Rabu, Mac 29, 2023

Daurah tafsir 2023 sesi 06(5)nota 4

Daurah tafsir 2023 sesi 06(5)nota 4

Surah almaidah.
Tertib dlm quran ke 5
Tertib turun 114 
Bilangan ayat 120
Bilangan rukuk 16
Surah Madaniyah.
Bilangan paragraf ada 6

Paragraf 1 ayat 1-11 
Hukum2 untuk penyempurnaan syariat.
Paragraf 2 ayat 12-32 
kesilapan2 yg dilakukan oleh orang Yahudi dan Kristian dan pengajaran drpnya.
Paragraf 3 ayat 33-50 
Undang2 jenayah,kedaulatan hukum2 Allah,Hukum qisas dan lain2 hukum Allah.
Paragraf 4 ayat 51-84
Jenayah2 yg dilakukan oleh orang Yahudi dan Kristian dan panduan untuk umat Islam
Paragraf 5 ayat 85-108 
Lain2 hukum syariat.
Paragraf 6 ayat 109-120
Menyeru orang kristian kepada tauhid.

Mesej utama
1.Untuk mendapat kejayaan dlm mempraktikan syariat terakhir yg diturunkan dari Allah  kepada rasul terakhir Muhamad saw ,Umat Islam  hendaklah  mengikhlaskan hati  dan menjauhkan  diri drp sikap dan sifat orang Yahudi dan Kristian .
2.Tiada ruang langsung dlm Islam  untuk sekularisma.


Zaman Turun Surah
Sebahagian besar daripada Surah al-Maa'idah diturunkan selepas صلح Hudaibiyah (perjanjian damai diHudaibiyah pada bulan ZulQa'dah, 6 Hijrah atau 7 Hijrah).
Adab-adab ketika berihram berkemungkinan besar turun ketika 'umrah Hudaibiyah atau 'umrah al-Qadha' pada tahun ke-7 Hijrah. Beberapa ayat yang lain juga diturunkan selepas itu. Aliran cerita bagaimanapun kelihatan bertautan.
Firman Allah: الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ (Ayat: 3) juga terdapat di dalam surah ini. Ia dipercayai ayat terakhir diturunkan tetapi yang benar-benar terakhir ialah satu surah lain yang lengkap iaitu إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ daripada Surah an-Nasr.


Perkaitan Surah Al-Maa'idah Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya.
1. Seperti 3 surah sebelumnya al-Baqarah, Aali'Imraan dan an-Nisaa, di dalam surah ini juga terdapat seruan kepada Ahli Kitab supaya menerima Islam.
2. Surah an-Nisaa' lebih menumpukan kepada penyusunan institusi keluarga, masyarakat dan negara. Surah al-Maa'idah pula memberi panduan tentang kehakiman Islam, terutamanya yang berkaitan dengan undang-undang jenayah, di dalamnya tersebut ayat potong tangan pencuri dan hukuman terhadap musuh-musuh yang menggugat keamanan negara.

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah.
1. Umat Islam diperintah supaya menjaga segala bentuk عُقُوْد (perjanjian) yang dibuat (Ayat: 1).

2. Di dalam Surah al-Maa'idah tersebut hukum-hukum halal haram seperti berikut:Haram melakukan perburuan pada ketika ihram(Ayat1),شعائر الله tidak halal diceroboh (Ayat 2).

11 perkara diharamkan kepada orang-orang yang beriman: (1) Bangkai 
(2) Darah 
(3) Daging babi 
(4) Binatang yang disembelih bukan dengan nama Allah 
(5) Binatang yang mati tercekik 
(6)Binatang yang mati terpukul(terhentak) 
(7) Binatang yang mati kerana terjatuh dari tempat yang tinggi 
(8) Binatang yang mati ditanduk 
(9) Binatang yang mati kerana diburu binatang buas dan tidak sempat disembelih 
(10) Binatang yang disembelih atas nama berhala-berhala (11) 
Mengundi (merenung) nasib dengan anak panah(Ayat:3).
Binatang yang mati kerana diburu anjing perburuan terlatih dan seumpamanya adalah halal (Ayat: 4).
Makanan Ahli Kitab (yang disembelih mereka) dan perempuan-perempuan yang menjaga kehormatan diri di kalangan mereka juga halal untuk dikahwini orang-orang Islam (Ayat: 5).

Arak, judi dan merenung nasib dengan anak-anak panah adalah haram (Ayat: 90).

Perburuan binatang darat ketika berihram diharamkan, sementara perburuan binatang-binatang laut(sungai dan lain-lain) pula halal (Ayat: 95 dan 96).

3. Di dalam Surah al-Maa'idah juga terdapat ayat-ayat berhubung dengan undang-undang jenayah Islam
(Ayat: 33, 38 dan 40).
a) Empat hukuman ditetapkan terhadap perosak-perosak keamanan negara atau orang-orang yang terlibat dalam penggulingan pemerintahan Islam. Hukuman terhadap mereka bagaimanapun bergantung kepada budi bicara dan keputusan pihak kerajaan (Ayat: 33).
b) Hukuman potong tangan dikenakan terhadap pencuri lelaki dan perempuan (Ayat: 38).
c) Hukuman qisas yang terdapat di dalam kitab Taurat dikekalkan iaitu nyawa dibalas nyawa,telinga dibalas telinga dan lain-lain (Ayat: 45).

4. Di dalam Surah al-Maa'idah terdapat keterangan tentang tauhid tasyri' atau tauhid haakimiyyah.Sebagaimana Allah mesti dipercayai sebagai خالق(pencipta)،رب، إله  dan معبود (tuhan yang disembah), Allah juga mesti diterima sebagai hakim dan pembuat undang-undang.
a) Melalui firmanNya: إِنَّ اللهَ يَحْكُمُ مَا يُرِيْدُ Allah menyabitkan kedudukanNya sebagai hakim dan pembuat hukum.
b) Orang-orang yang membuat keputusan tidak mengikut hukum yang diturunkan Allah (Qur'an dan Sunnah) sama ada ia kafir, zalim atau fasiq (Ayat: 44, 45, 47).
c) Rasulullah s.a.w. diperintahkan supaya menghukum berdasarkan wahyu yang diturunkan kepada 
Baginda  فَلحْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ الله (Ayat: 48 dan49).
d) Tidak ada hakim dan pembuat undang-undang yang lebih baik daripada Allah وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ الله حُكْمًا (Ayat:50).

5. Surah al-Maa'idah juga membentangkan aqidah حُلُوْل (inkarnasi) di kalangan penganut-penganut agama Kristian dan membatalkannya. Di zaman Rasulullah s.a.w. terdapat dua golongan penganut
Kristian:
(a) Golongan yang mengatakan 'Isa adalah Allah (tuhan), mereka percaya Allah telah حُلُوْل(menjelma) dalam rupa 'Isa sebagai manusia. 'Isa itulah tuhan sebenarnya, Allah dan 'Isa adalah sama. Al-Qur'an telah menegaskan bahawa orang-orang seperti ini adalah kafir  
لَقَدْ كَفَرَ الذين قَالُا إِنَّ اللهَ هُوَ الْمَسِيْحُ ابْنُ مَرْيَمَ
(Ayat: 17 dan 72).

(b) Golongan Kristian yang mempercayai aqidah trinity (tritunggal). Golongan ini mempercayai' Isa adalah satu dari tiga tuhan, golongan Kristian yang seperti ini juga dihukum kafir di dalam Surah
al-Maa'idah لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ ثَالِثُ ثَلَاثَةٍ (ayat: 73).

6. Surah al-Maa'idah juga membatalkan sikap berlebih-lebihan dan melampaui batas dengan cara yang
tidak benar dalam kehidupan beragama orang-orang Kristian (غُلُو في الدِّين). Mereka diperintah supaya
tidak bersikap demikian melalui ayat berikut:

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لَا تَغْلُوا فِي دِينِكُمْ غَيْرَ الْحَقِّ  وَلَا تَتَّبِعُوا أَهْوَاءَ قَوْمٍ قَدْ ضَلُّوا مِنْ قَبْلُ وَأَضَلُّوا كَثِيرًا وَضَلُّوا عَنْ سَوَاءِ السَّبِيلِ

77. Katakanlah: "Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu melampau dalam ugama kamu secara yang tidak benar, dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum yang telah sesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia, dan juga (sekarang) mereka telah tersesat (auh) dari jalan yang betul.

"Kerana sikap itulah mereka telah mengangkat 'Isa menjadi tuhan atau menganggapnya sebagai anak tuhan yang berkongsi dalam ketuhanan dengan Allah, orang-orang Yahudi juga telah mempercayai Uzair sebagai anak Allah dan kerananya mereka telah dila'nat .(At-Taubah: 30).

7.Hawari (pengikut setia) Nabi 'Isa adalah orang-orang Islam. Dua perkara disebutkan tentang mereka:
(a) Golongan Hawariyyun dengan jelas telah berkata: "Kami telah beriman, Ya Allah! Engkau jadilah saksi bahawa kami adalah orang-orang Islam" (Ayat: 111).
(b) Nabi 'Isa telah berdoa untuk Hawarinya (pengikut-pengikut setianya). Beliau telah meminta kepada
tuhan agar menurunkan untuk mereka satu hidangan dari langit (Ayat: 115).

8. Dua ayat tersebut di dalam Surah al-Maa'idah berkenaan dengan melaksanakan hukum Taurat dan Injil:
(a) Tanpa melaksanakan hukum Taurat dan Injil, kehidupan Ahli Kitab adalah tanpa asas (Ayat: 6).
Orang-orang Yahudi dan Nashara sudah tidak berpandukan hukum Taurat dan Injil lagi, bagaimana mereka akan dapat menerima hukum al-Qur'an?
(b) Jika Ahli Kitab melaksanakan hukum Taurat dan Injil nescaya mereka akan dikumiakan rezeki dari atas dan bawah (Ayat: 66).

25/3/23 habis disini hari ini.

71

Tiada ulasan:

Catat Ulasan