Bahasa Arab Video animasi 10s
Wazan2 tashrif.
Semua fiil akan mengikuti salah satu dari 35 rumus (pola perubahan atau wazan atau acuan) tetapi hanya 22 wazan shj digunakan.
22 wazan ini menjadi kelompok besar iaitu
1.Tsulasi
2.Rubaiy
1.Tsulasi.Tsulasi adalah fiil yg huruf penyusunnya 3.
Contohnya كَتَبَ
2.Rubaiy Rubaiy merupakan fiil yg huruf penyusun 4.
Contohnya دَحْرَجَ
Baik tsulasi maupun rubaiy dibahagi2
Tsulasi.
1.Mujarrod iaitu huruf penyusunnya asli.
2.Mazid iaitu terdiri dari huruf asli dan huruf tambahan.
Rubaiy
3.Mujarrod iaitu huruf penyusunnya asli.
4.Mazid iaitu terdiri dari huruf asli dan huruf tambahan.
1.Tsulasi Mujarrod iaitu huruf penyusunnya asli.
Contoh عَلَمَ(telah mengetahui),كَرُمَ(telah mulia) 3 huruf asli.
2.Tsulasi Mazid iaitu terdiri dari huruf asli dan tambahan.
Terdiri dari 3 huruf asli dan huruf tambahan.
Misal عَلَّمَ berasal dari عَلِمَ
Contoh أَكْرَمَ berasal dari كَرُمَ
3.Rubaiy Mujarrod iaitu huruf penyusunnya asli.
Contohnya دَحْرَجَ (telah menggelincirkan)
4.Rubaiy Mazid iaitu terdiri dari huruf asli dan tambahan.
Contohnya تَدَحْرَجَ(tergelincir)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan