Asas(usul) tafsir 19 (01).
(19) Mengelak Diri Daripada Riwayat-Riwayat Israiliyat Dalam Penafsiran Al-Qur'an.
Usul ke-19 ialah mengelak diri daripada riwayat-riwayat Israiliyat dalam penafsiran al-Qur'an
(الاجتناب عن الروايات الإسرائليات في تفسير القرآن).
Riwayat-riwayat Israiliyat terdapat dengan banyak sekali di dalam sesetengah kitab rujukan tafsir. la merupakan bahan rujukan yang tidak mu' tabar dan tidak boleh dijadikan pegangan dalam tafsir.
Apa Itu Israiliyat?
Israiliyat ialah riwayat-riwayat yang dinukilkan daripada Bani Israil, khususnya daripada puak Yahudi atau Kristian. Sama ada ia dinukilkan daripada kitab-kitab purba mereka, cerita-cerita yang masyhur di kalangan mereka atau daripada budaya dan agama mereka. Perkataan "lsrailiyat" itu meskipun secara zahirnya lebih menunjukkan kepada bangsa, budaya dan agama Yahudi, tetapi ia dipakai dengan erti yang lebih luas lagi daripada itu, sehingga ia merangkumi juga agama dan budaya Kristian.
Riwayat-riwayat Israiliyat telah meresap masuk ke dalam masyarakat Islam apabila ia mendapat tempat di dalam kitab-kitab agama Islam, khususnya kitab-kitab tafsir. Keadaan itu berlaku setelah kekuasaan Islam semakin meluas dan agama Islam pula tersebar ke serata pelosok dunia.
Sebahagian daripada wilayah yang jatuh ke tangan umat Islam di bawah kepimpinan para khulafa ar-Rasyidin ialah wilayah yang dikuasai orang-orang Yahudi dan Kristian. Ramai juga antara mereka yang telah memeluk agama Islam, sama ada dengan hati yang suci atau secara pura-pura. Setelah itu mulalah tersebar riwayat-riwayat Israiliyyat di kalangan umat ini. Riwayat-riwayat tersebut mengandungi cerita-cerita dongeng tentang kejadian alam, kisah-kisah para nabi, perihal orang-orang yang bertuah, orang-orang yang malang dan Iain-lain lagi. Sesetengah daripada mereka sengaja menyebarkan dongeng dan khurafat itu dengan niat yang jahat. Sesetengah yang Iain pula secara tidak sengaja. la berlaku apabila orang-orang Yahudi dan Kristian yang telah memeluk agama Islam itu ditanya oleh orang-orang Islam tentang beberapa fakta berhubung dengan Bani Israil yang disebut di dalam al-Qur'an secara sepintas lalu sahaja.
Di zaman Tabi'in riwayat-riwayat Israiliyyat itu tersebar dengan lebih rancak dan lebih meluas lagi. Antara puncanya ialah kerana agak ramai golongan Ahlul Kitab telah memeluk agama Islam pada ketika Itu. Di satu pihak yang Iain pula terdapat semakin ramai orang-orang yang baru memeluk agama Islam dari kalangan bangsa-bangsa Iain. Fikiran mereka kosong daripada ajaran Islam yang sebenar. Kecenderungan dan minat mereka pula lebih kepada mendengar kisah-kisah ajaib dan dongeng- dongeng seperti yang banyak terdapat di dalam ajaran agama masing-masing. Di zaman ini sudah terdapat nama-nama seperti Kagab al-Ahbaar, Muqatil bin Sulaiman, Wahab bin Munabbih dan Iain-Iain sebagai pelopor riwayat Israiliyyat.
Di zaman Atba' at-Tabi'in, minat dan kecenderungan kepada riwayat-riwayat Israiliyyat itu semakin kuat sehingga ia telah mengambil tempat di hati orang ramai dan mendapat tempat bukan sahaja di dalam kitab-kitab sejarah, Maghazi dan Sirah, malah juga di dalam kitab-kitab hadits dan tafsir. Boleh dikatakan itulah zaman berleluasanya riwayat-riwayat Israiliyyat di kalangan umat Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan