Rabu, Mac 29, 2023

Daurah tafsir 2023 sesi 05 (3)nota 2

Daurah tafsir 2023 sesi 05 (3)nota 2


Surah Ali Imran
Tertib dlm quran surah yg ke 3
Bilangan ayat 200
Bilangan rukuk 20
Surah Madiniyah 
Tertib turun adalah surah 89
Bilangan paragraf 7.

Surah imran boleh dibahagi 2
Bahagian pertama.Ayat 1-101 Mengenai ahlil kitab.
Bahagian kedua.Ayat 102-200 Berkenaan orang islam
Paragraf 1 ayat 1-9 ini kita panggil pendahuluan atau muqaddimah
Paragraf 2 ayat 10-32 menyeru ahli kitab kepada islam(itu intipatinya)
Paragraf 3 ayat 33-63 kisah mariam dan zakaria untuk membatalkan aqidah 3 tuhan.
Paragraf 4 ayat 64-101perincian tentang keburukan ahlil kitab(ahlil kitab khusus yg kristian ada buruk dan ada baiknya)
Paragraf 5 ayat 102-120 arahan untuk memperkukuhkan pergerakan islam dgn menjadi sebagai sebaik2 umat(nak bentuk masyarakat islam yg sepatutnya)
Paragraf 6 ayat 121-189 kekalahan dlm peperangan uhud dan ulasan tentang sifat nifaq (ada disitu)
Paragraf 7 ayat 190-200 penutup kepada surah ini.

Mesej utama surah ini ialah:
4 langkah perlu diambil untuk kemenangan  islam 
1.Dakwah kepada ahlil kitab.
2.Mengambil manfaat  drp kebaikan  yg ada pada ahlilkitab.
3.Menjauhi keburukan  yg ada pada ahlil kitab .
4.Kesatuan dan kesepakatan umat Islam disamping  mereka  diikat  dgn  pergerakan yg tersusun kukuh.


Zaman Diturunkan
(1) Secara umumnya bolehlah dikatakan Surah Aali 'lmran itu diturunkan pada tahun ke-3 Hijrah, selepas perang Uhud. Ketika itu telah pun nyata kesan dan akibat daripada kesyahidan sekian ramai sahabat di medan peperangan Uhud, di mana sudah mula terdapat agak ramai isteri yang menjanda dan anak-anak kecil yang menjadi yatim. Semua itu telah menimbulkan masalah masyarakat yang memerlukan penyelesaian.
(2) Ay'at ke-33 hingga ke-70 bagaimanapun dipercayai diturunkan pada tahun ke-9 Hijrah, ketika mana rombongan orang-orang Kristian Najran datang ke Madinah dan perdebatan di antara mereka dengan Rasulullah s.a.w. berlaku, sehingga membawa kepada cabaran Rasulullah terhadap mereka untuk bermubahalah. Tetapi mereka tidak berani menyahut cabaran Rasulullah s.a.w. itu.

Kelebihan Dan Fadhilah Surah Aali'lmraan
Hadis
 قال رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ اقْرَءُوا الزَّهْرَاوَيْنِ الْبَقَرَةَ وَسُورَةَ آلِ عِمْرَانَ فَإِنَّهُمَا تَأْتِيَانِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ كَأَنَّهُمَا غَمَامَتَانِ أَوْ كَأَنَّهُمَا غَيَايَتَانِ أَوْ كَأَنَّهُمَا فِرْقَانِ مِنْ طَيْرٍ صَوَافَّ تُحَاجَّانِ عَنْ أَصْحَابِهِمَا اقْرَءُوا سُورَةَ الْبَقَرَةِ فَإِنَّ أَخْذَهَا بَرَكَةٌ وَتَرْكَهَا حَسْرَةٌ وَلَا تَسْتَطِيعُهَا الْبَطَلَةُ
Bermaksud: Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Bacalah kamu al-Qur'an, kerana ia akan datang pada hari kiamat nanti sebagai pemberi syafa'at kepada orang-orang yang
membacanya. Bacalah dua surah yang gilang-gemilang, (Surah) al-Baqarah dan Surah Aali 'Imraan, kerana kedua-duanya akan datang pada hari kiamat nanti sebagai dua kumpulan awan atau sebagai dua payung besar atau sebagai dua kumpulan burung yang terbang berbaris-baris dengan tujuan membela pembaca-pembacanya. Bacalah
surah al-Baqarah. Kerana membacanya membawa keberkatan, meninggalkannya(tidak membacanya) menyebabkan penyesalan dan pembacanya tidak dapat dikuasai (dikalahkan) oleh tukang-tukang sihir.
(Hadits riwayat Muslim, at-Thabaraani, Abu
'Awaanah, Ibnu Hibbaan dan lain-lain).

Perkaitan Dan Kesinambungan Surah Aali'Imraan Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya

(1) Di akhir Surah al-Fatihah tersebut dua perkataan 
ini: المغضوب عليهم (orang-orang yang dimurkai) dan الضالين(orang-orang yang sesat). Siapakah المغضوب عليهم? 
Mereka
adalah orang-orang Yahudi. Merekalah yang dipilih Allah sebagai contoh  المغضوب عليهم . Cerita orang-orang Yahudi itu telah pun diberikan dengan terperinci sekali di dalam Surah al-Baqarah. Sekarang tiba pula masa untuk menceritakan secara terperinci tentang   الضالين  (orang-orang yang sesat). Siapa pula mereka? Mereka adalah orang-orang Kristian. Merekalah yang dipilih Allah sebagai contoh golongan الضالين(orang-orang yang sesat). Perincian cerita mereka dibentangkan dengan seluas-
luasnya di dalam Surah Aali 'Imraan sebagai pengajaran dan i'tibar buat orang-orang Islam.

(2) Di akhir Surah al-Baqarah Allah mengajar satu doa kepada orang-orang Islam, iaitu  فانتصرنا غلى القو الكافرين (tolonglah kami dalam menghadapi orang-orang kafir).
Maka di dalam Surah Aali 'Imraan ini Allah mengajarkan empat cara untuk mengalahkan mereka. Punca kecundang tentera Islam ketika menghadapi orang-orang kafir telah dijadikan sebagai contoh untuk menyatakan betapa pentingnya kesetiaan,kesatuan dan penyusunan yang rapi dalam sesuatu perjuangan. Orang-orang kafir,
baik dari kalangan Ahli Kitab mahupun musyrikin boleh dikalahkan apabila umat Islam menjadikan empat cara yang disebut Allah di dalam Surah ini sebagai senjata
dan persiapan mereka.

(3) Sebagaimana al-Kitab yang disebutkan pada ayat kedua Surah al-Baqarah bahawa ia merupakan petunjuk kepada orang-orang yang bertaqwa, begitulah juga dengan
Kitab Taurat dan Injil yang disebutkan di dalam ayat ke-3 dan ke-4 Surah Aali'Imraan. Kedua-duanya pernah menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertaqwa
sebelum kedatangan al-Kitab (al-Qur'an) ini. Semua kitab-kitab suci itu diturunkan oleh Allah. Cuma setelah kedua-dua kitab suci itu diselewengkan dan ia telah
bercampur-baur antara yang benar dan yang batil, sehingga tidak dapat dipasti dan diyakini lagi mana yang betul dan mana yang karut daripadanya, maka Allah menurunkan pula al-Kitab yang juga bernama al-Furqan. Ia tidak lain daripada al-Qur'an jua. Sebabnya ia dinamakan al-Furqan ialah kerana sifatnya membezakan antara yang betul dan yang salah di dalam kitab-kitab sebelumnya, Taurat dan Injil.

(4) Di permulaan Surah al-Baqarah (lihat ayat ke-26) ada tersebut bahawa manusia juga kadang-kadang boleh sesat meskipun ia menggunakan petunjuk dari Allah.

Al-Baqarah 2:26
إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَسْتَحْىِۦٓ أَن يَضْرِبَ مَثَلًا مَّا بَعُوضَةً فَمَا فَوْقَهَاۚ فَأَمَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ فَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ ٱلْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْۖ وَأَمَّا ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ فَيَقُولُونَ مَاذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِهَٰذَا مَثَلاًۘ يُضِلُّ بِهِۦ كَثِيرًا وَيَهْدِى بِهِۦ كَثِيرًاۚ وَمَا يُضِلُّ بِهِۦٓ إِلَّا ٱلْفَٰسِقِينَ 
Sesungguhnya Allah tidak segan membuat perumpamaan seekor nyamuk atau yang lebih kecil dari itu. Adapun orang-orang yang beriman, mereka tahu bahwa itu kebenaran dari Tuhan. Tetapi mereka yang kafir berkata, “Apa maksud Allah dengan perumpamaan ini?” Dengan (perumpamaan) itu banyak orang yang dibiarkan-Nya sesat, dan dengan itu banyak (pula) orang yang diberi-Nya petunjuk. Tetapi tidak ada yang Dia sesatkan dengan (perumpamaan) itu selain orang-orang fasik.

Keadaan itu berlaku apabila ia menyalahgunakannya. Di dalam ayat ke-7 Surah Aali'Imraan Allah menyatakan salah satu bentuk penyalahgunaan kitab suci yang diturunkan oleh Allah, iaitu apabila manusia meninggalkan ayat-ayat yang muhkamaat dan suka sangat mengharungi ayat-ayat mutasyabihaat.

Aal-e-Imran 3:7

هُوَ ٱلَّذِىٓ أَنزَلَ عَلَيْكَ ٱلْكِتَٰبَ مِنْهُ ءَايَٰتٌ مُّحْكَمَٰتٌ هُنَّ أُمُّ ٱلْكِتَٰبِ وَأُخَرُ مُتَشَٰبِهَٰتٌۖ فَأَمَّا ٱلَّذِينَ فِى قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَٰبَهَ مِنْهُ ٱبْتِغَآءَ ٱلْفِتْنَةِ وَٱبْتِغَآءَ تَأْوِيلِهِۦۗ وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُۥٓ إِلَّا ٱللَّهُۗ وَٱلرَّٰسِخُونَ فِى ٱلْعِلْمِ يَقُولُونَ ءَامَنَّا بِهِۦ كُلٌّ مِّنْ عِندِ رَبِّنَاۗ وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّآ أُو۟لُوا۟ ٱلْأَلْبَٰبِ 
Dialah yang menurunkan Kitab (Al-Qur'an) kepadamu (Muhammad). Di antaranya ada ayat-ayat yang muhkamat, itulah pokok-pokok Kitab (Al-Qur'an) dan yang lain mutasyabihat. Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong pada kesesatan, mereka mengikuti yang mutasyabihat untuk mencari-cari fitnah dan untuk mencari-cari takwilnya, padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya kecuali Allah. Dan orang-orang yang ilmunya mendalam berkata, “Kami beriman kepadanya (Al-Qur'an), semuanya dari sisi Tuhan kami.” Tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang yang berakal.❣️



(5) Di dalam Surah al-Baqarah disebut tentang Adam yang dijadikan Allah sebagai khalifah di bumi. Adam dijadikanNya tanpa ibu dan bapa. Di dalam Surah Aali
'Imraan ini Allah menyebutkan pula tentang 'Isa. Dia dijadikanNya tanpa bapa juga,tetapi ada ibunya. Di dalam Surah an-Nisaa' selepas ini pula Allah menyatakan
kejadian kebanyakan anak cucu Adam. Mereka dijadikanNya berbapa dan beribu.Dengan cara itulah manusia bertaburan di muka bumi ini dengan begiiu ramai hinggake hari kiamat.

(6) Surah al-Baqarah lebih banyak berbicara tentang Yahudi. Surah Aali 'Imraan ini pula lebih banyak berbicara tentang orang-orang Kristian. Kepada orang-orang Yahudi diberikan Taurat. Kepada orang-orang Kristian pula diberikan Injil. Orang-orang Yahudi muncul sebelum daripada orang-orang Kristian. Dengan sendirinya dapat disimpulkan bahawa Taurat diturunkan lebih dahulu daripada Injil. Maka wajar
sekalilah kalau kisah golongan Yahudi didahulukan di dalam Surah al-Baqarah dan ia disusuli dengan kisah golongan Kristian di dalam Surah Aali 'Imraan.

(7) Di permulaan Surah al-Baqarah telah tersebut secara umum bahawa ada kitab yang diturunkan sebelum al-Qur'an. Semua kitab-kitab yang diturunkan dari Allah
dipercayai oleh orang-orang yang beriman. Di permualaan Surah Aali 'Imraan ini pula dinyatakan secara jelas nama-nama kitab yang diturunkan sebelum al-Qur'an. Ia
adalah Taurat dan Injil.

(8) Di dalam Surah al-Baqarah perang disebutkan secara borong sahaja menerusi firman Allah: وقتالو في سبيل الله
(berperanglah kamu di jalan Allah).
(Lihat ayat 190 dan 244).
Al-Baqarah 2:190
وَقَٰتِلُوا۟ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ ٱلَّذِينَ يُقَٰتِلُونَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوٓا۟ۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلْمُعْتَدِينَ 
Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, tetapi jangan melampaui batas. Sungguh, Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.

Al-Baqarah 2:244
وَقَٰتِلُوا۟ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ 
Dan berperanglah kamu di jalan Allah, dan ketahuilah bahwa Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui.

Dan firman Allah:  كتب عليكم القتال
(Lihat ayat 216).
Al-Baqarah 2:216
كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَّكُمْۖ وَعَسَىٰٓ أَن تَكْرَهُوا۟ شَيْـًٔا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّوا۟ شَيْـًٔا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْۗ وَٱللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ 
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Di dalam Surah Aali'Imraan ini kisah perang Uhud disebutkan dengan agak terperinci.(Lihat ayat 152-158).
Aal-e-Imran 3:152
وَلَقَدْ صَدَقَكُمُ ٱللَّهُ وَعْدَهُۥٓ إِذْ تَحُسُّونَهُم بِإِذْنِهِۦۖ حَتَّىٰٓ إِذَا فَشِلْتُمْ وَتَنَٰزَعْتُمْ فِى ٱلْأَمْرِ وَعَصَيْتُم مِّنۢ بَعْدِ مَآ أَرَىٰكُم مَّا تُحِبُّونَۚ مِنكُم مَّن يُرِيدُ ٱلدُّنْيَا وَمِنكُم مَّن يُرِيدُ ٱلْءَاخِرَةَۚ ثُمَّ صَرَفَكُمْ عَنْهُمْ لِيَبْتَلِيَكُمْۖ وَلَقَدْ عَفَا عَنكُمْۗ وَٱللَّهُ ذُو فَضْلٍ عَلَى ٱلْمُؤْمِنِينَ 
Dan sungguh, Allah telah memenuhi janji-Nya kepadamu, ketika kamu membunuh mereka dengan izin-Nya sampai pada saat kamu lemah dan berselisih dalam urusan itu dan mengabaikan perintah Rasul setelah Allah memperlihatkan kepadamu apa yang kamu sukai. Di antara kamu ada orang yang menghendaki dunia dan di antara kamu ada (pula) orang yang menghendaki akhirat. Kemudian Allah memalingkan kamu dari mereka untuk mengujimu, tetapi Dia benar-benar telah memaafkan kamu. Dan Allah mempunyai karunia (yang diberikan) kepada orang-orang mukmin.

Aal-e-Imran 3:153
إِذْ تُصْعِدُونَ وَلَا تَلْوُۥنَ عَلَىٰٓ أَحَدٍ وَٱلرَّسُولُ يَدْعُوكُمْ فِىٓ أُخْرَىٰكُمْ فَأَثَٰبَكُمْ غَمًّۢا بِغَمٍّ لِّكَيْلَا تَحْزَنُوا۟ عَلَىٰ مَا فَاتَكُمْ وَلَا مَآ أَصَٰبَكُمْۗ وَٱللَّهُ خَبِيرٌۢ بِمَا تَعْمَلُونَ 
(Ingatlah) ketika kamu lari dan tidak menoleh kepada siapa pun, sedang Rasul (Muhammad) yang berada di antara (kawan-kawan)mu yang lain memanggil kamu (kelompok yang lari), karena itu Allah menimpakan kepadamu kesedihan demi kesedihan, agar kamu tidak bersedih hati (lagi) terhadap apa yang luput dari kamu dan terhadap apa yang menimpamu. Dan Allah Mahateliti apa yang kamu kerjakan.

Aal-e-Imran 3:154
ثُمَّ أَنزَلَ عَلَيْكُم مِّنۢ بَعْدِ ٱلْغَمِّ أَمَنَةً نُّعَاسًا يَغْشَىٰ طَآئِفَةً مِّنكُمْۖ وَطَآئِفَةٌ قَدْ أَهَمَّتْهُمْ أَنفُسُهُمْ يَظُنُّونَ بِٱللَّهِ غَيْرَ ٱلْحَقِّ ظَنَّ ٱلْجَٰهِلِيَّةِۖ يَقُولُونَ هَل لَّنَا مِنَ ٱلْأَمْرِ مِن شَىْءٍۗ قُلْ إِنَّ ٱلْأَمْرَ كُلَّهُۥ لِلَّهِۗ يُخْفُونَ فِىٓ أَنفُسِهِم مَّا لَا يُبْدُونَ لَكَۖ يَقُولُونَ لَوْ كَانَ لَنَا مِنَ ٱلْأَمْرِ شَىْءٌ مَّا قُتِلْنَا هَٰهُنَاۗ قُل لَّوْ كُنتُمْ فِى بُيُوتِكُمْ لَبَرَزَ ٱلَّذِينَ كُتِبَ عَلَيْهِمُ ٱلْقَتْلُ إِلَىٰ مَضَاجِعِهِمْۖ وَلِيَبْتَلِىَ ٱللَّهُ مَا فِى صُدُورِكُمْ وَلِيُمَحِّصَ مَا فِى قُلُوبِكُمْۗ وَٱللَّهُ عَلِيمٌۢ بِذَاتِ ٱلصُّدُورِ 
Kemudian setelah kamu ditimpa kesedihan, Dia menurunkan rasa aman kepadamu (berupa) kantuk yang meliputi segolongan dari kamu, sedangkan segolongan lagi telah dicemaskan oleh diri mereka sendiri; mereka menyangka yang tidak benar terhadap Allah seperti sangkaan jahiliah. Mereka berkata, “Adakah sesuatu yang dapat kita perbuat dalam urusan ini?” Katakanlah (Muhammad), “Sesungguhnya segala urusan itu di tangan Allah.” Mereka menyembunyikan dalam hatinya apa yang tidak mereka terangkan kepadamu. Mereka berkata, “Sekiranya ada sesuatu yang dapat kita perbuat dalam urusan ini, niscaya kita tidak akan dibunuh (dikalahkan) di sini.” Katakanlah (Muhammad), “Meskipun kamu ada di rumahmu, niscaya orang-orang yang telah ditetapkan akan mati terbunuh itu keluar (juga) ke tempat mereka terbunuh.” Allah (berbuat demikian) untuk menguji apa yang ada dalam dadamu dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hatimu. Dan Allah Maha Mengetahui isi hati.

Aal-e-Imran 3:155
إِنَّ ٱلَّذِينَ تَوَلَّوْا۟ مِنكُمْ يَوْمَ ٱلْتَقَى ٱلْجَمْعَانِ إِنَّمَا ٱسْتَزَلَّهُمُ ٱلشَّيْطَٰنُ بِبَعْضِ مَا كَسَبُوا۟ۖ وَلَقَدْ عَفَا ٱللَّهُ عَنْهُمْۗ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ حَلِيمٌ 
Sesungguhnya orang-orang yang berpaling di antara kamu ketika terjadi pertemuan (pertempuran) antara dua pasukan itu, sesungguhnya mereka digelincirkan oleh setan, disebabkan sebagian kesalahan (dosa) yang telah mereka perbuat (pada masa lampau), tetapi Allah benar-benar telah memaafkan mereka. Sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyantun.

Aal-e-Imran 3:156
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَكُونُوا۟ كَٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ وَقَالُوا۟ لِإِخْوَٰنِهِمْ إِذَا ضَرَبُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ أَوْ كَانُوا۟ غُزًّى لَّوْ كَانُوا۟ عِندَنَا مَا مَاتُوا۟ وَمَا قُتِلُوا۟ لِيَجْعَلَ ٱللَّهُ ذَٰلِكَ حَسْرَةً فِى قُلُوبِهِمْۗ وَٱللَّهُ يُحْىِۦ وَيُمِيتُۗ وَٱللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ 
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu seperti orang-orang kafir yang mengatakan kepada saudara-saudaranya apabila mereka mengadakan perjalanan di bumi atau berperang, “Sekiranya mereka tetap bersama kita, tentulah mereka tidak mati dan tidak terbunuh.” (Dengan perkataan) yang demikian itu, karena Allah hendak menimbulkan rasa penyesalan di hati mereka. Allah menghidupkan dan mematikan, dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.

Aal-e-Imran 3:157
وَلَئِن قُتِلْتُمْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ أَوْ مُتُّمْ لَمَغْفِرَةٌ مِّنَ ٱللَّهِ وَرَحْمَةٌ خَيْرٌ مِّمَّا يَجْمَعُونَ 
Dan sungguh, sekiranya kamu gugur di jalan Allah atau mati, sungguh, pastilah ampunan Allah dan rahmat-Nya lebih baik (bagimu) daripada apa (harta rampasan) yang mereka kumpulkan.

Aal-e-Imran 3:158
وَلَئِن مُّتُّمْ أَوْ قُتِلْتُمْ لَإِلَى ٱللَّهِ تُحْشَرُونَ 
Dan sungguh, sekiranya kamu mati atau gugur, pastilah kepada Allah kamu dikumpulkan.

❣️
(9) Di dalam Surah al-Baqarah Allah menceritakan bahawa Dialah yang memberi kuasa memerintah kepada sesiapa yang dikehendakiNya secara borong saja menerusi
firmanNya:والله يوتى ملكه من يشاء
(Lihat ayat 247).
Al-Baqarah 2:247
وَقَالَ لَهُمْ نَبِيُّهُمْ إِنَّ ٱللَّهَ قَدْ بَعَثَ لَكُمْ طَالُوتَ مَلِكًاۚ قَالُوٓا۟ أَنَّىٰ يَكُونُ لَهُ ٱلْمُلْكُ عَلَيْنَا وَنَحْنُ أَحَقُّ بِٱلْمُلْكِ مِنْهُ وَلَمْ يُؤْتَ سَعَةً مِّنَ ٱلْمَالِۚ قَالَ إِنَّ ٱللَّهَ ٱصْطَفَىٰهُ عَلَيْكُمْ وَزَادَهُۥ بَسْطَةً فِى ٱلْعِلْمِ وَٱلْجِسْمِۖ وَٱللَّهُ يُؤْتِى مُلْكَهُۥ مَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ 
Dan nabi mereka berkata kepada mereka, “Sesungguhnya Allah telah mengangkat Thalut menjadi rajamu.” Mereka menjawab, “Bagaimana Thalut memperoleh kerajaan atas kami, sedangkan kami lebih berhak atas kerajaan itu daripadanya, dan dia tidak diberi kekayaan yang banyak?” (Nabi) menjawab, “Allah telah memilihnya (menjadi raja) kamu dan memberikan kelebihan ilmu dan fisik.” Allah memberikan kerajaan-Nya kepada siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui.

Di dalam Surah Aali 'Imraan ini pula
perkara yang sama disebutkan dengan agak panjang dan terperinci menerusi firmanNya:

Ayat 26
قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ ۖ بِيَدِكَ الْخَيْرُ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
26. Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau
kehendaki dan Engkaulah yang rnenghina scsiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha
Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

(10) Di dalam Surah al-Baqarah Allah menceritakan bagaimana lafaz doa Nabi Ibrahim a.s. untuk Nabi kita Muhammad s.a.w. Firman Allah:
رَبَّنَا وَابْعَثْ فِيهِمْ رَسُولًا مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِكَ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَيُزَكِّيهِمْ ۚ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
129. Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka sesorang Rasul dari kalangan mereka,yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada
mereka al-Kitab (al-Qur'an) dan Al-Hikmah (As-Sunnah) serta mensucikan mereka.Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana .

Di dalam Surah Aali 'Imraan ini pula lihat bagaimana doa Nabi Ibrahim itu menjadi kenyataan. Dan Allah menyebut kebangkitan Rasulullah s.a.w. sebagai kurnia dan anugerahNya untuk orang-orang mu' min:

Ayat 164
لَقَدْ مَنَّ اللَّهُ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ إِذْ بَعَثَ فِيهِمْ رَسُولًا مِنْ أَنْفُسِهِمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ 
وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُبِينٍ
164. Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmatNya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Dia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah(kandungan Al-
Quran yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya) dan membersihkan mereka (dari i'tiqad yang sesat), serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum Syariat) dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam
kesesatan yang nyata.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan