Ahad, Oktober 09, 2022

Sahih Bukhari Kitab Maghazi sesi 011 19/9/2014

Sahih Bukhari Kitab Maghazi sesi 011 19/9/2014


Sahih Bukhari Kitab Maghazi sesi 011 19/9/2014t

2130. Firman Allah "(Ingatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan-Nya bagimu: "Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepada kamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut."
٤- باب قَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى:
4 Bab: Firman Allah Ta 'ala.²⁵
 {إِذْ تَسْتَغِيثُونَ رَبَّكُمْ فَاسْتَجَابَ لَكُمْ أَنِّي مُمِدُّكُمْ بِأَلْفٍ مِنَ الْمَلاَئِكَةِ مُرْدِفِينَ وَمَا جَعَلَهُ اللَّهُ إِلاَّ بُشْرَى وَلِتَطْمَئِنَّ بِهِ قُلُوبُكُمْ وَمَا النَّصْرُ إِلاَّ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ إِذْ يُغَشِّيكُمُ النُّعَاسَ أَمَنَةً مِنْهُ وَيُنَزِّلُ عَلَيْكُمْ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً لِيُطَهِّرَكُمْ بِهِ وَيُذْهِبَ عَنْكُمْ رِجْزَ الشَّيْطَانِ وَلِيَرْبِطَ عَلَى قُلُوبِكُمْ وَيُثَبِّتَ بِهِ الأَقْدَامَ إِذْ يُوحِي رَبُّكَ إِلَى الْمَلاَئِكَةِ أَنِّي مَعَكُمْ فَثَبِّتُوا الَّذِينَ آمَنُوا سَأُلْقِي فِي قُلُوبِ الَّذِينَ كَفَرُوا الرُّعْبَ فَاضْرِبُوا فَوْقَ الأَعْنَاقِ وَاضْرِبُوا مِنْهُمْ كُلَّ بَنَانٍ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ شَاقُّوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَمَنْ يُشَاقِقِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَإِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ}. 

Sahih Bukhari Kitab Maghazi 5/10/22(02)

Bermaksud: (ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu perkenankan Nya permohonan kamu (dengan firman Nya): "Sesungguhnya Aku akan  membantu kamu dengan seribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut(9)²⁶ 
dan Allah tidak menjadikan (bantuan malaikat) itu melainkan sebagai berita gembira dan supaya hati kamu tenang tenteram dengannya dan kemenangan itu pula hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (10).
(ingatlah) ketika kamu diliputi perasaan mengantuk sebagai satu (pemberian) aman dari Allah (untuk menghapuskan kecemasan kamu) dan (ingatlah ketika) ia menurunkan kepadamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengannya dan menghapuskan dari kamu gangguan syaitan, dan juga untuk menguatkan hatimu dan menetapkan dengannya tapak kaki mu (di medan perjuangan). (11)²⁸  
(ingatlah) ketika Tuhanmu mewahyukan kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku bersama kamu (memberi pertolongan) maka  tetapkanlah (hati) orang-orang yang beriman. Aku akan mengisi hati orang-orang yang kafir dengan perasaan gerun; oleh itu, pancunglah leher mereka (musuh) dan potonglah tiap-tiap anggota mereka". (12) (perintah) Yang demikian ialah kerana sesungguhnya mereka menentang Allah dan RasulNya: dan sesiapa yang menentang Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya. (13). 
(al-Anfaal:9-13).



 ٣٩٥٢- حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ حَدَّثَنَا إِسْرَائِيلُ عَنْ مُخَارِقٍ عَنْ طَارِقِ بْنِ شِهَابٍ قَالَ سَمِعْتُ ابْنَ مَسْعُودٍ يَقُولُ شَهِدْتُ مِنْ الْمِقْدَادِ بْنِ الْأَسْوَدِ مَشْهَدًا لَأَنْ أَكُونَ صَاحِبَهُ أَحَبُّ إِلَيَّ مِمَّا عُدِلَ بِهِ أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَدْعُو عَلَى الْمُشْرِكِينَ فَقَالَ لَا نَقُولُ كَمَا قَالَ قَوْمُ مُوسَى { اذْهَبْ أَنْتَ وَرَبُّكَ فَقَاتِلَا } وَلَكِنَّا نُقَاتِلُ عَنْ يَمِينِكَ وَعَنْ شِمَالِكَ وَبَيْنَ يَدَيْكَ وَخَلْفَكَ فَرَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَشْرَقَ وَجْهُهُ وَسَرَّهُ يَعْنِي قَوْلَهُ

Mula disini

3952- Abu Nu'aim (al-Fadhl bin Dukain) meriwayatkan kepada kami, katanya: Isra'il (bin Yunus bin Abi Ishaq) meriwayatkan kepada kami daripada Mukhaariq (bin
Abdillah bin Jaabir al-Bajali al-Ahmasi) daripada 
Thariq bin Syihaab (al-Bajali al Ahmasi), katanya: Saya telah mendengar Ibnu Mas'ud bercerita, katanya: Pernah aku
menyaksikan Miqdaad bin al-Aswad²⁹ berucap, di mana aku merasakan jika aku yang  berucap sedemikian, niscaya lebih baik lagi bagiku daripada apa saja (harta benda dunia)
yang dinilaikan dengannya. Beliau pergi kepada Nabi s.a.w. ketika Baginda s.a.w. sedang mendoakan keburukan untuk orang-orang musyrikin. Lalu berucap: Kita  tidak akan berkata seperti kata kaum (Nabi) Musa: "Pergilah kamu dan Tuhanmu berperang!"Sebaliknya kami akan berperang di sebelah kanan, kiri, di hadapan dan di belakangmu.
Aku melihat wajah Nabi s.a.w. berseri-seri. Ia telah membuatkan Baginda s.a.w. gembira. Maksud beliau (yakni lbnu Mas' ud) ialah kata-kata Miqdaad itu.³⁰


٣٦٥٩ - حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ حَوْشَبٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَهَّابِ حَدَّثَنَا خَالِدٌ عَنْ عِكْرِمَةَ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ بَدْرٍ اللَّهُمَّ إِنِّي أَنْشُدُكَ عَهْدَكَ وَوَعْدَكَ اللَّهُمَّ إِنْ شِئْتَ لَمْ تُعْبَدْ فَأَخَذَ أَبُو بَكْرٍ بِيَدِهِ فَقَالَ حَسْبُكَ فَخَرَجَ وَهُوَ يَقُولُ { سَيُهْزَمُ الْجَمْعُ وَيُوَلُّونَ الدُّبُرَ }
3953- Muhammad bin 'Ubaidillah bin Hausyab (at-Thaa' ifi) meriwayatkan kepada kami, katanya: Abdul Wahhaab (bin Abdil Majid ats-Tsaqafi) meriwayatkan kepada kami,
katanya: Khalid (al-Hazzaa') meriwayatkan kepada kami daripada Ikrimah (hamba yang dimerdekakan oleh 
lbnu 'Abbaas) daripada 
lbnu Abbaas (Abdillah), katanya: "Nabi s.a.w. berdoa pada hari Badar: "Sesungguhnya aku benar-benar mengharap dan menagih janjiMu³¹. Ya Allah! Jika Engkau menghendaki, niscaya Engkau tidak akan disembah.³²

Abu Bakar memegang tangan Baginda seraya berkata: "Cukuplah."³³  Selepas tu Nabi s.a.w. keluar sambil membaca (firman Allah berikut):  
Al-Qamar 54:45  سَيُهْزَمُ ٱلْجَمْعُ وَيُوَلُّونَ ٱلدُّبُرَ  yang bermaksud: Kumpulan mereka yang bersatu itu tetap akan dikalahkan dan mereka pula akan berpaling lari. (al-Qamar: 45)

5-Bab³⁴(باب) tanpa tajuk

٣٩٥٤-حَدَّثَنِي إِبْرَاهِيمُ بْنُ مُوسَى أَخْبَرَنَا هِشَامٌ أَنَّ ابْنَ جُرَيْجٍ أَخْبَرَهُمْ قَالَ أَخْبَرَنِي عَبْدُ الْكَرِيمِ أَنَّهُ سَمِعَ مِقْسَمًا مَوْلَى عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الْحَارِثِ يُحَدِّثُ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّهُ سَمِعَهُ يَقُولُ { لَا يَسْتَوِي الْقَاعِدُونَ مِنْ الْمُؤْمِنِينَ } عَنْ بَدْرٍ وَالْخَارِجُونَ إِلَى بَدْرٍ
3954-Ibrahim bin Musa (al-Farraa') meriwayatkan kepadaku, katanya: Hisyam (bin Yusuf) meriwayatkan kepada kami bahawa Ibnu Juraij (Abdul Malik bin 'abdul Aziz)
meriwayatkan kepada mereka, katanya: 'Abdul Karim (bin Malik Abu Umaiyyah al-Jazari) meriwayatkan kepadaku bahawa dia mendengar Miqsam (bin Bajarah m.101H)
hamba bebasan 'Abdillah bin al-Haarits (bin Naufal al-Hasyimi) menceritakan bahawa dia pernah mendengar Ibnu Abbaas berkata (ketika mentafsirkan firman Allah berikut): لَّا يَسْتَوِى ٱلْقَٰعِدُونَ مِنَ ٱلْمُؤْمِنِينَ 
Bermaksud: Tidaklah sama antara mu'min yang duduk (yang tidak ikut berperang) dalam perang Badar dan yang keluar ke Badar (untuk berperang)³⁵. 

Minit 3
__________________
-dengan adanya ayat2 alquran tentangnya telah menunjukan istimewanya perang Badar.
- tajuk bab telah dibincangkan sesi sebelum ini

Hadits2 yang ada kaitan dengan perang Badar.

3952- Abu Nu'aim (al-Fadhl bin Dukain) meriwayatkan kepada kami, katanya: Isra'il (bin Yunus bin Abi Ishaq) meriwayatkan kepada kami daripada Mukhaariq (bin
Abdillah bin Jaabir al-Bajali al-Ahmasi) daripada 
Thariq bin Syihaab (al-Bajali al Ahmasi), katanya: Saya telah mendengar Ibnu Mas'ud bercerita, katanya: Pernah aku
menyaksikan Miqdaad bin al-Aswad²⁹ berucap, di mana aku merasakan jika aku yang  berucap sedemikian, niscaya lebih baik lagi bagiku daripada apa saja (harta benda dunia)
yang dinilaikan dengannya. Beliau pergi kepada Nabi s.a.w. ketika Baginda s.a.w. sedang mendoakan keburukan untuk orang-orang musyrikin. Lalu berucap: Kita  tidak akan berkata seperti kata kaum (Nabi) Musa: "Pergilah kamu dan Tuhanmu berperang!"Sebaliknya kami akan berperang di sebelah kanan, kiri, di hadapan dan di belakangmu.
Aku melihat wajah Nabi s.a.w. berseri-seri. Ia telah membuatkan Baginda s.a.w. gembira. Maksud beliau (yakni lbnu Mas' ud) ialah kata-kata Miqdaad itu.³⁰

3953- Muhammad bin 'Ubaidillah bin Hausyab (at-Thaa' ifi) meriwayatkan kepada kami, katanya: Abdul Wahhaab (bin Abdil Majid ats-Tsaqafi) meriwayatkan kepada kami,
katanya: Khalid (al-Hazzaa') meriwayatkan kepada kami daripada Ikrimah (hamba yang dimerdekakan oleh lbnu 'Abbaas) daripada lbni Abbaas (Abdillah), katanya: "Nabi
s.a.w. berdoa pada hari Badar: "Sesungguhnya aku benar-benar mengharap dan menagih janjiMu³¹. Ya Allah! Jika Engkau menghendaki, niscaya Engkau tidak akan disembah.³²


²⁹ Nama sebenar ayah Miqdaad ialah Amar bin Tsa' labah al-Kindi. Oleh kerana Al-Aswad pernah mengambil Miqdaad sebagai anak angkatnya, kerana itulah Miqdaad dikatakan bin al-Aswad.
- kata2nya menyebabkan sahabat lain lebih teguh.
-Bani Israel di kemuncak semasa Nabi Yusuf.
-zaman Nabi Musa  tidak berjaya keluar dari jiwa penghambaan firaun.
- sesat dengan maksud tak tahu nak pergi kemana.
Di Mesir jadi hamba. Di lain negeri orang lain.
Minit 14
Minit 24

³⁰ Kata-kata Miqdaad itulah yang telah membuatkan wajah Nabi s.a.w. berseri-seri dan membuatkan Baginda s.a.w. gembira. 

³¹ untuk menolong rasulMu, memberi kemenangan kepadanya dalam menghadapi musuh dan meninggikan agamaMu. Janji Allah yang diharap dan ditagih Rasulullah s.a.w. itu ialah apa yang terkandung di dalam firman Allah berikut:

As-Saffat 37:171 وَلَقَدْ سَبَقَتْ كَلِمَتُنَا لِعِبَادِنَا ٱلْمُرْسَلِينَ 
As-Saffat 37:172 إِنَّهُمْ لَهُمُ ٱلْمَنصُورُونَ 
As-Saffat 37:173 وَإِنَّ جُندَنَا لَهُمُ ٱلْغَٰلِبُونَ 

Bermaksud: Dan demi sesungguhnya! Telah tetap janji Kami kepada hamba-hamba Kami yang menjadi rasul, (171). bahawa sesungguhnya mereka itulah yang pasti mendapat pertolongan. (172). dan sesungguhnya tentera Kami (rasul dan pengikut-pengikutnya), merekalah yang pasti menang (dalam menghadapi golongan yang menentang kebenaran). (173). (as-Shaffaat: 171-173).

Dan juga yang terkandung di dalam firman Allah ini: 
Al-Anfal 8:7
وَإِذْ يَعِدُكُمُ ٱللَّهُ إِحْدَى ٱلطَّآئِفَتَيْنِ أَنَّهَا لَكُمْ وَتَوَدُّونَ أَنَّ غَيْرَ ذَاتِ ٱلشَّوْكَةِ تَكُونُ لَكُمْ وَيُرِيدُ ٱللَّهُ أَن يُحِقَّ ٱلْحَقَّ بِكَلِمَٰتِهِۦ وَيَقْطَعَ دَابِرَ ٱلْكَٰفِرِينَ 
Bermaksud: Dan (ingatlah), ketika Allah menjanjikan kepadamu salah satu dari dua golongan (yang kamu hadapi) adalah untukmu, sedang kamu menginginkan yang tidak mempunyai kekuatan senjatalah yang untukmu, padahal Allah menghendaki untuk membenarkan yang benar dengan ayat-ayatNya dan memusnahkan orang-orang kafir seluruhnya. (al-Anfaal: 7). 
- ini tentang janji juga.
- bg mmay golongan dagang satu dari golongan tidak berapa tepat.
-golongan yg berjaya secara diplomasi.
- jika janji telah ada, kenapa Nabi saw tetap kelihatan begitu sekali berdoa!
- apa jawapannya?!
- sebab itu perlu  dilihat secara teliti.
- janji itu secara umum tidak secara detail atau jelas  bila dan dimana.
- Nabi saw sangat gerun dan takut kepada Allah.


Soalnya setelah ada janji-janji seperti itu, kenapakah Rasulullah s.a.w. tetap kelihatan begitu gelisah dan resah? Ketika berdoa memohon pertolongan Allah, selimut yang tersangkut di kedua belah bahu Baginda s.a.w. sampai terjatuh! Ketika orang-orang lain mengantuk dan tertidur, Baginda s.a.w. pula terus bersembahyang dan berdoa hingga ke pagi!! Perlu sekali diketahui bahawa janji akan memberi pertolongan oleh Allah itu bersifat umum. Di dalamnya tidak tersebut di mana tempatnya dan bila masanya. Rasulullah s.a.w. pula sentiasa berada pada maqam seorang hamba yang berhadapan dengan Tuhan yang Maha Kaya. Tuhan yang tidak wajib atasnya suatu apa pun. Tuhan yang mempunyai kuasa mutlaq. Segala apa yang diberiNya dan dijanjikanNya hanyalah merupakan limpah kurniaNya semata-mata. Dalam keadaan itu Rasulullah s.a.w. tentunya berasa gerun dan takut kepadaNya. Jika diandaikan Rasulullah s.a.w. mengetahui waktu pertolongan yang dijanjikan Allah sekalipun, mungkin ia terhenti atas beberapa syarat atau sebab-sebab yang tersembunyi kepada Beliau. Kerana hikmat dan mashlahat tertentu segala-galanya tidak didedahkan, walaupun kepada nabi kesayanganNya sendiri! Keadaan inilah yang membuatkan hamba-hamba Allah seperti para nabi itu lebih merasakan kebesaran, kehebatan dan
keagunganNya. 

Minit 35
- contoh soal yg tak jelas atau terhad maklumat pada awalnya ialah tentang Dajal. Akhirnya barulah jelas.


³² Maksudnya ialah Ya Allah! Jika Engkau menghendaki bahawa Engkau tidak disembah lagi selepas hari ini, niscaya Engkau tidak akan disembah, iaitu dengan Engkau memberikan kemenangan kepada mereka dalam perang terhadap orang-orang mu'minin. 

Kata-kata Nabi s.a.w. ini tidak seharusnya difahami secara mutlaq, dengan erti jika ahli Badar mati kesemuanya, niscaya tidak akan ada langsung orang-orang yang menyembah Allah atau dengan kata lain akan pupuslah terus umat Islam dari muka bumi ini. Sebabnya masih ada ramai lagi sahabat-sahabat Nabi s.a.w.. baik lelaki maupun perempuan yang berada di Madinah dan tidak ikut serta dalam perang Badar. 

Hakikat ini dapat dilihat umpamanya di dalam hadits Ka' ab yang dikemukakan oleh Bukhari sebelum ini. Lihat hadits nombor 3951yang lalu. Apa yang dimaksudkan dan hendak diisyaratkan oleh Baginda s.a.w. dengan kata-katanya itu ialah ahli-ahli Badar adalah umat Islam yang paling istimewa dan mereka merupakan hard core (teras) umat Islam. Kehilangan mereka akan menyebabkan kekurangan besar kepada umat buat selama-lamanya .

³³ Sekali pandang, Abu Bakar nampak lebih yakin dengan janji Allah. Beliau kelihatan tenang malah dapat menenangkan pula Rasulullah s.a.w. Apakah hakikat sebenarnya? 
Beberapa jawapan telah diberikan oleh para ulama': 
(1) Abu Bakar Ibnu al-Arabi, sebagaimana dinukilkan oleh muridnya as-Suhaili ada berkata: "Rasulullah S.a.w. dalam peristiwa khusus ini berada pada maqam khauf" (takut dan gerun kepada Allah). Abu Bakar pula berada pada maqam rajaa (menaruh harapan penuh kepada janji Allah). Dalam keaaaan seperti itu orang yang berada pada maqam khauf adalah lebih sempurna. Kerana Allah s.w.t. dapat melakukan apa saja yang dikehendakiNya. Nabi s.a.w. pula takut Allah tidak akan disembah lagi di bumi ini selepas peperangan Badar jika ditaqdirkan beliau dan para sahabatnya mengalami kekalahan dan kemusnahan dalam peperangan itu). 
(2) Al-Khatthaabi berkata: "Tidak harus sama sekali dianggap Abu Bakar lebih yakin dengan janji Allah. Apa yang berlaku sebenarnya menunjukkan betapa Nabi s.a.w. amat menyayangi para sahabatnya. Dalam usaha menguatkan semangat mereka yang akan menghadapi musuh buat kali pertama itu, Rasulullah s.a.w. telah berdoa dengan bersungguh-sungguh untuk menenangkan hati mereka. Justeru, para sahabat itu yakin doa Baginda s.a.w. (selalunya) maqbul dan diterima Allah

Minit 59
1jam 02minit

³⁴ Ini ialah satu bab tanpa tajuk. 
-perkara ini agak pelik.
- ada kata tajuk jatuh.
- ada kata Imam Bukhari terlupa atau tak sempat.
-ada >100 kitab syarah kitab Sahih Bukhari.
- contoh kitab tarjamatul bab.

Imam Bukhari sering kali mengadakan bab tanpa tajuk. Para ulama' berbeda pendapat tentang maksud beliau berbuat begitu. 
(1) Kebanyakan ulama berpendapat, bab tanpa tajuk di dalam Sahih Bukhari pada kebiasaannya sama dengan fasal (ceraian) bagi bab yang tersebut sebelumnya. Walaupun kandungannya berbeza daripada kandungan bab sebelum itu, namun tetap ada sedikit sebanyak kaitannya dengan yang sebelumnya atau mungkin juga ia lebih menjelaskan lagi apa yang samar di dalam hadits-hadits bab sebelumnya. Kalau di dalam bab sebelum ini terkandung cerita penyertaan para malaikat dalam perang Badar, maka di dalam hadits di bawah bab ini pula terkandung cerita tentang penyertaan para sahabat tertentu dalam peperangan itu. Bezanya hanyalah bab sebelum ini menceritakan tentang kelebihan para malaikat yang menyertai perang Badar. Bab ini pula menceritakan tentang kelebihan para sahabat yang merupakan manusia biasa yang menyertainya. 
(2) Menurut Syeikhul Hind (maha guru hadits di India dan tokoh ulamak di Deoband), Imam Bukhari sering juga mengadakan bab tanpa tajuk dengan maksud menguji kepintaran para pembaca kitabnya atau dengan tujuan mengasah bakat dan fikiran orang-orang yang mempelajari dan mengkaji kitabnya. Seolah-olahnya beliau berkata, saya saja yang membuat tajuk-tajuk bab. Sekarang kamulah pula cuba membuat bab untuk hadits vang saya kemukakan di bawah nanti. Sudah sekian banyak kamu melihat bagaimana teknik dan kepakaran yang telah saya gunakan untuk mengadakan tajuk bab untuk hadits-hadits. Kamulah pula cuba membuatnya! 

1jam 15 minit

Apakah gerangan tajuk yang mungkin sesuai untuk hadits Ibnu Abbaas yang dikemukakan oleh Bukhari di bawah bab ini? Setelah diteliti, anda mungkin mengadakan tajuk bab untuknya begini: 
باب بيان فرق المر اتب بين البدريين وغيرهم
(Bab menyatakan perbedaan darjat di antara ahli Badar dan bukan ahli Badar), atau boleh juga begini: 
باب كم من فرق بين البدريين وغيرهم
(Bab alangkah banyaknya perbedaan di antara ahli Badar dan bukan ahli Badar) dan sebagainya. 

Jauh sekali perbedaan darjat di antara ahli Badar dan bukan ahli Badar. Hakikat ini diketahui dan diterima oleh umum para sahabat. Daripada satu hadits yang diriwayatkan oleh Rifa'ah bin Raafi al-Zuragi, salah seorang ahli Badar juga dapat diketahui kelebihan ahli Badar daripada bukan ahli
Badar. Kata Rifa'ah: 
جَاءَ جِبْرِيلُ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ مَا تَعُدُّونَ أَهْلَ بَدْرٍ فِيكُمْ قَالَ مِنْ أَفْضَلِ الْمُسْلِمِينَ أَوْ كَلِمَةً نَحْوَهَا قَالَ وَكَذَلِكَ مَنْ شَهِدَ بَدْرًا مِنْ الْمَلَائِكَةِ
Bermaksud: Jibril datang kepada Nabi s.a.w. bertanya Apakah anggapanmu terhadap ahli Badar di kalanganmu? Jawab Baginda s.a.w."Mereka ialah orang Islam yang paling utama atau (syak perawi) suatu ucapan seumpamanya. Kata Jibrail  Demikianlah juga para malaikat yang ikut serta dalam perang Badar." (Hadits riwayat Bukhari) 

Kesimpulan hadits yang dikemukakan oleh Bukhari di bawah bab tanpa tajuk ini ialah firman Allah ; 
لَّا يَسْتَوِى ٱلْقَٰعِدُونَ مِنَ ٱلْمُؤْمِنِينَ
di dalam Surah an-Nisaa' ayat 95 itu diturunkan sehubungan dengan orang-orang yang telah ikut serta dalam perang Badar dan orang-orang yang tidak menyertainya. 

Al- Aini, Ibnu at-Tin dan Maulana Rasyid Ahmad al-Ganggohi bagaimanapun lebih cenderung mengatakan ayat ini umum untuk setiap orang Islam yang berjihad dan yang tidak berjihad. Ertinya ialah orang Islam yang berjihad di jalan Allah itu lebih mulia dan lebih tinggi darjatnya daripada yang tidak berjihad. Termasuklah dalam ma'na umum ayat ini para sahabat yang telah ikut serta dalam perang Badar dan yang tidak ikut serta dalam peperangan itu. 

Abu as-Sa'ud (ahli tafsir dizaman kerajaan Turki) pula menukilkan daripada Muqaatil, bahawa beliau berpendapat ayat ini turun sehubungan dengan perang Tabuk bukan perang Badar. Yang betulnya ialah ayat ini secara khususnya memang turun sehubungan dengan perang Badar, walaupun umum ma' nanya tetap merangkumi yang lain-lain juga sesuai dengan qaedah: 
العبرة لعمو اللفظ لابخصوص السبب
(Yang diambil kira ialah umum lafaz al-Qur'an, bukan sebab turunnya yang khusus). 

Berikut dikemukakan beberapa alasan yang menyokong ayat di atas pada asalnya diturunkan sehubungan dengan perang Badar: 
(1) Imam Tirmizi dengan sanadnya meriwayatkan daripada lbnu Abbaas, kataya: 
لَا يَسْتَوِي الْقَاعِدُونَ مِنْ الْمُؤْمِنِينَ غَيْرُ أُولِي الضَّرَرِ عن بدر  والخارجون ألى بدر لما نزلت غزوة بدر......الضرر
Bermaksud: Tidaklah sama antara mu'min yang duduk (yang tidak ikut berperang) dalam perang Badar dan yang keluar ke Badar (untuk berperang)-selain daripada orang-orang yang ada keuzuran- . Apabila turun ayat tentang perang Badar ini. berkatalah Abdullah bin Jahsyin dan Ibnu Ummi Maktum: "Sesungguhnya kami ini buta, wahai rasulullah! Adakah kelonggaran kepada kami untuk tidak pergi berperang?". Maka turunlah ayat An nisa 95: لَا يَسْتَوِي الْقَاعِدُونَ مِنْ الْمُؤْمِنِينَ غَيْرُ أُولِي الضَّرَرِ dan فَضَّلَ ٱللَّهُ ٱلْمُجَٰهِدِينَ بِأَمْوَٰلِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ عَلَى ٱلْقَٰعِدِينَ دَرَجَةًۚ Mereka ialah orang-orang uzur yang tidak ikut berperang. Firman Allah  وَفَضَّلَ ٱللَّهُ ٱلْمُجَٰهِدِينَ عَلَى ٱلْقَٰعِدِينَ أَجْرًا عَظِيمًا pula ialah tentang orang-orang yang tidak ikut berperang tanpa keuzuran, 
(Hadits riwayat at-Tirmizi di dalam Sunannya dan at-Thanaawi di dalam Musykilu al-Aatsaarnya). 

Hadits ini jelas menunjukkan ayat di atas turun sebelum berlakunya perang Badar. la berkenaan dengan perbezaan darjat di antara orang-orang yang ikut serta dan tidak ikut serta dalam peperangan itu .

(2) Ayat di atas khusus berkenaan dengan orang yang ikut serta dan tidak ikut dalam peperangan Badar menurut tafsiran Ibnu Abbaas. 

(3) Imam Bukhari memasukkan ayat di atas di bawah bab. peristiwa perang Badar. Ini menunjukkan bagi beliau ayat berkenaan adalah berkenaan dengan perang Badar bukan perang Tabuk seperti dikatakan oleh Muqaatil (terkenal sebagai ahli tafsir tetapi ramai yg mempertikaikanya).


³⁵ Ayat yang ditafsirkan oleh Ibnu Abbaas ini selengkapnya bersama-sama dengan terjemahannya adalah seperti berikut:
An-Nisa' 4:95
لَّا يَسْتَوِى ٱلْقَٰعِدُونَ مِنَ ٱلْمُؤْمِنِينَ غَيْرُ أُو۟لِى ٱلضَّرَرِ وَٱلْمُجَٰهِدُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمْوَٰلِهِمْ وَأَنفُسِهِمْۚ فَضَّلَ ٱللَّهُ ٱلْمُجَٰهِدِينَ بِأَمْوَٰلِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ عَلَى ٱلْقَٰعِدِينَ دَرَجَةًۚ وَكُلًّا وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلْحُسْنَىٰۚ وَفَضَّلَ ٱللَّهُ ٱلْمُجَٰهِدِينَ عَلَى ٱلْقَٰعِدِينَ أَجْرًا عَظِيمًا 
An-Nisa' 4:96 دَرَجَٰتٍ مِّنْهُ وَمَغْفِرَةً وَرَحْمَةًۚ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا 
Bermaksud: Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman - selain daripada orang-orang yang ada ke'uzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan (untuk) tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang tanpa ada sesuatu ke uzuran) dengan pahala yang amat besar; (95). laitu beberapa darjat kelebihan daripadaNya, keampunan serta rahmat. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang. (96). (an-Nisaa :95-96).

Hadits ini menunjukkan Rasulullah s.a.w. keluar dari Madinah bersama para sahabatnya yang terpilih dan pergi ke Badar memang dengan maksud berperang demi mempertahankan diri dari serangan orang-orang kafir Mekah. la langsung tidak bertujuan menyerbu rombongan dagang kaum Quraisy untuk merampas harta benda yang dibawa mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan