Boleh mengalah dengan keFAHAMan yang JELAS mengenai:
1- perkembangan anak usia itu
2- niat/target kita sebenarnya
3- plan untuk pendidikan anak seterusnya
Contoh:
1-Anak usia 2-7 tahun masih peringkat pra operasi (kognitif/pemikiran dia) dan imaginasi tinggi. Maka kita faham dia berkeras walau sudah diberitahu berkali-kali kerana dia faham separa aja, belum penuh. Maka kita mengalah kerana kita faham perkembangan kognitif (pemikiran) usia dia. Peringkat ini juga ego berpusatkan dirinya (terutama 2-4 tahun) dan daya usaha/inisiatif sangat tinggi (3-6 tahun).
2- Niat kita dia akan lebih tenang/baik mood, dan kita letak mindset 'mengalah tidak semestinya kalah, akan menang nanti'
3- Plan seterusnya, sewaktu mengalah tu kita beritahu dia:
"Nanti lepas puas main warna air ni, adik bagi tahu Mama, Mama kat belakang basuh pinggan kejap ya".
(Sebenarnya kita tak sanggup melihat kekecahan messy play enjoy dia tu 😆🤣. So revisit bila dia selesai, kemas sekaligus).
atau
"Adik, boleh main sampai kawasan ini aja, tak boleh luar bilik air tau" (beritahu batasan, boleh tapi had sampai sini) (main pistol air/belon air di bilik air).
"Kakak, Mama setuju beri main game hp Mama 10 minit aja. Bila Mama minta kakak beri semula ya".
Apapun, canaiannya kita lah yang lakukan dengan seni cara kita.
Kita lebih tahu dari awal proses kejadian (sebelum-semasa-selepas, sejarah dia semua, trigger dia dan trigger kita).
Dia anak kita,
Kita tahu had mana nak beri dan nak sekat.
Namun kita ada fleksibiliti demi win-win kedua pihak ya.
Demi TENANG kita dan demi PERKEMBANGAN jaya dia.
.
Maznah Ibrahim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan