah popular tapi tidak sahih 9/10/22(3)
Pendapat Ulama Mengenai Status Hadith Kisah Ini:
●1.Al-Uqayli (322 HbjH) dalam al-Du'afa"
Beliau mempertikaikan status perawi yang bernama Faid bin Abd al-Rahman al- Atar Abu al-Warqa'. Beliau membawa pandangan beberapa ulama iaitu Imam Ahmad bin Hanbal, Yahya bin Ma'in dan Imam al-Bukhari yang mengkritik kewibawaan Faid dalam periwayatan hadith. Al- Uqayli menjelaskan bahawa antara hadith yang diriwayatkan oleh Faid ialah hadith Alqamah.
حدثنا......الحديث
Bermaksud:
Abdullah bin Ahmad bin Hanbal mengkhabarkan kepada kami, Ayah saya ditanya tentang Fa'id bin Abd al-Rahman Abu al-Warqa, beliau menjawab, Hadithnya matruk."
حدثنا.....بشيء
Bermaksud
Muhammad mengkhabarkan kepada kami bahawa, Abbas mengkhabarkan kepada kami, "Saya mendengar Yahya berkata, Fa'id Abu al-Warqa seorang yang lemah. Beliau berkata di tempat lain, (Fa'id) tiada nilai."
حدثني....الحديث
Bermaksud:
Adam mengkhabarkan kepada saya, "Saya mendengar al-Bukhari berkata: Fa'id bin Abd al-Rabman Abu al-Warqa: Hadithnya mungkar."
Bahkan selepas al- Uqayli mengemukakan hadith Alqamah yang dibawakan oleh Faid, beliau memberikan komentar yang agak tajam:
ولاويتابعة إلا من هو نحوه
Tidak mengikutinya melainkan orang yang seumpama
dengannya.
●2.lbn al-Jawzi (597 H) dalam al-Mawdu at min al-Ahadith al-Marfu 'at
Ulama besar ini melemparkan kritikan terhadap dua orang perawi iaitu Faid bin Abd al-Rahman dan Daud bin Ibrahim. Beliau mengatakan:
قال....يكذب
Bermaksud:
Hadith ini tidak sahih daripada Rasulullah s.a. w., kerana pada jalan periwayatannya terdapat perawi bernama Faid.
Bagi Ahmad bin Hanbal: Hadith Faid adalab matruk. Yahya pula berkata: Tidak harus kita berhujah (menggunakan) dengan periwayatannya. Ugayli pula berkata: Tidak mengikutinya melainkan orang yang seumpama dengannya sahaja. Dalam sanadnya ada perawi lain bernama Daud bin Ibrahim yang dinyatakan oleh Abu Hatim adhi: Dia seorang pembohong."
●3.Al-Hafiz al-Mundhiri (656 H) dalam al-Targhib wa al-Tarhib
Beliau menyatakan status hadith ini adalah dhaif jiddan (sangat lemah).
(ضعيف) ....(لا أستطيع)
Bermaksud
(Sangat lemah). Abdullah bin Abi Awfa r.a. berkata: Kami
di sisi Nabi s.a.w. ketika seseorang datang kepadanya. Beliau mengatakan: Ada seorang lelaki yang pemurah, namun apabiladiminta mengucap, beliau tidak mampu...
●4.Al-Dhahabi (784 H) dalam Tartib al-Mawdu 'at
Kritikan al-Dhahabi pula terfokus kepada Daud bin Ibrahim
sahaja. Beliau mengemukakan kritikan terhadap Fa'id dalam karya beliau Mizam al-I tidal yang akan dijelaskan kelak.
رواة....أبي أوفى
Bermaksud:
Kisah ini diriwayatkan oleh Daud bin Ibrahim-seorang
Pendusta- Ja'far mnengkhabarkan kepada kami bahawa,
Fa'id al-Atar mengkbabarkan kepada kami, daripada Ibn Abi Awfa.
●5.Al-Suyuti (911 H) dalam al-Lali'al-Masnu 'ah fi al-Ahadith al-Mawdu 'ah
Sebagaimana alim ulama yang lain, beliau turut mengkritik
Fa'id. Beliau menjelaskan bahawa kisah ini diriwayatkan oleh al-Khara'iti dalam Masawi' al-Akhlaq, al-Baihaqi dalam Sha'b al-Iman dan al-Tabarani namun kesemuanya diriwayatkan oleh Faid.
لا.....كذاب
Bermaksud:
"Tidak sahih, Fa'id seorang matruk. Al-Ugayli mengataka
bahawa Fa'id tidak boleh diikuti manakala Daud pula seorang pendusta.
●6.Ibn Iraq (963 H) dalam Tanzih al-Shari'ah al- Marfu'ah an al-Ahadith al-Sani'ah al-Mawdu'ah
Kritikan Ibn Iraq juga tertumpu kepada Faid dan Daud.
ولا.....بالقوي
Kisah ini tidak sahih, di dalamnya ada perawi bernama Daud bin Ibrahim seorang Qadhi Qazwin dan seorang perawi
bernama Hamid al-Atar, seorang yang matruk (komentar),
lantaran Fudayl bin Abd al-Wahhab mengikuti Daud. Kisah
ini dikeluarkan oleh al-Kharaiti dalam Masawi' al-Akhlaq.
Hamid pula diikuti oleh Fa'id Abu al-Warqa'. Kisah ini turut
dikeluarkan oleh al-Tabarani dan al-Baihaqi dalam al-Sha'b
dan beliau berkata: Faid berseorangan dalam meriwayatkannya dan ia tidak kukuh."
●7.Al-Shawkani (1250 H) dalam al-Fawa'id al-Majmu'ah
Al-Shawkani memberikan komentar tanpa menjelaskan siapakah perawi yang bermasalah. Berkemungkinan beliau juga sama seperti dengan ulama lain yang mengkritik Fa'id.
رواه....أخرى
Bermaksud:
"Kisah ini diriwayatkan oleh al-Ugayli daripada Abdullah bin
Abi Awfa secara marfuk. Dalam sanadnya terdapat seorang yang matruk dan pendusta dan kisah ini turut diriwayatkan melalui jalan lain."
Kisah popular tapi tidak sahih 9/10/22(4)
Komentar Ulama Terhadap Fa'id bin Abd al-Rahman al- Atar Abu al-Warqa
Terdapat ramai ulama yang melemparkan kritikan terhadap Fa'id dalam kitab berkaitan Ilmu Rijal al-Hadith atau ilmu berkenaan perawi hadith. Jika bab sebelum ini membincangkan tentang kritikan ulama yang berkaitan dengan kedudukan hadith yanh mana kesemuanya menyalahkan Fa'id, bab ini pula menjelaskan kritikan langsung ulama terhadap Fa'id dalam karya tentang Ilmu Rijal pula.
Menurut al-Hafiz Ibn Hajr al- Asqalani (852 H) dalam
Tahdhib al-Tahdhib,¹² nama Fa'id ditulis sebagai Fa'id bin Abd al. Rahman, al-Kufi, Abu al-Warqa' al- Atar. Al-Hafiz menjelaskan antara ulama yang mengkritik beliau ialah Imam Ahmad, Yahya bin Ma' in, Abu Hatim al-Razi, Abu Zur' ah, al-Bukhari, Abu Daud, al-Tirmidhi, al-Nasa'i, al-Hakim dan Ibn Adi. Sebagai
contoh dinyatakan:
1. Abdullah bin Ahmad meriwayatkan daripada bapanya
"(Faid) seorang yang matruk."
2. Imam al-Bukhari berkata: "Hadith (Fa'id) adalah mungkar.
3. Al Tirmidhi mengatakan:Lemah dalam meriwayatkan
hadith."
4. Ibn Hibban berkata:Tidak harus kita berhujah
(menggunakan dalilnya)."
5. Al-Hakim pula berkata: "(Fa'id) meriwayatkan hadith
hadith palsu daripada Ibn Abi 'Awfa"
Bagi Ibn Adi (365 H) dalam al-Kamil fi Du'afa' al-Rijal,¹³ beliau menamakan Fa'id sebagai Fa'id bin Abd al-Rahman Abu Warqa, Kufi. Beiau turut memetik beberapa pandangan ulama antaranya disebut:
1. Ibn Hammad daripada Abbas (Ibn Muhammad)
mengkhabarkan kepada kami bahawa, Yahya (bin Ma in)
berkata: "Faid tidak thiqah." Dalam kenyataan yang lain
pula beliau mengatakan: Faid Abu al-Warqa' seorang yang
lemah."
2. Ibn Hammad mengkhabarkan kepada kami bahawa, Abdullah bin Ahmad mengkhabarkan kepada saya bahawa,
ayahnya (Imam Ahmad) berkata: "Faid Abu al-Warqa
matruk hadithnya."
Ibn Hibban (354 H) dalam al-Majruhin memberikan komentar yang ringkas terhadap Faid. Beliau hanya memetik komentar yang dilemparkan oleh Yahya bin Ma in sebagaimana dijelaskan dalam kitab al-Hafiz dan Ibn 'Adi. Beliau memberikan sedikit pengenalan berkaitan Faid seperti berikut:
Fa'id bin Abd al-Rahman al-Atar Abu al-Warqa' adalah orang
Kufah,meriwayatkanhadithdaripadalbnAbiAwfa kemudiannya orang Kufah pula meriwayatkan hadith daripadanya. Beliau adalah orang yang meriwayatkan maklumat-maklumat mungkar daripada himpunan maklumat-maklumat yang masybur. Beliau meriwayatkan sumber yang mu dal daripada lbn Abi Awfa dan tidak barus kita menggunakan maklumatnya sebagai hujah."
Begitu juga al-Dhahabi (748 H) dalam Mizan al-Ttidal,15 beliau menyampaikan kritikan Imam Ahmad, Yahya bin Ma in, Ibn Adi, Muslim bin Ibrahim dan Muhammad bin Ayyub bin al-Durays terhadap Fa'id al-Atar. Bahkan pada komentar awal lagi beliau menyatakan, "Faid dikritik oleh Ahmad dan orang lain." Kritikan Muslim bin Ibrahim terhadap beliau sebagaimana berikut:
"Saya menemui Faid dan mendapati beliau sedang memukul jariahnya dengan rotan.
Kisah popular tapi tidak sahih 9/10/22(5)
Apa Kata Ulama Mengenai Kisah Ini?
Persoalan yang harus diselesaikan ialah apakah biodata lengkap Alqamah yang dikatakan menderhaka kepada ibunya? Apakah nama bapanya, ibunya, kabilahnya, di samping apa pula nama isterinya dan berasal daripada kabilah mana? Malah jika kita katakan Alqamah menderhaka kepada ibu kandungnya, ia bererti isteri Alqamah juga adalah antara orang yang bermasalah. Apakahkita berani mengatakan sesuatu yang tidak baik tentang para sahabat sedangkan mereka termasuk dalam golongan yang terbaik dan mendapat keredhaan daripada Allah s.w.t.
Al-Asbahani berpendapat: Terdapat 14 orang sahabat nabi
yang bernama Alqamah, namun tiada seorang pun yang dikaitkan dengan kisah ini.¹⁶
Al-Hafiz pula menyenaraikan empat orang sahabat nabi nabi yang bernama Alqamah.
1.Alqamah bin Hujr yang dianggap sebagai sahabat oleh Ali
bin Sa id al-Askari. Namun ulama mengkritik pengiktirafan
al-Askari termasuk al-Hafiz. Menurut al-Hafiz, nama sebenar beliau ialah Alqamah bin Wa'il bin Hujr dan beliau
bukan sahabat nabi.
2. Alqamah bin Nadlah al-Kinani namun Abu Hatim al-Radhi
dalam al-Jarh wa al-Ta dil menyatakan beliau bukan sahabat nabi.
3. Alqamah bin Nadlah al-Khuza' i sebagaimana dijelaskan
oleh Ibn Qani dalam Mu' jam al-Sahabah.
4. Alqamah Walid Simak menurut anggapan Ibn Shahin.
Namun pandangan tidak kuat, yang sebetulnya beliau bukan tergolong dalam kumpulan sahabat nabi.
Kesimpulan
Berdasarkan penghujahan yang dilontarkan oleh alim ulama,sangat jelas bahawa kisah Alqamah adalah rekaan semata-mata. Secara ringkasnya dinyatakan semula faktor-faktor yang membawa kepada penolakan kisah ini.
1. Terdapat dua orang perawi yang sangat diragui dan ditolak oleh ulama iaitu Faid bin Abd al-Rahman dan Daud bin Ibrahim.
2. Tiada seorang pun kalangan sahabat bernama Alqamah yang sesuai untuk dikaitkan dengan kisah ini.
Justeru, wajib mengelakkan diri daripada membawa kisah ini walaupun untuk memberikan pengajaran kecuali bertujuan untuk menerangkan kepalsuannya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan