Rabu, Mac 29, 2023

Daurah tafsir 2023 sesi 10(15)nota7

Daurah tafsir 2023 sesi 10(15)nota7
Sesi 07(15,16,17)

Surah alhijr
Tertib surah 15 
Bilangan ayat 99
Bilangan rukuk 6
Surah Makkiyah
Tertib turun yg 54
Bilangan paragraf 5

Paragraf 1 ayat 1-15 Ancaman kebinasaan terhadap orang2 jahat yg menuduh Rasullah saw gila dan memperolok2kan alQuran.

Paragraf 2 ayat 16-25 Dalil2 pada  alam semesta membuktikan aqidah tauhid dan adanya hari akhirat .

Paragraf 3 ayat 26-50 Keterangan tentang dalil pada diri manusi(dalil amfusi)kisah Adam dan Iblis,pertentangan antara baik dan buruk dan hukum balasan baik dan buruk.

Paragraf 4 
Ayat 51-84 Dalil2 sejarah (tarikhi) tentang balasan baik dan buruk.
Ayat 51-56 Kisah Ibrahim.
Ayat 57-77 Kisah Lut.
Ayat 78-79 Kisah Ashabul Aikah dan seterusnya.
Ayat 80-84 Kisah Ashabul Hijri iaitu Kaum Tsamud(nama surah ini)

Paragraf 5 Ayat 85-99 Menghiburkan  dan menenangkan hati Rasullah saw dalam kesulitan disamping panduan2 dakwah .

Mesej utamanya
1.Membuktikan kebenaran  hukum balasan  baik dan buruk diakhirat berdasarkan dalil2 aafaki آفقي (alam semesta), amfusi أنفسي (diri manusia) dan dalil tarikhi تاريخي (sejarah)
2.Ancaman kebinasaan terhadap orang2 musyrikin.
3.Arahan supaya terus berdakwah dan menyampaikan agama Allah tanpa menghiraukan tekanan orang2 kafir dan tanpa ada kepentingan duniawi.

-dalil آفقي(alam semesta) seperti 
air ada sudut baik dan tak baik.
angin juga sama

Zaman Diturunkan
Ia diturunkan sekitar tahun ke-11 dan 12 Kenabian, ketika itu tuduhan gila kepada Rasulullah s.a.w. tersebar dengan meluas dan penentangan pihak musyrikin Mekah juga sangat kuat. Pemimpin-pemimpin Quraisy mengatakan Nabi Muhammad s.a.w. yang diturunkan الذكر (Qur'an) kepadanya gila (Ayat: 6).
وَقَالُوا۟ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِى نُزِّلَ عَلَيْهِ ٱلذِّكْرُ إِنَّكَ لَمَجْنُونٌ 

Dan mereka berkata, “Wahai orang yang kepadanya diturunkan Al-Qur'an, sesungguhnya engkau (Muhammad) benar-benar orang gila.

Pemimpin-pemimpin Quraisy yang memperolok-olok dan mempermain-mainkan Rasulullah s.a.w. dan orang-orang yang beriman diancam dengan kebinasaan seperti yang telah berlaku kepada kaum Luth, Ashaabul Aikah dan Ashaabul Hijr. Di dalam Surah al-Hijr juga terdapat تسليه berita gembira dan pujukan kepada Rasulullah s.a.w. bahawa dalam masa beberapa tahun sahaja lagi pemimpin-pemimpin Quraisy yang sombong itu akan menyesali perbuatan mereka dan mereka nanti akan berkata: "Alangkah baiknya kalau mereka dahulu Islam". (Ayat:2)
رُّبَمَا يَوَدُّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ لَوْ كَانُوا۟ مُسْلِمِينَ 
Orang kafir itu kadang-kadang (nanti di akhirat) menginginkan, sekiranya mereka dahulu (di dunia) menjadi orang Muslim.

Ramalan yang diberikan telah menjadi kenyataan pada tahun ke-2 Hijrah di mana pemimpin-pemimpin besar Quraisy telah dibinasakan dalam peperangan Badar, ia juga telah menjadi kenyataan pada tahun ke-8 Hijrah di mana berlakunya pembukaan Mekah. Kebanyakan kandungan Surah al-Hijr turun selepas Surah Ibrahim iaitu pada bahagian empat dan terakhir kehidupan Rasulullah s.a.w. di Mekah, sekitar tahun 11 hingga 13 Kenabian. Sesetengah
ayatnya pula besar kemungkinan diturunkan lebih awal iaitu ketika perisytiharan umum agama Islam diberikan, seperti ayat (Ayat: 94).
فَٱصْدَعْ بِمَا تُؤْمَرُ 
Maka sampaikanlah (Muhammad) secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu)

Perkaitan Surah Al-Hijr Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah Ibrahim sebelum ini gambaran أيَّامُ الله telahpun diberikan secara kasar dan umum, didalam Surah al-Hijr ini pengikut-pengikut setia Iblis yang terkutuk terdiri daripada pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar Quraisy yang selalu memperolok-olokkan perjuangan Rasulullah s.a.w. difahamkan dan diberitahu bahawa mereka juga mungkin ditimpa azab dan dibinasakan seperti kaum Luth, Ashaabul Aikah dan Ashaabul Hijr kerana mendustakan rasul-rasul yang diutuskan kepada
mereka.

2. Di dalam Surah an-Nahl selepas ini dibuat perbandingan di antara pimpinan Quraisy yang durjana dan pimpinan Rasulullah serta para sahabat yang shaleh. Di akhir kedua-dua surah dinyatakan adab dan disiplin da'wah dan tabligh di samping diberikan berita gembira dan bimbingan kepada orang-orang Islam.

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Empat perkara disebutkan di dalam Surah al-Hiir berhubung dengan kebinasaan bangsa-bangsa.
(a) Ia mempunyai waktu dan tempoh tertentu, apabila sampai أَجَلَ(masanya) bangsa-bangsa berkenaan tidak lagi diberi peluang. (Ayat: 4-5).
Al-Hijr 15:4
وَمَآ أَهْلَكْنَا مِن قَرْيَةٍ إِلَّا وَلَهَا كِتَابٌ مَّعْلُومٌ 
Dan Kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang ditetapkan baginya.
Al-Hijr 15:5
مَّا تَسْبِقُ مِنْ أُمَّةٍ أَجَلَهَا وَمَا يَسْتَـْٔخِرُونَ 
Tidak ada suatu umat pun yang dapat mendahului ajalnya, dan tidak (pula) dapat meminta penundaan(nya).

(b) 2,500 tahun sebelum Masihi, Ashaabul Hijr (kaum Tsamud) telah mendustakan rasul mereka.Mereka telah dimusnahkan oleh Allah dengan satu tempikan kuat yang luar biasa, pada ketika itu hasil usaha dan harta benda mereka tidak berguna apa-apa untuk mereka. (Ayat: 83-84).
Al-Hijr 15:83
فَأَخَذَتْهُمُ ٱلصَّيْحَةُ مُصْبِحِينَ 
Kemudian mereka dibinasakan oleh suara keras yang mengguntur pada pagi hari,
Al-Hijr 15:84
فَمَآ أَغْنَىٰ عَنْهُم مَّا كَانُوا۟ يَكْسِبُونَ 
sehingga tidak berguna bagi mereka, apa yang telah mereka usahakan.

(c) 2,100 tahun sebelum Masihi, kaum Luth telah dibinasakan, mereka adalah golongan homoseksual,
negeri mereka diterbalikkan Allah dan mereka dihujani dengan hujan batu dan api. Al-Qur'an menyebutkan bahawa pada peristiwa yang berlaku itu terdapat pengajaran kepada orang-orang yang berakal (Ayat 75).
Al-Hijr 15:75
إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَٰتٍ لِّلْمُتَوَسِّمِينَ 
Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang yang memperhatikan tanda-tanda,

(d) Pada 1,400 tahun sebelum Masihi, Ashaabul Aikah (kaum Nabi Syu'aib) telah dibinasakan, mereka adalah satu kaum yang zalim, Allah telah menghukum mereka
(Ayat: 78-79).

Al-Hijr 15:78
وَإِن كَانَ أَصْحَٰبُ ٱلْأَيْكَةِ لَظَٰلِمِينَ 
Dan sesungguhnya penduduk Aikah itu benar-benar kaum yang zhalim,
Al-Hijr 15:79
فَٱنتَقَمْنَا مِنْهُمْ وَإِنَّهُمَا لَبِإِمَامٍ مُّبِينٍ 
maka Kami membinasakan mereka. Dan sesungguhnya kedua (negeri) itu terletak di satu jalur jalan raya.


2. Di dalam Surah al-Hijr diterangkan bahawa al-Our'an bukan kalam orang gila sebaliknya ia adalah satu kitab yang dapat dibaca dengan terang dan ia juga merupakan mu'jizat yans hidup.(a)(Ayat: 1).
الٓرۚ تِلْكَ ءَايَٰتُ ٱلْكِتَٰبِ وَقُرْءَانٍ مُّبِينٍ 
Alif Lam Ra. (Surah) ini adalah (sebagian dari) ayat-ayat Kitab (yang sempurna) yaitu (ayat-ayat) Al-Qur'an yang memberi penjelasan.

(b) Kepada orang-orang yang memperolok-olokkan al-Qur'an dikatakan dengan jelas bahawa tuhan
yang mencipta alam semesta yang menurunkan الذكر (al-Qur'an) itulah yang akan menjaganya, ia bukan
percakapan orang gila yang akan hilang dan lenyap dengan mudah saja. (Ayat: 9).
إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا ٱلذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُۥ لَحَٰفِظُونَ 
Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Qur'an, dan pasti Kami (pula) yang memeliharanya.


3. Di dalam Surah al-Hijr ini juga Rasulullah s.a.w. dipujuk dan dihiburkan (تسلية) dengan dikatakan bahawa engkau bukan rasul yang pertama telah diperolok-olok dan dipermain-mainkan oleh umatnya bahkan rasul-rasul terdahulu juga telah diperolok-olok dan dipermain-mainkan.
(a) Al-Hijr 15:11
وَمَا يَأْتِيهِم مِّن رَّسُولٍ إِلَّا كَانُوا۟ بِهِۦ يَسْتَهْزِءُونَ 
Dan setiap kali seorang rasul datang kepada mereka, mereka selalu memperolok-olokannya.

(b) Rasulullah s.a.w. ditenangkan, bahawa Allah sahaja sudah cukup untuk membela dan melindungimu
daripada orang-orang yang memperolok dan mempermainkanmu. (Ayat: 95).
Al-Hijr 15:95
إِنَّا كَفَيْنَٰكَ ٱلْمُسْتَهْزِءِينَ 
Sesungguhnya Kami memelihara engkau (Muhammad) dari (kejahatan) orang yang memperolok-olokkan (engkau),

4. Perkataan مُجْرِمِين yang tersebut di dalam Surah al-Hijr membawa pengertian yang sangat penting.
Bangsa مُجْرم  (durjana) yang memperolok-olokkan para rasul dan mengatakan Rasulullah sebagai orang gila tidak akan beriman.
(a) Al-Hijr 15:12
كَذَٰلِكَ نَسْلُكُهُۥ فِى قُلُوبِ ٱلْمُجْرِمِينَ 
Demikianlah, Kami memasukkannya (olok-olok itu) ke dalam hati orang yang berdosa,

(b) Para malaikat yang diutuskan untuk membawa berita gembira akan mendapat anak kepada Nabi Ibrahim juga diutuskan untuk membinasakan kaum Luth yang مُجْرم
(durjana) (Ayat: 58).
Al-Hijr 15:58
قَالُوٓا۟ إِنَّآ أُرْسِلْنَآ إِلَىٰ قَوْمٍ مُّجْرِمِينَ 
(Mereka) menjawab, “Sesungguhnya kami diutus kepada kaum yang berdosa,

5. Surah al-Hijr telah memberi gambaran yang ajaib dan luar biasa tentang planet bumi apabila di dalamnya tersebut bahawa Allah telah menjadikan setiap benda di bumi dengan cukup seimbang. Setiap zarah dan unsur di bumi ditimbang dengan timbangan yang rapi (Ayat: 19).
Al-Hijr 15:19
وَٱلْأَرْضَ مَدَدْنَٰهَا وَأَلْقَيْنَا فِيهَا رَوَٰسِىَ وَأَنۢبَتْنَا فِيهَا مِن كُلِّ شَىْءٍ مَّوْزُونٍ 
Dan Kami telah menghamparkan bumi dan Kami pancangkan padanya gunung-gunung serta Kami tumbuhkan di sana segala sesuatu menurut ukuran.

-ada penerangan..

6. Di dalamnya juga didedahkan bahawa Allah s.w.t. hanya meletakkan sejumlah kecil sahaja daripada gedung kekayaanNya yang tidak terduga banyaknya di planet bumi ini, ia juga merupakan bukti yang jelas tentang kebijaksanaan Allah. (Ayat: 21).
وَإِن مِّن شَىْءٍ إِلَّا عِندَنَا خَزَآئِنُهُۥ وَمَا نُنَزِّلُهُۥٓ إِلَّا بِقَدَرٍ مَّعْلُومٍ 
Dan tidak ada sesuatu pun, melainkan pada sisi Kamilah khazanahnya; Kami tidak menurunkannya melainkan dengan ukuran tertentu.

7. Di dalam Surah al-Hijr juga terdapat perbandingan di antara manusia غَاوِيْن (terpesong yang termakan
tipu daya Iblis) dengan manusia متقين (orang-orang yang menjalani kehidupan dengan penuh berhati-hati).
(a) Orang-orang yang terpesong itu mengikut Iblis, hamba-hamba yang shaleh dan taat kepada Allah
pula tidak terpengaruh dengan Iblis (Ayat 42).
Al-Hijr 15:42
إِنَّ عِبَادِى لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطَٰنٌ إِلَّا مَنِ ٱتَّبَعَكَ مِنَ ٱلْغَاوِينَ 
(Sesungguhnya kamu (Iblis) tidak kuasa atas hamba-hamba-Ku, kecuali mereka yang mengikutimu, yaitu orang yang sesat).

b) Iblis yang biadab telah bersumpah bahawa ia akan menyesatkan semua anak Adam dan akan menghiasi dunia di mata mereka sehingga mereka akan tertarik dengannya (Ayat 39).
قَالَ رَبِّ بِمَآ أَغْوَيْتَنِى لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِى ٱلْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ 
(Ia (Iblis) berkata, “Tuhanku, oleh karena Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, aku pasti akan jadikan (kejahatan) terasa indah bagi mereka di bumi, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya).

habis 29/3/23

Tiada ulasan:

Catat Ulasan