Khamis, Disember 15, 2022

Tafsir asas quran nota 2(014-024)s7(01)


Asas(usul) Tafsir 7(01)

(7)Tafsir Al-Qur'an Berpandukan Ayat Sebelum Dan Selepas تفسير القرآن بما سبق وما لحق منالآيات
Di sana terdapat beberapa istilah untuk menyatakan usul ketujuh ini.Tafsir al-Qur'an berdasarkan
(a) Kesesuaian antara ayat-ayatnya بِالنَّظَر إِلَى تِنَاسُبِ الأَيَات
(b) Perkaitan antara ayat-ayatnya رَبْطُ الأًيَات
(c) Perhubungan antara ayat-ayatnya رَبْطُ الكَلَام
(d) Berdasarkan ayat selepas dan sebelumnya atau siyaaq dan sibaaqnya.

Usul ketujuh ini sangat istimewa
dan penting kerana beberapa sebab berikut:
(i) la menampakkan wujudnya keseragaman dan kesinambungan didalam firman Allah.
(ii) Ia membuktikan tertib kitabi al-Qur'an (tertib al-Qur'an seperti yang terdapat di dalam Mushaf hari ini) benar-benar diredhai Allah dan ia termasuk dalam perkara tauqif
(perkara yang ditentukan oleh Allah melalui RasulNya) tidak ada campur tangan manusia, baik Sahabat mahupun Tabi'in dalam penyusunannya. 
(iii) Tertib al-Qur'an seperti yang terdapat di dalam Musyhaf hari ini. meskipun tidak mengikut tertib nuzulnya, tetapi mengandungi ciri-ciri i'jaz.
(iv) Pengaplikasian usul ketujuh ini dengan baik  akan memadamkan kritikan dan kemusykilan sesetengah pihak yang menda'wa susunan ayat-ayat al-Qur'an berkecamuk
dan tidak menarik.
(v) Keperluan siyaaq dan sibaaq untuk menentukan ma'na dan maksud asal sesuatu ayat lebih-lebih lagi diperlukan apabila terdapat riwayat tentang sebab nuzulnya yang
kelihatan janggal dan tidak secocok dengan ayat-ayat selepas dan sebelumnya.
(v) Keperluan siyaaq dan sibaaq untuk menentukan ma'na dan maksud asal sesuatu ayat lebih-lebih lagi diperlukan apabila terdapat riwayat tentang sebab nuzulnya yang kelihatan janggal dan tidak secocok dengan ayat-ayat selepas dan sebelumnya.
(vi) Da'waan golongan sesat dan menyeleweng seperti Syiah Rafidhah dan lain-lain bahawa "sesetengah ayat al-Qur'an tergantung kerana ada beberapa ayat sebelum dan selepasnya telah dibuang oleh para Sahabat" dengan sendirinya akan lenyap apabila anda berjaya mempertautkan ayat berkenaan dengan siyaaq dan sibaaqnya'
(vii) Sebagaimana siyaaq dan sibaaq (ayat yang tersebut selepas dan sebelum sesuatu perkataan) banyak membantu kita memahami ma'na dan maksud sesuatu perkataan didalam sesuatu ayat, begitu juga ia banyak membantu kita memahami ma'na dan maksud sesuatu ayat itu sendiri. Sebelum mengemukakan contoh-contoh ma'na dan maksud ayat yang difahami berdasarkan siyaaq dan sibaaq, elok kiranya dilihat terlebih dahulu betapa siyaaq dan sibaaq memainkan peranan yang penting dalam menentukan ma'na dan maksud sesuatu
perkataan di dalam sesuatu ayat"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan