Khamis, Oktober 27, 2022

Tafsir quran dengan quran 19/10/22(3)

Tafsir quran dengan quran  19/10/22(3)
Al-Baqarah 2:182
فَمَنْ خَافَ مِن مُّوصٍ جَنَفًا أَوْ إِثْمًا فَأَصْلَحَ بَيْنَهُمْ فَلَآ إِثْمَ عَلَيْهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ 
Tetapi sesiapa yang bimbang²⁸⁹ terhadap orang yang berwasiat itu, berlaku berat sebelah atau berbuat dosa  (dalam wasiatnya)²⁹⁰  lalu ia mendamaikan antara mereka,²⁹¹ maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [182].

- orang yang nak mati itu berwasiat مُّوصٍ
- perkara salah جَنَفًا
²⁸⁹  dari kalangan pihak berkuasa atau orang yang berpengaruh dalam sesebuah masyarakat.

²⁹⁰  Seperti ia berwasiat untuk seseorang melebihi satu pertiga daripada harta yang akan ditinggalkannya. Tujuannya ialah untuk mengurangkan hak pewaris.

²⁹¹  waris-waris dan orang-orang yang diwasiatkan untuknya, dengan membetulkan wasiat itu menurut aturan ugama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan