Khamis, Oktober 27, 2022

Tafsir quran dengan quran 19/10/22(1)

Tafsir quran dengan quran  19/10/22(1)

Al-Baqarah 2:180
كُتِبَ عَلَيْكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ ٱلْمَوْتُ إِن تَرَكَ خَيْرًا ٱلْوَصِيَّةُ لِلْوَٰلِدَيْنِ وَٱلْأَقْرَبِينَ بِٱلْمَعْرُوفِۖ حَقًّا عَلَى ٱلْمُتَّقِينَ 
Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu didatangi (gejala-gejala) mati, jika ia ada meninggalkan harta yang banyak, (hendaklah ia) berwasiat untuk ibu bapa dan kerabatnya²⁸⁴ dengan cara yang baik (menurut peraturan agama)²⁸⁵ sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa. [180].²⁸⁶

-jika orang miskin tak payah (tidak wajib) berwasiat.
- feel bina majhul كُتِبَ yg memerlukan naib fail ٱلْوَصِيَّةُ
- orang yg dituju عَلَيْكُمْ iaitu orang Islam.
-harta yang banyakخَيْرًا
-dalam alquran خَيْرًا banyak tempat dengan makna harta walaupun maknanya kebaikan.


²⁸⁴  yang tidak tersenarai sebagai pewaris, seperti ibu bapa dan kerabat yang bukan beragama Islam atau datuk dan nenek dalam keadaan bapa dan ibu si mati masih hidup.
-berbeza agama tidak boleh menerima pusaka...hadits
-disebabkan  hubungan silaturahim juga perlu dijaga, boleh wasiat  untuk mereka dapat bahagian.

- tetapi hanya ⅓ sahaja
- jika ayat ini إِن تَرَكَ خَيْرًا ٱلْوَصِيَّةُ  tidak dianggap mansukh oleh ayat pusaka yg duk ada selepas ini.
- ada yg kata mansukh dan ada yg kata tidak mansukh.
- bg mmay ayat ini tidak mansukh.
- yg kata ibubapa tak dapat sebab telah ada bahagian dalam faraid.
- ayat quran yang detail tetang faraid hanya 2 ayat satunyaAn-Nisa' 4:11
-simati ada anak, ibubapa ⅙, 2 bahagian anak lelaki simati 1 bhg anak perempuan simati
- simati tiada anak ada ibubapa, ibu ⅓
- simati ada anak perempuan sahaja ½
- simati ada 2 perempuan ⅔
- simati ada adikberadik dan ibu, ibu⅙

-bagi yg berpendapat tidak mansukh  inilah caranya iaitu wasiat.
-ini lah ayat pusaka yang digunakan sekarang ini.
-jika ingin lari hukum pesaka tidak boleh, hukumnya haram dan berdosa besar.
-jika nak berikan harta kepada sesiapa yg diinginkan hendaklah  sebelum mati boleh.

²⁸⁵ Iaitu dengan tidak melebihi satu pertiga daripada peninggalan simati.
-ini dari hadits.
- rakaat solat tiada dalam quran tetapi ada dalam hadits.
-wasiat dan pusaka yang khilaf tiada juga dalam quran 


²⁸⁶  Maksudnya ialah orang telah mengalami gejala-gejala kematian hendaklah berwasiat kepada pewaris-pewarisnya agar membahagi  pesaka peninggalannya menurut hukum Allah sesuai dengan hukum pembahagian pesaka yang tersebut di dalam al-Quran. 

-negara kita sekarang ini masih boleh bahagi tak ikut cara Islam.
-ini dosa besar.

Antaranya ialah pada firman Allah berikut:
An-Nisa' 4:11
يُوصِيكُمُ ٱللَّهُ فِىٓ أَوْلَٰدِكُمْۖ لِلذَّكَرِ مِثْلُ حَظِّ ٱلْأُنثَيَيْنِۚ فَإِن كُنَّ نِسَآءً فَوْقَ ٱثْنَتَيْنِ فَلَهُنَّ ثُلُثَا مَا تَرَكَۖ وَإِن كَانَتْ وَٰحِدَةً فَلَهَا ٱلنِّصْفُۚ وَلِأَبَوَيْهِ لِكُلِّ وَٰحِدٍ مِّنْهُمَا ٱلسُّدُسُ مِمَّا تَرَكَ إِن كَانَ لَهُۥ وَلَدٌۚ فَإِن لَّمْ يَكُن لَّهُۥ وَلَدٌ وَوَرِثَهُۥٓ أَبَوَاهُ فَلِأُمِّهِ ٱلثُّلُثُۚ فَإِن كَانَ لَهُۥٓ إِخْوَةٌ فَلِأُمِّهِ ٱلسُّدُسُۚ مِنۢ بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُوصِى بِهَآ أَوْ دَيْنٍۗ ءَابَآؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُمْ لَا تَدْرُونَ أَيُّهُمْ أَقْرَبُ لَكُمْ نَفْعًاۚ فَرِيضَةً مِّنَ ٱللَّهِۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا 
Bermaksud: Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anakmu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati). tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik). maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepadamu. (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. 

Sebabnya dia perlu berwasiat begitu kerana Allah telah berfirman: Al-Hujurat 49:1
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تُقَدِّمُوا۟ بَيْنَ يَدَىِ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦۖ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ 
Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah;  Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan