Jumaat, Mac 31, 2023

Asas(usul) Tafsir 1&2 20/3/23(04)

Asas(usul) Tafsir 1&2 20/3/23(04)

(2) Tafsir Al-Quran Dengan Hadits-Hadits 
Sahihتفسر القرآن بالأحاديث الصحيحة

-wahyu ada 2
1.wahyu matlub.
2.wahyu ghairul matlub(bukan seperti alquran )

Usul kedua ialah mentafsir al-Qur'an dengan hadits-hadits sahih. Tafsir al-Qur'an dengan hadits-hadits sahih juga bererti mentafsirnya dengan wahyu. Dalam usaha memahami dan memahamkan al-Qur'an ia merupakan sumber kedua dari langit. Hadits-hadits Rasulullahs.a.w. sama ada berupa ucapan, perbuatan atau pengesahan
Baginda yang sampai kepada kita menerusi rantaian (sanad) perawi-perawi yang dipercayai dan boleh dijadikan hujah di sisi para ulama hadits merupakan saluran kedua
yang harus diikuti dan dijadikan pegangan dalam pemahaman al-Qur'an. Ini kerana ia juga merupakan sumber mu'tabar kepada umat.

Menurut Ahli as-Sunnah Wa al-Jama'ah, tafsiran al-Qur'an yang bercanggah dengan hadits-hadits yang sahih dan tidak mansukh adalah satu bentuk tahrif (penyelewengan ma'na) al-Qur'an.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan