Tarjamatul bab (tajuk-tajuk bab)
Sahih bukhari kitab iman
Bab 21- bab 30
(21)باب كُفْرَانِ الْعَشِيرِ وَكُفْرٍ دُونَ كُفْرٍ:
فِيهِ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.
(21)Bab kufurkan suami (tidak mengenang budi) dan kekufuran bukan kekufuran sebenar.
Berhubung dengan perkara ini ada riwayat daripada Abu Said Al-Kudri daripada Nabi saw.
(22)باب الْمَعَاصِي مِنْ أَمْرِ الْجَاهِلِيَّةِ:
وَلاَ يُكَفَّرُ صَاحِبُهَا بِارْتِكَابِهَا إِلاَّ بِالشِّرْكِ لِقَوْلِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((إِنَّكَ امْرُؤٌ فِيكَ جَاهِلِيَّةٌ)). وَقَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى: {إِنَّ اللَّهَ لاَ يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ}.
(22)Bab Segala Perbuatan maksiat merupakan kebiasaan jahiliyah, namun pelakunya tidak dikafirkan dengan semata-mata melakukannya kecuali dengan melakukan syirik. Ini kerana Nabi saw telah bersabda(kepada Abu Zar) Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa mempersekutukan dengannya, tetapi Dia mengampuni dosa-dosa selain daripada itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya.
(23)باب: {وَإِنْ طَائِفَتَانِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ اقْتَتَلُوا فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا} فَسَمَّاهُمُ الْمُؤْمِنِينَ:
(23)Bab firman Allah; Dan jika dua golongan orang-orang mukmin berperang, maka damaikanlah keduanya orang-orang mukmin (49:9).
(24)باب ظُلْمٌ دُونَ ظُلْمٍ
(24)Bab Kezhaliman tidak sama darjatnya.
(25)Bab alamat nifaq (25)باب عَلاَمَةِ الْمُنَافِقِ
(26)باب قِيَامُ لَيْلَةِ الْقَدْرِ مِنَ الإِيمَانِ
(26)Bab Mengerjakan Ibadat dimalam lailatul qadar sebahagian dari iman.
(27)باب الْجِهَادُ مِنَ الإِيمَانِ
(27)Bab Jihad adalah sebahagian daripada iman.
(28) باب تَطَوُّعُ قِيَامِ رَمَضَانَ مِنَ الإِيمَانِ
(28)Bab Mengerjakan ibadat sunat pada malam Ramadan sebahagian daripada iman .
(29)باب صَوْمُ رَمَضَانَ احْتِسَابًا مِنَ الإِيمَانِ
(29) Melaksanakan puasa Ramadan karena mencari ridla Allah sebahagian dari iman.
(30)باب الدِّينُ يُسْرٌ
وَقَوْلُ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((أَحَبُّ الدِّينِ إِلَى اللَّهِ الْحَنِيفِيَّةُ السَّمْحَةُ).
(30)Bab Agama itu mudah dan sabda Nabi saw ; Agama yang paling disukai Allah ialah yang lurus dan lapang (mudah)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan