Khamis, Disember 15, 2022

Tafsir asas quran nota 1(009)-010 s5


Asas(usul) Tafsir 5

(5) Tafsir Al-Qur'an Berpandukan Qaedah-Qaedah Bahasa 'Arab تفسير القرآن بما يوافق قواعد الغة العية

Usul kelima ialah mentafsir al-Qur'an berpandukan qaedah-qaedah bahasa 'Arab. Usul ini tidak kurang pentingnya daripada usul-usul yang tersebut sebelumnya.
Pentafsir mestilah seorang yang mempunyai latar belakang yang kukuh dalam bahasa Arab. Ia mestilah mahir dalam ilmu Nahu, Sharaf, bahasa 'Arab dan Balaghah dengan
segala cabang-cabangnya. Ia mestilah mengetahui semua bentuk tasybih, isti'arah,kinayah dan sebab-sebab iiaaz serta ithnaab, selain mampu mengesan sesuatu yang
mahzuf (dibuang) di dalam sesuatu ayat, dan lain-lain perbahasan yang termasuk dibawah ilmu Bayan, Ma'ani dan Badi' yang merupakan cabang-cabang ilmu Balaghah.
Al-Qur'an diturunkan dalam bahasa 'Arab. Tanpa penguasaan bahasa 'Arab seseorang tidak mungkin dapat memahami al-Qur'an. Hadits-hadits Rasulullahs.a.w. juga dalam bahasa 'Arab. Baginda s.a.w. bahkan merupakan orang Arab yang paling fasih. Oleh itu seseorang yang hendak mentafsir al-Qur'an mestilah mengetahui selok-belok bahasa Arab fusha yang digunakan di zaman Nabi s.a.w. Sya'er-sya'er  'Arab jahiliah juga mestilah dijadikan rujukan, kerana ia merupakan contoh penggunaan bahasa 'Arab fusha (standard) yang tulen. Itulah sebabnya Ibnu 'Abbaas berkata: 
إذا اشكل عليكم شيء من كتاب الله فالشعر فان الشعر ديوان العرب
Bermaksud: Jika timbul apa-apa kemusykilan
(berhubung dengan bahasa 'Arab) kepadamu, carilah jawapannya di dalam Sya'er ('Arab jahiliah). Kerana Sya'er ('Arab jahiliah) itu adalah kamus bahasa'Arab.

Di bawah nanti akan dikemukakan dua contoh penyelewengan akibat mengabaikan usul kelima.

(a) Ada golongan anti hadits yang tidak mengerti bahasa 'Arab menterjemahkan firman Allah: اضرب بعصاك الحجر
yang sebenarnya bererti:
"pukullah batu itu dengan tongkatmu",dengan
"bawalah pengikutmu berjalan di bukit".

Penterjemah anti hadits itu tidak mengetahui 
bahawa ضرب yang muta'addi bi nafsih bererti pukul atau memukul.
Perkataan ضرب yang muta'adi dengan  في  saja bererti berjalan, berpergian atau bersiar-siar.

(b) Seorang sufi sesat pula mentafsirkan firman Allah di dalam ayat ke 69 Surah al-'Ankabut: 
Al-'Ankabut 29:69 وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلْمُحْسِنِينَ 
yang ma'na sebenarnya ialah:
dan sesungguhnya Allah benar-benar berserta orang-orang yang berbuat baik", dengan "dan sesungguhnya Allah
benar-benar telah menggilap orang-orang sufi." 

Si jahil ini tidak sedar bahawa  لام  pada perkataan   لَمَعَ bukan فاء fiil, tetapi  لام  التأكيد (Lam yang merupakan kata penguat) pada khabar إِنَّ


Tiada ulasan:

Catat Ulasan