Jumaat, Mac 31, 2023

Asas(usul) Tafsir 1&2 20/3/23(06)

Asas(usul) Tafsir 1&2 20/3/23(06)
Untuk panduan, di bawah ini dikemukakan dua contoh mentafsirkan al-Qur'an dengan hadits-hadits sahih:

(a) Perkataan   ظلم biasanya memberi erti kezaliman atau ketidakadilan. Tetapi di dalam al-Qur'an ia dipakai juga dengan beberapa erti yang lain. 
Dpd hadits Bukhari ke 32
misalnya, diketahui perkataan ظلم yang tersebut di dalam firman Allah s.w.t. di dalam Surah al-An'aam,ayat 82 yang akan dikemukakan nanti adalah dengan ma'na syirik atau
kesyirikan. 

Allah berfirman:Al-An'am 6:82
ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَلَمْ يَلْبِسُوٓا۟ إِيمَٰنَهُم بِظُلْمٍ أُو۟لَٰٓئِكَ لَهُمُ ٱلْأَمْنُ وَهُم مُّهْتَدُونَ 
Bermaksud: orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat petunjuk.

Rasulullah s.a.w. sendiri mentafsirkan perkataan   ظلم yang tersebut di dalam firman Allah ini dengan ma'na syirik, dan ia difahami Baginda s.a.w. daripada firman Allah di dalam An'am 6:82

«32» حَدَّثَنَا أَبُو الْوَلِيدِ قَالَ: حَدَّثَنَا شُعْبَةُ (ح) قَالَ وَحَدَّثَنِي بِشْرٌ قَالَ: حَدَّثَنَا مُحَمَّدٌ عَنْ شُعْبَةَ عَنْ سُلَيْمَانَ عَنْ إِبْرَاهِيمَ عَنْ عَلْقَمَةَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ لَمَّا نَزَلَتْ: {الَّذِينَ آمَنُوا وَلَمْ يَلْبِسُوا إِيمَانَهُمْ بِظُلْمٍ} قَالَ أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّنَا لَمْ يَظْلِمْ فَأَنْزَلَ اللَّهُ: {إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ}. 
Telah menceritakan kepada kami Abu Al Walid berkata, telah menceritakan kepada kami Syu'bah dan juga telah meriwayatkan hadits yang serupa ini, Telah menceritakan kepadaku Bisyir bin Khalid Abu Muhammad Al 'Asykari berkata, telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Ja'far dari Syu'bah dari Sulaiman dari Ibrahim dari Alqamah dari Abdullah berkata: ketika turun ayat: "Orang-orang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezhaliman" para sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bertanya: "Siapakah diantara kami yang tidak berbuat zhalim? Maka Allah 'azza wajalla menurunkan (firman-Nya): "Sesungguhnya kesyirikan adalah kezhaliman yang besar". 
(QS. Luqman: 13) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan