Selasa, November 01, 2022

Jami ' tirmizi kitab bersuci sesi 114 16/10/22

Jami ' tirmizi kitab bersuci sesi 114  16/10/22

٦١- باب (لزوم) الْوُضُوءِ مِنْ مَسِّ الذَّكَرِ: 
61 - Bab (Perlu) Berwudhu Kerana Menyentuh Kemaluan.

٧٢ - حَدَّثَنَا إِسْحَقُ بْنُ مَنْصُورٍ قَالَ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ الْقَطَّانُ عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ قَالَ أَخْبَرَنِي أَبِي عَنْ بُسْرَةَ بِنْتِ صَفْوَانَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ مَسَّ ذَكَرَهُ فَلَا يُصَلِّ حَتَّى يَتَوَضَّأَ قَالَ وَفِي الْبَاب عَنْ أُمِّ حَبِيبَةَ وَأَبِي أَيُّوبَ وَأَبِي هُرَيْرَةَ وأَرْوَى ابْنَةِ أُنَيْسٍ وَعَائِشَةَ وَجَابِرٍ وَزَيْدِ بْنِ خَالِدٍ وَعَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ قَالَ هَكَذَا رَوَاهُ غَيْرُ وَاحِدٍ مِثْلَ هَذَا عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ بُسْرَةَ 
82- Ishaq bin Manshur meriwayatkan kepada kami, katanya: Yahya bin Sa`id al-Qaththan meriwayatkan kepada kami daripada Hisyam bin `Urwah, katanya: Ayahku meriwayatkan kepadaku daripada Busrah⁷¹⁹ binti Shafwan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa menyentuh kemaluannya, maka janganlah ia bershalat sebelum berwudhu’.”⁷²⁰ Kata beliau (Imam Tirmidzi): “Dalam bab ini ada juga riwayat daripada Ummu Habibah,⁷²¹ Abu Ayyub,⁷²² Abu Hurairah,⁷²³ Arwa binti Unais,⁷²⁴ `Aaishah,⁷²⁵ Jabir,⁷²⁶ Zaid bin Khalid (al-Juhani)⁷²⁷ dan Abdullah bin `Amar.⁷²⁸
Abu Isa berkata: “Ini adalah hadits hasan shahih.”
Beliau selanjutnya berkata: “Demikianlah, beberapa org perawi meriwayatkannya dengan lafaz yang sama daripada Hisyam bin `Urwah, daripada ayahnya daripada Busrah.

٨٣- وَرَوَى أَبُو أُسَامَةَ وَغَيْرُ وَاحِدٍ هَذَا الْحَدِيثَ عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ مَرْوَانَ عَنْ بُسْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَحْوَهُ حَدَّثَنَا بِذَلِكَ إِسْحَقُ بْنُ مَنْصُورٍ حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ بِهَذَا 
Abu Usamah dan beberapa org perawi (lain) pula meriwayatkan mafhum hadits ini daripada Hisyām bin `Urwah daripada ayahnya (`Urwah) daripada Marwān 
daripada Busrah daripada Nabi s.a.w. Ishaq bin Manshur meriwayatkannya kepada kami, katanya: Abu Usamah meriwayatkannya kepada kami.
٨٤- وَرَوَى هَذَا الْحَدِيثَ أَبُو الزِّنَادِ عَنْ عُرْوَةَ عَنْ بُسْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَدَّثَنَا بِذَلِكَ عَلِيُّ بْنُ حُجْرٍ قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ أَبِي الزِّنَادِ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عُرْوَةَ عَنْ بُسْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَحْوَهُ 
Abu az-Zinad meriwayatkan (mafhum) hadits ini daripada `Urwah daripada Busrah daripada Nabi s.a.w. `Ali bin Hujr meriwayatkannya kepada kami, katanya: `Abdur Rahman bin Abi az-Zinad meriwayatkan kepada kami daripada
ayahnya (Abu az-Zinad) daripada `Urwah daripada Busrah daripada Nabi s.a.w. mafhumnya.

وَهُوَ قَوْلُ غَيْرِ وَاحِدٍ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالتَّابِعِينَ وَبِهِ يَقُولُ الْأَوْزَاعِيُّ وَالشَّافِعِيُّ وَأَحْمَدُ وَإِسْحَقُ

 قَالَ مُحَمَّدٌ وَأَصَحُّ شَيْءٍ فِي هَذَا الْبَابِ حَدِيثُ بُسْرَةَ 

و قَالَ أَبُو زُرْعَةَ حَدِيثُ أُمِّ حَبِيبَةَ فِي هَذَا الْبَابِ صَحِيحٌ وَهُوَ حَدِيثُ الْعَلَاءِ بْنِ الْحَارِثِ عَنْ مَكْحُولٍ عَنْ عَنْبَسَةَ بْنِ أَبِي سُفْيَانَ عَنْ أُمِّ حَبِيبَةَ 

و قَالَ مُحَمَّدٌ لَمْ يَسْمَعْ مَكْحُولٌ مِنْ عَنْبَسَةَ بْنِ أَبِي سُفْيَانَ وَرَوَى مَكْحُولٌ عَنْ رَجُلٍ عَنْ عَنْبَسَةَ غَيْرَ هَذَا الْحَدِيثِ وَكَأَنَّهُ لَمْ يَرَ هَذَا الْحَدِيثَ صَحِيحًا

Ramai sahabat nabi s.a.w. dan Tābi`īn berpegang dengan hadits ini. Hadits ini juga menjadi pegangan al-Auzā`i, Syafi`e, Ahmad dan Ishaq.⁷²⁹

Muhammad (Imam Bukhari) berkata: “Hadits yang paling shahih dalam bab ini  adalah hadits Busrah.”

Abu Zur`ah berkata: “Dalam bab ini, hadits Ummu Habibah juga shahih, iaitu hadits al-`Alā’ bin al-Harits daripada Makhul daripada `Anbasah bin Abi Sufyan daripada Ummi Habibah.”

Muhammad (Imam Bukhari) berkata: “Makhul tdk pernah mendengar daripada`Anbasah bin Abi Sufyan. Sebaliknya Makĥūl ada meriwayatkan daripada sso daripada `Anbasah selain hadits ini.” Beliau (Imam Bukhari) semacam tdk 
menganggap hadits (Ummu Habibah) ini sebagai shahih.”

٦٢ - باب مَا جَاءَ فِي تَرْكِ الْوُضُوءِ مِنْ مَسِّ الذَّكَرِ: 
62 - Bab Tidak (Perlu) Berwudhu’ Kerana Menyentuh Kemaluan. 

 ٨٥ - حَدَّثَنَا هَنَّادٌ حَدَّثَنَا مُلاَزِمُ بْنُ عَمْرٍو عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ بَدْرٍ عَنْ قَيْسِ بْنِ طَلْقِ بْنِ عَلِيٍّ هُوَ الْحَنَفِيُّ عَنْ أَبِيهِ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: وَهَلْ هُوَ إِلاَّ مُضْغَةٌ مِنْهُ أَوْ بَضْعَةٌ مِنْهُ

_______________

Saleh dari Ampang KL baca

⁷¹⁹/⁷³⁰  Beliau ialah Busrah binti Shafwān bin Naufal bin Asad bin `Abdil `Uzza bin Qushai al-Qurasyiyyah al-Asadiyyah. Busrah adalah saudara perempuan seibu dengan `Uqbah bin Abi Mu`aith. Demikianlah nasabnya disebutkan oleh az-Zubair. Az-Zubair juga berkata, “Shafwān bin Naufal tdk mempunyai keturunan melainkan daripada Busrah. 
Busrah adalah ibu Mu`āwiah bin al-Mughīrah bin Abi al-`Aash. Beliau juga merupakan nenek bagi Khalifah `Abdul Malik bin Marwaan. Krn ibu `Abdul Malik ialah `Aaishah 
binti Muāwiah. 

- ada 20 lebih nama Muawiyah.

Busrah adalah seorg Shaĥābiyyah (sahabat wanita rasululah s.a.w.), beliau ada meriwayatkan hadits daripada baginda. Antara org-org yang meriwayatkan hadits daripadanya ialah Ummu Kultsūm binti `Uqbah bin Abi Mu`aith, `Abdullah bin `Amar bin al-`Aash, Marwān bin al-Ĥakam, `Urwah bin az-Zubair dan Ĥūmaid bin `Abdir Rahman bin `Auf.
Kata Ibnu Hibbaan, “Khadijah, isteri nabi s.a.w. adalah ibu saudara ayah Busrah. Busrah terbilang salah seorg Muhājirāt”. Kata Mush`ab, “Beliau juga terbilang salah 
seorg sahabat wanita yang berbai`ah dengan Rasulullah s.a.w.” Imam asy-Syāfi`e berkata, “Busrah termasuk salah seorg sahabiyyah yang memeluk agama Islam di 
peringkat awal dan beliau juga seorg Muhajirah. Beliau hidup hingga ke zaman pemerintahan Saiyyidina Mu`āwiah r.a.”
Keempat-empat pengarang kitab Sunan yang utama (Sunan an-Nasā’i, Sunan Abi Daud, Sunan Tirmidzi, dan Sunan Ibnu Majah) mengambil haditsnya. Dan di dlm kitab
Sunan at-Tirmidzi ini hanya terdapat satu sahaja haditsnya, iaitu hadits di bawah bab ke-61 ini.

⁷²⁰ Hadits ini merupakan dalil bagi terbatalnya wudhu’ dengan menyentuh zakar. Yg dimaksudkan dengan sentuhan yang membatalkan wudhu’ itu ialah sentuhan dengan tdk berlapik. Buktinya ialah hadits Ibnu Hibbaan daripada Abu Hurairah secara marfū` di dlm Sahihnya, bahawa nabi s.a.w. bersabda
إذ أفضى أحدكم بيده إلى فرجه،وليسبينهما ستر ولا حجاب ،فليتوضا
Bermaksud: “Apabila sso daripada kamu menyentuh farajnya (kemaluannya) dengan tangannya tanpa berlapik dan hijab, maka hendaklah ia berwudhu’.”
Selain Ibnu Hibbaan, al-Haakim dan at-Thabaraani juga meriwayatkannya di dlm kitab masing-masing. 
(Lihat al-Mustadrak j.1 m/s 138, al-Mu`jamu as-Shaghīr j.1 m/s42). 
Menurut Ibnu as-Sakan, “Hadits ini adalah yang terbaik pernah diriwayatkan dlm bab ini.”

- wuduk dengan maksud basuh.
- sentuh dengan maksud kinayah, iaitu apa yg keluar sebelumnya

⁷²¹ Hadits Ummu Ĥabībah diriwayatkan oleh Ibnu Majah, Ibnu Abi Syaibah, Abu Ya`la, at-Thabaraani di dlm al-Mu`jamu al-Kabīr dan at-Thaĥāwi di dlm Ma`āni al-Aatsār. 

Lafaznya ialah:
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ مَسَّ فَرْجَهُ فَلْيَتَوَضَّأْ
Bermaksud: Aku mendengar rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa menyentuh farajnya, dia hendaklah berwudhu’.

Hadits Ummu Ĥabībah ini bagaimana pun dikatakan ber`illat oleh Bukhari dll krn sanadnya terputus. Makĥūl tdk mendengar dpd `Anbasah. Sesetengah ulama 
mengatakan ia sahih berdasarkan syawahidnya. Abu Zur`ah, sebagaimana dinukilkan oleh Tirmidzi sendiri nanti adalah salah seorg tokoh yg menghukum sahih hadits Ummu Ĥabībah ini. 

⁷²² Hadits Abu Ayyub diriwayatkan oleh Ibnu Majah di dlm Sunannya, at-Thabaraani di dlm Mu`jam Kabīrnya dan Ibnu Syāhīn di dlm an-Nāsikhnya melalui saluran riwayat 
Ishaq bin Abi Farwah dpd az-Zuhri dpd `Abdillah bin `Abd Qāri dpd Abi Ayyub, kata beliau, aku mendengar rasulullah s.a.w. bersabda:
مَنْ مَسَّ فَرْجَهُ فَلْيَتَوَضَّأْ
Bermaksud: Sesiapa meyentuh farajnya (kemaluannya), ia hendaklah berwudhu’.
Hadits ini dha`if krn di dlm isnadnya ada perawi bernama Ishaq bin Abi Farwah. Dia seorg perawi matrūk. 

⁷²³ Hadits Abu Hurairah diriwayatkan oleh asy-Syāfi`e di dlm al-Umm, Ahmad di dlm Musnad, Ibnu al-Mundzir di dlm al-Ausath, at-Thaĥāwi di dlm Ma`āni al-Aatsār, al-Haakim di dlm Mustadrak dan al-Baihaqi di dlm Sunan Kubranya melalui saluran riwayat `Abdur Rahman bin al-Qāsim dpd Yazid bin `Abdil Malik (al-Hāsyimi) dpd  Sa`id bin Abi Sa`id al-Maqburi dpd Abi Hurairah, kata beliau, rasulullah s.a.w. bersabda:
إذ أفضى أحدكم بيده فرجه، وليس بينهما ستر ولا حجاب ،فليتوضأ
Bermaksud: “Apabila sso daripada kamu menyentuh farajnya (kemaluannya) dengan tangannya tanpa berlapik dan hijab, maka hendaklah ia berwudhu’.”
Walaupun di dlm sanad hadits ini terdapat Yazid bin `Abdil Malik, seorg perawi dha`if, namun Nāfi` bin Abi Nu`aim al-Qāri’ merupakan mutābi`nya, dan Nāfi` adalah seorg 
perawi tsiqah dan masyhur. Beliau merupakan salah seorg Imam qira’at tujuh yg masyhur itu.
Ibnu Hibbaan di dlm Sahihnya, al-Haakim di dlm Mustadraknya dan at-Thabaraani di dlm Mu`jam Shaghīrnya juga meriwayatkannya dpd Nāfi` bin Abi Nu`aim al-Qāri’ di 
samping Yazid bin `Abdil Malik.

⁷²⁴ Hadits Arwa binti Unais diriwayatkan oleh Abu Nu`aim di dlm al-Ma`rifah melalui saluran riwayat Hisyām bin Ziad dpd Hisyam bin `Urwah dpd ayahnya dpd Arwa, 
katanya, rasulullah s.a.w. bersabda:
.من مس فرجه فليتوضأ
Bermaksud: Sesiapa menyentuh farajnya, dia hendaklah berwudhu’.Hadits ini dha`if. Hisyām bin Ziad Abul Miqdām bersendirian dlm meriwayatkannya, sedangkan ia seorg perawi matrūk.

⁷²⁵ Hadits `Aaishah diriwayatkan oleh Ishaq bin Rāhawaih di dlm Musnadnya, at-Thaĥāwi di dlm Ma`āni al-Aatsār dan ad-Daaraquthni di dlm Sunannya dpd saluran Ibrahim bin Isma`il bin Abi Ĥabībah dpd `Amar bin Syuraiĥ dpd az-Zuhri dpd `Urwah dpd `Aaishah dpd rasulullah s.a.w. Baginda bersabda: 
من مس فرجه فليتوضأ
Bermaksud: Sesiapa menyentuh farajnya, dia hendaklah berwudhu’.
Hadits ini dha`if, di dlm sanadnya ada Ibrahim bin Isma`il bin Abi Ĥabībah. Dia seorg perawi dha`if. Gurunya juga sama sptnya.

⁷²⁶ Hadits Jabir diriwayatkan oleh Ibnu Majah, at-Thaĥāwi dan Ibnu `Abdil Barr dpd saluran riwayat Ibnu Abi Dzi’b dpd `Uqbah bin `Abdir Rahman dpd Muhammad bin 
`Abdir Rahman bin Tsaubān dpd Jabir bin `Abdillah, katanya: rasulullah s.a.w. bersabda: 
إذا مس أحدكم ذكره فعليه الوضوء 
Bermaksud: Apabila sso dpd kamu menyentuh zakarnya, maka dia kena berwudhu’.
Hadits Jabir ini dha`if, krn di dlm sanadnya ada `Uqbah bin ``Abdir Rahman. Dia perawi majhūl.

⁷²⁷ Hadits Zaid bin Khalid (al-Juhani) diriwayatkan oleh Ahmad, Ibnu Abi Syaibah, at-Thaĥāwi, at-Thabaraani di dlm al-Mu`jam al-Kabīr dan al-Baihaqi di dlm Ma`rifatu as-
Sunan Wa al-Aatsār dpd saluran riwayat Muhammad bin Ishaq, katanya: Muhammad bin Muslim az-Zuhri meriwayatkan kpdku dpd `Urwah bin az-Zubair dpd Zaid bin Khalid al-Juhani, katanya: Aku mendengar rasulullah s.a.w. bersabda:
من مس فرجه فليتوضأ
Bermaksud: Sesiapa menyentuh farajnya, dia hendaklah berwudhu’.

Imam Bukhari, Yahya bin Ma`īn dan `Ali bin al-Madīni mengatakan hadits ini ma`lūl (ber`illat). 
Imam Tirmidzi di dlm `Ilalnya berkata, “Aku bertanya beliau (Imam Bukhari) ttg hadits Ibnu Ishaq ini. Jawab beliau, “Sebenarnya az-Zuhri meriwayatkannya dpd `Abdillah bin Abi Bakr dpd `Urwah dpd Busrah.” Beliau tdk menganggap hadits Zaid bin Khalid ini maĥfūzh.” 

⁷²⁸ Hadits `Abdullah bin `Amar diriwayatkan oleh Ahmad, Baihaqi, ad-Daaraquthni, Ibnu al-Jārūd dan at-Thaĥāwi dpd saluran riwayat Baqiyyah bin al-Walīd, katanya: az-Zubaidi meriwayatkan kpdku, katanya: `Amar bin Syu`aib meriwayatkan kpdku dpd ayahnya dpd datuknya, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
أيما رجل مس فرجه فليتوضأ وأيما امرأة مست فرجها فليتوضأ
Bermaksud: mana-mana org lelaki yg menyentuh kemaluannya, dia hendaklah berwudhu’, dan mana-mana org perempuan yg menyentuh kemaluannya, dia hendaklah berwudhu’.
Imam Tirmidzi berkata di dlm al-`Ilal al-Kabīrnya bahawa Imam Bukhari berkata kpdku, “Hadits `Abdullah bin `Amar ttg menyentuh zakar bagiku sahih.”

⁷²⁹ Ahli ilmu berbeda pendapat ttg terbatal atau tdk wudhu’ dgn menyentuh zakar (kemaluan). Terdapat beberapa pandangan ulama berhubung dgn perkara ini:

(1) Menyentuh zakar (kemaluan) membatalkan wudhu’. Antara tokoh ulama yg berpendapat menyentuh zakar membatalkan wudhu’ ialah Saiyyiduna `Umar, anaknya 
`Abdullah bin `Umar, Abu Hurairah, Ibnu `Abbaas, `Aaishah, Sa`ad bin Abi Waqqāsh, 
`Athā’, az-Zuhri, Sa`id bin al-Musaiyyab, Mujāhid, Abān bin `Utsman, Sulaiman bin Yasār, Ishaq, Malik, Syafi`e dan Ahmad.Dalil mereka ialah hadits-hadits dlm bab ini.

(2) Menyentuh zakar (kemaluan) tdk membatalkan wudhu’. Antara tokoh ulama yg berpendapat menyentuh zakar tdk membatalkan wudhu’ ialah `Ali, Ibnu Mas`ud, `Ammaar, al-Ĥasan al-Bashri, Rabī`ah, ats-Tsauri, Abu Hanifah dan anak-anak buahnya.Dalil mereka ialah hadits-hadits di bawah bab akan datang.


Berhenti disini 16/10/22




Tiada ulasan:

Catat Ulasan