Khamis, Oktober 06, 2022

Tafsir quran dengan quran 5/10/22(1)




Tafsir  quran dengan quran 5/10/22(1)
Al-Baqarah 2:172
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُلُوا۟ مِن طَيِّبَٰتِ مَا رَزَقْنَٰكُمْ وَٱشْكُرُوا۟ لِلَّهِ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ 
Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah makanan-makanan yang baik (halal) yang telah Kami kurniakan kepadamu²⁶⁶ dan bersyukurlah kepada Allah (atas kurniaanNya itu), jika benar kamu hanya beribadat kepadaNya. [172].

-sedikit tentang  perkataan مِن dalam ayat Al-Baqarah 2:172, yakni bermakna  sebahagian. 
-perkataan طَيِّبَٰتِ pula bermakna ada kebaikannya.

- Makanan adalah rezeki kurniaan Allah yang besar dan sepatutnya manusia  bersyukur dengan  rezeki makanan yg kerananya   Allah berikan tenaga yang membolehkan berbuat apa-apa saja perbuatan.


²⁶⁶ Jangan pula kamu mengharamkannya sesuka hatimu. Kerana Allah melarang kamu berbuat begitu menerusi firmanNya: Al-Ma'idah 5:87
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تُحَرِّمُوا۟ طَيِّبَٰتِ مَآ أَحَلَّ ٱللَّهُ لَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوٓا۟ۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلْمُعْتَدِينَ 
Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah dihalalkan oleh Allah kepadamu dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. (87).

-Tentang bersyukur, syukur  adalah sebahagian dari ini ibadat .
- orang yang tidak bersyukur adalah orang yang tidak beribadat kepada Tuhan.
- jadi bukan hanya solat sahaja ibadat 
- bersyukur  dengan perkataan seperti  menyebut alhamdulillah.
- bersyukur dengan perbuatan adalah dengan menggunakan anggota badan dengan melakukan apa-apa perbuatan yang diredai oleh Allah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan